You are on page 1of 12

Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR12) disunting oleh: Mohd Shukari Hamzah, Khazri

i Osman, Moktar Hussain, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Hakim Zainal & Zainuddin Ismail Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi ISBN 978-9675478-49-9 http://www.ukm.my/uba/sebar2012/prosiding.htm

KEBOLEHBACAAN TEKS PROSA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR PRASISWAZAH, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Zamri Arifin Nurul Masyitah Mohd Sham abuzaim@ukm.my Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam Fakulti Pengajian Islam, UKM Abstrak: Kajian ini adalah tentang pengukuran tahap kebolehbacaan teks prosa Arab dalam
kalangan pelajar-pelajar prasiswazah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ujian kloz digunakan sebagai instrumen untuk mengumpulkan data kajian. Sorotan terhadap kajian terdahulu menunjukkan ujian kloz mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan diakui sebagai salah satu alat ukur kebolehbacaan yang utama. Responden kajian ialah 22 orang pelajar tahun tiga dari Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam yang mendaftar kursus Sastera Arab di Andalus (PPPJ3513). Teks yang diukur tahap kebolehbacaannya diambil daripada nota pensyarah yang mengajar kursus berkenaan. Data kajian menunjukkan majoriti responden memperolehi skor ujian kloz pada tahap kecewa. Dapatan ini menunjukkan tahap kebolehbacaan teks-teks prosa Arab berkenaan berada pada tahap kesukaran yang mengatasi tahap kebolehan membaca responden, dan seterusnya menunjukkan ia tidak sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran kursus.

PENGENALAN Dalam pembelajaran bahasa kedua atau asing, pemilihan dan penggunaan teks bacaan yang sesuai dengan keperluan dan tahap pelajar perlu diambilkira. Hal ini demikian kerana secara asasnya, dengan memberikan teks bacaan yang terlalu sukar kepada pelajar proses pembelajaran akan terganggu dan motivasi mereka untuk belajar juga akan menurun (Fulcher 1997). Salah satu kriteria yang perlu diteliti dalam penyediaan teks bacaan untuk pembelajaran bahasa sebagai bahasa asing adalah kebolehbacaannya (Nuttal 1985). Kebolehbacaan1 ialah satu konsep yang merujuk kepada tahap atau darjah senang-susahnya sesuatu bahan untuk dibaca (Marohaini 1999). Klare (1969), Chall (1974) dan Khadijah
1

Kebolehbacaan dalam bahasa Inggeris ialah Readability (Istilah Pendidikan 1988) dan dalam bahasa Arab ialah Maqruiyyah atau Inqiraiyyah (Tucaymah & al-Thucaybi 2006).

312

Rohani (1982) menyatakan kajian kebolehbacaan dalam bahasa selain bahasa Inggeris amatlah kurang. Kebanyakan kajian kebolehbacaan dipelopori dan dihasilkan oleh penyelidik-penyelidik di Amerika Syarikat berdasarkan teks bahasa Inggeris dan juga penggunaan bahan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau bahasa asing (Klare 1969). Manakala dalam konteks pengajian bahasa Arab di Malaysia, kajian tentang kebolehbacaan teks bacaan tidak banyak kedapatan. Ini merupakan suatu kekurangan kerana kajian tentang kebolehbacaan dapat memberi maklumat berguna dalam menghasilkan bahan bacaan yang dapat membantu pelajar menguasai sesuatu bahasa. Penyediaan teks bacaan bahasa Arab yang kurang sesuai dengan tahap dan kebolehan pelajar mungkin boleh menghilangkan minat dan motivasi mereka untuk mendalami bahasa ini (Kamarulzaman 2010). Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengukur kebolehbacaan teks bacaan bahasa Arab dalam kalangan pembaca bukan Arab, iaitu pelajar tahun tiga Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia. Fokus teks bacaan dalam kajian ini adalah nota kuliah kursus Sastera Arab di Andalus (PPPJ3513).

DEFINISI DAN FAKTOR KEBOLEHBACAAN Kebolehbacaan adalah satu bidang kajian yang melibatkan tahap kesukaran sesuatu teks bacaan. Menurut Klare (1969) dan Jones (1993), istilah kebolehbacaan dalam kajian akademik merujuk kepada kajian yang melibatkan pemahaman teks; adakah ia mudah difahami atau tidak. Sementara Pikulski (2002) dan Yujing (2003) menyatakan kebolehbacaan merupakan tahap senang atau sukar sesuatu teks yang hendak difahami oleh pembaca tertentu yang membaca teks tertentu bagi tujuan tertentu. Meskipun kajian kebolehbacaan menumpukan kepada teks, namun ia tidak mengabaikan individu pembaca dan faktor-faktor yang berkait dengannya. Menurut Gilliland (1972), kebolehbacaan adalah kajian untuk menyelesaikan masalah memadankan pembaca dengan teks. Kebolehbacaan mengkaji bagaimana pihak pembaca yang memiliki kemahiran membaca dan minat yang tertentu dapat disesuaikan dengan teks yang dipersembahkan dalam pelbagai gaya, isi dan struktur supaya pembaca dapat membaca dan memahami teks bacaan tersebut. Berhubung dengan faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehbacaan, terdapat banyak faktor telah dibincangkan oleh penyelidik dan sebahagiannya sering digunakan sebagai petunjuk dan kayu ukur kepada kebolehbacaan dan penubuhan formula kebolehbacaan
313

(Chavkin 1997; Marohaini 1999; Pikulski 2002). Walau bagaimanapun faktor-faktor tersebut boleh dikelompokkan kepada dua faktor utama, iaitu faktor teks dan faktor pembaca (Harrison 1980; Alderson 2000).

(a) Faktor Teks Bacaan Para sarjana telah menyenaraikan berbagai-bagai subfaktor pada teks bacaan yang mempengaruhi pembolehubah kebolehbacaan. yang pernah Harrison dikaji (1980) menyatakan terdapat berdozen tahap

berkemungkinan

menyumbang

kepada

kebolehbacaan dan kefahaman. Berdasarkan kajian dan pandangan sarjana, terdapat faktorfaktor popular pada teks bacaan yang mempunyai pertalian kuat dengan tahap kebolehbacaan yang sering dibincangkan oleh para sarjana. Faktor-faktor ini boleh dikategorikan kepada dua kelompok iaitu faktor linguistik atau konseptual dan faktor teknik persembahan atau format dan reka bentuk (Pikulski 2002). Faktor linguistik melibatkan unsur-unsur bahasa yang terdapat dalam teks bacaan yang diukur. Beberapa unsur bahasa telah dikenalpasti oleh para pengkaji kebolehbacaan seperti unsur-unsur perkataan atau perbendaharaan kata, sintaks atau struktur ayat, kepadatan isi kandungan, dan konsep. Manakala faktor teknik persembahan pula adalah unsur-unsur teknikal percetakan dalam persembahan teks bacaan seperti organisasi teks, tipografi, ilustrasi dan warna, bahan grafik dan susun atur (Kamarulzaman 2010).

(b) Faktor Pembaca Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, kebanyakan pengkaji telah meletakkan faktor pembaca sebagai pembolehubah kedua penting dalam mengukur kebolehbacaan sesuatu teks bacaan. Terdapat beberapa subfaktor telah dibincang dan dikenalpasti menjadi fokus utama para sarjana kebolehbacaan apabila membincangkan faktor pembaca. Sub-sub faktor tersebut adalah motivasi dan minat (Klare 1969; Tucaymah 1985), kebolehan bahasa (Chebat et. al 2003; Dubay 2002), dan pengetahuan lepas berkaitan bahan yang dibaca (Pikulski 2002).

KAJIAN LITERATUR Berikut adalah sorotan terhadap beberapa kajian lepas yang melibatkan pengukuran tahap kebolehbacaan teks bacaan bahasa Arab menggunakan ujian kloz sebagai alat ukur. Tucaymah (1978) telah melakukan kajian tentang penggunaan ujian kloz untuk mengukur keupayaan membaca petikan teks Arab dalam kalangan pelajar bukan penutur Arab di tiga
314

buah universiti di Amerika Syarikat. Antara dapatan kajian beliau yang utama ialah ujian kloz sesuai dijadikan instrumen untuk mengukur kebolehbacaan teks Arab dalam bidang bahasa Arab sebagai bahasa kedua atau asing. Kajian beliau ini adalah kajian kebolehbacaan bahan bacaan bahasa Arab pertama direkodkan yang melibatkan penggunaan ujian kloz (Tucaymah 1984). Abanami (1982) juga menggunakan ujian kloz untuk mengukur kebolehbacaan buku teks sains dalam bahasa Arab. Kajian beliau ini yang melibatkan pelajar-pelajar di Riyadh, Arab Saudi mendapati ujian kloz juga sesuai digunakan untuk mengukur kefahaman membaca pelajar. Begitu juga dengan kajian al-Sisi (1982) di Baghdad yang mendapati ujian kloz merupakan alat ukur yang terbukti kesahan dan kebolehpercayaannya dalam mengukur tahap kebolehbacaan bahan bacaan bahasa Arab. Sementara Dacna (1988) telah mengkaji kebolehbacaan buku teks sains peringkat sekolah rendah di Jordan. Kajian beliau menunjukkan bahawa ujian kloz sesuai digunakan untuk mengukur kebolehbacaan buku sains dalam bahasa Arab. Dapatan yang sama juga didapati dalam kajian kebolehbacaan oleh Niqrish (1991) terhadap buku teks bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Manakala al-Huwaydi (2007) pula telah menggunakan ujian kloz untuk mengkaji kebolehbacaan nota kaki laporan kewangan tahunan syarikat korporat di Kuwait. Dapatan kajian beliau menyokong kajian terdahulu di Barat yang mendapati tahap kebolehbacaan laporan kewangan syarikat adalah tinggi dan sukar difahami. Dalam konteks Malaysia, Kamarulzaman (2010) telah mengkaji kebolehbacaan buku teks BAT tingkatan empat dalam kalangan pelajar SMKA. Kajian beliau yang menggunakan ujian kloz sebagai salah satu daripada instrumen pengukuran mendapati kebolehbacaan buku berkenaan berada pada tahap kecewa.

METODOLOGI KAJIAN Kajian kebolehbacaan teks sastera Arab ini merupakan satu kajian kes yang menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk deskriptif. Perbincangan bahagian ini akan menyentuh tentang bagaimana data kajian dikumpul dan bagaimana ia dianalisa bagi mencapai objektif kajian. Aspek-aspek yang akan disentuh ialah reka bentuk kajian, subjek kajian, sampel dan lokasi kajian serta instrumen kajian. Menurut Chua (2006), hasil kajian ditentukan oleh reka bentuk kajian, dan reka bentuk kajian pula ditentukan oleh tujuan kajian. Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini,
315

tujuan atau objektif kajian ialah : i) untuk mengukur tahap kebolehbacaan teks-teks sastera Arab yang dikaji, dan ii) menentukan adakah ia sesuai dijadikan bahan pengajaran untuk responden yang terlibat dalam kajian ini. Untuk mencapai objektif pertama, ujian kloz dipilih sebagai alat ukur berdasarkan kelebihan, kesahan dan kebolehpercayaannya yang telah diakui (Alderson 2000; Carroll et al 1959; Dawud 1977; Gilliland 1972; Hassan Basri 2002; Jadcan 1989; Klare et al. 1971; Moyle 1971; Al-Sisi 1982; Tucaymah 1978, 1984, 1985). Manakala untuk mencapai objektif kedua, data yang dikumpulkan melalui ujian kloz akan dipadankan dengan jadual penentuan tahap kebolehbacaan teks bacaan sebagaimana yang dicadangkan oleh Rye (1982). Dapatan padanan tersebut akan menjelaskan hasil daripada kajian ini. Subjek kajian ini ialah teks-teks imla dalam bilik kuliah berdasarkan buku teks Sastera Arab di Andalus. Manakala sampel dan lokasi kajian pula melibatkan 22 orang pelajar tahun tiga di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengambil kursus Sastera Arab di Andalus (PPPJ3513). Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah satu set ujian kloz. Ujian kloz merupakan satu bentuk ujian mengisi tempat kosong. Ia dibina dengan menggugurkan beberapa perkataan dalam petikan yang diuji dan mereka yang mengambil ujian tersebut dikehendaki mengisi tempat kosong berkenaan berpandukan kepada konteks ayat (Rye 1982). Teknik ini telah diasaskan oleh seorang sarjana German yang bernama Ebbinghaus pada tahun 1897. Ia bagaimanapun menjadi popular setelah Wilson Taylor memperkenalkan teknik ini sebagai alat ukur kebolehbacaan pada tahun 1953 (De Santi 1986; Harris & Sipay 1980). Prosedur yang digunakan bagi membina dan menjalankan ujian ini adalah berdasarkan panduan yang telah dikemukakan oleh Rye (1982), Tucaymah (1984) dan Kamarulzaman (2010). Prosedur yang dilakukan adalah sebagaimana berikut : 1. Mengenalpasti lima teks bacaan daripada 20 topik dalam subjek Sastera Arab di Andalus yang telah dipilih secara rawak. Menurut Rye (1982), artikel yang sesuai bagi ujian kloz adalah yang mengandungi 250 patah perkataan manakala Tucaymah (1984) pula menyatakan 300 patah perkataan ke atas. Berdasarkan pengiraan patah perkataan setiap topik dalam buku tersebut hanya tujuh topik sahaja yang mempunyai jumlah perkataan melebihi 140 patah perkataan. Oleh itu sampel teks dipilih daripada tujuh topik tersebut, di mana lima teks yang dipilih berdasarkan tema teks yang pelbagai. 2. Pemotongan perkataan dalam teks yang diuji hendaklah dibuat secara konsisten sama ada pada setiap perkataan yang kelima, keenam atau ketujuh tanpa melihat bentuk ayat dan
316

jenis perkataan. Ia dikira daripada perkataan pertama pada ayat kedua, iaitu ayat selepas satu ayat lengkap pada permulaan teks. Dalam kajian ini, pemotongan telah dilakukan pada setiap perkataan ketujuh. Menurut Tucaymah (1984), perkataan ketujuh yang dipotong adalah sesuai dan paling banyak digunakan bagi menguji teks bahasa asing. Klare et al. (1971) pula menyatakan pemotongan pada setiap perkataan ketujuh lebih baik sekiranya dirasakan kebolehan bahasa pelajar lemah atau teks yang diuji agak sukar. Selain itu, menurut Tucaymah (1984) lagi, bagi peringkat sekolah, jumlah 30 patah perkataan yang dipotong dalam satu teks dikira sudah memadai. Pengkaji memilih untuk menggunakan cara ini walaupun sampel adalah dalam kalangan pelajar universiti. 3. Daripada teks yang telah dipilih, teks (A) mempunyai 17 tempat kosong, teks (B), (C), (D) mempunyai 20 tempat kosong serta teks (E) mempunyai 23 tempat kosong. Jika dijumlahkan, kelima-lima teks ini mempunyai 100 patah perkataan yang dipotong. Ini bermakna sudah memenuhi kaedah yang disarankan oleh Tucaymah (1984) yang menyatakan paling kurang 30 patah perkataan dipotong. Jika didarabkan dengan tiga teks, jumlah perkataan yang dipotong menjadi 90 patah perkataan. 4. Dalam perlaksanaan ujian kloz terdapat dua teknik menjawab, iaitu jawapan aneka pilihan dan jawapan bebas tanpa aneka pilihan. Dalam kajian ini, teknik menjawab yang menggunakan jawapan aneka pilihan digunakan berdasarkan kajian Kamarulzaman (2010). Bagi jawapan aneka pilihan, tiga jawapan disediakan bagi setiap tempat kosong yang mana terdapat hanya satu sahaja jawapan yang betul. Tiga jawapan pilihan digunakan sesuai sesuai dengan cadangan Guthrie (1973). 5. Teks yang dipilih tidak dimasukkan baris. Pengkaji memilih cara ini berdasarkan saranan Tucaymah (1984) dan tahap kemahiran bahasa pelajar universiti yang mampu membaca teks Arab tanpa baris. 6. Taklimat ringkas yang sesuai berkaitan ujian disertakan dalam buku soalan selain taklimat lisan bagi memastikan responden benar-benar faham tentang tujuan dan cara menjalani ujian. 7. Pada ruang perkataan yang telah dibuang, digantikan dengan satu garisan panjang dengan ukuran yang sama supaya ia tidak menjadi petanda kepada pelajar terhadap jenis perkataan yang telah dibuang serta tidak mempengaruhi jawapan pelajar. 8. Pada setiap ruang kosong yang bergaris itu pula disertakan nombor mengikut urutan bagi kegunaan semasa penyemakan.

317

Berikut adalah contoh ujian kloz yang telah dibina :

______ ______

11

______ ______
ANALISIS DATA Untuk mendapatkan tahap kebolehbacaan bagi teks sastera Arab zaman Andalus yang dikaji, min skor kebolehbacaan keseluruhan yang diperoleh dipadankan dengan tahap kebolehbacaan bahan bacaan sebagaimana dalam jadual 1. JADUAL 1 Tahap Kebolehbacaan Bahan Bacaan (Rye 1982). Tahap Kebolehbacaan Jawapan Aneka Pilihan Bebas Pengajaran Kecewa 90% -100% 75% - 89% 0% - 74%

______

318

Jadual 1 menunjukkan tahap kebolehbacaan bahan bacaan berdasarkan ujian kloz dengan jawapan aneka pilihan. Tahap kecewa ialah tahap bahan bacaan yan diuji tidak dapat difahami langsung walaupun dengan bantuan pihak lain. Tahap pengajaran pula ialah tahap bahan bacaan dapat difahami tetapi melalui bimbingan pihak lain manakala tahap bebas ialah tahap bahan bacaan dapat dibaca dan difahami dengan mudah tanpa memerlukan bantuan dan bimbingan dari orang ketiga (Rye 1982). Menurut Tucaymah (1985) sekiranya purata yang diperolehi berada pada tahap bebas, ia menunjukkan buku teks yang dikaji mempunyai tahap kebolehbacaan yang rendah dan sesuai untuk kegunaan pelajar yang diuji. Jadual 2 berikutnya menunjukkan taburan kekerapan (f) dan peratusan (%) skor tahap kebolehbacaan berdasarkan teks-teks ujian dan skor keseluruhan. Jadual menunjukkan majoriti responden memperoleh skor pada tahap kecewa pada setiap teks kecuali teks A. Keputusan ini dilihat mempengaruhi kekerapan dan peratusan skor keseluruhan responden. Majoriti responden memperoleh skor pada tahap kecewa, iaitu 15 orang atau 68.2% berbanding tahap kebolehbacaan pengajaran dan tahap kebolehbacaan bebas yang hanya mewakili 31.8% atau seramai 7 orang responden sahaja.

JADUAL 2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Skor Tahap Kebolehbacaan Teks A Tahap Kebolehba caan Bebas Teks B Teks C Teks D Teks E Skor keseluru han f 1 % 4.5

f 0

% 0

f 3

% 13. 6 13. 6 72. 8

f 5

% 22. 7 27. 3 50

f 7

% 31. 8 9.1

f 2

% 9.1

Pengajara n Kecewa

1 4 8

63. 6 36. 4

27. 3 63. 6

27. 3 68. 2

1 6

1 1

1 3

59. 1

1 4

15

Manakala dalam jadual 3 berikutnya, ditunjukkan min skor kebolehbacaan berdasarkan teks dan skor keseluruhan. Min skor kebolehbacaan berdasarkan teks tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Teks A memperoleh nilai min=76.82, iaitu 77% skor kebolehbacaan, teks B min=63.41 (63% skor kebolehbacaan), teks C min=71.59 (72% skor kebolehbacaan), teks D min=74.41 (74% skor kebolehbacaan), dan teks E min=67.5 (68% skor kebolehbacaan). Ini menunjukkan dua teks berapa pada tahap pengajaran dan baki teks
319

lagi berada pada tahap kecewa. Walau bagaimanapun penentuan tahap kebolehbacaan teksteks yang dikaji dilihat kepada min skor kebolehbacaan keseluruhan ujian. Didapati bahawa min skor kebolehbacaan keseluruhan ujian berada pada nilai min=70.63 (71% skor kebolehbacaan)

JADUAL 3 Min Skor Kebolehbacaan Teks Teks A Teks B Teks C Teks D Teks E Skor keseluruhan Min 76.82 63.41 71.59 74.41 67.5 70.63

HASIL KAJIAN & PERBINCANGAN Jelas daripada analisis di atas bahawa skor kebolehbacaan keseluruhan yang diperoleh ialah 71%. Apabila dipadankan dengan tahap kebolehbacaan bahan bacaan sebagaimana dalam jadual 1, didapati ia berada pada tahap kecewa. Dapatan ini menunjukkan bahawa tahap kebolehbacaan teks-teks sastera Arab zaman Andalus dalam nota imla yang dikaji berada pada tahap sukar dan tidak sesuai dijadikan sebagai bahan pengajaran untuk responden kajian. Dapatan melalui ujian ini menunjukkan kelemahan responden adalah begitu ketara sekali. Hal ini demikian kerana teks-teks ujian kloz sebenarnya adalah teks bacaan yang telah dipermudahkan oleh pensyarah yang mengajar kursus tersebut. Ujian kloz yang dibina tidak melibatkan teks-teks yang terdapat dalam buku-buku sastera zaman Andalus yang menjadi rujukan kepada kursus ini sebaliknya pensyarah berkenaan telah mempermudahkannya dan seterusnya membacanya dalam kelas. Teks berkenaan kemudiannya ditulis oleh pelajar sebagai teks pembelajaran mereka.
320

Jika dilihat kepada dapatan kajian lepas yang mengukur tahap kebolehbacaan teks bahasa Arab menggunakan ujian kloz dalam kalangan pelajar Malaysia, didapati bahawa dalam kajian Zamri et. al (2010), teks sastera zaman Abbasiah berada pada tahap kecewa. Begitu juga dalam kajian Kamarulzaman (2010) didapati bahawa buku teks Bahasa Arab Tinggi tingkatan empat juga berada pada tahap kecewa. Sehubungan dengan itu kajian ini mencadangkan agar guru dan pensyarah bahasa Arab berusaha sebaik mungkin menyediakan bahan bacaan yang sepadan dengan kebolehan membaca pelajar. Hal ini sangat penting kerana tahap kebolehbacaan teks yang rendah dapat meningkatkan kemahiran pelajar berbahasa Arab.

RUJUKAN Abanami, cA. cA. 1982. Readability analysis of the 11th and 12th grade earth science textbooks used in the public schools in Saudi Arabia. Disertasi Ph.D. University of Houston, Texas. Alderson, J.C. 2000. Assessing Reading. Cambridge : Cambridge University Press. Al-Huwaydi, A.M. 2007. Readability of financial statement footnotes of Kuwaiti corporations. European Journal of Economics, Finance and Administrative Sciences 8: 18-28. Al-Sisi, G.H.1982. Validity of cloze procedure as an index of readability of Arabic language reading materials. Tesis Ph.D. Wayne State University. Carroll, J.B., Aaron S.C. & Claudia P.W. 1959. An investigation of cloze items in the measurement of achievement in foreign languages. A report conducted under a grant from the College Entrance Examination Board, Laboratory for Research in Instruction. Graduate School of Education, Harvard University, Cambridge, Mass. ERIC ED 021 513. Chall, J.S. 1974. Readability: an appraisal of research and application. Cetak ulang. Epping, Essex: Bowker Publishing Company. Chavkin, L. 1997. Readability and reading ease revisited: state-adopted science textbooks. The Clearing House 70(3) 151-154. Chebat, J.C., Chebat, C.G., Hombourger, S. & Woodside, A.G. 2003. Testing consumers motivation and linguistic ability as moderators of advertising readability. Psychology and Marketing 20(7): 559-627. Chua, Yan Piaw. 2006. Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill. Dacna, cA.Y. 1988. Maqruiyyah kutub al-culum li sufuf al-marhalah al-ibtidaiyyah al-ula. Tesis Sarjana Pendidikan University of Jordan.
321

Dawud, B.cA. 1977. cAlaqah al-maqruiyyah bi bacd al-mutaghayyirat al-lughawiyyah. Tesis Sarjana University of Baghdad. De Santi, R.J. 1986. The De Santi cloze reading inventory. Boston: Allyn and Bacon, Inc. DuBay, W.H. 2002. Using readability tools. Kertas kerja Fourth biennial conference of the PLAIN Language Association International proceedings. Anjuran PLAIN Language Association International, Toronto, 26-29 September. Fulcher, G. 1997. Text difficulty and accessibility: reading formulae and expert judgement. System 25(4): 497-513. Gilliland, J. 1972. Readability. London: University of London Press Ltd. Guthrie, J. 1973. Reading comprehension and syntactic responses in good and poor readers. Journal of Educational Phsycology 65:294-299. Harris, A.J. & Sipay, E.R. 1980. How to increase reading ability. Ed. ke-7. New York: Longman. Harrison, C. 1980. Readability in the classroom. Cambridge: Cambridge University Press. Hassan Basri Awang Mat Dahan. 2002. Language testing: the construction and validation. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. Istilah Pendidikan. 1988. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Jadcan, N.cA. 1989. Mustawa maqruiyyah nusus al-mutalacah al-takwiniyyah al-muqarrarah li al-saff al-khamis al-ibtidai. Tesis Sarjana University of Jordan. Jones, K.H. 1993. Analysis of readability and interest of home economics textbooks for special needs learners. Kertas kerja American Vocational Association Convention, Nashville, Disember. Kamarulzaman Abdul Ghani. 2010. Kebolehbacaan buku teks bahasa Arab tinggi tingkatan empat di sekolah-sekolah menengah kebangsaan agama. Tesis Doktor Falsafah Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Khadijah Rohani Md. Yunus. 1982. An assessment of structural variables in Malay: a readability formula. Tesis Ph.D University of Miami. Klare, G.R. 1969. The measurement of readabilty. Ed. ke-3. Iowa: Iowa State University Press. Klare, G.R., Sinaiko, H.W. & Stolurow, L.M. 1971. The cloze procedure: a convenient readability test for training materials and translations. Virginia: Institute for Defense Analyses Science and Technology Division.

322

Marohaini Yusoff. 1999. Strategi pengajaran bacaan dan kefahaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Moyle, D. 1971. Readability: the use of cloze procedure. Dlm. Merrit, J. (pnyt.). Reading and the curriculum. Ward Lock. Nuttal, C. 1985. Teaching reading skills in a foreign language. London: Heinemann Educational Books. Pikulski, J.J. 2002. Readability. U.S.A: Houghton Mifflin Company. Rye, J. 1982. Cloze procedure and the teaching of reading. London: Heinemann Educational Books. Tucaymah, R.A. 1978. The use of cloze to measure the proficiency of students of Arabic as a second language in some universities in the United States. Ph.D Thesis, University of Minnesota. Tucaymah, R.A. 1984. Ikhtibar al-tatimmah wa taclim al-cArabiyyah ka lughah thaniyah. Majallah Machad al-Lughah al-cArabiyyah, Jamicah Umm al-Qura 2: 513-556. Tucaymah, R.A. 1985. Dalil camal fi icdad al-mawadd al-taclimiyyah li baramij taclim alc Arabiyyah. Mekah al-Mukarramah: Universiti Umm al-Qura. Tucaymah, R.A. & al-Thucaybi, M.cA 2006. Taclim al-qiraah wa al-adab: istiratijiyyah mukhtalifah li jumhur mutanawwic. Kaherah: Dar al-Fikr al-cArabi. Yujing, Z. 2003. What is readability and how to measure it? Diambil pada 15 jun 2008 daripada http://www.beiwaionline. com//tutor/2003collection/zhaiyujing.htm. Zamri Arifin, Kaseh Abu Bakar, Maheram Ahmad & Zulazhan Ab. Halim. 2010. Kajian kebolehbacaan teks sastera Arab. Dlm. Lilia Halim, Chang Peng Kee & Hassan Basri (pnyt.). Mercu Kesarjanaan Pengajaran dan Pembelajaran, hlm. 216-224. Bangi: Penerbit UKM.

323

You might also like