You are on page 1of 33

EKOSISTEM HUTAN TERGANGGU ( HUTAN BELUKAR) BERHAMPIRAN SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH, PUTRAJAYA

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Dapatan kajian Rumusan Lampiran Rujukan

MUKASURAT i ii 1-2 3-4 5-6 7-12 13-14 15-18 19-20

AKHBAR

INTERNET
Penubuhan Sekolah Alam Shah merupakan salah satu hasil kejayaan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Penyata Razak pada tahun 1958. Pada ketika itu, Sekolah Alam Shah merupakan sekolah menengah aliran melayu yang pertama mengadakan kelas tingkatan enam dan juga merupakan jambatan pertama pelajar-pelajar aliran melayu melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tinggi. Pada 7 Februari 1963 sekolah ini telah dibuka pertama kali untuk sesi persekolahan. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Salahudin Abdul Aziz ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj telah merasmikan pembukaan sekolah ini. Bermula dari tahun 2001, kerja-kerja pembinaan Sekolah Alam Shah Putrajaya dijalankan di atas tanah seluas 24 hektar yang menelan belanja RM 54 juta dan ia merupakan antara sekolah SBP yang termahal pernah dibina. Perpindahan Sekolah Alam Shah merupakan hasil persetujuan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Bin Mohamad daripada cadangan bekas pelajar SAS Tan Sri Shamsuddin bin Hitam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia. Perdana Menteri menyatakan hasrat beliau untuk mengadakan sekolah terunggul di Putrajaya. Setelah 40 tahun mencipta kecemerlangan di tapak Kuala Lumpur, Sekolah Alam Shah meneruskan kegemilangan residensi yang lebih berprestij iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya Tanggal 26 April 2003 menyaksikan 652 pelajar SAS berhijrah ke kampus baru. Lokasi Sekolah Alam Shah di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan membuktikan taraf elit tertinggi antara sekolah-sekolah di Malaysia. Pada tanggal 25 Mac 2006 Sekolah Alam Shah melakar sejarah sekali lagi apabila Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Sultan Dan Yang Dipertuan Negeri Selangor perkenan untuk memilih nama baru bagi Sekolah Alam Shah iaitu Sekolah Sultan Alam Shah bersempena dengan nama nenda baginda. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga telah berkenan menjadikan Sekolah Sultan Alam Shah di bawah naungan Sultan Selangor melalui surat bertarikh 7 Ogos 2006. Kecemerlangan dan kegemilangan Sekolah Sultan Alam Shah tidak berhenti begitu sahaja kerana sekali lagi peristiwa bersejarah dilakarkan apabila Sekolah Sultan Alam Shah telah diisytiharkan sebagai Sebuah Sekolah Kluster Cemerlang di negara ini pada tarikh 30 Mac 2007 oleh YB Dato' Sri Hishamudin bin Tun Hussin, Menteri Pelajaran Malaysia. Pada 25 Jan 2011, Sekolah Sultan Alam Shah terpilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Diperoleh daripada: http://www.sas.edu.my/portal/kenalisas/pengenalan.html

MAJALAH

SUMBER-SUMBER LAIN

TAJUK KAJIAN

LATARBELAKANG SEKOLAH

(i)

SENARAI KANDUNGAN
PERKARA Tajuk Kajian Senarai Kandungan Penghargaan Objektif Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian (i)Asal-usul nama sekolah (ii)Sebab-sebab nama sekolah dipilih (iii)Tarikh nama mula digunakan (iv)Tempat asal sekolah (v)Perasmian sekolah Rumusan Lampiran Rujukan MUKASURAT i ii 1-2 3-4 5-6 7-12 8 9 10 11 12 13-14 15-18 19-20

(ii)

1
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Guru Sejarah saya , Puan Khoo Poh Suan kerana sudah memberi tunjuk ajar kepada saya untuk membikin Kerja Kursus Sejarah ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu saya , Puan Salmah Binti Sam kerana telah membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan saya, Abdul Azhiim Bin Abdull Halim kerana telah sanggup bertukar-tukar pendapat dengan saya untuk menyiapkan Kerja Kursus Sejarah ini.

Akhir sekali , saya ingin mengucapkan terima kasih kepada abang saya , Nazaruddin Bin Sahib kerana telah mengajar saya membuat Kerja Kursus Sejarah ini dengan lebih tepat.

Ada beberapa objektif saya membuat Kerja Kursus ini iaitu;

Saya ingin m e n g u a s a i kemahiran mencari, mengumpul, merekod, dan menganalisasi tentang maklumat sekolah.

Saya juga ingin menanam rasa bangga dan cinta terhadap sekolah.

Akhir sekali, saya ingin mengenali dan memahami sejarah perkembangan sekolah.

5
Ada beberapa kaedah saya melakukan kajian ini , iaitu; Saya dan rakan saya , Abdul Azhiim Bin Abdull Halim telah pergi ke perpustakaan sekolah dan mencari buku-buku yang berkaitan dengan sejarah sekolah.

Seterusnya , saya telah menggunakan kaedah perkhidmatan internet .Saya telah mencari pelbagai bahan dari internet untuk dimuatkan dalam tugasan ini.

Di samping itu , saya juga telah menggunakan kaedah rujukan. Saya telah membuat rujukan tentang sekolah saya melalui majalah sekolah edisi 48 untuk memperoleh pelbagai maklumat mengenai sekolah saya.

ASAL-USUL NAMA SEKOLAH


Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) ditubuhkan hasil dan kejayaan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang diumumkan melalui Laporan Penyata Razak tahun 1958. Sekolah menengah aliran Melayu telah dimulakan pada tahun 1958 dan Sekolah Alam Shah merupakan sekolah menengah aliran Melayu yang pertama mengadakan kelas tingkatan enam. Sekolah ini buat pertama kalinya menjadi jambatan kepada pelajar-pelajar aliran Melayu yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tinggi. Pembinaan sekolah ini pada mulanya dirancang bersama dengan pembinaan Maktab Perguruan Ilmu Khas, Jalan Cheras pada awal tahun 1958, tetapi terpaksa ditunda hingga 1961. Pembinaan sekolah ini siap pada akhir tahun 1962 setelah menelan belanja RM 3 juta. Dan pada 7 Februari 1963, sekolah ini dibuka untuk persekolahan. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kedua iaitu Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah, telah memperkenankan sekolah ini menjunjung nama baginda, lantas dinamakan Sekolah Alam Shah.SAS telah berpindah ke premis baru seluas 35 ekar di Putrajaya pada 26 April 2003. Kawasan ini pada mulanya dicadangkan kepada Kolej Islam Sultan Alam Shah, tetapi tidak mendapat keizinan daripada Sultan Selangor pada ketika itu kerana tanah yang sedia ada merupakan tanah waqaf Kesultanan Selangor. Perpindahan ke kawasan Koridor Raya Multimedia (MSC) itu juga dilihat sejajar dengan kedudukannya sebagai sebuah sekolah bestari. Seterusnya, sekolah ini dinamakan semula sebagai Sekolah Sultan Alam Shah. Bangunan asal di Kuala Lumpur telah dinamakan sebagai Sekolah Menengah Sains Alam Shah atau dikenali sebagai ASiS.

SEBAB-SEBAB NAMA SEKOLAH DIPILIH


Nama Sekolah Sultan Alam Shah dipilih untuk menjunjung Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Salahudin Abdul Aziz ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj.

TARIKH NAMA MULA DIGUNAKAN


Sekolah Sultan Alam Shah mula menggunakan nama itu setelah dirasmikan DYMM Sultan Selangor pada waktu itu , tapi apabila di Putrajaya nama itu ditukar oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Sultan Dan Yang Dipertuan Negeri Selangor bersempena dengan nama nenda baginda.

10

TEMPAT ASAL SEKOLAH


Sekolah Sultan Alam Shah dahulunya terletak di Jalan Yaacob Latiff (dulu dipanggil Jalan Tenteram),Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur , kemudian berpindah ke ke premis baru seluas 35 ekar di Putrajaya pada 26 April 2003.

11

PERASMIAN SEKOLAH
Tanggal Sabtu 7 Mac 1964 adalah merupakan detik yang bersejarah bagi Sekolah Alam Shah apabila DYMM Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah merasmikan pembukaan sekolah ini.

12

13
Perkara yang boleh saya rumuskan daripada projek ini ialah kita perlu mengenali sekolah kita. Sekolah adalah tempat untuk kita menuntut ilmu. Kita perlu mengenali sekolah kita kerana jika terdapat orang luar yang dating melawat, kita dengan mudah dan yakin menjawab apa yang pelawat tersebut menanya kepada kita. Seterusnya, kajian ini akan dapat menerapkan unsur

cintakan sekolah kita. Unsur ini membolehkan saya untuk menjaga serta mencuba mengharumkan nama baik sekolah.Selain itu, kajian ini membolehkan kita untuk mendisiplinkan diri. Sebagai contoh, kajian ini mengajar saya cara yang sesuai untuk mencari maklumat, mengelas, mentaksir serta merumuskan sumber sejarah.Dalam folio ini juga, dapat saya rumuskan bahawa kita mestilah mempunyai semangat kekitaan dan kerjasama dalam bangsa kita. Kita hendaklah saling bersefahaman dan bermuafakatan dalam masyarakat kita.Oleh itu, kita perlu menerapkan unsur patrotisme di dalam diri kita. Akhir sekali, saya akan berusaha untuk menjaga kemudahan yang disediakan di sekolah dan berusaha menjadikan pelajar dari semua aspek.

14

15

GAMBAR

16

PETA

17

BROCHURE

18

19

MAJALAH

MAJALAH ALUNAN SUARA ALAM SHAH (ASAS) EDISI ke-48 TAHUN 2012

INTERNET
www.sas.edu.my

TEMPAT KAJIAN
Sekolah Sultan Alam Shah, Persint 1, Parcel G, 62520 Putrajaya

AKHBAR
Berita Harian; 3 MEI 2011 5 JULAI 2011

20

BAGAIMANAKAH CARA-CARA UNTUK MEMUPUK SEMANGAT CINTA AKAN SEKOLAH

Matapelajaran sejarah amat penting kepada kita dalam kehidupan seharian. Ia menerapkan unsure patriotisme dalam diri kita. Berdasarkan matapelajaran sejarah yang saya pelajari , kita sepatutnya berasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Kita boleh tunjukkan perasaan itu dengan cara memghormati raja dan pemimpin Negara , menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh Negara , menghormati lambang-lambang Negara, menjaga dan mampertahankan maruah, bangsa dan Negara, menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa dan berbangga dengan sejarah Negara .Selain itu , sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersemangat setia Negara. Cinta akan bangsa dan Negara adalah salah satu contohnya. Bukan cinta akan bangsa dan Negara sahaja yang perlu kita amalkan malahan taat dan setia kepada pemimpin Negara , sedia berkorban untuk bangsa dan Negara , bertanggunjawab keatas bangsa dan Negara , sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa, peka kepada masalah bangsa dan Negara dan bersyukur sebagai wargenegara Malaysia juga perlu kita jadikan amalan seharian. Seterusnya , kita mestilah sentiasa berdisiplin dalam hidup. Disiplin yang dimaksudkan adalah berakhlak dan berbudi perketi mulia, mempertahankan dan mempejuangkan perlembagaan Negara , mematuhi peraturan, bersopan, bertatasusila, berhemah tinggi, bertindak wajar, amanah, jujur, bertimbang rasa

dan berlaku adil. Sifat-sifat ini perlulah dipupuk sejak kecil untuk melahirkan seorang insan yang berdisiplin dan berkepimpinan. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya .

You might also like