You are on page 1of 3

Pembukaan Mesir

POSTED ON FEBRUARY 8, 2011 BY IKHWANJAMAL

Demonstrasi di Mesir sudah berlanjutan hampir 3 minggu. Rakyat dan Hosni Mubarak, dua-dua masih belum mahu beralah untuk berundur. Hosni Mubarak yang tidak dapat di kesan di mana kedudukannya masih lagi bersembunyi masih ingin meneruskan pentadbirannya di Mesir. Rakyat Mesir masih lagi bertahan untuk meneruskan berdemonstrasi menyuruh Hosni Mubarak untuk turun daripada kekuasaan pemerintahan bayangan dajalnya.

30 tahun rakyat Mesir tertindas. Sudah tentu pahit untuk menelan satu lagi janji Hosni Mubarak untuk mengembalikan semula hak-hak rakyat daripada hasil Negara. Persoalannya, mengapa liat benar Hosni Mubarak untuk turun daripada takhta korupsinya?Apakah sebab takutkan maruah sebagai 30 tahun perdana menterinya tercalar? Atau disebabkan sekutu dajalnya masih belum memberi lampu hijau demi mengkaji dan mencari sekutu yang baru yang sesuai untuk digantikan? Pembukaan Mesir bukanlah dibuka semasa zaman Rasulullah SAW dan ini bermakna Mesir tidak termasuk dalam kawasan bumi Hijaz. Umar RA semasa pemerintahannya amat aktif membuka kota-kota Islam dan Mesir antara kota yang dibuka dibawah kekhilafahannya. Umar RA menghantar Amru ibn Al-As untuk membuka Mesir. Tidak seperti pembukaan di kota-kota lain, pembukaan kota Mesir sangat liat dan mengambil masa yang lama untuk ditewaskan. Selepas 2 tahun, Amr Ibn Al-As masih belum lagi berjaya membuka Mesir. Lalu, Amr Ibn Al-As meminta bantuan daripada daripada Khalifah Umar RA di bumi Hijaz dengan menghantar surat yang menyatakan pihak mereka memerlukan lebih 8000 orang lagi tentera bagi mencukupkan jumlah tentera Islam di Mesir seramai lebih 12000 orang.

Signifikan 12000 orang disebut oleh Rasulullah SAW kerana dengan jumlah ini dan dengan semangat jihad serta ketakwaan yang tiada berbelah bahagi, umat Islam pasti akan menang walaupun menentang berapa jua bilangan tentera kafir. Lalu Umar RA membaca perutusan Amr Ibn Al-As bersetuju menghantar ketumbukan tentera lagi bagi membantu membuka kota Mesir. Namun, Umar RA juga berpesan untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah supaya kemenangan berpihak kepada Islam. Umar RA lalu menghantar bantuan kepada Amr ibn Al-As. Namun Amr ibn AlAs merasa hairan mengapa jumlah tentera bantuan yang dihantar tidak seperti mana yang diminta. Umar RA menghantar mesej kepada Amr ibn AlAs bersama tentera bantuannya dan mesejnya berbunyi. Aku menghantar kepada kamu 4000 tentera. Tetapi setiap satu ketumbukan seribu orang diketuai dengan seorang yang kekuatannya bersamaan 1000 orang tentera Islam Ketua-ketua itu ialah: Zubair Al-Awwam, Al-Miqdad ibn Amru, Maslamah ibn Mihklad, Ubadah ibn As-Somit. Lalu strategi disusun semula dengan bantuan ketumbukan tentera baru. Dengan kelincahan dan kekuatan Zubair Al-Awwam, beliau berjaya menembusi kubu kuat menara pemerhati paling tinggi dalam kota itu dan menewaskan penjaganya seterusnya melaungkan Azan dari menara itu. Tentera kafir berundur kerana menyangka kubu utama mereka sudah dikalahkan dan menyerah kalah kepada tentera Islam. Benarlah kata Umar RA, kekuatan seorang daripada ketua itu bersamaan dengan kekuatan 1000 orang tentera Islam. Bagaimana Zubair Al-Awwam seorang diri mampu menembusi kubu utama dan memanjat menara pemerhati yang tinggi tanpa dapat dihalang oleh tentera kafir. Semoga Allah memberkati para sahabat. Begitulah sejarah betapa liatnya Mesir untuk dibuka dan ditakluk oleh kekhilafahan Islam. Menyingkap sejarah firaun di Mesir semasa zaman nabi Musa pula, Firaun juga tidak mahu mengalah di tanah Mesir sehinggakan nabi musa juga tidak berjaya menakluki Mesir sehingga Allah menurunkan bantuan azab kepada Firaun melalui mukjizat kepada nabi Musa.

Pada hari ini, kita menyaksikan pemerintahan diktator oleh rejim Hosni Mubarak membuatkan kita meluat dan marah padanya. Namun keliatan Hosni Mubarak ini bukan sahaja berlaku pada realiti hari ini, ianya telah lama berlaku jika kita menyingkap kembali sejarah pembukaan Mesir. Semoga Allah memberikan bantuan kepada rakyat Mesir demi mengalahkan firaun moden ini. Mari bersama menangkat tangan menadah doa kerana hanya bantuan ini sahajalah yang mampu kita sampaikan kepada rakyat Mesir. Kita mengharapkan kekhilafahan Islam kembali semula, insyaAllah.

You might also like