You are on page 1of 5

RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN

Rambut wanita akan gugur selepas bersalin terutama apabila usia bayi 2 bulan ke atas. Biasanya rata-rata orang mengatakan apabila bayi mula pandai main buih atau mula menyemburkan air liur, rambut kita akan gugur. Apa yang anda perlu ketahui: * Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. * Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya. * Purata 100 helai rambut gugur setiap hari. * Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak. * Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat. * Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal. * 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya. * Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan. * Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu. * Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil. Untuk mengurangkannya: * Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus. * Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa. * Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya. * Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda. * Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah. * Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal. * Bersabarlah, kerana keadaan ini hanya sementara sahaja. * Beritahu doktor anda jika keguguran rambut sangat serius terutamanya jika terdapat gejala lain.

KARIES BOTOL SUSU


APAKAH KARIES BOTOL SUSU?

Karies Botol Susu adalah Kerosakan Gigi Patah pada kanak2 akibat drpd Penyusuan! APAKAH YANG MENYEBABKAN KARIES BOTOL SUSU INI? Ianya berlaku sekiranya bayi atau kanak-kanak dibiarkan terlena dgn menghisap susu dari botol. Kandungan cecair sama ada susu atau air manisan akan menyelaputi gigi sepanjang waktu bayi tidur. Tindakbalas di antara bakteria yg berada di dalam mulut dan kandungan gula di dalam cecair akan menghasilkan asid!!! Asid ini akan bertindak dan merosakkan gigi. Jika tabiat menghisap botol semasa tidur ini berterusan, gigi bayi atau kanak-kanak akan rosak. Semua jenis cecair seperti susu, air manisan dan air soda selain daripada air masak boleh mempercepatkan kejadian karies botol susu. APAKAH AKIBAT KARIES BOTOL SUSU KEPADA KANAK-KANAK? Gigi jika dibiarkan rosak boleh mengakibatkan masalah berikut: -Kesakitan -Susah mengunyah makanan -Tumbesaran terganggu -Masalah Pertuturan -Masalah Emosi BAGAIMANA BOLEH MENGELAKKAN KEJADIAN KARIES BOTOL SUSU? 1- Jangan biarkan bayi anda tertidur dengan botol yang mengandungi susu di dalam mulut. 2- jangan letak gula/air manisan dalam susu. 3- hentikan penggunaan botol dengan cara berperingkat. 4- bersihkan gigi bayi selepas makan menggunakan tuala atau kain yang lembut dan bersih 5- bawalah anak anda untuk mendapatkan pemeriksaan pergigian apabila berusia 2 3 tahun

SEL STEM TALI PUSAT


Apa itu sel stem tali pusat? Sel Stem adalah sel-sel tidak matang yang boleh bertukar kepada sel-sel jenis yang lain yang boleh membiak dengan sendirinya untuk membentuk sel-sel organ yang lain dalam badan kita. Sel Stem boleh digunakan untuk merawat penyakit yang berkait dengan darah seperti leukemia, lymphoma, aplastic anemia dan lain-lain. Ia juga boleh digunakan untuk merawat sel sum-sum tulang yang rosak semasa rawatan kemoterapi atau radioterapi. Semasa rawatan, darah ini akan di suntik kedalam darah dengan harapan ia akan membentuk sel-sel baru yang sihat. Dimasa hadapan sel-sel ini mungkin akan digunakan untuk merawat penyakit seperti diabetes , Alzheimer's dan lain tapi setakat ini ia cuma sebahagian dari teori sahaja. Bagaimana sel stem tali pusat ini dikumpulkan? Sebaik sahaja bayi dilahirkan, tali pusat bayi akan di kepit dan dipotong. Dengan mengunakan pembersih kuman, doktor akan menyuntik jarum pada tali pusat dan darah dalam talipusat akan mengalir kedalam plastik bag. Keseluruhan prosedur cuma mengambil masa beberapa minit sahaja dan ia adalah selamat kepada ibu dan bayi. Tidak semua sel stem tali pusat berjaya diambil, Sekiranya berlaku komplikasi kelahiran, doktor akan lebih menumpukan perhatian untuk menyelesaikan masalah tersebut daripada mengambil darah tali pusat tersebut. Berapa lama darah tali pusat ini dapat bertahan semasa disimpan? Sebaik sahaja dikumpulkan, darah akan dibawa ke tempat peyimpanan dan akan dibekukan. Darah tali pusat apabila disimpan dengan baik dapat bertahan sehingga 10 tahun. Adakah darah tali pusat satu-satu sumber sel stem? Tidak. Sel stem yang sama juga boleh didapati pada sum-sum tulang. Kedua-dua sumber ini mengandungi sel hematopoietic progenitor (HTC) yang boleh disuntik pada pesakit untuk membaik-pulih bekalan sel-sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Secara teori, sel-sel ini juga mungkin akan dapat membentuk sel asas yang lain yang boleh digunakan untuk membaik-pulih organ lain. HTC adalah berbeza dengan sel stem embryonic yang datang dari embrio. Sel stem embryonic boleh memberi sel-sel asas penting yang lain, tetapi kerana ia melibatkan kemusnahan embrio, ia memberikan persoalan terhadap etika perubatan dan sehingga kini penyelidikan tentang pengunaan embryo sebagai sumber sel stem ini masih hangat diperdebatkan.

Apa bezanya diantara sel stem daripada tali pusat dan daripada sum-sum tulang? Keduanya menpunyai sel HPC yang boleh digunakan untuk merawat penyakit berkait dengan darah. Darah tali pusat mempunyai kelebihan kerana sel imun didalamnya adalah tidak matang dan kurang rejeksi terhadap transfusi. Kelebihan yang lain : ia lebih selamat dan senang dikumpulkan. Menderma sum-sum tulang pula memerlukan proses yang lebih kompleks dan menyakitkan, juga terdapat risiko jangkitan kuman dan kesan sampingan dari ubat bius. Walaubagaimanapun, sel stem dari tali pusat mengambil masa yang lebih lama untuk memberi kesan terhadap rawatan berbanding sum-sum tulang. Apakah kebaikkannya sekiranya saya ingin menyimpan dengan tabung darah tali pusat swasta? Tabung darah tali pusat swasta mengenakan yuran untuk penyimpanan darah tali pusat anak anda dan ia memastikan anda mendapat manfaat penyimpanan tersebut bila perlu. Walaubagaimanapun, peluang untuk anak anda memerlukan darah tersebut sebagai rawatan dimasa hadapan adalah sangat rendah. Lagipun, penyakit yang boleh dirawat mengunakan darah tali pusat pula jarang berlaku seperti leukemia, lymphoma, sickle cell anemia, aplastic anemia, masalah penyakit imun rendah dan lain-lain. Sekiranya pun anak anak mengalami masalah ini dimasa hadapan, darah tali pusat tidak semestinya menjadi rawatan yang terbaik untuknya. Persatuan Academy of Pediatrics dari America menyarankan penyimpanan darah tali pusat kepada ibubapa cuma apabila terdapat anak mereka yang mengalami penyakit seperti diatas, dan anak yang seterusnya mungkin bermanfaat dari penyimpanan darah tali pusat. Walaubagaimanapun persatuan tersebut tidak menyarankan kepada semua ibupada untuk penyimpanan kerana pada dasarnya cuma terdapat 1 dalam 1000 sehigga 1 dalam 200000 peluang yang anak anak mungkin akan mengunakan darah yang disimpan dimasa hadapan. Apa yang saya perlu buat sekiranya saya merancang untuk menyimpan darah tali pusat saya untuk kegunaan saya dimasa hadapan? Buat kajian sedikit tentang tabung-tabung darah tali pusat swasta yang ada di Malaysia. Pastikan anda memilih tabung darah yang mempunyai reputasi yang baik dan kadar yuran yang tidak terlalu tinggi. Baca dengan teliti hak-hak anda semasa perbincangan dan bertanya soalan kepada agen sekiranya keliru. Anda juga boleh cuba mendapat nasihat dari doktor anda samada anda perlu mendapatkan khidmat tersebut berdasarkan latar belakang keluarga anda

16 FAKTA TENTANG BAYI BARU LAHIR YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU 16 Fakta Menakjubkan Bayi baru lahir # Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan # Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. # Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar. # Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir. # Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan. # Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan. # Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan. # Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan # Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik. # Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit. # Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit. # Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan. # Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi. # Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari. # Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya. # Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

You might also like