You are on page 1of 4

Faktor perbezaan latar belakang

Perbezaan latarbelakang individu merupakan salah satu halangan komunikasi yang berlaku semasa kempen anti rokok dijalankan. Perbezaan budaya, umur, jantina, status sosial dan taraf pendidikan merupakan antara ciri-ciri latar belakang yang menjadi penyebab kepada kegagalan kempen anti merokok ini. Perbezaan ini juga mengundang kepada kurangnya fahaman daripada orang ramai berkenaan dengan tujuan sebenar kempen ini dijalankan. Keadaan ini sekali gus mencetus kekeliruan orang ramai terhadap usaha kerajaan terhadap kempen ini. Kempen anti merokok yang telah dijalankan mempunyai kandungan mesej yang khusus ditujukan kepada perokok-perokok di seluruh Malaysia. Oleh yang demikian penyampai mesej khususnya Kementerian Kesihatan perlulah mengkaji dan memahami terlebih dahulu latar belakang bakal penerima mesej di dalam kempen ini. 1. Perbezaan dari segi gender Perbezaan gender merupakan salah satu halangan komunikasi yang boleh menjadi penyebab kepada kegagalan kempen ini. Aspek gender merupakan unsur yang penting dalam menentukan nilai, tindakan dan cara hidup seseorang. Dalam kebanyakan masyarakat, setiap ahlinya diberi keistimewaan dan pengiktirafan tertentu berdasarkan jantinanya. Oleh itu, jantina menjadi penentu kepada tugas dan peranan yang diberikan. Keadaan ini secara tidak langsung turut mempengaruhi sikap dan gaya penerimaan individu tersebut terhadap mesej yang disampaikan melalui aktiviti kempen khususnya kempen Tak Nak Merokok ini. Oleh kerana majoriti perokok di Malaysia terdiri daripada golongan lelaki, penyampaian mesej anti merokok ini perlulah diselarikan dengan cara penerimaan daripada golongan lelaki. Kempen Tak Nak Merokok merupakan satu kempen bagi mencapai sasaran sifar merokok khususnya di kalangan perokok di Malaysia.

2. Perbezaan dari segi umur

Tahap umur seseorang individu boleh mempengaruhi nilai, tindakan dan amalan harian mereka. Begitu juga dengan interaksi sosial di mana ianya seringkali disesuaikan dengan usia seseorang. Kebiasaannya individu yang lebih berumur mahukan setiap masyarakat perlulah menghormatinya diterima oleh dan setiap pendapat lebih yang muda dikemukakan olehnya kelompak yang

daripadanya. Selain itu, golongan yang berumur ini juga lebih sensitif dan merasakan golongan lebih muda tidak layak untuk menegur setiap tindakannya Walupun tindakan mereka jelas memberi kesan negatif terhadap diri mereka, golongan yang berumur juga merupakan sebahagian daripada perokok di Malaysia. Mereka telah lama terlibat dalam amalan merokok dan sukar untuk membuang tabiat merokok dalam kehidupan mereka. Selain itu, sifat ego dan sukar menerima pendapat juga menjadi penghalang kepada kejayaan kempen Tak Nak Merokok ini. Perokok yang telah berusia merasakan kempen ini hanya memyebabkan kehidupan mereka kerana mereka terpaksa berusaha lebih untuk menghentikan tabiat merokok yang telah sebati di dalam diri. Seperti sedia maklum, di dalam kempen Tak Nak Merokok ini telah diselitkan dengan akibat daripada amalan merokok seperti penyakit jantung, sesak nafas dan pelbagai lagi penyakit berisiko tinggi. Tindakan ini tekah menyentuh sensitiviti golongan prerokok yang berusia di mana mereka merasakan kempen tersebut cuba unutk memperkecilkan tabiat merokok mereka. Keadaan ini secara tidak langsung menhalang penyampaian mesej di dalam kempem dan sekali gus menggagalkan kempen tersebut.

3. Perbezaan dari segi budaya

Komunikasi dan budaya merupakan proses dan pola yang merentasi masa dan ruang. Kedua-dua elemen tidak boleh dipisahkan kerana budaya dapat menentukan pola pengucapan seperti siapa yang bercakap, tajuk pengucapan, pengertian mesej dan keadaan di mana mesej dikirimkan,diperhatikan dan diterjemahkan. Apabila budaya di dalam sesebuah masyarakat itu berbeza, maka amalan proses komunikasi juga turut akan berbeza (Samovar, 1981). Perbezaan dalam gaya individu merakam dan mentafsir mesej merupakan masalah utama dalam pertimbangan komunikasi antara budaya. Perbezaan ini turut menjadi penghalang kepada kejayaan Kempen Tak Merokok yang telah dijalankan. Masyarakat di Malaysia mempunyai pelbagai budaya yang boleh mempengaruhi kehidupan termasuklah cara penerimaan sesuatu mesej atau komunikasi. Interaksi antara budaya juga merupakan situasi yang penuh dengan cabaran kerana seseorang individu akan berhadapan dengan rangsangan baru dengan lambang-lambang yang tidak biasa baginya. Di dalam Kempen Tak Nak Merokok ini, lambang sebatang rokok yang hampir dihancurkan melambangkan perokok harus membuang dan meninggalkan tabiat merokok mereka. Lambang rokok tersebut yang diletakkan di tengah-tengah poster telah menyentuh sensitiviti masyarakat khususnya bangsa melayu yang mana merasakan rokok tersebut hanya akan merangsang anak-anak mereka untuk terus mencuba merokok. Keadaan ini telah mengurangkan penglibatan masyarakat dari terus menyokong Kempem Tak Nak ini sekali gus menggagalkan kempen tersebut.

4. Perbezaan dari segi pendidikan

Perbezaan tahap latar belakang masyarakat Malaysia juga merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kegagalan Kempen Anti Merokok ini. Tahap pendidikan individu turut membesarkan jurang sosial dan fahaman masyarakat. Bagi golongan yang kurang berpendidikan, mereka mungkin kurang memahami mesej yang ingin disampaikan melalui kempen ini. Mesej gambaran poster di dalam kempen ini tidak dapat disampaikan kepada golongan ini memandangkan mereka

perlu diberi penerangan yang lebih teliti dan mendalam bagi memahami tujuan kempen ini diadakan. Penglibatan yag kurang akitf daripada pihak yang terlibat dalam memberi penerangan yang lebih jelas berhubung kenpen ini mengakibatkan golongan kurang berpendidikan tidak memahami dengan lebih jelas dan menjadikan mereka kurang berminat untuk mengetahui tujuan sebenar kempen tersebut. Keadaan ini menjejaskan keberkesanan dan seterusnya menggagalkan kempen ini.

Rujukan Samovar. L.A., Porter, R.E dan Jain, N.C, Understanding intercultural

Communication, Belmont: Wadsworth, 1981.

You might also like