You are on page 1of 2

PARTI SOSIALIS MALAYSIA

22A, Jalan Vivekananda, 50470 Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia.


Tel-603-22747791, fax- 603-87374772 email : pusat@parti-sosialis.org website: parti-sosialis.org

25 Julai 2012

Kepada, 1) YAB Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. 2) YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein Menteri Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri, Aras 12, Blok D1, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya. 3) Y. Bhg. Dato' Alias bin Ahmad Ketua Pengarah Imigresen No 15 Tingkat 1-7, (Podium) , Persiaran Perdana, Presint 2, 62550 Putrajaya Yang Berhormat, STATUS KERAKYATAN P WAYTHA MOORTHY DAN MENGAPA PASSPORT BELIAU DITAHAN Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas dan ingin mendapat penjelasan daripada YAB Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri berkenaan dengan perkara-perkara berikut: 1. Mengapakah paspot P Waytha Moorthy belum dikembalikan pada beliau ? 2. Adakah P Waytha Moorthy yang bercadang untuk pulang ke tanahair pada bulan Ogos 2012 akan ditegah daripada masuk ke tanahiar kerana passport beliau telah dibatalkan? 3. Adakah beliau akan ditahan sejurus selepas beliau balik ke tanahair? PSM berharap soalan-soalan diatas dapat dijawab. PSM juga berpendapat bahawa sudah tiba masa untuk YAB Perdana Menteri atau Menteri Dalam Negeri membuat satu kenyataan mengenai status P Waytha Moorthy kerana sebelum ini ada kenyataan bahawa P Waytha Moorthy boleh balik ke tanahair.

PSM juga berharap passport beliau dipulangkan dan beliau dibenarkan pulang. Jika andaikata beliau telah melakukan sebarang kesalahan jenayah, beliau harus diberi hak membela diri secara adil dan saksama di mahkamah terbuka PSM akhir kata berharap kerajaan Malaysia tidak mengambil sikap berdendam dan membenarkan P Waytha Moorthy pulang ke tanahair dan memastikan keselamatan beliau tidak akan diancam. P Waytha Moorthy adalah rakyat negara kita dan harus menikmati segala hak dan kebebasan yang terjamin dalam perlembagaan Negara. Sekian dan menanti jawapan. Sekian Terima Kasih

S. Arutchelvan Setiausaha Agung PSM

You might also like