You are on page 1of 6

Pengenalan

Menurut tokoh dalam bidang pendidikan jasmani seperti LeBlanc, B. Dan Lowy, S. (1994) serta Burton (1977), pergerakan asas merupakan proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik

menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar dan ia melibatkan gabungan psikomotor, kognitif dan afektif iaitu hubung kait motor penglihatan, motor-pendengaran, motor kinestatik dan motor-taktile.

Namun, pergerakan asas dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik. Kedua-duanya memberi penekanan kepada aspek-aspek ritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan permainan dan kemahiran gimnastik.

Pergerakan asas juga meliputi pergerakan lokomotor, iaitu kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kasar seperti mlompat, berjalan, berlari dan sebagainya. Sebaliknya pergerakan bukan lokomotor pula merujuk kepada kebolehan menggunakan otot-otot kecil seperti mencucuk manik, mengangkat tangan, menghayun tangan dan sebagainya.

Manipulasi alatan pula dikaitkan dengan koordinasi tubuh badan dengan alatan. Kesemua jenis pergerakan ini boleh dilakukan secara individu atau dalam kumpulan. Namun, pergerakan yang dihasilkan oleh pelaku adalah untuk menguji keupayaan mereka untuk mengawal pergerakan badan selari dengan kuasa graviti dalam suasana yang dipilih.

Pergerakan lokomotor

Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang dan berkaitan dengan gerakan atau aliran.Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan lokomotor juga merupakan dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Contoh pergerakan lokomotor ialah berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.

CONTOH-CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTOR 1. Berlari 2. Lompat jarak 3. Merangkak kucing 4. Berkawat kaki 5. Jalan di hujung jari 6. Larian undur

BERLARI

a) Pelajar berdiri dalam keadaan bersedia. b) Pelajar berlari pecut apabila wisel dibunyikan. c) Berdiri semula setelah berhenti berlari.

LOMPAT JARAK DEKAT

a) Pelajar berdiri dalam keadaan bersedia. b) Pelajar berlari dan pijak tanah untuk membuat loncatan. c) Pelajar melompat pada jarak yang dekat.

BERJALAN RANGKAK KUCING

a) Pelajar berdiri dalam keadaan bersedia. b) Pelajar merangkak dalam keadaan lulut dan tangan menyentuh lantai. c) Pelajar merangkak macam kucing.

BERKAWAT KAKI

a) Pelajar berdiri dalam keadaan bersedia seperti dalam gambar diatas. b) Pelajar mula berkawat kaki dalam keadaan tangan (90 darjah) dan kaki lurus. c) Pelajar berdiri semula setelah berkawat kaki.

BERJALAN DENGAN HUJUNG JARI

a) Pelajar berdiri dalam keadaan bersedia. b) Pelajar mengangkat tumit kaki dan berdiri pada hujung jari. c) Pelajar mula berjalan dengan menggunakan hujung jari.

BERLARI UNDUR KE BELAKANG

a) Pelajar berdiri dalam keadaan bersedia. b) Badan pelajar berhadapan di depan. c) Pelajar berlari undur ke belakang. RUMUSAN

Melalui kertas kerja dan ujian amali kali ini, ia telah banyak meningkatkan kefahaman kami tentang pergerakan asas. Kami telah banyak memperoleh

pengetahuan dalam bidang ini kerana telah banyak mencari maklumat ketika dalam proses menyiapkan kertas kerja ini. Di samping itu, semasa dalam proses mencipta pergerakan dalam stesen-stesen tertentu, ia telah mencungkil kreativiti kami sekumpulan dengan menjana idea yang baru. Kami mendapati bahawa gimrama ataupun pergerakan asas adalah amat menaik sekiranya kita meletakkan usaha dalam kreativiti untuk mencipta pergerakan baru.

You might also like