You are on page 1of 4

Lima Perkara Fitrah

LIMA PERKARA FITRAH


DIGALAK DILAKUKAN

Dikira sebagai berhias yang dibenar dan digalakkan ialah membersih diri daripada semua
aspek. Ini termasuklah membersih lima perkara yang dianggap fitrah dan semula jadi
pada diri manusia:
- memotong kuku
- mengandam misai
- mencukur bulu tundun
- mencabut bulu ketiak
- berkhatan
Kata penyair : ‫انتف إلبط وتقص الشارب ×× والعانة تحلق والختان واجب‬
“cabutlah bulu ketiak, andamlah misai xx cukurlah bulu tundun, berkhatan itu
wajib”.

Prof. Dr. Abdul Karin Zaidan dalam kitab al-Mufassal Fi ahkam al-Maraah 1:55 telah
memperincikan perbincangan mengenai cara membersihkan perkara-perkara di atas.

Pertama; memotong kuku. Maksud memotong kuku ialah memotong kuku jejari tangan
dan jejari kaki. Hukumnya adalah sunat, bukan wajib bagi lelaki dan wanita, kuku kaki
atau kuku tangan. Hikmat di sebalik memotong kuku ialah menghilangkan kekotoran
yang berada dibawah kuku, terutama bagi mereka yang beristinja menggunakan tangan
bagi menyuci najis tahi, ia mungkin terlekat dibawah kuku. Ia boleh menjejaskan wuduk
dan solat kerana tidak bersih daripada najis, sekalipun sedikit. Boleh memotong kuku
dengan apapa alat yang tajam. Makruh memotong kuku dengan gigi.

Sunat memulakan memotong kuku tangan sebelah kanan, kemudian kuku tangan sebelah
kiri, seterusnya kuku kaki sebelah kanan, kemudian kuku kaki sebelah kiri.

Mengenai soalan bolehkah wanita menyimpan kuku panjang?, penulis kitab ini
menjawab tidak boleh. Alasannya, perbuatan menyiman kuku adalah bercanggah dengan
sunnah Rasulullah saw yang mengarahkan umatnya memotong kuku dan tidak
membiarkannya panjang. Selain dari bercanggah dengan sunnah kemudaratan dari
kekotoran yang terdapat dibawah kuku juga ada kemungkinan berlaku. Menurut kaedah
syarak sesuatu yang mumudaratkan mestilah dihapuskan. Penghapusan kemudaratan ini
hanyalah dengan memotong kuku.

Tiada waktu tertentu untuk memotong kuku, ia bergantung kepada keperluan ia dipotong.
Namun demikian ia tidak boleh dibiarkan melebihi empat puluh hari. Seperti yang
diriwayatkan Imam Muslim, Anas bin Malik menyatakan bahawa mereka diberi masa
untuk mengandam misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu tundun
tidak melebihi empat puluh hari. Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah saw
suka memotong kuku pada hari Jumat. Imam Syafi`ie dan ulamak pengikut imam
Syafi`ie menggalakkan memotong kuku pada hari Jumat. Dalam kitab Fatawa al-
Hindiyah 5:358 disebutkan; yang afdal seseorang memotong kuku, mengandam misai,
mencukur bulu tundun dan membersihkan badannya selaki dalam seminggu, kalau tidak
mampu dia harus melakkannya sekali dalam lima belas hari, dia tidak dimaafkan
membiarkannya melewati empat puluh hari.
Elok jika kuku, bulu atau rambut yang telah dipotong ditanam. Jika dibiarkan begitu
sahaja tidak menjadi kesalahan. Makruh membungnya dalam bilik dan bilik mandi.

Kedua;mengandam misai. Mengandam misai bermaksud memotong bulu yang tumbuh di


atas bibir, bukan mencabutnya. Memotong misai ialah memotong misai yang memebihi
had bibir supaya tidak menyusahkan semasa makan dan tidak menimbulkan keadaan
yang kotor dan tidak menyenangkan. Dalah hadis riwayat Muslim dinyatakan sepuluh
perkara dianggap fitrah. antaranya mengandam misai dan menyimpan janggut. Al-
Bukhari juga meriwayatkan bahawa mengandam misai itu sebahagian dari fitrah.

Mana yang lebih baik mencukur atau mengandam misai?. Dalam hadis disebut perkataan
cabut, cukur dan potong. Oleh itu ulamak khilaf yang mana lebih baik. Imam Nawawi
berpendapat mengandam misai lebih baik. Imam Abu Hanifah dan sahabatnya
berpendapat mencukur lebh baik dan Imam Ahmad mencukur licin misainya.
Terpulanglah kepada anda untuk mencukur atau mengandamnya.

Ketiga;mencukur bulu tundun. Bulu tundun ialah bulu yang tumbuh di atas dan di
sekeliling alat kelamin lelaki dan wanita. Mencukur bererti mmotong dengan alat yang
tajam, bukan mencabut. Kata Imam Nawawi yang bermazhab Syafi`ie: mengikut amalan
sunnah dalam membuang bulu tundun ialah dengan mencukurnya dengan pisau cukur,
sama ada bagi lelaki atau perempuan. Ia dianggap sempurna mengikut snunnah dengan
mencukurnya kesemuanya. Seperti hadis yang disebutkan sebelum ini, dalam kes
mengandam misai dan memotong kuku, mencukur bulu tundun juga tidak dibenarkan
melebihi empat puluh hari. Bagi Imam Nawawi wanita wajib mencukur bulu tundun
apabila suaminya meminta dia berbuat demikian.

Pada dasar dan asalnya yang mencukur bulu tundun ialah lelaki dan perempuan itu
sendiri. Haram orang lain mencukur bulu tundun orang lain, kecuali mereka yang harus
melihat dan menyentuh kemaluan lelaki dan wanita terbabit, seperti suami dan isteri.
Kedua-dua suami isteri harus saling mencukur bulu tundun antara satu sama lain. Dalam
keadaan darurat dan haajah doktor atau jururawat boleh mencukur bulu tundun pesakit
untuk apa-apa tujuan perubatan.

Keempat; mencabut bulu ketiak. Menghilangkan bulu ketiak ialah dengan mencabut atau
mencukurnya, terutama bagi mereka yang tidak tahan sakit mencabutnya. Tuntutan
sunnah mencabut bulu ketiak sempurna dengan dua cara ini, kerana yang dituntut ialah
membersihkannya. Ini berlaku dengan kedua-dua cara ini. Cabut atau cukur.

Pada dasar dan asalnya lelaki dan wanita mncabut bulu ketiaknya sendiri, tetapi lelaki
boleh mencabut bulu ketiak lelaki lain dan wanita boleh mencabut bulu ketiak wanita
lain.
Kelima; berkhatan. Anisah Ab. Ghani dalam Jurnal Syariah Jld2, bil2 Julai 1994,
halaman 6 - 64 menghuraikan khatan dengan antara lian mengatkan bahawa dalam
bahasa Arab khatan atau khitan ialah tempat yang dipotong pada zakar dan faraj wanita.
Ia juga bermaksud memotong kulfah. Kulfah ialah kulit yang menutupi hasyafah atau
kepala zakar. Khatan bagi wanita di sebut khafd ‫ خفض‬bermaksud merendahkan. Kamus
Dewan halaman 624 menyebutkan khatan, bererti ialah memotong kulub. Khatan bagi
lelaki ialah dengan memotong kesemua kulit yang menutupi hyasafah atau kepala zakar
lelaki sehingga semua kepala zakar jelas kelihatan. Khatan bagi wanita ialah memotong
sedikit bahagian atas kelentit. Kelentit ditutupi selapis kulit yang dinamakan ‘Fresulum’.
Sedikit dari bahagian inilah yang dipotong, iaitu puncak atau kulub kelentit. Ummu
`Athiyah menceritakan Rasulullah saw mengajar seorang wanita yang mengkhatankan
wanita dengan sabdanya:

“Kamu jangan terlalu banyak merendahkan (memotong), sesungguhnya ia sangat


disayangi wanita dan amat disekai suami”.

Baginda sendiri mengajar Ummu`Athiyah bagimana melakukan khatan wanita dengan


mengakatan :

“Biarlah bahagian itu menonjol, jangan terlalu direndahkan (terlalu banayak dipotong)
kerana menambah seri wajah wanita dan sangat disukai suami”.

Baginda melarang keras memotong bahagian itu secara berlebihan seperti yang dilakukan
di zaman Firaun di Mesir dan di negara-negara Islam di Afrika.

Hukum berkhatan adalah wajib bagi lelaki. Imam Malik mengatakan lelaki tidak
berkhatan tidak sah jadi iman solat. Ibn Abbas berpendapat sembelihan lelaki tidah
bersunat tidak halal dimakan. Alasan khatan wajib bagi lelaki ialah ayat 123 surah al-
Nahl:
‫ثم أوحينا إليك أن اتبع مله إبراھيم حنيفا وما كان من المشركين‬
“Kemudian kamu wahyukan kepadamu (Muhammad): ikutlah agama Nabi Ibrahim yang
hanif dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang menyengutukan Allah”.

Selain dari ayat di atas ada hadis yang menceritakan bahawa datuk `Uthaim bin Kulaib
telah menganut Islam dan beliau mengadap Rasulullah saw dan berkata: Saya telah
menganut Islam”. Baginda lalu bersabda kepadanya: “Cukurlah rambut zaman kafirmu
dan berkhatanlah”.

Hukum khatan bagi wanita telah menjadi isu yang hangat diperbincangkan pada satu
ketika dahulu. Ada yang mewajibkan, seperti mazhab Syafi`ie, ada yang menganggapnya
bukan wajib dan bukan sunat, cuma diharuskan sebagai bersifat fitrah bersuci, sebagai
satu kemuliaan. Bagi al-Qaradawi, seperti yang dijelaskan dalam al-Fatawa al-Mu`asirah
384 ia terserah kepada ibu bapa untuk melakukannya atau tidak. Bagi yang
melakukannya kerana mengikut sunnah mereka ada hujjah daripada hadis-hadis
Rasulullah saw. Bagi mereka yang tidak mahu melakukannya mereka tidak berdosa.
Tiada bukti ada kaitan berkhatan dan tidak berkhitan kepada kuat atau lemah tenaga seks
wanita. Tiada juga bukti ada kaitan berkhatan atau tidak dengan keruntuhan dan
kemuliaan akhlak wanita. Tiada juga kaitan khatan wanita dengan isu kesihatan.
Pengamal perubatan melakukannya atas permintaan pihak terbabit atas sebeb pegangan
agama masing-masing.

Namun demikaian berkhatan ada faedahnya bagi lelaki dan wanita. Antara lain faedahnya
ialah:

1. Dengan berkhatan akan dapat menghindarkan bau tengik yang di sebabkan oleh
kulub yang terkumpul di bawah kulit yang melitutu kepala zakar dan kelintit. Zat
lemak yang dinamakan spegma ini mengeluarkan bau yang tajam dan tidak enak.
Ia boleh memadamkan berahi pasangan semasa melakukan hubungan kelamin.
2. Dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser, kerana spegma merupakan
peransang bagi berlakunya penyakit kanser zakar dan leher rahim, di mana verus
yang terdapat pada spegma akan berpindah kepada zakar dan berpindah masuk
kedalam faraj wanita melalui persetubuhan.
3. Berkhatan bagi kanak-kanak dapat mengelakkan kencing malam.
4. Abdul Kadir Awang dalam Utusan Kiblat September 1972, halaman 21
menukilkan Dr. Th. H. Van De Veldi (wanita) menasihatkan wanita yang tidak
bersunat supaya selalu membersihkan di bahagian klitoris, lebih-lebih lagi sulcus
coronairus. Menurut kajian kimia, wanita lebih banyak spegma reepum,
keadaannya kemerah-merahan, bengkak dan mengeluarkan lendir yang
menyebabkan rasa gatal dan pedih pada masa-masa tertentu.

Siala lihat dalam:


Alias Othman dan Anisah Ab.Ghani: Islam Yang Mudah: Memahami Agama Islam
daripada Pelbagai Pandangan Mazhab Fikah, PTS 2008 halaman 41-47.

Dan isu-isu lain:

Pergaulan Silang Jantina:


• Aurat silang jantina dan sejantina
• Aurat pandang dan aurat sentuh
• Aurat sesama mulimah,aurat muslimah dengan kafirah
• Melihat gambar, termasuk dalam cermin, cermin lutsinar, dalam air,1x, 2x dan 3x
• Bersalaman dan ziarah silang jantina
• Mendengar nyanyian silang jantina
• Dll
Pergaulan Silang Agama
• Hak kejiranan silang agama
• Perkahwinan silang agama
• Kongsi raya
• Tinggal serumah silang ahama
• Berdoa silang agama
• Menggunakan perkakas silang agama
• Daging korban dan akikah dan bukan Islam.
• Dll

You might also like