You are on page 1of 2

10 Perkara Yang Lelaki MESTI FAHAM Tentang Wanita

Sumber: http://pakarhowto.com/teknik/10-perkara-yang-lelaki-mesti-faham-tentang-wanita.html Apa-apapun, kebanyakan email aduan yang saya terima, rata-rata membangkitkan persoalan @ ketidakpuas hatian mereka kepada lelaki. Antara yang dipersoalkan ialah

MENGAPA LELAKI SEKARANG NI SUSAH SANGAT NAK FAHAM WANITA??? ATAU LELAKI SEKARANG NI MEMANG DAH EGO SANGAT???

Entahlah. Saya juga seorang lelaki sejati (bukannya golongan au-au yer). Kalau ditanyakan mengapa lelaki sekarang susah sangat nak faham wanita? Hmmmm susah juga saya nak menjawabnyahuhu Tapi bagi saya, persoalan yang dibangkitkan tu takdelah penting sangat. Yang terlebih pentingnya ialah BAGAIMANA NAK BUAT LELAKI FAHAM WANITA??? Haa persoalan inilah yang lebih sesuai untuk dibincangkan. Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda 10 perkara LELAKI MESTI FAHAM tentang wanita. Semoga dengan perkongsian ini dapat sikit sebanyak membantu kaum lelaki dalam memahami wanita @ pasangan anda masing-masing.;) Pembaca wanita, kalau anda tak bersetuju dengan pernyataan dibawah ini, sila kemukakan hujjah anda di bahagian komen di bawah entri ini. Terima kasih.

Apakah yang lelaki MESTI FAHAM tentang wanita?


Wahai kaum lelaki, ketahuilah bahawa SEORANG WANITA itu ; 1. Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. 2. Bukan bermaksud cerewet tak tentu hala, kadang kala wanita ingin lelaki mengikut katakatanya sekali sekala. 3. Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam. 4. Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. 5. Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat tabah. 6. Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam kerana wanita itu prihatin. 7. Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum. 8. Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. 9. Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. 10.Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.

Peranan lelaki dalam kehidupan wanita adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. Wanita diciptakan oleh Allah SWT dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk memahami hati dan perasaan wanita. Berlembut dan berkasih-sayanglah dengan wanita. Kerana hanya dengan kasih sayang sajalah yang mampu mengekal dan mengukuhkan perhubungan.

You might also like