You are on page 1of 4

Bintulu, 12 Julai 2012- Sekolah Kebangsaan Bukit Balai telah menjadi juara dalam pertandingan syarahan Bahasa Melayu

Peringkat Daerah Sebauh. Kejayaan tersebut telah merampas kejuaraan yang dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Binyo pada tahun lepas. Juara telah menewaskan 15 peserta yang mewakili sekolah masing-masing. Juara dalam pertandingan tersebut telah berlatih bersungguh-sungguh dan mendapat tunjuk ajar daripada guru mereka. Pemenang pertama dan kedua telah mewakili daerah Sebauh ke peringkat negeri yang akan diadakan pada bulan hadapan. Hadiah telah disampaikan oleh Encik Tero Anak Bayel iaitu Pegawai Pendidikan Daerah Sebauh. Beliau turut memuji kehebatan peserta-peserta yang bertanding dalam pertandingan tersebut. Beliau mengingatkan peserta yang telah berjaya supaya menggiatkan usaha mereka untuk menyertai pertandingan peringkat negeri nanti. 122 Patah Perkataan

Pada minggu yang lepas, saya telah menyertai bengkel menjawab soalan upsr yang dianjurkan unit bimbingan dan kaunseling sekolah kebangsaan Bukit Balai. Bengkel tersebut telah diadakan di makmal komputer Sekolah kebangsaan Bukit Balai. Seramai 49 orang peserta yang menyertai bengkel menjawab soalan tersebut. Saya peserta yang paling awal tiba di dalam makmal komputer kerana saya berazam untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR tahun ini. Ceramah pertama bertajuk Displin Diri dan Masa yang disampaikan oleh Guru besar Encik Mangai Anak Tugau. Beliau menyampaikan ceramah dengan baik dan bijak mengambil perhatian peserta bengkel dengan lawak jenaka. Selepas itu, ceramah kedua disampaikan oleh Encik Mawoh Madang dengan ceramahnya Strategi Menjawab Soalan UPSR. Saya memperolehi tip-tip sebagai persediaan menghadapi soalan UPSR sebenar nanti. Sesi terakhir program ialah penyampaian sijil dan cenderamata kepada peserta dan penceramah. Saya berasa seronok sepanjang bengkel menjawab soalan diadakan tersebut. Saya pulang dengan semangat berkobar-kobar untuk menghadapi UPSR sebenar nanti. Bengkel menjawab soalan ini banyak memberikan manfaat kepada saya dan rakan-rakan untuk menghadapi UPSR sebenar yang akan dijalankan nanti. 170 Patah Perkataan

Jiran ialah orang yang paling hampir dengan kita dan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat. Jiran dapat membantu kita apabila kita ditimpa kesusahan dan kecemasan contohnya kemalangan dan serangan penyakit. Selain itu, jiran juga dapat membantu kita memantau harta benda sekiranya kita tiada di rumah atau pulang ke kampung. Mereka dapat meringankan urusan kerja kita sekiranya kita mengadakan kenduri-kendara di kawasan rumah kita. Mereka dapat membantu kita menguruskan kenduri-kendara bersama-sama. Di samping itu, jiran boleh memberikan nasihat dan pendapat sekiranya kita ditimpa masalah. Jiran dapat menjadi pendengar masalah kepada kita jika kita dalam kesusahan. Banyak kepentingan hidup berjiran. Oleh itu, kita hendaklah menghormati jiran dan jangan mengabaikan jiran-jiran. 107 patah perkataan

You might also like