You are on page 1of 8

MATEMATIK ( AMBILAN DISEMBER 2011) SEMESTER 1

PERSATUAN SENI BUDAYA

TARIAN MAGUNATIP
KUMPULAN / UNIT : PPISMP MT/PC/PI NAMA PENSYARAH: Pn. Mery Yatie Abd Rahim Pn. Zahrah Zaiton bt Benjamin
NAMA AHLI KUMPULAN: Goh Shin Jyy Chong Woan Bey Wong Si Li Koay Li Li

TARIAN MAGUNATIP

Tarian Magunatip
Tarian mangunatip atau tarian buluh merupakan tarian tradisi suku kaum Murut Kuhijau (Kwijau). Tarian magunatip adalah sejenis tarian tradisi masyarakat beberapa suku kaum Murut ,di pedalaman Sabah seperti Tambunan dan Keningau. Perkataan Magunatip berasal daripada perkataan "atip" yang bermaksud menekan antara dua permukaan.

Latar Belakang
Tarian merupakan salah satu daripada cabang kesenian yang amat menarik minat segolongan besar masyarakat adalah seni tari. Sabah dan Sarawak juga tidak ketinggalan dengan kepelbagaian tariannya yang merangkumi tarian ritual dan moden.

Antara tarian-tarian asli yang popular dan dikenali ramai di negeri Sabah adalah Sumazau, Limbai, Sumayau, Magunatip, Adai-adai dan Daling-Daling. Manakala, Sarawak pula adalah Tarian Ngajat dan Datun Julud.

Penari magunatip memerlukan kemahiran dan ketangkasan yang baik untuk menari melintasi buluh yang dilaga serentak untuk menghasilkan bunyi dan irama tarian tersebut. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik.

Semasa tarian ini ditarikan, beberapa pasang bambu panjang akan dihentak dan diketuk pada lantai mengikut rentak sementara para penari akan melompat masuk dan keluar di antara ruang hentakan bambu tanpa tersepit kaki. Tarian ini merupakan tarian yang dipersembahkan semasa upacaraupacara yang tertentu untuk menghormati tetamu.

PERSEMBAHAN TARIAN MAGUNATIP

You might also like