You are on page 1of 22

DEB

DASAR TENAGA NEGARA

DASAR- DASAR KERAJAAN ERA PEMERINTAHAN TUN ABDUL RAZAK


DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

ZOPFAN

Di perkenalkan pada tahun 1971. OBJEKTIF Menyedari ketidakseimbangan sosial ekonomi kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.

STRATEGI PELAKSANAAN

Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata: I. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. II. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Membasmi kemiskinan

Beberapa Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya:

I. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur. II. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan. III. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan. IV. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah.

V. Memodenkan kehidupan di luar bandar. VI. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera. VII. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia. VIII. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain.

Penyusunan Semula Masyarakat

Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan lua bandar. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan,Bank Bumiputera,Amanah Saham Nasional. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA,KESEDAR

KONSEP KAWASAN AMAN, BEBAS & BERKECUALI (ZOPFAN) DI ASIA TENGGARA

Sebagai blok yang boleh disifatkan bukan komunis di Asia Tenggara, ASEAN sebenarnya lebih berpegang kepada dasar berkecuali. Malaysia telah menyarankan supaya diwujudkan 'kawasan awam, bebas dan berkecuali (Zone of peace, Freedom and Neutrality atau ZOPFAN) telah diterima sebagai pendirian ASEAN. Konsep dan dasar ini telah diumumkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27hb. November, 1971.

Beberapa faktor dan peristiwa penting yang telah berlaku di Asia Tenggara telah mendorongkan timbulnya konsep ZOPFAN ini. Faktorfaktor dan peristiwa itu ialah:

Kedudukan Asia Tenggara yang agak strategik kepada kuasakuasa besar dalam konteks ketegangan politik TimurBarat; pergolakan politik di Vietnam serta keputusan pengunduran tenteratentera British dari Asia Tenggara dan Amerika dari Vietnam pada awal 70an. Perkembanganperkembangan tersebut telah menimbulkan kecurigaan di kalangan negara-negara ASEAN, kerana ianya mungkin menjejaskan kestabilan serantau.

Peperanganpeperangan di Korea dan di Vietnam telah menyakinkan ASEAN bahawa campur tangan dan sokongan tentera kuasakuasa besar dalam pertelingkahan negara-negara kecil Asia Tenggara sering menjejaskan kestabilan dirantau ini. Semangat 'regionalisma' masa itu telah menghasilkan pertubuhan kerjasama ekonomi serantau ASEAN yang dapat digunakan sebagai jentera untuk mencapai tujuan ZOPFAN

Objektif ZOPFAN adalah untuk menjadikan Asia Tenggara satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali daripada pertelingkahan politik kuasakuasa besar khususnya Amerika Syarikat, Russia dan Republik Rakyat China.

Antara strategistrategi utama yang telah diguba dan dilaksanakan untuk mencapai objektif tersebut adalah: Mendapatkan persetujuan, pengiktirafan dan jaminan kuasakuasa besar tentang objektif atau usaha menjadikan. Mengundurkan tentera asing dari kawasan Asia Tenggara dalam jangka panjang. Menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan yang bebas daripada senjata nuklear.

Objektif Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan; Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan, Kebangsaan; dan Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian Yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi

Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya; Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;

Mewujudkan komunikasi yang berkesan kearah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia; Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Terdapat 3 objektif utama Dasar Tenaga Negara yang memainkan peranan penting sebagai panduan kepada pembangunan sektor tenaga pada masa hadapan.

Untuk memastikan penyediaan bekalan tenaga yang mencukupi, selamat dan kos efektif melalui pembangunan sumbersumber tenaga asli yang tidak boleh diperbaharui mahupun yang boleh diperbaharui, menggunakan pilihan-pilihan kos yang paling rendah dan kepelbagaian sumber-sumber bekalan dari dalam dan luar negara.

Untuk menggalakkan penggunaan tenaga yang cekap dan mengurangkan pembaziran serta corak penggunaan tenaga yang tidak produktif;

Untuk meminimumkan kesan-kesan negatif pengeluaran, pengangkutan, penukaran dan penggunaan tenaga kepada alam sekitar.

Dasar Petroleum Negara telah digubal pada tahun 1975 setelah Akta Pembangunan Petroleum (PDA) diluluskan.

Menyediakan bekalan yang mencukupi pada harga yang berpatutan untuk menyokong objektif pembangunan ekonomi negara, dengan demikian sumber-sumber minyak dan gas untuk keperluan negara diletakkan sebagai keutamaan. Menggalakkan penyertaan Malaysia dengan lebih meluas di samping memastikan iklim pelaburan yang baik, termasuk membuka peluang untuk industriindustri downstream

Memastikan kesan sosial dan ekonomi yang optimum dalam penerokaan sumber-sumber minyak juga gas yang mudah kehabisan, dengan mengambil kira keperluan bagi pemuliharaan aset-aset yang semakin berkurangan serta perlindungan alam sekitar.

You might also like