You are on page 1of 7

Kumpulan 1: Tan Yan Yuan, Chan Si Ying, Chew Hui Shan, Ong Siew Phing, Tan Yong Ling

Esei tentang kemunculan semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Tanah .Melayu. Nasionalisme pada umumnya bertujuan mewujudkan kebebasan individu dan negara daripada cengkaman dan kongkongan pemerintah dan kuasa asing. Intipati utama nasionalisme ialah mewujudkan kebebasan dan maruah seseorang serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah negara dan bangsa. Dengan itu, nasionalisme bergerak ke arah pembentukan satu identity bangsa yang berbudaya tinggi. Menjelang awal abad ke-20, kebangkitan nasionalisme semakin meluas di kalangan orang Melayu. Terdapat beberapa faktor utama yang menjadi perangsang kepada senario kemunculan semangat nasionalisme di Tanah Melayu.Faktor yang pertama sekali ialah pengaruh luar. Gerakangerakan nasionalisme yang berlaku di luar negara seperti Gerakan Pemulihan Islam di Mesir dan Gerakan di Turki. Selain itu tidak kurang juga pengaruh dari negara Jepun dan Indonesia. Gerakan Pemulihan Islam bermula di Mesir sejak tahun 1850. Konsep Gerakan Pemulihan Islam seperti membebaskan agama Islam daripada kepercayaan kolot dan ortodoks yang tiada kaitannya dengan ajaran Islam yang sebenar dan membebaskan negara Islam dari pengaruh penjajahan Barat telah memberi ilham kepada pelajarpelajar Melayu yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir untuk berjuang di negara sendiri. Pelajar-pelajar yang berpendidikan Arab dari Mesir pulang ke Tanah Melayu dan menjadi pelopor Gerakan Islah-Islam. Tokoh-tokoh terkenal ialah Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass bin Mohammad Taha. Mereka menyebarkan idea-idea IslamIslamiah atau pemulihan agama Islam serta konsep Pan-Islamisme di kalangan kaum Melayu menerusi majalah al-Imam. Terdapat tiga gerakan penting yang berlaku di Turki iaitu Gerakan Pan-Islam, Gerakan Khilafat dan Gerakan Turki Muda. Gerakan PanIslam mahu menentang penjajahan Barat dan menghapuskan kepercayaan kuno yang bertentangan dengan ajaran Islam manakala Gerakan Khilafat bermula apabila pakatan di antara Jerman-Turki tewas dalam Perang Dunia Pertama. British cuba menguasai Turki. Orang Islam di India membentuk Gerakan Khilafat untuk mengekalkan kuasa Turki dan sistem Khilafat. Golongan Turki Muda

pula bertujuan untuk bergerak memodenkan Turki. Kegiatan Turki Muda memberikan perangsang kepada golongan Kaum Muda di Tanah Melayu untuk menentang penguasaan British. Kaum Muda di Tanah Melayu telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1938 untuk bergiat dalam politik. Pengaruh Jepun pula berlaku apabila Jepun berjaya menewaskan negara China dalam Perang China-Jepun pada 1894-1895 dan pada tahun 1905, Jepun menewaskan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun. Kejayaan Jepun menjadikannya kuasa baru yang kuat di dunia. Kejayaan tersebut membuktikan bahawa orang Barat dapat ditewaskan oleh orang Asia. Kejayaan Jepun menjadi pendorong kepada penduduk Tanah Melayu untuk menentang penjajahan.Bagi negara Indonesia pula pengaruhnya datang dari tiga parti yang ditubuhkan iaitu Parti Nasional Indonesia (PNI), Parti Komunis Indonesia (PKI) dan Sarekat Islam. PNI mengamalkan ideology yang menganjurkan revolusi untuk menggulingkan kerajaan Belanda. Pengaruh dari luar yang tersebar melalui majalah dan akhbar dapat membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu. Mereka berjuang untuk memajukan bidang sosial, ekonomi dan politik orang Melayu. Penduduk Tanah Melayu menguatkan semangat dan bersatu padu untuk melepaskan diri daripada kuasa penjajah. Bagi PKI pula diasaskan oleh Semaun, Tan Malaka dan Darsono pada tahun 1920. Kebanyakan orang Melayu tidak menyertai PKI kerana ajaran komunis yang bertentangan dengan agama Islam. Ahli-ahli PKI termasuk Tan Malaka cuba menyebarkan fahaman komunis di Singapura tetapi tidak berhasil. Tan Malaka berpendapat bahawa orang Melayu sukar dipengaruhi kerana mereka berfahaman konservatif. Sutan Jenin dari Sumatera dapat mengembangkan pengaruh Komunis di Tanah Melayu pada tahun 1930-an. Sarekat Islam ialah parti politik yang pertama di Indonesia. Agama Islam menjadi faktor utama menyatukan orang Islam di Indonesia supaya menentang penjajah Belanda. Cawangan Sarekat Islam di Johor ditubuhkan oleh Haji Ibrahim bin Sidin dari Singapura. Cawangan Sarekat Islam di Johor tidak mendapat sambutan yang memuaskan. Penentangan terhadap British di Terengganu (1928) dimulakan oleh Syarikatul Islam yang diketuai oleh Sayid Muhammad dari Johor. Pertubuhan sulit ini berpengaruh kuat di Beserah hingga ke Kemaman. Sayid Muhammad dipercayai ingin meluaskan cawangan Sarekat Islam di Terengganu. Pengaruh Sarekat Islam tersebar ke Tanah Melayu pada 1920-an melalui ceramah dan kelas agama oleh guru-guru agama dari Sumatera.

Selain pengaruh dari luar negara, faktor agama juga mendorong kemunculan semangat nasionalisme di Tanah Melayu. Pada penghujung abad ke19 dan awal abad ke-20, masyarakat Melayu terutamanya yang tinggal di bandar-bandar berasa tidak puas hati dengan keadaan ekonomi, sosial dan politik mereka. Mereka mulai sedar bahawa kedudukan ekonomi dan sosial terancam sebab adanya masyarakat dari luar, iaitu kaum imigran seperti Cina dan India. Oleh yang demikian, orang Melayu sedar bahawa mereka perlu bertindak bagi membawa perkembangan ekonomi dan sosial ke atas masyarakat mereka supaya tidak lagi mundur dalam bidang tersebut. Kesedaran ini telah melahirkan kumpulan-kumpulan kecil yang berpengaruh dalam masyarakat Melayu untuk memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan sosial. Kesedaran ini melahirkan 3 golongan di bandar-bandar untuk memperjuangkan kepentingan masyarakat Melayu pada awal abad ke-20. Antara ketiga-tiga golongan ini, golongan yang berpendidikan Arab memainkan peranan penting dalam gerakan Pemulihan Islam di kalangan masyarakat Melayu. Mereka berpendidikan Arab dan melanjutkan pengajian Islam ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir. Golongan berpendidikan Arab ini yang mula-mula sekali menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap keadaan ekonomi dan sosial orang Melayu pada masa itu. Mereka dari golongan ini hampir keseluruhannya memperoleh pelajaran dari Timur Tengah dan terpengaruh dengan gerakan pemulihan yang berlaku di sana. Golongan ini menerima pelajaran dan inspirasi dari gerakan pemulihan Islam moden dan gerakan PanIslamisme yang diasaskan pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 oleh Imam Syeikh Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin al-Afghani. Di antara penuntut-penuntut Melayu yang membawa pengaruh dari Timur Tengah ialah Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin, Syed Syeikh Ahmad al-Hadi, Haji Abbass Muhammad Taha dan Syeikh Mohammad Salim al-Kalali. Sekembalinya dari Timur Tengah khasnya dari Mesir ke tanah air pada awal abad ke-20, mereka telah berkhidmat dalam jabatan agama di negeri-negeri Melayu. Oleh sebab fahaman mereka berkenaan ajaran agama Islam baru dan agak berlainan dengan fahaman seperti kepercayaan bidaah dan khurafat yang sedia berakar umbi di negeri-negeri Melayu, mereka mendapat tentangan daripada golongan ulama tua yang kolok dan ortodoks. Golongan ortodoks ini memusuhi bukan setakat fahaman baru dalam agama, tetapi juga memusuhi perjuangan nasionalisme Melayu yang dibawa dan dirancang oleh revolusioner ini. Mengikut revolusioner ini, Islam memerlukan perubahan dan penafsiran baru dan sesuai untuk menghadapi cabaran dunia yang menghadapi perkembangan pesat.

Bahasa dan kesusasteraan juga memainkan peranan yang penting dalam kemunculan semangat nasionalisme di Tanah Melayu. Akhbar-akhbar tempatan telah memuatkan puisi, cerpen dan novel untuk membangkitkan semangat kebangsaan.Puisi Omar Mustaffa yang tersiar dalam Utusan Melayu keluaran 18 Januari 1913 menggesa orang Melayu supaya rajin bekerja dan jangan membiarkan kekayaan diambil oleh bangsa lain. Selain itu, terdapat juga puisi lain seperti Sedarlah oleh Mahmud Ahmadi, Semenanjung oleh Harun Aminurashid (1919), Seruan Kebangsaan oleh Melati Pahang (1937) yang menggesa orang Melayu mencari ilmu dan Serunai Pujangga oleh Anum (1940) yang menggesa orang Melayu bersikap berani dan sanggup berkorban. Selain puisi, novel juga dikarangkan untuk membangkitkan semangat kebangsaan. Antaranya ialah Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Syeikh al-Hadi (1925) yang mencadangkan wanita perlu diberi pendidikan, Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurashid (1930), Putera Gunung Tahan oleh Haji Muhammad yang mengecam British melalui kisah lucu dengan tujuan memupuk semangat cinta akan negara, hidup maju dan bebas daripada penjajahan dan Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad (1941) menyeru orang Melayu berjuang mencapai kemajuan. Cerpen merupakan cerita pendek yang mempunyai masihat. Kebanyakan cerpen menyeru rakyat bekerja untuk kemajuan dan kemerdekaan negara. Di antara cerpen yang terkenal ialah Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai yang menyeru orang Melayu supaya rajin bekerja; Anak Dibuat Demal, Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang dan Siasat Yang Tiada Diminta yang ditulis oleh Shamsuddin Salleh; Rumah Besar Tiang Sebatang oleh Ishak Haji Mahmud yang menyeru orang Melayu menbenci dan menentang penjajahan British. Melalui cerpen yang disiarkan, para pembaca akan mengetahui dasar perjuangan yang hendak disampaikan. Salah satu pendorong yang penting dalam mewujudkan semangat nasionalisme ialah kewartawaan. Akhbar dan majalah memainkan peranan penting menyedarkan penduduk di Tanah Melayu. Akhbar berperanan menyalurkan pendapat tokoh-tokoh perjuangan kepada masyarakat. Tulisan dalam akhbar dan majalah memberikan kesedaran kepada penduduk Tanah Melayu mengenai kemajuan. Pengaruh dari akhbar dan majalah dapat menyebarkan semangat kebangsaan di kalangan pembacanya. Aknbar Al-Imam merupakan surat khabar yang paling popular ketika itu.Akhbar ini diterbitkan pada 23 Julai 1906 di Singapura, oleh golongan kaum muda yang dipimpin oleh Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh

Muhammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass Mohammad Taha. Matlamat kaum muda ialah menyampaikan pandangan dan fikiran baru mengenai Islam untuk kemajuan masyarakat. Al-Imam bertujuan membangkitkan kesedaran orang Melayu mengenai kemunduran dan menggesa mereka berusaha mencapai kemajuan sosial dan ekonomi. Majalah Saudara juga tidak kurang pentingnya dalam menyemarakkan semangat nasionalisme.Akhbar Saudara diterbitkan pada bulan Julai 1928 oleh Syed Syeikh al-Hadi. Akhbar ini meneruskan perjuangan kaum muda untuk memajukan masyarakat Islam melalui pembaharuan. Akhbar ini disokong oleh akhbar alIkhwan, Idaran Zaman dan Semangat Islam. Akhbar ini ditentang pula oleh Lidah Benar dan Suara Benar yang diterbitkan oleh kaum tua. Pada tahun 1930-an, akhbar Saudara membangkitkan kesedaran politik. Saudara menyeru umat Islam mempertahankan kebebasan negara. Orang Melayu digesa berusaha dan menjaga negara daripada dikuasai oleh orang asing. Saudara memulakan ruangan Sahabat Pena pada 29 September 1934. Ruangan ini kemudian ditukarkan kepada ruangan Persaudaraan Sahabat Pena. Tujuan ruangan ini ialah untuk menimbulkan minat membaca dan mengeratkan persaudaraan di kalangan masyarakat Melayu. Ruangan ini mendapat sambutan yang memuaskan hingga kegiatannya disiasat oleh polis cawangan khas.Idaran Zaman merupakan suratkhabar kaum muda yang pertama. Ia diterbitkan di Pulau Pinang pada tahun 1925 dan berlanjutan sehingga tahun 1930. Idaran Zaman diasaskan dan dikarangkan oleh Mohammad Yunus bin Abdul Hamid, kawan karib Syed Syeikh al-Hadi. Idaran Zaman ialah suratkhabar mingguan yang menitikberatkan pembaharuan-pembaharuan agama Islam. Sebarannya agak luas di seluruh Tanah Melayu terutamanya di negeri-negeri Melayu di Utara dan Barat.Al-Ikhwan pula diterbitkan dan dikarang oleh Syed Syeikh al-Hadi sendiri. Ia diterbitkan dari tahun 1926 hingga tahun 1931. Al-Ikhwan benar-benar menyarankan pembaharuan agama Islam. Ia telah meneruskan perjuangan alImam. Al-Ikhwan mempunyai banyak persamaan dengan al-Imam bukan sahaja dalam cara penulisan dan isi kandungannya malah hingga menyiarkan beberapa rencana yang pernah tersiar dalam alImam, seperti taksiran al-Quran dan sejarah Islam.Utusan Melayu diterbitkan pada tahun 1939. Pengarangnya yang pertama ialah Rahim Kajai. Pengarangnya yang terkenal ialah Ishak Haji Muhammad atau dkenali sebagai Pak Sako. Beliau banyak menulis mengenai orang Melayu di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Beliau menyeru orang Melayu supaya bersatu-padu dan menguatkan semangat kebangsaan. Akhbar ini menjadi lambing perpaduan dan kegigihan orang Melayu. Bangsa Melayu diminta berusaha dengan gigih untuk kemajuan. Pendidikan diutamakan demi mencapai kemajuan.

Penerbitan akhbar ini diusahakan sepenuhnya oleh orang Melayu. Orang Melayu diseru menyertai pertubuhan politik untuk memperjuangkan hak mereka. Ruangan istimewanya melapurkan kegiatan pertubuhan politik orang Melayu. Penerbitan Utusan Melayu turut menerbitkan 2 akhbar yang lain iaitu Utusan Zaman dan Mastika. Di samping itu, sistem pendidikan pada zaman itu juga mendorong kepada perkembangan gerakan nasionalisme. Sekolahsekolah agama telah didirikan di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Di Negeri-negeri Melayu, sekolah agama didirikan di Teluk Intan (Perak), Kuala Terengganu dan Muar (Johor). Sekolah agama yang penting di Singapura ialah Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah, di Melaka ialah Madrasah al-Hadi dan di Pulau Pinang ialah Madrasah al-Masyor. Sistem persekolahan sekolah ini mengikut sistem yang terdapat di Mesir dan di Barat seperti yang dijalankan di Madrasah al-Iqbal alIslamiyah di Singapura. Di samping itu, Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dan Maktab Melayu Kuala Kangsar juga bertanggungjawab membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan penuntutpenuntut. MPSI ditubuhkan pada tahun 1922. Ia merupakan institusi latihan guru-guru Melayu bagi sekolah-sekolah Melayu. MPSI telah menerbitkan majalah-majalah seperti Cendera Mata (1923) dan majalah Guru (1924) untuk menyalurkan pendapat penuntut maktab ini. Perkembangan pendidikan di Tanah Melayu telah melahirkan satu golongan intelektual terpelajar. Golongan terpelajar ini telah terpengaruh dengan idea-idea dan falsafah-falsafah politik seperti demokrasi, liberalisme, sistem parlimen dan perlembagaan serta nasionalisme. Golongan terpelajar yang dimaksudkan ialah Raja Chulan, Eunos bin Abdullah dan Dato Onn bin Jaafar. Mereka diberi peluang berkhidmat dengan kerajaan. Raja Chulan (Raja Dihilir Perak) yang menjadi ahli Majlis Pusat memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu. Dato Onn bin Jaafar dari Johor menerbitkan akhbar Warta Malaya dan Lembaga Melayu. Akhbarakhbar ini menyalurkan bidasan dan kritikan yang pedas terhadap pentadbiran Inggeris. Beliau mengadakan rapat umum untuk menyelar pentadbiran Inggeris. Selain itu, graduan-graduan dari MPSI telah menubuhkan Persatuan Sastera Melayu (1923) untuk menggalakkan pertumbuhan sastera Melayu. Karya-karya yang diterbitkan oleh ahli-ahli persatuan ini telah membangkitkan perasaan nasionalisme di kalangan masyarakat Melayu. Novel berjudul Melor Kuala Lumpur, hasil karya Harun bin Mohammad Amin menunjukkan bagaimana orang Melayu boleh maju. Karya-karya

sastera ini menumbulkan perasaan nasionalisme. Pada tahun 1929 dan 1930, Ibrahim Yaacob semasa di MPSI menubuhkan 2 buah pertubuhan bercorak politik. Pertubuhan-pertubuhan ini ialah Ikatan Semenanjung Borneo dan Ikatan Pemuda Pelajar. Ikatan Pemuda Pelajar khususnya mempunyai tujuan untuk menyebarkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu supaya mereka sedar akan nasib buruk bangsa mereka.

You might also like