You are on page 1of 8

GARIS PANDUAN PERMOHONAN BIASISWA UNTUK PERINGKAT IJAZAH LANJUTAN (SARJANA DAN PROFESIONAL) DI DALAM DAN LUAR NEGARA

BAGI PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC) (Hendaklah dibaca sebelum mengisi borang permohonan) 1. PENDAHULUAN Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan kemudahan biasiswa kepada bekas pelajar-pelajar tajaan JPA / Majlis Raja-Raja yang memenuhi syarat-syarat dan kriteria permohonan yang telah ditetapkan untuk mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Profesional di dalam dan luar negara.

2.

SYARAT-SYARAT DAN KRITERIA PERMOHONAN 2.1 SYARAT UMUM 2.1.1 Pelajar telah ditaja oleh JPA/ Majlis Raja-Raja di dalam Skim Biasiswa semasa mengikuti pengajian pada peringkat Ijazah Pertama. Pelajar perlu mengemukakan permohonan dalam tempoh setahun sebaik sahaja menamatkan pengajian pada peringkat Ijazah Pertama di mana ianya bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat Sarjana atau Profesional. Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian di peringkat ijazah pertamanya.

2.1.2

2.1.4

2.2

SYARAT KHUSUS 2.2.1 SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK a) Penajaan yang diberikan di bawah PPC ini adalah bagi mereka yang akan mengikuti pengajian siswazah di dalam bidang berikut sahaja: i) bidang Sains dan Teknologi (selain dari bidang perubatan, pergigian, farmasi) ii) bidang Sains Sosial dan Sastera; dan iii) bidang Profesional (Bidang Pengajian di Dalam dan Luar Negara ACCA/CIMA) b) Kelayakan akademik adalah seperti berikut: i) Kelayakan Akademik Untuk Pengajian Di Dalam Negara 1) Bagi pelajar yang mengikuti universiti dalam negara Penyelidikan (UP) dan sarjana/kedoktoran di IPT pengajian ijazah pertama di selain daripada Universiti akan melanjutkan pengajian dalam negara, pelajar perlu

memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.75 dan ke atas pada peringkat Ijazah Pertama. 2) Bagi pelajar yang mengikuti pengajian ijazah pertama di Universiti Penyelidikan (UP) dan akan melanjutkan pengajian sarjana/kedoktoran di IPT dalam negara, pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.50 dan ke atas pada peringkat Ijazah Pertama. 3) Bagi pelajar yang mengikuti pengajian ijazah pertama di universiti luar negara dan akan melanjutkan pengajian sarjana/ kedoktoran di IPT dalam negara, pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.50 dan ke atas pada peringkat Ijazah Pertama. ii) Kelayakan Akademik Untuk Pengajian Di Luar Negara 1) Bagi pelajar yang mengikuti pengajian ijazah pertama di universiti dalam negara selain daripada Universiti Penyelidikan (UP) dan akan melanjutkan pengajian sarjana/kedoktoran di IPT luar negara, pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.75 dan ke atas pada peringkat Ijazah Pertama. 2) Bagi pelajar yang mengikuti pengajian ijazah pertama di Universiti Penyelidikan (UP) dan akan melanjutkan pengajian sarjana/kedoktoran di IPT luar negara, pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.50 dan ke atas pada peringkat Ijazah Pertama. 3) Bagi pelajar yang mengikuti pengajian ijazah pertama di universiti luar negara dan akan melanjutkan pengajian sarjana/ kedoktoran di IPT luar negara, pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya CGPA 3.75 dan ke atas pada peringkat Ijazah Pertama.

2.2.2

UNIVERSITI a) Bagi pengajian di dalam negara, penajaan akan dipertimbangkan kepada pemohon yang melepasi syarat akademik yang ditetapkan dan mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja dan bidang pengajiannya diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. b) Bagi pengajian di luar negara pula, penajaan akan diberikan kepada pemohon yang melepasi syarat akademik yang ditetapkan serta berjaya mendapatkan tempat dalam kelompok 20 universiti terbaik dunia mengikut bidang pengajian yang ditetapkan seperti di Lampiran A.

c) Bagi bidang-bidang professional, pelajar-pelajar perlu menyemak senarai kelayakan dengan Badan-badan Profesional Malaysia seperti senarai berikut tertakluk kepada institusi pengajian yang dinyatakan di atas:

BIL. 1 2 3 4 5 6 7 8 9

BADAN PROFESIONAL MALAYSIA Lembaga Arkitek Malaysia Lembaga Juru ukur Tanah Lembaga Jurutera Malaysia Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah Institut Akauntan Malaysia Lembaga Perancang Bandar Malaysia Lembaga Juruukur Bahan Malaysia Lembaga Kelayakan Profesyen Undang-undang Malaysia Majlis Veterinar Malaysia

2.3

SYARAT-SYARAT LAIN 2.3.1 Senarai universiti yang dilampirkan di Lampiran A adalah masih tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Setiap pemohon perlulah merujuk kepada Jabatan ini terlebih dahulu bagi memastikan bidang dan tempat pengajian yang dipohon telah mendapat pengiktirafan dari Kerajaan Malaysia. Syarat-syarat lain tertakluk kepada dasar sedia ada yang berkuatkuasa termasuk syarat-syarat tawaran penajaan.

2.3.2

2.3.3

3.

PERMOHONAN 3.1 Permohonan secara atas talian (online) boleh dibuat melalui laman web JPA di http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my. Dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan perlu dihantar kepada JPA setelah permohonan secara online dilengkapkan: Salinan kad pengenalan; Semua salinan transkrip peperiksaan di peringkat Ijazah Pertama dan Skrol Ijazah; iii) Plan of study; iv) Salinan surat tawaran kemasukan ke universiti/ institusi untuk pengajian peringkat Sarjana (Unconditional Offer); v) Dokumen lain bagi pembuktian keputusan Kelas Pertama (sekiranya tiada catatan di atas Skrol Ijazah bagi yang berkenaan) i) ii)

3.2

Dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, atau Ketua Kampung / Penghulu. Bagi pelajar yang telah berada di luar negara pengesahan boleh juga dibuat oleh Pegawai Kedutaan Besar Malaysia / Pegawai Penasihat Latihan / Pegawai Jabatan Penuntut Malaysia yang juga dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional. 3.3 Dokumen yang telah lengkap hendaklah dialamatkan kepada: Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Pembangunan Modal Insan Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan Aras 5, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 Putrajaya Sila catatkan Dokumen PPC di bahagian atas sebelah kiri sampul surat.

4.

HAK JPA 4.1 Pertimbangan adalah tertakluk kepada peruntukan yang ada serta perubahan dasar kerajaan dari semasa ke semasa. Oleh itu, JPA tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun pemohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. JPA berhak untuk membuat sebarang perubahan kepada kemudahan biasiswa yang disediakan pada bila-bila masa termasuk syarat dan kriteria tanpa perlu mengemukakan sebarang notis pemberitahuan terlebih dahulu. JPA berhak menarik balik tawaran biasiswa sekiranya didapati perlu, tanpa perlu memberi sebarang notis terlebih dahulu.

4.2

4.3

5.

MAKLUMAT LANJUT Untuk maklumat lanjut mengenai program penajaan, sila tuliskan ke alamat berikut :Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Pembangunan Modal Insan Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan Aras 5, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 Putrajaya Tel. : 03-8885 3564 Faks. : 03-8889 2170 E-mel : penawaranlsp@jpa.gov.my

LAMPIRAN A

SENARAI 20 UNIVERSITI TERKEMUKA MENGIKUT BIDANG BAGI TAHUN 2011 2012 Bidang Kejuruteraan & Teknologi KEDUDUKAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 UNIVERSITI California Institute of Technology Massachusetts Institute of Technology Princeton University University of California, Berkeley Stanford University University of Cambridge University of Oxford University of California, Los Angeles ETH Zrich - Swiss Federal Institute of Technology Zrich Imperial College London Georgia Institute of Technology Carnegie Mellon University University of Texas at Austin University of Michigan Cornell University University of California, Santa Barbara University of Illinois at Urbana Champaign University of Toronto National University of Singapore cole Polytechnique Fdrale de Lausanne NEGARA United States United States United States United States United States United Kingdom United Kingdom United States Switzerland United Kingdom United States United States United States United States United States United States United States Canada Singapore Switzerland

Bidang Sains Kemanusian KEDUDUKAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 UNIVERSITI NEGARA

Stanford University Harvard University University of Chicago Australian National University Princeton University University of Cambridge University of Oxford University College London University of California, Berkeley University of Toronto University of Edinburgh Yale University University of Michigan
1

United States United States United States


Australia

United States
United Kingdom United Kingdom United Kingdom

United States
Canada United Kingdom

United States United States

LAMPIRAN A
KEDUDUKAN 14 15 16 17 18 19 20 UNIVERSITI NEGARA

University of California, Los Angeles Rutgers, The State University of New Jersey New York University Cornell University The University of Sydney University of Melbourne University of Texas at Austin

United States United States United States United States


Australia Australia

United States

Bidang Sains Hayat KEDUDUKAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 UNIVERSITI NEGARA

Harvard University Massachusetts Institute of Technology University of Cambridge University of Oxford Stanford University University of California, Berkeley Yale University Princeton University Imperial College London University of California, Los Angeles University College London University of Chicago University of Washington Cornell University University of British Columbia University of California, San Diego Wageningen University and Research Center University of California, Davis University of Michigan University of Wisconsin-Madison

United States United States


United Kingdom United Kingdom

United States United States United States United States


United Kingdom

United States
United Kingdom

United States United States United States


Canada

United States
Netherlands

United States United States United States

LAMPIRAN A
Bidang Sains Fizikal KEDUDUKAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 UNIVERSITI California Institute of Technology Princeton University University of California, Berkeley Massachusetts Institute of Technology Stanford University Harvard University University of Cambridge University of Chicago University of California, Los Angeles University of Oxford Swiss Federal Institute of Technology Zrich Yale University Cornell University Imperial College London University of Washington University of Michigan Ludwig-Maximilians-Universitt Mnchen University of Toronto University of California, Santa Barbara University of Tokyo NEGARA United States United States United States United States United States United States United Kingdom United States United States United Kingdom Switzerland United States United States United Kingdom United States United States Jerman Canada United States Japan

Bidang Sains Sosial KEDUDUKAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 UNIVERSITI Stanford University Harvard University University of Oxford University of Chicago Princeton University Yale University University of Michigan University College London University of California, Los Angeles University of Pennsylvania United States University of Cambridge University of Wisconsin-Madison University of California, Berkeley Northwestern University London School of Economics and Political Science 3 NEGARA United States United States United Kingdom United States United States United States United States United Kingdom United States United States United Kingdom United States United States United States United Kingdom

LAMPIRAN A
KEDUDUKAN 16 17 18 19 20 UNIVERSITI University of British Columbia Duke University Australian National University University of Toronto Cornell University NEGARA Canada United States Australia Canada United States

You might also like