You are on page 1of 6

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua Sekolah Kluster Kecemerlangan SMK Agama Sharifah Rodziah, Puan Hjh. Hamizah binti Hassan kerana membenarkan para pelajar tingkatan tiga melakukan Kerja Kursus Geografi Tingkatan Tiga bagi melengkapkan syarat pensijilan untuk Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) 2012. Ribuan terima kasih juga kerana membenarkan saya untuk menggunakan segala kemudahan yang ada di sekolah ini seperti komputer bagi saya menaip dan menyempurnakan kerja kursus ini. Kepada Puan NorHatini binti Shaari, terima kasih kerana sudi memberi tunjuk ajar dan nasihat yang sangat bernas kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus yang amat penting ini. Sekalung penghargaan juga kepada beliau kerana sudi membetulkan kesilapan dalam melakukan kerja kursus ini.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Azmi bin Ariffin dan Puan Zura binti Husain kerana sudi memberi sokongan moral, sumber kewangan, dan juga pengangkutan yang mencukupi kepada saya dan membantu mencari bahan yang berkaitan buat saya menyempurnakan kerja kursus ini.

Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sudi memberi buah fikiran yang bernas juga sudi bertukar - tukar maklumat serta sudi bersama-sama menyiapkan kerja kursus ini terutamanya Nurul Shafika binti Rahmat, Hani Nadirah binti Muner, Hannan binti Ab Rahman, dan Fatin Hidayu binti Zulkifli.

PENDAHULUAN
Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) 2012. Kami semua telah diberikan pilihan untuk memilih tajuk Ekosistem Hutan Terganggu di Kawasan Kajianataupun Perniagaan Runcit. Oleh itu, saya telah memilih tajuk Ekosistem Hutan Terganggu di Bukit Punggor, Telok Mas, Melaka Tengah, Melaka.

Saya memilih Bukit Punggor, Telok Mas, Melaka Tengah, Melaka sebagai kawasan kajian saya kerana saya merupakan salah seorang pelajar yang menuntut di SMK Agama Sharifah Rodziah yang secara kebetulannya telah dibina di atas kawasan Bukit Punggor, Telok Mas, Melaka Tengah, Melaka. Selain itu, aya juga memilih kawasan Bukit Punggor, Telok Mas, Melaka Tengah, Melaka kerana saya tinggal berhampiran dengan kawasan kajian yang memudahkan saya untuk melakukan pemerhatian terhadap kawasan kajian saya ini.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Februari sehingga bulan Mei iaitu kira-kira 12 minggu. Kami memilih untuk menjalankan kerja kursus ini selepas waktu persekolahan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan. Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan Bukit Punggor, Telok Mas, Melaka Tengah, Melaka.

OBJEKTIF KAJIAN
Berikut adalah objektif kajian yang telah saya jalankan sepanjang menjalankan kerja kursus ini :

Menyatakan konsep ekosistem hutan belukar. Menyatakan dan menyenaraikan kepentingan ekosistem hutan belukar. Menyenaraikan faktor yang menyebabkan ekosistem hutan belukar terganggu. Menyatakan kesan ekosistem hutan belukar terganggu. Mengemukakan cadangan untuk mengurangkan kesan ekosistem hutan belukar terganggu.

Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.

KAWASAN KAJIAN
Dalam melaksanakan kerja kursus ini, saya telah memilih Bukit Punggor, Telok Mas, Melaka Tengah, Melaka sebagai kawasan kajian disebabkan pelbagai bukti yang boleh dilihat secara mata kasar, kesan-kesan yang mudah untuk diperolehi dan terdapat pelbagai maklumat yang berguna buat saya melengkapkan kerja kursus ini.

Menurut sejarah Bukit Punggor, Telok Mas, Melaka Tengah, Melaka dahulu merupakan salah satu kawasan yang mendapat seragan daripada pihak Bugis ke atas orang Belanda semasa era penjajahan Belanda di Melaka. Raja Haji adalah ketua angkatan tentera bagi kumpulan Bugis untuk mengusir orang Belanda dari Melaka yang berkubu di situ. Hal ini ekoran daripada Raja Haji ingin memelihara kedaulatan negeri Melaka.

Hakikatnya, kawasan Bukit Punggor, Telok Mas, Melaka Tengah, Melaka itu ialah kawasan hutan yang menempatkan pelbagai jenis flora dan fauna. Dalam hutan itu juga, terdapat spesies seperti monyet, kera, ular, dan musang. Akan tetapi , setelah sekolah saya iaitu SMK Agama Sharifah Rodziah dibina, tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang kehilangan tempat tinggal dan habitat semula jadi mereka. Ekoran hal tersebut, terdapat beberapa spesies haiwan seperti monyet berkeliaran di kawasan sekolah saya bagi mendapatkan bekalan makanan untuk kehidupan mereka.

Seterusnya, pandang darat fizikal bagi kawasan Bukit Punggor, Telok Mas, Melaka Tengah, Melaka ini ialah kawasan ini adalah sebuah kawasan yang bertanah tinggi. Bukit Punggor hanya tujuh meter dari aras laut Bukit Punggor ini juga terletak bersebelahan dengan Selat Melaka serta berhampiran dengan kawasan taman perumahan elit iaitu Crystalbay. Selain itu, Bukit Punggor terletak dekat dengan kawasan yang berteluk. Bukit Punggor, Telok Mas, Melaka Tengah, Melaka juga terletak antara Alai dan Merlimau. Jarak dari Alai ke Bukit Punggor, Telok Mas, Melaka Tengah, Melaka hanya dua kilometer sahaja.

You might also like