You are on page 1of 4

1- FLOW ASAL IQAMAH 1-iqamah muaqattah + tahdid sakan *selepas ketibaan di Jordan, student akan dapat visa pelancong

selama 1 bulan. Jadi, sblm tempoh sebulan ni habis, student perlu dapatkan Tahdid Sakan dan Iqamah Muaqattah untuk memanjangkan visa selama 3 bulan dari tarikh ketibaan. *prosedur Iqamah Muaqattah & Tahdid Sakan a) Ujian Darah -bayaran JD 30.30 -di Klinik khas -keputusan keluar selepas 2 hari bekerja.

b) Cop Jari -ke Balai Polis Gharbiyy -isi borang + bawa pasport + dapatkan tanda tangan polis -cop jari -bawa resit pulang c) Hawiyah muajjir -dapatkan borang dr balai polis -minta sohib rumah isi kan & tanda tangan -penyewa pun perlu isi di ruangan penyewa. *kemudian, pelajar perlu menyediakan dokumen berikut: -Borang Hawiyah Muajjir -Salinan muka hadapan passport -Salinan muka bercop tarikh masuk Jordan kali pertama -Salinan Basma (cop jari) -Salinan resit keputusan ujian darah =susun & staple mengikut urutan -bawa ke balai polis gharbiyy untuk mendapatkan cop iqamah muaqattah & tahdid sakan. 2- Iqamah Sanawi *adalah visa penduduk selama setahun. Ada 2 peringkat; a) Mendapatkan muwafaqah daripada ISO(JUST) dan syuun tolabah(YARMOUK)

Dokumen yg diperlukan : -Borang permohonan muwafaqah -Isbat Tolib asli (yang terbaru) -Salinan muka hadapan passport -Salinan muka bercop tarikh akhir masuk Jordan -Salinan bercop iqamah -Salinan kad iqamah (depan belakang) *proses ini mengambil masa 2-4 minggu. b) Mendapatkan kad iqamah Dokumen yang diperlukan -Borang permohonan pembaharuan iqamah -2 keping gambar -Salinan muka hadapan passport -Salinan muka bercop tarikh akhir masuk Jordan -Salinan bercop iqamah -Salinan cop tahdid sakan -Kad iqamah *proses ini mengambil masa 2 hari, tetapi hanya 30 dokumen dapat diterima dalam masa sehari.

2. MASALAH-MASALAH YANG TIMBUL DALAM PENGURUSAN IQAMAH a) Urusan kasyfu dam (ujian darah) hanya boleh dijalankan pada hari Sabtu - Rabu shja.bermula jam 8 pagi - 12 tghari. Ini membataskan waktu pelajar untuk membuat urusan ini dan boleh menyebabkan pelajar tidak hadir ke kuliah jika mereka tiba hampir sebelum sesi akademik bermula. b) Bayaran Kasyfu dam meningkat secara mendadak daripada JD 20.30 kepada JD 30.30. -Yuran meningkat tanpa sebab yang kukuh. Mereka hanya menunjukkan surat arahan daripada pihak atasan. c) Mengumpulkan dokumen lengkap untuk mendapatkan cop tahdid sakan & iqamah muaqattah -bilangan pelajar yang ramai ( 161 pelajar baru JUST & ___ pelajar baru Yarmouk University) menyebabkan urusan menjadi rumit. Tempat tinggal para pelajar lelaki yang kebanyakkannya berterabur agak menyulitkan urusan. -Tetapi hal ini boleh diatasi dengan mendapatkan ajk tambahan dan pembahagian tugas yang efisien.

d) Mendapatkan cop tahdid sakan & Iqamah Muaqattah -Wakil pelajar yang mempunyai surat akuan universiti perlu membawa dokumen berkenaan ke Balai Polis. -Masalahnya adalah ada bilangan tertentu sahaja yang diterima pada satu-satu masa. Proses ini juga memakan masa 2-6 jam dan boleh menyebabkan pelajar ponteng kelas semata-mata untuk menyelesaikan urusan ini. -Pegawai Polis yang terbabit sering memarahi wakil pelajar menyebabkan emosi wakil pelajar terganggu. -Ada waktunya sistem di Balai Polis rosak lalu mereka mengambil jalan mudah untuk lepas tangan daripada urusan pelajar dan menyuruh pelajar untuk berulang-aling ke Amman sedangkan apabila wakil pelajar pergi ke Amman, tiada apa yang dapat diselesaikan. Tempoh perjalanan ke Amman dan kos untuk ke sana telah mengorbankan waktu yang sepatutnya digunakan untuk belajar, menghadiri kuliah dan sebagainya. -Waktu pejabat pegawai polis walaupun dikatakan bermula dari pukul 8 pagi sehingga 3 petang, seawal jam 12 tengahari mereka akan pulang ke rumah. -Pada hari khamis dan Sabtu, Pegawai Polis agak keberatan untuk menerima dokumen menyebabkan wakil pelajar perlu mencari waktu lain (iaitu pada hari persekolahan) e) Membuat urusan mendapatkan muwafaqah -secara keseluruhan, pihak universiti sangat membantu. Wakil pelajar Cuma perlu memastikan dokumen disusun lengkap dan teratur. Tetapi kadang-kadang tempoh masa yang diambil melebihi 4 minggu menyebabkan ada pelajar yang dikenakan denda. f) I'faa' gharamat (pelepasan denda) -jika sekiranya pelajar tidak berjaya mendapatkan cop tahdid sakan dalam tempoh sebulan daripada tarikh masuk ke Jordan ataupun tidak dapat memperbaharui iqamah dalam tempoh sebulan daripada tarikh tamat, pelajar akan didenda. -untuk mengelakkan denda, pelajar perlu ke Idarah Iqamah wa Hudud di Amman untuk mendapatkan pelepasan denda. Dokumen yang diperlukan : -salinan isbat tolib yang terbaru. -salinan muka hadapan passport -salinan tarikh akhir masuk ke Jordan' -salinan cop iqamah yang terakhir *urusan ini hanya boleh dilakukan pada hari sabtu - khamis dari jam 8 pagi - 1 petang.

g) Mendapatkan kad iqamah di Balai Polis -hanya wakil pelajar sahaja yang boleh pergi ke balai polis. -sehari hanya 30 dokumen sahaja yang diterima menyebabkan wakil pelajar perlu datang dengan kerap untuk menyiapkan urusan ini apatah lagi ahli PERMAI sudah mencecah 1200 lebih ahli. Bagaimanankah dengan wakil pelajar seramai 3-6 orang dapat menguruskan dokumen sebanyak ini? *KESIMPULANNYA ialah masalah yang paling besar ialah AJK terpaksa ponteng kelas demi menyelesaikan segala urusan ini dan terpaksa menghadapi pelbagai karenah setiap hari daripada pegawai-pegawai polis sendiri. 3)CARA MENGATASI MASALAH. 1.Pihak MMY setakat ini mempunyai 3orang sahaja wakil(mandub)untuk menguruskan hampir 500 orang pelajar. Oleh itu,kami mengambil inisiatif memohon untuk penambahan wakil daripada pihak syuun tolabah. Namun, sudah 3kali permohonan ini ditolak. 2. Berhubung dengan birokrasi pihak polis(memandangkan kami ini hanyalah pelajar, banyak alasan direka/arahan sehingga menyukarkan tugas AJK sendiri). Kami sudah memohon pegawai dari EMJ namun masih tidak ada lagi sehingga kini. 3. Tiada usaha lain yang lebih berkesan boleh kami lakukan melainkan mengikut segala arahan yang diberikan pihak polis sepanjang tempoh pengurusan ini. (masalah yang sama macam tahun lepas juga) 4.BANTUAN YANG DIHARAPKAN DARI EMJ. 1.Tidak lain dan tidak bukan, kami ingin memohon bantuan dari pihak EMJ supaya boleh menghantarkan sekurang-kurangnya seorang pegawai yang mampu berurusan dengan segala karenah pihak polis. 2. Pihak AJK dari MMY dan MMJ akan menyediakan/menyiapkan segala dokumen yang diperlukan. Tugas pegawai hanyalah membawa semua dokumen tersebut ke balai polis untuk urusan membuat kad iqamah.

You might also like