You are on page 1of 26

1.

Pengenalan

Tugasan ini bertajuk Pengurusan Prasekolah Pendidikan Khas dimana menghendaki kami menghuraikan bagaimana pengurusan kanak-kanak yang berkeperluan khas ini diuruskan dalam program prasekolah serta bagaimana program-program ini dirancangkan untuk membantu mereka menjadi sebagai manusia yang berdikari. Perkembangan pesat negara menuju Wawasan 2020 yang berlandaskan masyarakat penyayang mencabar para pendidik supaya menangani isu pendidikan bagi kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas. Melihat dari perspektif perbezaan individu ini, setiap kanak-kanak itu unik dan memerlukan bimbingan untuk perkembangan diri. Ada kanak-kanak terutama yang tergolong dalam mereka yang berkeperluan khas memerlukan bimbingan khas sama ada masa jangka panjang atau masa jangka pendek misalnya dalam persekolahan. Jadi bermula dari awalan, Program Prasekolah Pendidikan Khas merupakan pendidikan yang dapat memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini merasai dunia pendidikan sama seperti kanakkanak normal yang lain. Oleh itu bagaimana sesebuah pengurusan Prasekolah Pendidikan Khas dijalankan akan dihuraikan dalam tugasan ini.

2.0

Definisi Pendidikan Khas

Menurut Hallahan dan Kauffman (2006) : Pendidikan khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Gargiulo (2003) : Pendidikan khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Friend (2005) : Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain. Mansor (2005) : Program pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran.
1

Heward (2003) : Pendidikan khas dijelaskan daripada beberapa sudut, iaitu: i. Siapa? Ia adalah guru yang dilatih khusus untuk mengajar kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas. Guru-guru ini telah menerima latihan khusus tentang psikologi, kaedah mengajar, kaedah penilaian dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Bersama dengan guru pendidikan khas, pakar-pakar lain juga terlibat dalam pendidikan khas yang terdiri daripada ahli psikologi sekolah, terapis bahasa, kaunselor, terapis fizikal dan lain-lain. Pakar-pakar ini bekerja dengan guru pendidikan khas serta keluarga pelajar terbabit dengan tujuan membantu. ii. Apa? Secara umum, kurikulum pendidikan khas tidak jauh berbeza daripada kurikulum yang diikuti oleh pelajar biasa. Contohnya, pelajar bermasalah penglihatan atau bermasalah pendengaran menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Bagaimana pun, bagi pelajar yang mengalami masalah pembelajaran tertentu memerlukan kurikulum yang telah diubahsuai. Contohnya, sesetengah pelajar kurang upaya perlu diajar memakai baju, makan, membersihkan diri sendiri, membaca dan menulis dalam braille, menggunakan bahasa isyarat, bercampur gaul dengan orang lain dan sebagainya. Oleh itu, kurikulum perlu diubahsuai untuk mengambil kira pengajaran pengetahuan dan kemahiran tertentu. iii. Di mana? Pelajar yang mengikuti pendidikan khas mungkin ditempatkan dalam kelas bersama dengan pelajar biasa atau ditempatkan dalam kelas berasingan atau sekolah berasingan. Bagaimana pun, isu penempatan kanak-kanak berkeperluan khas masih dipertikaikan Secara umum kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas selalunya memiliki ciriciri tertentu yang menghalang mereka mengikuti persekolahan seperti kanak-kanak biasa. Mereka memiliki satu atau gabungan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan sama ada daripada segi fizikal, deria, mental, emosi, sosial, kesihatan atau tingkah laku jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Justeru itu, kanak-kanak ini dikatakan bermasalah. Mereka memerlukan satu bentuk pendidikan yang sesuai untuk dapat belajar dengan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan yang dimiliki. Dengan kata lain, pendidikan khas adalah satu perkhidmatan pendidikan yang dibentuk khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini.

3.0

Sejarah Pendidikan Khas di Malaysia

Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar lembam (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran.

4.0

Peristiwa Penting yang Mempengaruhi Perkembangan Pendidikan Khas

Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi setiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam Persidangan Dunia bertemakan Pendidikan Untuk Semua di Jomtien, Thailand yang menekankan keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan. Pada tahun 1959, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak-Kanak Sedunia dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin . Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran1961. Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa; sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk muridmurid yang kurang upaya.
3

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut; Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan. Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun 1981 dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanak-kanak kurang upaya. Kementeriankementerian yang terlibat selain daripada Kementerian Pendidikan ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh. Pada amnya, Jawatankuasa ini menetapkan: i. Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik. ii. Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik. iii. Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa: Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era baru dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun. Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melalui peraturanperaturan menetapkan:
4

i.

Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas;

ii. iii.

Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas; Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan

iv.

Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat.

5.0

Jabatan Pendidikan Khas

Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit ini dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan baru pada I Oktober tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya sama dengan status jabatan-jabatan lain Hal ini membolehkan Jabatan ini menjalankan tanggungjawabnya seperti yang dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat. Visi, Misi dan Falsafah Jabatan Pendidikan Khas. Permintaan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya dan kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas juga menjadi faktor utama yang menyebabkan berkembangnya pendidikan ini. Objektif menaik taraf Jabatan Pendidikan Khas ialah untuk: i. Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk pelajar dengan keperluan khas. ii. Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar dengan keperluan khas. iii. Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar dengan keperluan khas. iv. Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.
5

v.

Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas. Bagi mencapai kelima-lima objektif yang tersenarai, Jabatan Pendidikan Khas terbahagi

kepada tiga bahagian dan satu unit: (a) Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar Bertanggungjawab untuk merealisasikan dasar, hala tuju dan perkembangan pendidikan khas dengan menetapkan peraturan dan perundangan mengenai pendidikan khas dan menyelaras hasil penyelidikan dan kajian dan membuat perancangan bagi pelaksanaan dasar-dasar mengenai pendidikan khas. (b) Bahagian Pengurusan Sekolah Bertanggungjawab untuk merancang, menggubal, mengubahsuai, mengelola dan menyelaras kurikulum dan kokurikum. (c) Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu Bertanggungjawab untuk menyediakan latihan kepakaran bagi guru-guru danmemberi khidmat bantu kepada pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat di samping merancang, mengurus dan mentadbir pusat sumber jabatan dan sekolah, dan mencetak bahan sokongan (seperti bahan Braille). (d) Unit Pengurusan Bertanggungjawab untuk meningkatkan kualiti pengurusan Jabatan melalui perbelanjaan kewangan berhemah, peningkatan kebajikan dan kemajuan perkhidmatan warga pendidikan khas, penyebaran maklumat dan penggunaan media elektronik.

6.0

Jenis-Jenis Sekolah Pendidikan Khas

Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pendidikan khas melalui dua pendekatan i. Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. ii. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional
6

yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.

7.0

Badan-Badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas

Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badan-badan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (NonGovernmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita. Peristiwa Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986 telah membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah: i. Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Assocation) yang menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun. ii. Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial. iii. Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanakkanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16 tahun. iv. Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanakkanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.

8.0

Konsep-Konsep Asas Dalam Pengajaran Kanak-Kanak Khas

Pengajaran adalah satu aktiviti yang dilakukan oleh seorang guru bertujuan untuk memahirkan atau bagi memahamkan mereka yang diajar. Sesuatu sesi pengajaran dikatakan berkesan apabila pelajar yang mengikuti pengajaran tersebut telah menguasai isi kandungan pengajaran yang disampaikan, atau apabila pelajar yang mengikuti pengajaran tersebut berjaya memperolehi kemahiran yang diajar. Bagi mencapai tujuan tersebut ia itu untuk menghasilkan satu sesi pengajaran yang berkesan seorang guru itu perlu meneliti dan memberi perhatian terhadap strategi pengajaran, kaedah serta teknik-teknik pengajaran. 8.1 Strategi dan Pendekatan Pengajaran Setiap pendekatan pengajaran disandarkan kepada model teoritikal tentang pendidikan khas. Justeru setiap model mempunyai pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran yang berbeza bergantung kepada model teoritikal yang dirujuk. Pendekatan pengajaran merujuk kepada bagaimana seseorang guru menyediakan perancangan mengajar, memulakan dan mengakhiri pengajarannya. 8.2 Kaedah Pengajaran Kaedah pengajaran merujuk kepada perancangan pengajaran yang telah diterima pakai. Kaedah ini dirumus dari teori dan prinsip yang digunakan untuk mengurus amalan dalam bilik darjah. Perancangan merujuk kepada kawalan guru terhadap urutan pelaksanaan proses pengajaran yang akan dilaksanakan. Kaedah pengajaran memberi perhatian khusus terhadap langkah-langkah pada prosedur yang diperlukan dalam aktiviti pengajaran. 8.3 Strategi Pengajaran Strategi pengajaran merupakan cabang kepada kaedah pengajaran. Ia merujuk kepada perancangan operasi pengajaran yang khusus dan digunapakai oleh guru. Strategi mencorakkan aktiviti pengajaran guru dalam bilik darjah. Strategi pengajaran merupakan perancangan-perancangan kecil yang dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran. Contoh strategi, pelajar di bawa ke dalam bilik

sensori dan perancangan pengajaran berkisar di sekitar penggunaan kemudahan dalam bilik ini. 8.4 Teknik Pengajaran Teknik pengajaran merujuk kepada sistem atau mekanisma penyampaian ilmu dan kemahiran dari seorang guru kepada muridnya (Wood2002). Ia merujuk kepada prosedur-prosedur khusus pada skala yang kecil. Satu strategi boleh mengandungi beberapa teknik. Contohnya,teknik secara sentuhan atau

penggunaan deria sentuh. Pelajar dibimbing, dilatih dan diajar mengenali sesuatu huruf dengan teknik sentuhan pada huruf-huruf yang dibina dari bahan fabrik yang kasar atau yang licin.

9.0

Model-Model Teorikal dalam Pendidikan Khas

Teori saintifik mengutamakan ramalan, serta penerangan bagi sesuatu perkara yang dijadikan asas bagi sesuatu amalan. Kaedah pengajaran pendidikan khas dibina berasaskan kepada modelmodel teoritikal yang dipilih. Setiap model mempunyai pandangan yang tersendiri tentang pendidikan khas. Antara model-model tersebut ialah: 9.1 Model Perubatan Model perubatan mengandaikan bahawa semua masalah pembelajaran dan semua masalah tingkahlaku tidak normal adalah di sebabkan oleh masalah organik atau penyakit. Faktor alam sekitar yang boleh mengancam sistem biologi manusia dikatakan turut menyumbang kepada masalah yang dihadapi. Model perubatan berpendapat bahawa adalah penting untuk melakukan diagnosis secara komprehensif sebelum melakukan sebarang intervensi

pendidikan keatas seorang kanak-kanak khas. Diagnosis perlu untuk memahami keadaan biologikal serta keadaan fizikal yang turut merangkumi keadaan neurologikal kanak-kanak terbabit. Mereka yang mengambil model ini akan menggunakan kaedah latihan proses atau process trainning sebagai aktiviti
9

pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak khas. Latihan proses memberikan tumpuan utama kepada latihan khusus untuk memupuk rangsangan sensori dan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan pengamatan. Kajian terkini mendapati penyumbang kepada masalah pembelajaran tidak terhad kepada faktor biologikal sahaja. Namun interaksi antara faktor biologikal dengan factor persekitaran telah menyumbang kepada masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak khas. Model perubatan seolah-olah mengandaikan bahawa kanak-kanak khas itu mempunyai masalah pada jasad mereka, justeru mereka perlu diubati untuk mengatasi masalah atau kecacatan yang dialami. Pandangan sedemikian boleh membantutkan perkembangan pendidikan kanak-kanak khas terbabit. Ini kerana mereka dianggap mempunyai kekurangan kerana bermasalah secara biologikal, neurologikal atau fizikal. 9.2 Model Perkembangan Model perkembangan berpendirian bahawa pertumbuhan secara biologikal merupakan faktor utama yang mengawal perkembangan kognitif dan

perkembangan sosial kanak-kanak serta remaja. Hampir setiap kanak-kanak atau remaja akan melalui tahap perkembangan tertentu sehingga matang. Faktor biologikal menyumbang kepada pertumbuhan kanak-kanak disamping faktor persekitaran. Model ini mengandaikan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas turut melalui tahap-tahap perkembangan seperti kanak-kanak lain, namun pada kadar yang perlahan berbanding kanak-kanak lain. Turut dipaparkan ialah kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan yang berbeza mendapat kesan yang berbeza dari perkembangan yang tidak normal ini. Justeru tugas pendidik ialah untuk mengenalpasti tahap perkembangan pelajar-pelajarnya dalam aspek intelektual, fizikal, sosial dan emosional. Guru seterusnya membina kaedah pengajaran bagi menyesuaikan kaedah tersebut dengan tahap-tahap perkembangan pelajar dalam aspek-aspek yang telah dikenalpasti. Penyokong model ini kurang yakin terhadap intervensi pendidikan yang dikatakan mampu mengubah corak perkembangan kanak-kanak.
10

Ini kerana bagi mereka pengalaman secara semulajadi dalam persekitaran yang ceria dan kondusif adalah lebih penting dan berguna. Model ini berteraskan fahaman developmentalis yang amat mementingkan intervensi dalam bentuk rawatan pendidikan dalam persekitaran semula jadi yang selamat dari gangguan yang bersifat intrusif. Kritikan diberi kepada pendidik yang cuba melatih pelajar mencapai tahap yang lebih tinggi dari tahap perkembangan pelajar terbabit. Pendidik yang berpegang kepada model ini amat mementingkan pendekatan pengajaran secara bertahap. 9.3 Model Behavioris Pengajaran yang mengambil pendekatan seperti yang dipaparkan di atas merujuk kepada pendekatan pengajaran berasaskan kepada model behavioris. Model ini berpendirian bahawa bagi pengajaran kanak-kanak khas adalah penting untuk dianalisis tingkahlaku kanak-kanak tersebut terlebih dahulu sebelum pengajaran dijalankan. Tingkahlaku yang dimaksudkan merujuk kepada tingkahlaku yang boleh diperhatikan serta boleh diukur. Guru bertindak mencaturkan peristiwaperistiwa pada persekitaran pelajar. Ini termasuk usaha merubah persekitaran sebelum tingkahlaku berlaku atau disebut sebagai antecedent. Selain itu terdapat usaha untuk merubah persekitaran selepas tingkahlaku atau disebut sebagai consequence. Usaha dilakukan untuk merekod dan memaparkan data yang diambil. Kanak-kanak yang bermasalah dianggap mempunyai skema tingkahlaku yang tidak sesuai. Tingkahlaku tersebut boleh jadi terlebih atau boleh jadi juga berkurangan dari yang sepatutnya. Seorang kanak-kanak khas yang kerap menjerit tanpa seb arang sebab dikatakan mempunyai lebihan tingkahlaku dari apa yang sepatutnya. Sebaliknya seorang kanak-kanak khas yang tidak mahu bercakap dengan dikatakan mempunyai kekurangan tingkahlaku. Guru bertanggungjawab untuk merubah persekitaran sebelum atau persekitaran selepas tingkahlaku bagi tujuan untuk mencapai tingkahlaku sasaran. Model behaviorisma ini

mempengaruhi beberapa kaedah pendekatan pendidikan khas.

11

Antaranya ialah strategi kawalan rangsangan sebelum tingkahlaku, strategi pengurusan kontigensi selepas tingkahlaku, pengajaran tepat, pembelajaran masteri, pengajaran terus dan pengajaran berentukan komputer. Semua kaedah tersebut mengaplikasi prinsip kawalan tingkahlaku. Strategi kawalan rangsangan menumpukan kepada kepentingan untuk memberi kiu atau prom bagi melahirkan tingkahlaku yang diharapkan. Tumpuan di sini ialah untuk mencari kiu dan prom yang tepat bagi tujuan mengubah tingkahlaku. Strategi pengurusan kontigensi memberi tumpuan terhadap sistem ganjaran yang digunakan bagi tujuan untuk mengubah tingkahlaku. Pengajaran tepat menitikberatkan pengukuran serta pemaparan ukuran tingkahlaku bagi tujuan pemantauan progres pembelajaran. Sesi pendekatan pembelajaran masteri adalah sangat berstruktur. Strategi tersebut mencerakinkan pengajaran kepada banyak tahap yang kecil yang perlu dikuasai oleh pelajar satu demi satu. Pengajaran terus memberi tumpuan terhadap perancangan pengajaran yang tersusun yang mengintegrasikan prom, kiu serta ganjaran dalam sesi pengajaran. Pengajaran berasaskan komputer menggunakan rangsangan serta kiu pada skrin komputer untuk memberi maklum balas kepada pelajar tentang respon mereka, sama ada salah atau betul bagi tujuan untuk mengawal tingkahlaku pelajar Model behavioris ini dikatakan menjadikan pelajar seperti robot yang bertindak tanpa bantuan kognitif tetapi hanya secara mekanistik. Namun pelajarpelajar khas yang diajar bukanlah benda tetapi merupakan insan yang perlu dipertanggungjawabkan atas segala tindak tanduknya. 9.4 Model Kognitif Model yang memberi fokus kepada keadaan internal pemikiran seseorang dinamakan model kognitif. Ini berlawanan dengan model behavioris yang berfokuskan kepada keadaan eksternal seseorang. Manusia akan sentiasa cuba memahami persekitaran dan tidak hanya bertindak pasif dalam persekitaran tersebut. Teori kognitif cuba menerangkan bagaimana otak memproses maklumat dan menjadikannya bermakna. Setiap satu proses kognitif tersebut dikenali
12

dengan nama yang khusus sesuai dengan kefungsian masing-masing. Prosesproses tersebut ialah perhatian, pengamatan, ingatan, mengkonsepsi, pemahaman, penaakulan, penyelesaian masalah, dan membuat keputusan. Terdapat banyak teori kognitif yang berbeza dalam menerangkan proses yang berlaku. Salah satu teori yang popular ialah teori pemprosesan maklumat. Teori ini cuba menerangkan bagaimana input sensori diberi pengamatan, ditransformasi, dikecilkan, dibesarkan, disimpan, dicari dan diguna semula. Pemprosesan kognitif dikatakan sangat interaktif dan dikawal oleh kefungsian eksekutif yang bertanggungjawab melakukan. Dalam pada itu ada pula pelajar yang sangat baik ingatannya. Ia seperti kamera mengambil gambar semua maklumat dapat diserap dengan tepat. Adakah anda yakin bahawa latihan yang diperolehi dalam permainan berstrategi seperti catur dan seumpamanya akan membuatkan seseorang itu lebih baik dalam pembelajarannya, perancangan, koordinasi, pemantauan dan penilaian keatas sebarang perancangan tindakan. Menurut teori ini individu yang bermasalah dalam pembelajaran adalah disebabkan oleh kekurangan dalam pemprosesanpemprosesan tersebut. Model kognitif mengambil pendekatan pengajaran secara latihan kognitif dan meta kognitif. Latihan kognitif memberi perhatian terhadap kemahiran berfikir. 9.5 Model Humanistik Model ini menitik beratkan soal perkembangan individu secara menyeluruh dan secara sepenuhnya. Asas kepada model ini ialah kepercayaan tentang kecenderungan setiap insan untuk mencapai jati diri masing-masing. Ini merujuk kepada kecenderungan seseorang untuk membentuk dirinya menjadi sebagai seorang yang dicita-citakan walaupun dia terpaksa melakukan perkara-perkara yang mencabar. Model ini menyokong dan menitikberatkan matlamat pendidikan agar memberikan kepada pelajar lebih tanggung jawab untuk menjadi lebih terarah dalam proses pembelajaran mereka, justeru menjadi lebih berdikari.

13

Pendidik bertanggungjawab untuk membina kecenderungan pelajar untuk mengembangkan potensi mereka, justeru guru menguruskan persekitaran pelajar agar pelajar didedahkan kepada persekitaran yang bermakna. Pelajar dengan sendirinya akan teruja untuk belajar, berkeinginan untuk meneroka, berharap untuk menguasai, dan berkeinginan untuk mencipta. Pendekatan humanistik menyuburi pertumbuhan bebas dan melindungi kanak-kanak khas daripada tekanan yang berlebihan dari ibu bapa dan dari masyarakat. Objektif sosio emosi diberikan keutamaan berbanding objektif akademik. Faktor peribadi dan faktor sosial adalah amat penting dalam menentukan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Dikatakan keperluan peribadi dan keperluan sosial pelajar tersebut sering diabaikan dalam konteks pembelajaran di sekolah. Menurut teori ini perkara-perkara yang berkaitan dengan esteem kendiri dan nilai diri perlu di beri perhatian terlebih dahulu sebelum memberi tumpuan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pendidik seterusnya perlu memberi perhatian terhadap suasana dan persekitaran yang boleh mewujudkan tekanan atau yang boleh mencetuskan tingkahlaku yang bermasalah di kalangan pelajar. Kemahiran sosial adalah sangat penting bagi setiap pelajar agar mereka mampu menyesuaikan diri sepenuhnya dalam persekitaran di sekolah. Model ini berpendapat bahawa kegagalan pelajar di sekolah bukan disebabkan oleh kelemahan mereka dalam kemahiran akademik, sebaliknya adalah disebabkan oleh sikap mereka yang negatif terhadap persekolahan. Selalunya pelajar-pelajar terbabit mempamerkan ciri-ciri hiperaktif atau kurang berminat dalam pembelajaran mereka.Mereka tidak bersemangat untuk belajar justeru gagal untuk berusaha bersungguhsungguh apabila berhadapan dengan kesukaran dalam pembelajaran. Bagi pendokong model humanistik ini, pendidikan bermula dengan latihan khusus dalam aspek-aspek; kemahiran sosial, hubungan interpersonal, penyesuaian diri, berdikari dan motivasi.

14

9.6

Model Ekologikal Model ekologikal adalah berasaskan kepada pandangan bahawa tingkahlaku ditentukan oleh interaksi antara individu dengan aspek-aspek dipersekitarannya. Selain dari memberi tumpuan khusus terhadap seseorang individu, model ini menekankan kesan hasil dari interaksi antara individu terbabit dengan semua yang ada di persekitarannya sama ada di rumah, di sekolah serta di dalam komuniti. Model ini melihat individu sebagai seorang yang unik yang di kelilingi oleh persekitaran ekosistem yang juga unik. Masalah bagi seseorang pelajar khas dalam kefungsian mereka adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan serta ketidakkongruenan pelajar terbabit dalam sistem ekologinya. Di sini timbul ketidaksamaan antara keupayaan pelajar dengan ekspektasi yang wujud dari persekitarannya. Menurut pendokong model ini, peranan pendidik adalah bagi membantu pelajar mengekalkan keseimbangan yang harmonis antara pelajar terbabit dengan persekitarannya. Ibu bapa serta keluarga perlu memberi komitmen dalam setiap intervensi pembelajaran yang dilaksanakan untuk pelajar-pelajar khas terbabit. Selain itu penglibatan ahli-ahli profesional lain turut dikatakan perlu dalam proses pembelajaran tersebut. Kemahiran yang menjurus kepada alam pekerjaan turut dikatakan penting dalam konteks model ini.

10.0

Integrasi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Integrasi bermaksud mendidik kanak-kanak berkeperluan khas bersama-sama dengan kanakkanak biasa. Ini berdasarkan kepada prinsip bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu berkongsi peluang-peluang pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak yang lain (Williams, 1988). Menurut Jenkinson (1987) pula, integrasi ialah menyediakan pendidikan kepada kanakkanak berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa. Laporan Warnock (1978), telah membahagikan integrasi kepada tiga jenis:

15

1. Lokasi. Kanak-kanak berkeperluan khas diberi pendidikan di sekolah-sekolah di dalam kawasan yang sama dengan sekolah-sekolah biasa tetapi berasingan unit atau sekolah. Bagi kebanyakan kes, kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai hubungan sosial yang terbatas dengan kanak-kanak biasa seperti berkongsi menggunakan padang permainan. 2. Sosial. Penempatan pelajar di sekolah-sekolah di mana hubungan sosial yang biasa berlaku. Misalnya sewaktu bermain atau mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sekolah walaupun pendidikan formal berlaku ditempat-tempat yang berasingan. 3. Kefungsian. Kanak-kanak berkeperluan khas menghadiri kelas-kelas biasa dan mengambil bahagian bersama-sama dengan pelajar yang lain, berkongsi kemudahan yang disediakan dan tidak dipisahkan daripada sebarang aktiviiti sekolah. Untuk menjayakan integrasi, pendekatan positif yang memihak kepada kanak-kanak berkeperluan khas diperlukan. Ibu bapa perlu bersetuju tentang penempatan kanak-kanak berkeperluan khas seperti yang telah ditetapkan. Keputusan untuk mengintegrasikan pelajar perlukan kepastian dari segi kemampuan untuk melaksanakannya. Selain itu amalan integrasi yang dilaksanakan mestilah dapat menghasilkan pendidikan yang berkesan dan tidak melibatkan kos yang tinggi (Williams, 1988). 10.1 Bentuk-Bentuk Polisi Integrasi Penilaian ke atas keperluan individu dan keperluan pembelajaran. Merupakan langkah pertama ke arah integrasi. Pelaksanaan pendidikan dalam arus perdana yang berdasarkan kepada penilaian terhadap keperluan pendidikan secara individu akan menentukan bentuk perancangan dan program bagi personal pendidikan khas dan kelas biasa. Penilaian terhadap keperluan individu perlu dilakukan sebelum penempatan dan perancangan sesuatu program dibuat. Penilaian dijalankan berdasarkan maklum balas daripada pelbagai sumber termasuk ibu bapa, guru, ahli psikologi, guru pendidikan khas dan juga pentadbir. Penempatan di kelas-kelas biasa. Kebanyakan program integrasi dalah bertujuan untuk menyokong penempatan pelajar kurang upaya ke dalam kelaskelas biasa atau sekolah biasa samada secara sepenuh masa atau separuh masa. Program integrasi juga bertujuan untuk meningkatkan jumlah pelajar kurang

16

upaya di dalam kelas-kelas biasa. Selain itu, galakan perlu diberi supaya integrasi sepenuhnya diamalkan. Penyediaan pelbagai perkhidmatan dan program pendidikan. Kebanyakan polisi integrasi mengutarakan pemasalahan tentang penyediaan pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan pelajar berkeperluan khas yang berbagai. Pentadbir perlu menyediakan perkhidmatan pendidikan khas di beberapa seting seperti di hospital, pusat-pusat pemulihan, sekolah khas, kelas-kelas khas di sekolah biasa, bilik sumber dan kelas-kelas biasa. Ini disebabkan perbezaan keperluan pelajar berkeperluan khas dimana perkhidmatan yang sesuai diperlukan dalam masa yang berbeza, kumpulan pelajar yang berbeza dan sentiasa berubah. Penyediaan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti dan bersesuaian. Integrasi memerlukan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti seperti mana yang disediakan untuk pelajar lain di kelas-kelas biasa. Kemudahan yang disediakan mestilah sesuai dengan keupayaan kanak-kanak tersebut. Kakitangan yang terlatih dalam pendidikan khas diperlukan dalam pelaksanaan integrasi. Guru-guru biasa juga perlu prihatin terhadap keperluan pelajar berkeperluan khas. Sokongan oleh personal dan profesional terhadap hak pelajar berkeperluan khas dan ibu bapa. Integrasi memerlukan sokongan daripada personal, guru-guru, rakan sebaya dan masyarakat. Ibu bapa memerlukan sokongan profesional terutama daripada mereka yang mempunyai pengetahuan tentang kanak-kanak berkeperluan khas. Para profesional perlu bersikap positif dan menerima. Guru perlu bertanggung jawab dan sentiasa mengambil berat terhadap pelajar kurang upaya. Pelajar biasa Jenis Integrasi Lokasi Kefungsian Sosial perlu membantu pelajar berkeperluan khas secara aktif menyesuaikan diri dengan kelas biasa. Sokongan daripada ibu bapa pelajar biasa kepada anak-anak mereka diperlukan kerana anak mereka akan sentiasa berhubung dengan kanak-kanak berkeperluan khas.

17

10.2

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kejayaan Program Integrasi Faktor Kanak-kanak 1. Tahap penyesuaian tingkahlaku dan kemahiran bersosial 2. Tahap keupayan kognitif 3. Kemahiran akademik 4. Kesediaan untuk terlibat dalam program integrasi Faktor Rakan Sebaya

1. Sikap rakan sebaya dalam kelas biasa 2. Kesedian pelajar biasa untuk menyesuaikan diri dengan kanak-kanak

berkeperluan khas Faktor Guru dan Pengajaran 1. Kualiti program kelas biasa 2. Kesediaan guru kelas biasa menyesuaikan pengajaran dalam kelas biasa untuk memenuhi keperluan kanak-kanak kurang upaya 3. Bilangan kanak-kanak kurang upaya yang terlibat dalam program integrasi 4. Kualiti latihan dalam perkhidmatan untuk guru-guru biasa Faktor Pentadbir 1. Penetapan kriteria untuk kejayaan integrasi 2. Kualiti sumber yang disediakan untuk guru 3. Penyediaan perkhidmatan sokongan dan pakar yang mencukupi 4. Tahap sokongan yang diberikan kepada guru kelas Sikap Ibu Bapa dan Masyarakat 1. Sikap ibu bapa kanak-kanak kurang upaya terhadap program integrasi 2. Sikap ibu bapa kanak-kanak biasa terhadap program integrasi

18

11.0

Aliran Perdana

Aliran perdana adalah polisi pendidikan dalam penempatan pelajar dalam sekolah biasa. Aliran perdana melibatkan penempatan pelajar kurang upaya daripada program pendidikan yang terasing atau kelas-kelas khas ke dalam sekolah-sekolah biasa. Penempatan pelajar dalam aliran perdana dapat mengelakkan pengasingan. Namun begitu konsep ini lebih merujuk kepada penempatan pelajar secara fizikal di sekolahsekolah biasa. Mengikut Kaufman (1975), aliran perdana merujuk kepada penempatan sementara integrasi sosial hak kanak-kanak kurang upaya dengan rakan sebaya yang normal. Penempatan ini berdasarkan kepada keperluan semasa individu mengikut perancangan pendidikan yang sama yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan serta memerlukan tanggung jawab bersama di antara pentadbir dan pihak-pihak yang berkaitan. Mengikut definisi ini, proses arus perdana melibatkan lebih daripada penempatan fizikal dalam kelas biasa. Pembentukan hubungan sosial yang positif di antara kanak-kanak kurang upaya dengan kanak-kanak biasa adalah hasil yang diharapkan daripada proses aliran perdana. Program yang dilaksanakan untuk kanak-kanak biasa dan kanak-kanak kurang upaya merupakan tunjang kepada kejayaan aliran perdana. Penempatan kanak-kanak kurang upaya dalam pendidikan aliran perdana melibatkan masa yang berbeza di antara kanak-kanak tersebut. Ada yang ditempatkan sepanjang hari persekolahannya dan ada yang ditempatkan sebahagian daripada masa persekolahan mereka di kelas-kelas dalam aliran perdana. Ini berkait rapat dengan pandangan bahawa bukan semua kanakkanak kurang upaya sesuai untuk aliran perdana terutamanya yang mengalami kecacatan serius. Mereka akan mendapat faedah yang lebih baik sekiranya ditempatkan di program luar daripada aliran perdana. Definisi ini juga merujuk kepada keperluan penilaian kanakkanak kurang upaya dan keperluan perancangan koloboratif dalam menentukan matlamat aliran perdana dicapai. Birch (1978), memberikan definisi yang menunjukkan perbezaan pendapat tentang proses aliran perdana. Mengikut Birch, aliran perdana bermaksud kanak-kanak kurang upaya mendaftarkan diri di sekolah biasa. Kanak-kanak kurang upaya tersebut akan diajar dalam kelas biasa untuk sebahagian besar hari persekolahan dibawah kendalian guru kelas biasa. Ini adalah
19

untuk menjamin kanak-kanak ini mendapat pendidikan khas yang berkualiti yang diperlukan pada ketika itu dan pada masa-masa akan datang. Kenyataan ini menekankan kepentingan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan khas kepada kanak-kanak kurang upaya dan integrasi di dalam kelas biasa. Definisi oleh Birch juga menekan supaya keperluan kanak-kanak kurang upaya mendapat penempatan dan menerima perkhidmatan pendidikan. Johnson & Johnson (1980), memberikan definisi yang menekankan tentang nilai kepada batasan yang kurang menghadkan kepada semua kanak-kanak kurang upaya. Aliran perdana juga bermaksud memberi kemudahan yang bersesuaian kepada kanak-kanak kurang upaya mendapat pendidikan dalam alternatif yang tiada batasan berdasarkan program pendidikan secara individu. Selain itu pendidikan aliran perdana juga melibatkan prosedur kawalan keselamatan dan penglibatan ibu bapa dengan matlamat untuk menyediakan kemudahan interaksi yang membina dengan kanak-kanak biasa. Konsep alternatif yang kurang menghadkan merujuk kepada kanakkanak kurang upaya diberi pendidikan yang lebih mencabar tanpa halangan atau sempadan fizikal dan pendidikan yang akan menyekat kemajuan pelajar dalam program pendidikan. Kepentingan penglibatan ibu bapa dan kemudahan pendidikan secara individu juga diberi penekanan dalam definisi ini. 11.1 Prinsip Persekitaran yang Kurang Menghadkan Konsep aliran perdana mempunyai persamaan dengan konsep persekitaran yang tiada batasan pada prinsipnya. Kedua-dua maksud digunakan dalam isu-isu yang sama tetapi penekanan yang berbeza dalam aspek penempatan pelajar dan penyediaan perkhidmatan sokongan. Definisi persekitaran yang kurang

menghadkan yang diberikan oleh Konsul Amerika untuk Kanak-Kanak Berkeperluan Khas ialah kanak-kanak perlu diberi pendidikan dalam persekitaran tanpa batasan di mana keperluan pendidikan perlu disediakan dengan memuaskan. Konsep ini memberi pengiktirafan kepada kanak-kanak berkeperluan khas bahawa mereka mempunyai keperluan pendidikan yang begitu meluas dan berubah-ubah mengikut peredaran masa. Pendidikan yang berterusan yang memerlukan masa dan bersesuaian dengan keperluan individu pelajar supaya dapat memaksimumkan pencapaian
20

mereka. Kanak-kanak berkeperluan khas juga perlu perlu dididik bersamasama dengan kanak-kanak yang lain. Kelas-kelas khas, sekolah yang berasingan atau penarikan pelajar berkeperluan khas hanya berlaku apabila kemahuan pelajar tidak dapat dipenuhi disebabkan keperluan dan persekitaran yang disediakan tidak memuaskan. Kenyataan di atas memberi penekanan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu ditempatkan diprogram-program pendidikan yang menyediakan keperluan pendidikan yang asas, memberi ransangan yang maksima serta cabarancabaran yang sesuai dengan keupayaan dan kemahiran mereka. Persekitaran yang kurang menghadkan ini membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas

bekerjasama dengan rakan sebaya mereka yang normal dalam kelas biasa. Tahap kerjasama antara kanak-kanak biasa dengan kanak-kanak berkeperluan khas ditentukan oleh keperluan individu.

12.0

Pendidikan Inklusif

Satu isu yang masih dipertikaikan ialah sama ada pelajar kurang upaya sederhana harus di tempatkan dalam kelas yang sama dengan pelajar normal atau biasa. Contohnya, pelajar yang mengalamai kerencatan mental sederhana atau pelajar penglihatan terhad ditempatkan dalam kelas bersama dengan pelajar normal. Pendidikan inklusif (inclusive education) ialah amalan mengintegrasi pelajar berkeperluan khas dalam kelas yang sama dengan pelajar biasa atau normal. Pelajar kurang upaya yang tidak teruk diintegrasikan dengan pelajar biasa, manakala pelajar yang mengalami masalah yang teruk diasingkan. Dengan perkataan lain, pelajar diasingkan menurut tahap keterukan masalah yang dihadapi. Contohnya, kanak-kanak yang mengalami kerencatan mental yang teruk ditempatkan dalam institusi atau hospital khas. Pelajar yang mempunyai masalah yang sama mungkin ditempatkan dalam sekolah khas seperti sekolah untuk pelajar bermasalah penglihatan atau bermasalah pendengaran.

21

Isu pendidikan inklusif adalah topik yang penuh kontroversi. Penyokong pendidikan inklusif berpendapat bahawa pengintegrasian pelajar kurang upaya dengan pelajar biasa dalam satu kelas adalah lebih berfaedah untuk semua pelajar. Dalam kelas yang sama, gurupendidikan khas akan bekerjasama dengan guru biasa dan ini menghasilkan pendidikan yang lebih baik untuk semua pelajar. Mereka menegaskan bahawa mengasingkan pelajar kurang upaya dan menempatkan mereka dalam kelas khas atau sekolah khas adalah tidak berkesan (Skrtic,1995; Sailor, 1991). Pelajar-pelajar kurang upaya yang diasingkan ditakrifkan sebagai berlainan dan ini telah menjejaskan harga diri dan semangat mereka (Laski, 1991). Bagaimana pun, penyelidikan yang menyokong pendapat-pendapat ini tidak konklusif. Oleh itu isu ini akan terus dipertikaikan.

13.0

Kaedah Pengajaran

Setiap kaedah yang digunakan adalah menggambarkan satu atau lebih pendekatan teorikal seperti berikut: 1. Analisis tingkahlaku 2. Pengurusan kontigensi atau Pengajaran luar jangkaan 3. Kawalan ransangan 4. Pembelajaran masteri dan pembelajaran secara langsung 5. Model dan latihan kemahiran sosial 6. Proses latihan 7. Latihan kognitif dan metakognitif 8. Tutor rakan sebaya 9. Pembelajaran koperatif 10. Penggunaan komputer Sebahagian daripada kaedah pengajaran tersebut lebih berpengaruh pada masa lampau berbanding pada masa sekarang. Sebahagiannya pula telah dibuat penyesuaian untuk meneruskan prosedur penggunaannya. Namum begitu kesemua kaedah berpotensi untuk meningkatkan pencapaian pelajar berkeperluan khas.

22

13.1

Amalan Masa Kini Guru pada umumnya mempunyai kecenderungan untuk menggunakan kaedah yang membolehkan pelajar biasa dan pelajar berkeperluan khas bekerjasama dalam waktu pengajaran yang sama atas sebab-sebab berikut: 1. Kanak-kanak berkeperluan khas tidak akan merasa berbeza dengan rakan sebaya mereka yang normal. 2. Supaya proses pengajaran dapat dijalankan dengan berkesan tanpa pembaziran sumber yang ada. Sekiranya guru perlu mengekalkan beberapa kaedah pengajaran, masa dan usaha tambahan diperlukan. Pendekatan pengajaran yang baik dalam pelbagai keadaan adalah dengan menggunakan satu kaedah dan diadaptasikan di mana perlu untuk menyesuaikan kepelbagaian

keperluan pelajar dalam bilik darjah. Nilai pendekatan umum yang digunakan mestilah tidak dipinggirkan terutama apabila terdapat keperluan untuk membantu pembelajaran pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas. Berikut ialah contoh-contoh di mana pemilihan kaedah-kaedah pengajaran digunakan bagi pelajar berkeperluan khas dan pelajar biasa mengikut situasisituasi yang bersesuaian. 3. Banyak kaedah yang digunakan dalam kelas biasa tidak berkesan untuk pelajar khas. 4. Matlamat pembelajaran biasanya menentukan kaedah yang terbaik untuk pelajar berkeperluan khas. 5. Kaedah yang digunakan dalam pendidikan khas kadang-kadang sangat berkesan untuk pelajar biasa sekiranya digunakan dengan cara yang betul. 6. Kebanyakan kaedah yang digunakan dalam pendidikan khas menetapkan prinsip di mana kejayaan merupakan pembolehubah yang sangat kritikal dalam pembelajaran. 7. Sebahagian kaedah yang digunakan dalam pendidikan khas adalah sama dari segi isi kandungan dan aplikasi. 8. Tidak ada satu kaedah yang digunakan dalam pendidikan khas terbukti dapat mengatasi kesemua masalah-masalah dalam pendidikan khas.
23

9. Kekangan masa dan kekurangan sumber mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh guru dalam melaksanakan sesuatu kaedah. 10. Sebahagian daripada kaedah yang digunakan dalam pendidikan khas tidak pernah dibuat penilaian. 11. Dalam kebanyakan kes, bukan kaedah yang perlu diubahsuai tetapi isi kandungan mata pelajaran perlu diubahsuai untuk memenuhi kehendak pelajar berkeperluan khas. 12. Tanggungjawab untuk mencari kaedah pengajaran yang sesuai dalam pendidikan khas perlukan percubaan-percubaan (trial and error). 13. Kesemua kaedah memerlukan komitmen guru yang tinggi untuk

meningkatkan kemahiran dan keupayan pelajar berkeperluan khas. 14. Kebanyakan kaedah yang digunakan dalam pendidikan khas memerlukan kurikulum tambahan. 15. Pendidikan khas memerlukan staf sokongan. 13.2 Keberkesanan Kaedah Pengajaran Keberkesanan kaedah pengajaran boleh diukur melalui proses analisis meta. Analisis meta ialah analisis statistik dalam jumlah yang besar terhadap kajiankajian individu yang bertujuan untuk mengintegrasikan dapatan-dapatan kajian individu tersebut (Kulik & Kulik, 1984). Prosedur ini membolehkan pengiraan purata terhadap hasil pembelajaran bagi kaedah pengajaran yang digunakan. Analisis hasil pembelajaran

menghasilkan kesan saiz (iaitu perbandingan min antara dua kumpulan) yang dianggarkan memberi kesan kepada kaedah pengajaran yang digunakan dibandingkan dengan kaedah pengajaran yang dikawal. Pengajaran secara individu dan pengajaran yang diubahsuai adalah dua kaedah pengajaran yang sering digunakan dalam pendidikan khas. 13.3 Penilaian Kaedah Pengajaran Kesemua kaedah pengajaran yang digunakan dalam pendidikan khas perlu dinilai. Penilaian mengambil kira bagaimana
24

kaedah

tersebut

dilaksanakan,

keberkesanan, pengekalan, umum dan berlakunya pemindahan ilmu. Kriteria ini menyediakan garis panduan untuk menilai kaedah pengajaran yang digunakan. 1. Keberkesanan. Menekankan amalan menggunakan kaedah pengajaran seperti mana yang dikehendaki. 2. Pengekalan. Merujuk kepada hasil pembelajaran yang dapat dikekalkan bagi jangka masa yang panjang. 3. Umum. Merujuk kepada sejauh manakah pembelajaran itu dapat digunakan di luar bilik darjah. 4. Pemindahan. Merujuk kepada sejauh manakah pembelajaran disesuaikan dalam bidang-bidang lain, domain dan tempat-tempat lain.

14.0

Rumusan

Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) merupakan sekumpulan kecil kanakkanak dimana ciri-ciri mental, fizikal atau emosi mereka berbeza daripada kanak-kanak biasa. Kanak-kanak berkeperluan khas mengalami kesukaran belajar dan memerlukan program pendidikan khas. Jadi Prasekolah Pendidikan Khas merupakan satu peluang untuk kanak-kanak keperluan khas mempelajari latihan dan mengambil pengalaman. Oleh itu program prasekolah pendidikan khas merupakan langkah terbaik dalam mengatasi masalah ini dan pengurusan program ini hendaklah dijalankan dengan sehabis baik oleh semua pihak.

25

Rujukan

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan:Bacaan asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah.

Jamila K.A. Mohamed (2006). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Kemementerian Pendidikan Malaysia (2005). Buku Maklumat Pendidikan Khas.

Modul Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Open University Malaysia.

Sumber Internet :
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/05/kurikulum-pendidikan-khas-pkbp.html http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/180-jenis-jenis/1226-sekolahpendidikan-khas.html http://www.scribd.com/doc/15046656/PENDIDIKAN-KHAS-PRASEKOLAH-1 http://www.anakkhas.com/?lang=my&id=4&act=5&content=91&mnu=4 http://www.ceritarasahati2.com/2011/09/20/prasekolah-pendidikan-khas-integrasi-kaedah-belajarsambil-bermain/

26

You might also like