You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK KUMBAR

ANJURAN : PELAJAR GURU INTERNSHIP IPG KAMPUS PULAU PINANG

KERTAS KERJA PROJEK MURAL SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK KUMBAR PENDAHULUAN Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Largest Simultaneous Participation of School Students In An Aerobic Session. Secara keseluruhan senamrobik akan disertai oleh sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru dan warga KPM. Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga digalakkan untuk bersama-sama menjayakan aktiviti senamrobik ini. Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah Siri 4 Bil. 1/2012 yang dipengerusi oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Februari 2012 telah bersetuju Bahagian Sukan menganjurkan Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia pada tahun ini. Memandangkan pada bulan Julai setiap tahun, Bahagian Sukan menganjurkan Bulan Kecergasan KPM, adalah sesuai tarikh ini dipilih bagi Majlis Pelancaran Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan.

Aktiviti senamrobik merupakan senaman sesi memanaskan badan yang menarik sebelum melaksanakan aktiviti bersukan. Melalui senamrobik, tahap kesediaan untuk melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke tahap intensiti tinggi akan lebih terancang di samping membantu meransang otot dan tubuh badan secara teratur. Aktiviti senamrobik merupakan senaman yang terancang yang boleh dilakukan beramai-ramai untuk meningkatkan kecergasan disamping memperoleh keseronokan dan ketenangan minda.

Aktiviti fizikal seperti senamrobik merupakan salah satu cara senaman yang mampu meningkatkan prestasi paru-paru dan mengurangkan implikasi saluran darah tersumbat disebabkan kolesterol. Melalui aktiviti senamrobik, murid-murid dan guru-guru dapat meningkatkan kecergasan fizikal seterusnya mampu melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih. Keupayaan fizikal yang optimum melalui aktiviti senamrobik meningkatkan kecergasan serta kesihatan dan minda yang cerdas terletak kepada tubuh yang sihat. Setiap individu boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima. Aktiviti senamrobik merupakan salah satu aktiviti kecergasan fizikal yang seimbang, terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya kadiovaskular atau daya tahan aerobik, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan. Selain daripada itu, aktiviti senamrobik juga meningkatkan kecergasan pelakuan psikomotor yang melibatkan kelajuan, keseimbangan, koordinasi, kuasa dan ketangkasan

1.0 OBJEKTIF

Projek ini diharapkan dapat memenuhi objektif berikut :

i.

Memenuhi tuntutan tugasan pelajar guru internship semester 8 sepanjang tempoh sebulan berada di sekolah.

ii.

Memberi peluang kepada pelajar guru merancang, melaksana dan menilai projek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di luar kelas.

iii.

Mendedahkan pelajar guru dengan sifat kepimpinan dalam pengurusan sekolah dengan bimbingan mentor.

iv. v. vi. vii.

meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan melibatkan penyertaan semua murid mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp

2.0 BUTIRAN PROGRAM

Tarikh Tempat

: 10 Julai 2012 : Sekolah Kebangsaan Telok Kumbar. 11920 Bayan Lepas. Pulau Pinang.

3.0 JAWATANKUASA PROJEK

Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Naib Pengerusi 3 Ketua Projek Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari

: Puan Normah binti Ismail. : Puan Mariamah binti Ismail. : Puan Rokiah binti Sharif : Encik Chee Hock Teik : Puan Noorjan binti Abu Bakar : Halis bin Mohd Isa : Hairul Amin bin Hassan : Faridatul Hasnah binti Wahid : Nor Faridza binti Elias

4.0 KANDUNGAN PROGRAM

BIL. 1. 2.

TINDAKAN Pembinaan kertas kerja Perbincangan dengan pihak pentadbir untuk mendapatkan khidmat nasihat dan cara mendapatkan kelulusan serta sokongan daripada Guru Besar Berbincang dengan pihak pentadbir bagi mendapatkan dana dan peruntukan dengan izin Guru Besar. Mendapatkan tandatangan daripada Guru Besar bagi pembelian bahan Mengadakan latihan Melaksanakan aktiviti Refleksi dan pendokumentasian projek

3. 4. 5. 6. 7.

7.0 PERUNTUKAN BIL. PERKARA 1. 2. Buku Program Gimik Pelancaran PERBELANJAAN/KOS RM 8.00 RM 10.00 RM 18.00

8.0 SUMBER KEWANGAN Pihak sekolah

8.0 PENUTUP

Semoga aktiviti yang dijalankan oleh pelajar guru IPG Kampus Pulau Pinang ini dapat berjalan dengan lancar dan menepati objektif yang dirancang. Sehubungan itu, diharap Puan Guru Besar dapat meluluskan kertas kerja ini serta memberi peruntukan dari segi pembiayaan perbelanjaan projek yang bakal dijalankan di sekolah ini.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

................................................. (HAIRUL AMIN BIN HASSAN) Setiausaha, Aktiviti Projek Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia,

............................................... (EN CHEE HOCK TEIK) Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Kebangsaan Telok Kumbar, 11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Diluluskan / tidak diluluskan,

................................................ (PN. NORMAH BT. ISMAIL ) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Telok Kumbar, 11920 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

You might also like