You are on page 1of 12

SISTEM SARAF

Kawalan tubuh dan jaringan komunikasi adalah berpusat di sistem saraf. Tiga fungsi utama sistem saraf : deria (sensori), integrasi dan motor. Deria (sensori) bertugas untuk mengesan perubahan di dalam tubuh dan persekitaran luar. Integrasi pula bertindak untuk mentafsir perubahan. Motor memberi respon kepada tafsiran di dalam bentuk kontraksi otot atau rembesan kelenjar.

Struktur dan Fungsinya


Sistem saraf dibahagi kepada dua bahagian utama:- sistem saraf pusat Sistem saraf periferi. Organisasi sistem saraf sangat kompleks dan hanya mempunyai dua jenis sel iaitu neuron dan neuroglia. Neuron terbahagi kepada tiga bahagian: badan sel, dendrit dan akson. Badan sel mengandungi nukleus dan neukloleus yang dikelilingi oleh sitoplasma. Badan sel berfungsi melakukan proses sintesis bahan-bahan yang diperlukan oleh sel saraf. Dendrit terbina daripada sitoplasma badan sel yang memanjang dan kelihatan bercabangcabang. Dendrit bertugas untuk menghantar impuls ke badan sel. Akson adalah satu cuaran yang panjang, nipis dan mengkhusus. Akson bertindak sebagai pembawa impuls dari badan sel ke neuron atau tisu lain. Akson mempunyai panjang yang berbeza mengikut tempat ia berada. Akson boleh sepanjang 1mm di otak hingga ke 1m atau lebih di antara korda spina ke jari kaki. Terdapat akson yang diseliputi oleh mielin. Sarung mielin berfungsi adalah untuk meningkatkan kelajuan perjalanan impuls. Sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai neurotransmiter terhasil di hujung saraf apabila neuron menerima rangsangan fizikal atau kimia. Reseptor akan menerima neurotransmiter yang menyebabkan berlaku perubahan elektrik dan mencetuskan potensial aksi.

Rajah 2.11: Struktur satu neuron. Anak panah menunjukkan arah penjalaran impuls Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin (2005). Pengenalan Sistem Tubuh dan Penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(a) Sistem Saraf Pusat Merupakan pusat kawalan seluruh sistem. Kawalan seluruh sistem ini terdiri daripada otak dan korda spina. Sistem saraf pusat menerima semua kederiaan tubuh melalui reseptor. Apabila sistem saraf pusat menerima maklumat kederiaan, ia akan ditafsir untuk menentukan tindakan yang perlu diambil. Rangsangan otot untuk berkontraksi dan rangsangan kelenjar untuk merembes juga dilakukan oleh sistem saraf pusat. (b) Sistem Saraf Periferi Merupakan saraf yang berhubungan antara otak dan korda spina dengan reseptor, otot dan kelenjar. Boleh dibahagikan kepada dua iaitu sistem aferen dan sistem eferen. Di dalam sistem aferen terdapat sel saraf yang berfungsi untuk membawa maklumat dari reseptor di periferi tubuh ke sistem saraf pusat. Manakala sistem eferen pula mempunyai sel saraf yang membawa maklumat dari sistem saraf pusat ke otot dan kelenjar. Sistem eferen terbahagi lagi kepada dua bahagian iaitu sistem saraf somatic dan sistem saraf autonomik. Sistem saraf somatik mempunyai neuron eferen yang bertugas membawa maklumat dari sistem saraf pusat ke otot rangka. Sistem saraf somatik dianggap sebagai bersifat voluntari dan boleh dikawal. Sistem saraf autonomik pula mengandungi neuron eferen yang membawa maklumat dari sistem saraf pusat ke otot licin, otot jantung dan kelenjar. Sistem saraf autonomik dianggap tidak voluntari dan di luar kawal serta terbahagi kepada dua iaitu system saraf simpatetik dan sistem saraf parasimpatetik.

Organisasi Sistem Saraf


Organisasi sistem saraf terbahagi kepada tiga iaitu otak, korda spina dan saraf. (a) Otak Otak merupakan satu organ yang paling penting di dalam tubuh manusia. Otak dianggarkan mempunyai berat kira-kira 1.5kg bagi orang dewasa. Otak terletak di dalam rongga kranium dan merupakan sebahagian system saraf pusat. Tisu saraf yang berada di otak adalah lembut, berwarna kelabu dan putih dan berada di dalam tengkorak. Otak terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu batang otak (medulla oblongata, pons dan otak tengah), diensefalon (talamus dan hipotalamus),serebrum dan serebelum. Batang Otak Di panggil sebagai batang otak kerana bentuknya seperti batang. Batang otak terletak di bahagian bawah kranium. Medula Oblongata Berhubung dengan korda spina. Mempunyai panjang kira-kira 3cm dan dipisahkan dari pons oleh alur horizontal. Terbina daripada jirim putih dan pembentukan jaringan jirim kelabu dan putih.

Pada bahagian posterior bawahnya terdapat dua nukleus di setiap sisi yang dikenali sebagai nukleus grasilis dan kuneatus. Pons Terletak di atas medula. Pons mengandungi jirim putih dan nukleus. Nukleus saraf kranial ke 5 hingga ke 8 dan nukleus pernafasan berada di pons. Terletak di atas pons dan di bawah diensefalon. Dua unjuran iaitu pedunkel dan serebrum terdapat di permukaan ventralnya. Unjuran ini berhubung dengan serebrum selepas lencongan ke anterolateral. Empat tuberkel bulat iaitu dua di atas dan dua di bawah terletak pada permukaan dorsalnya.

Otak Tengah

Diensefalon Terletak di antara otak tengah dan serebrum. Struktur utamanya adalah talamus dan hipotalamus. Fungsi talamus adalah sebagai stesen pemancar untuk impuls deria,semasa perjalanannya ke korteks serebrum. Talamus merupakan pusat untuk mentafsir impuls deria seperti sakit, suhu, sentuhan dan tekanan. Hipotalamus pula terdiri daripada banyak struktur. Kedudukan hipotalamus adalah di bawah talamus. Hipotalamus berfungsi mengawal suhu tubuh dan aktiviti autonomik organ-organ bahagian dalam. Selain itu, fungsi yang lain adalah mencetuskan reaksi emosi seperti ketakutan dan kemarahan. Di hipotalamus juga terdapat pusat makan, pusat kenyang dan pusat haus. Serebrum Merupakan bahagian terbesar otak. Ia terbahagi kepada dua hemisfera yang berwarna kelabu. Kedua-dua hemisfera ini dipercayai mengawal aktiviti bagi sebelah tubuh sahaja. Contoh, deria tubuh sebelah kanan dikawal oleh hemisfera kiri dan begitulah sebaliknya. Fungsi serebrum adalah terlalu banyak dan kompleks. Korteks serebrum terbahagi kepada tiga kawasan. Deria : Berfungsi untuk menerima kederiaan dari kulit, otot dan bahagian dalam tubuh. Ia juga menerima impuls dari berbagai-bagai deria seperti deria rasa, lihat, hidu, dengar dan sentuh. Motor : Berfungsi mengawal atur pergerakan otot, pertuturandan sebagainya. Asosiasi : Menghubungkan kawasan motor dan deria melalui traktusnya. Memainkan peranan penting dalam ingatan, emosi, taakulan, personaliti dan kecerdikan. Serebelum Merupakan bahagian kedua terbesar otak. Memainkan peranan dalam pergerakan separa sedar pada otot rangka. Pergerakan separa sedar penting untuk koordinasi, keseimbangan tubuh dan penetapan kedudukan tubuh.

Rajah 2.12: Bahagian-bahagian otak Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin (2005). Pengenalan Sistem Tubuh dan Penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(b) Korda Spina Korda spina mempunyai kepanjangan kira-kira 45cm bagi orang dewasa. Kedudukan korda spina adalah bermula dari dasar tengkorak turun ke bahagian servikal, torasik dan seterusnya ke bahagian lumbar atas. Kordaspina adalah terdiri daripada segmen-segmen dan pada setiap segmen terdapat sepasang ganglion. Pasangan ganglion tersebut ialah ganglion akar dorsal dan ganglion akar ventral. Pada akar dorsal terdapat akson neuron deria yang bertugas untuk membawa maklumat dari periferi ke korda spina. Akar ventral mengandungi akson neuron motor visera dan somatik yang mengawal organ efektor. Saraf spina pula terbentuk daripada gabungan ganglion akar deria dan akar motor. Saraf ini dikelaskan sebagai saraf campuran kerana mempunyai kedua-dua serat aferen dan eferen.

Rajah 2.13: Korda spina Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin (2005). Pengenalan Sistem Tubuh dan Penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(c) Sistem Saraf Autonomik Merupakan sistem saraf di luar kawalan. Ia juga bertanggungjawab terhadap kawalan otot bebas dan kilang di dalam tubuh. Sistem ini terbahagi kepada dua iaitu: (i) Sistem Saraf Simpatetik Terbina daripada dua rantai ganglion saraf yang terletak di tiap-tiap sisi di hadapan vertebra. Semua komponen yang berada dalam sistem saraf simpatetik berhubung dengan saraf tunjang Rangkaian saraf jantung membekalkan jantung dan paru-paru. Rangkaian saraf siliaka membekalkan perut usus, organ-organ di dalam abdomen serta kilang adrenal. Rangkaian saraf hipogastrik membekalkan organ-organ di dalam ruang pelvis. (ii) Sistem Saraf Parasimpatetik Sistem ini terbina daripada dua bahagian seperti berikut: Bahagian Kranium - Terdiri daripada ganglion yang didapati di beberapa bahagian otak serta gentian saraf yang terkandung di dalam urat saraf otak. Bahagian Sakrum - Terdiri daripada ganglion yang didapati di beberapa bahagian korda spina. Sistem ini membekalkan sebahagian daripada usus besar serta organ di dalam pelvis iaitu usus hujung, pundi kencing dan organ pembiakan

Rajah 2.14: Skema tapak laluan serat saraf simpatetik Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001). Anatomi Umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rajah 2.15: Skema sistem saraf parasimpatetik Sumber: Abdul Hamid Abdul Rashid (2001). Anatomi Umum. Hulu Kelang, Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rajah 2.16: Fungsi saraf pusat dan saraf periferi Sumber: Baharudin Omar dan Mohd Hamim Rajikin (2005). Pengenalan Sistem Tubuh dan Penyakitnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Impuls dan Penjalarannya


Tindakan pantulan atau impuls adalah suatu tindak balas automatik yang berlaku dengan cepat tanpa difikirkan terlebih dahulu. Tindakan impuls adalah tindak balas motor terhadap rangsangan deria. Terdapat beberapa struktur yang membawa kepada tindakan impuls membentuk lengkok impuls yang terbina daripada bahagian-bahagian berikut:(a) Organ deria, contohnya kulit tubuh ataupun hujung gentian saraf yang didapati di tendon, otot atau lain-lain binaan. (b)Saraf deria atau saraf penghantar yang membawa rangsang deria tersebut melalui bahagian saraf deria yang terkandung di dalam saraf pinggir kepada saraf tunjang.
(c) Saraf tunjang dan neuron gegantinya. (d) Saraf motor atau saraf pengeluar yang membawa utusan motor melalui bahagian saraf

motor di dalam saraf pinggir kepada organ motor seperti otot atau kilang. (e) Organ motor seperti otot atau kilang, yang bertindak balas terhadap utusan motor tersebut. Boleh dikatakan di sini bahawa tindakan pantulan atau refleks (impuls) adalah gerakan perlindungan yang membenarkan tindak balas motor berlaku dengan sangat cepat.

Di bawah, adalah beberapa contoh impuls: Bahagian Sistem Saraf Pusat Menarik tangan dengan segera apabila terkena benda tajam atau panas. Sentakan sendi lutut apabila dipukul dengan alat pemukul sendi di atas tendon tempurung lutut. Tapak kaki yang digarit dengan benda yang tumpul seperti kayu akan menyebabkan ibu jari membengkok ke bawah. Tersedak atau terbatuk terhasil apabila seseorang meminum dalam keadaan gopoh

Bahagian Sistem Saraf Autonomi Air liur akan terhasil dengan lebih banyak jika terhidu atau ternampak makanan yang lazat. Impuls anak mata terhadap cahaya. Anak mata mengecil apabila cahaya terang dan membesar apabila cahaya gelap.

Kadangkala ada juga impuls yang boleh dikawal. Bagi bayi dan kanak-kanak kecil, buang air besar dan buang air kecil merupakan impuls yang tidak boleh dikawal. Bagi orang dewasa, gerakan-gerakan tersebut boleh dikawal kecuali jika berlaku kecederaan pada otak, ia akan merosakkan kuasa pengawalan pusat tinggi dan menyebabkan seseorang individu tidak dapat lagi mengawal gerakan buang air besar dan buang air kecil. Jalaran impuls atau jalaran saraf motor bermula di pusat motor di frontal serebrum. Akson sel saraf di pusat motor menjalar di dalam jirim putih otak dan di pangkal otak. Pada medula oblongata, jalaran ini melintas ke sebelah yang lain dan turun ke bawah jirim putih sisi luar saraf tunjang sebagai jalaran piramid. Di laras tertentu, serat saraf ini akan keluar dari jalaran piramid dan tamat di keliling saraf di depan jirim kelabu saraf tunjang. Kemudian sel depan saraf tunjang membawa utusan tersebut melalui akar saraf depan iaitu saraf depan otot tertentu. Bahagian neuron motor atas terbentuk daripada badan sel saraf di pusat motor serebrum serta aksonnya yang turun sehingga ke sel saraf di depan saraf tunjang. Bahagian neuron motor bawah pula terbentuk daripada badan sel saraf di pusat motor serebrum tunjang serta aksonnya yang membekalkan otot tubuh. Kedudukan fiber motor yang melintas di bahagian medula oblongata menyebabkan pusat motor di sebelah bahagian otak mengawal otot tubuh di sebelah yang lain.

Rajah 2.17: Jalaran saraf motor dan saraf deria dalam jirim putih saraf tunjang Sumber: Pearce, E. C. (2005). Anatomi dan Fisiologi untuk Jururawat. Kuala Lumpur: Golden Books Centre Sdn. Bhd.

You might also like