You are on page 1of 2

Fungsi sektor-sektor KPM Kementerian Pelajaran Malaysian merupakan sebuah kementerian yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem

pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia bagi memperkembang potensi individu sepenuhnya serta memenuhi aspirasi negara Malaysia.Matlamatnya ialah untuk: melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu, melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera, menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara dan memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai fungsi yang tersendiri. Fungsi-fungsi tersebut tersusun daripada mengikut pentadbiran yang paling atas sehingga peringkat yang bawah. Antara peringkat-peringkat tersebut ialah pentadbiran peringkat persekutuan , peringkat pusat , peringkat negeri , peringkat daerah dan peringkat sekolah. Di peringkat persekutuan , ia diketuai oleh Menteri Pelajaran.Tugasnya adalah rumit dan merangkumi semua hal ehwal pendidikan semasa.Selain itu, menteri pelajaran juga bertanggungjawab dalam hal-hal penggubalan dan pelaksanaan dasar pendidikan, merancang program selaras dengan aspirasi dan matlamat negara. Pada bahagian peringkat pusat pula , ianya berkuasa penuh merumus dan membuat dasar pendidikan. Orang yang memainkan peranan dalam hal ini ialah Ketua Setiusaha Kementerian Pelajaran Malaysia dan Ketua Pengarah Pelajaran. Bagi peringkat negeri pula, ia diketuai oleh Pengarah Pelajaran Negeri dan dibantu oleh dua Timbalan Pengarah. Tugasnya adalah bertanggungjawab terus kepada Ketua Pengarah Pelajaran. Pengarah Pelajaran Negeri

bertanggungjawab terhadap program,projek dan aktiviti pendidikan dalam negeri masing-masing.

Untuk peringkat daerah pula, ianya terdiri daripada Pejabat Pelajaran Daerah (semenanjung) dan Pejabat Pelajaran Gabungan dan Daerah (Sabah dan Sarawak) . Penubuhan pejabat pelajaran ini adalah untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di samping menjadi pusat rujukan ibubapa.Ianya juga member khidmat nasihat kepada guru besar /pengetua dan banyak lagi. Bagi peringkat yang terakhir adalah peringkat sekolah. Pentadbiran pendidikan di peringkat sekolah merupakan operasi pentadbiran pada paras yang paling bawah sekali dalam organisasi pentadbiran pendidikan negara. Tugasnya adalah memastikan kecemerlangan pendidikan murid-murid di sekolah. Kejayaan dan kegagalan sesuatu program, aktiviti yang dirancang oleh pihak Jabatan pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan akan ditentukan di peringkat sekolah.

Peranan PPD Mewakili JPN dalam segala urusan pentadbiran jabatan di peringkat daerah Bertanggubgjawab menggariskan dasar pentadbiran sekolah peringkat daerah Memantau segala kegiatan kurikulum dan kokurikulum di peringkat daerah Berusaha bagi meningkatkan prestasi akdemik dan kokurikulum sekolah2 daerah Dan lain-lain lagi.

You might also like