You are on page 1of 1

Ular sawa beranak ??

Baru-baru ini di media massa kita digemparkan dengan berita penemuan saekor ular sawa yang mati dilanggar kenderaan di atas jalanraya. Di lapurkan di dalam perut ular sawa tersebut mengandungi 30 ekor anak ular. Ramai orang bingung, Sebenarnya ular sawa itu bertelur atau beranak ??? Kalau beranak adakah ular itu menyusukan anaknya. Sebenarnya ular sawa adalah haiwan yang berkembang-biak secara Ovovivivar iaitu embrionya berkembang di dalam telur, dan telur tetap berada di dalam tubuh induknya sampai telur itu menetas. Telur tersebut akan menetas didalam badan ular sawa betina tersebut. Setelah menetas,dalam jangka masa tertentu anak ular tersebut keluar dari tubuh induknya seolah-olah seperti beranak.
Ihsan : Rahimah A.R

Nanoteknologi
'Nanoteknologi' terdiri terutamanya daripada pemprosesan bahan-bahan melalui pemisahan, penyatuan, dan pencacatan bentuk oleh sebiji atom atau sebiji molekul."Nanoteknologi (juga dikenali dalam ringkasan sebagai nanotek) merupakan cabang sains yang menumpukan kepada jirim-jirim pada saiz antara 1 hingga 100 nanometer (1 nm = 109 meter). Pada dasarnya, nanoteknologi ialah peluasan sains-sains yang sedia ada ke skala nano. Salah satu aspek skala nano yang terpenting adalah bahawa semakin objek-objek menjadi kecil, semakin besar nisbahnya antara luas permukaan dengan isi padu. Fenomena ini telah memungkinkan penciptaan bahan-bahan yang menarik serta penggunaan-penggunaan yang baru. Strukturstruktur nano terdiri daripada tiga jenis, berdasarkan bilangan dimensinya:
satu dimensi: permukaan objek antara 0.1 dan

KESAN BURUK PRODUK PIL

PELANGSING/KURUS BADAN
Kementerian Kesihatan telah menyenarai hitamkan dan mengharamkan 47 produk pelangsing badan yang dikenalpasti mendatangkan kesan sampingan yang merbahaya kerana didapati mengandung bahan kimia seperti phentermine , amphetamine, sibutramin, fenfluramine yang diakui boleh mengurangkan berat badan tetapi memberi kesan sampingan seperti kemurungan, psikosis dan halusinasi, risiko tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sakit kepala. Malah ia turut menyebabkan denyutan jantung yang cepat dan meningkatkan tekanan darah. Ada empat jenis kategori ubat kurus iaitu ubat yang bertindak untuk mengurangkan lemak, ubat yang menambah kadar metabolisme pengguna, ubat yang bertindak menyekat selera makan dan ubat yang berfungsi mengurangkan penyerapan makanan. Bagi mereka yang melebihi BMI ideal atau obes tahap 1, senaman dan penjagaan pemakanan adalah cara terbaik. Mereka yang sudah berhadapan dengan masalah morbid obesiti iaitu tahap obes yang terlampau, penjagaan makanan dan senaman bukan lagi langkah terbaik untuk menurunkan berat badan. Sebaliknya golongan ini memerlukan pembedahan, iaitu prosedur intragastrik balloon (pembedahan yang memasukkan belon silikon dalam perut anda sekali gus mengurangkan jumlah makanan yang anda ambil). Sementara satu lagi kaedah disebut sebagai `gastrik banding' atau dikenal juga sebagai prosedur mengikat perut. Prosedur pembedahan ini membabitkan gegelung silikon penyekat diletakkan di sekeliling perut untuk membentuk perut seperti punjut kecil. Bahagian yang dijerut dengan silikon menyebabkan laluan atas perut itu sempit.Pesakit berasa kenyang walaupun pengambilan makanan dihadkan.
Ihsan : Anita Md Saman

Doa Dari Seorang Guru ..

Ya Allah Ya Tuhan kami, Kami memohon kepadaMu, mengharap kepadaMu, bertawakkal kepadaMu, berilah kejayaan kepada anak didik kami dalam peperiksaan yang bakal mereka tempuhi, tenangkan hati mereka, lapangkan dada mereka, luaskan fikiran mereka, kuatkan ingatan mereka, dan janganlah Engkau jadikan mereka tergolong dalam golongan yang menggunakan ilmu untuk merosakkan agama
Ihsan ; Sebakyah N.K

100 nm; dimensi: nanotiub yang mempunyai diameter antara 0.1 dan 100 nm; tiga dimensi: zarah dengan saiz antara 0.1 dan 100 nm. Terdapat pelbagai kaedah untuk penyediaan nanozarah antaranya ialah teknik pengewapan lazer, teknik hidroterma, teknik vakum seperti sinaran ion, teknik fasa gas seperti penyejatan gas, teknik mekanikal dan teknik kimia.Selain itu terdapat juga kaedah hasil gabungan penyebaran dan pembakaran dalam penyediaan nanozarah kalsium aluminat. Teknik ini bergantung kepada penggunaan sukrosa berasid tinggi untuk membentuk kompleks kation. Teknik lain yang melibatkan penggabungan juga adalah penyediaan nanozarah lantanum aluminat dengan ammonia yang distabilkan. Ihsan : Azman Morad
dua

You might also like