You are on page 1of 5

Mengajar Kemahiran Membaca

Definisi Membaca

Boleh dimaksudkan sebagai proses tafsiran yang bermakna di atas lambang-lambang bercetak dan bertulis (Harris & Sypay) Proses membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau pun makna yang diketahui melalui pengalaman (pembelajaran) dan akhirnya berupaya mentafsirkan maksudnya. Bagi Smith& Johnsan (1980) membaca berteraskan keinginan mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis dengan tanggapan yang dibuat oleh pembaca. Goodmen(1973) menyatakan membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan. Ini menunjukkan melalui prose situ wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran kerana hubungan antara bahasa dan pemikiran sememangnya berlaku dalam dimensi yang lebih luas. Kita menggunakan bahasa bagi melahirkan pemikiran yang wujud dalam minda.

Punca-Punca Masalah Membaca

Ketidak-bolehan mentafsir symbol (huruf/visual) untuk diterjemahkan sebagai ayat atau perkataan secara lisan-(Haidi 2008) Konsep kendiri yang rendah Tidak matang dari segi emosi dan intelek Lemah daya ingatan Gagap Gangguan pengamatan Kurang rangsangan Mudah hilang tumpuan

Kajian dan secara ilmiah : menyatakan punca masalah membaca adalah seperti yang berikut :

Kanak-kanak tidak dapat mendiskriminasikan bentuk, kedudukan, nama, sebutan dan turutan abjad dalam sepatah perkataan. Kanak-kanak tidak dapat mengingatkan ciri-ciri dan atribut yang disebutkan di atas tadi untuk 26 abjad dan empat diagraf. Kanak-kanak tidak dapat mengaitkan sebutan tiap-tiap abjad serta diagraf apabila diadunkan menjadi suku kata dalam sepatah perkataan. Pengamatan penglihatan kanak-kanak bercelaru apabila mereka berhadapan dengan halaman kertas yang penuh dengan abjad-abjad yang tersusun rapi kerana : Syarat-syarat yang dikenakan untuk membaca seperti melihat dari kiri ke kanan bercanggah dengan kebiasaan melihat dari kanan ke kiri. Simbol-simbol abjad tidak memberikan gambaran tentang bentuk fizikal yang boleh mereka kaitkan. Contohnya, apabila mereka melihat simbol lukisan kucing mereka nampak ciri-ciri fizikalnya seperti matanya, telinga, misai, ekor dan lain-lain lagi yang mereka boleh kaitkan dengan seekor kucing. Sebaliknya, simbol abjad tidak mempunyai sebarang bentuk fizikal yang mereka boleh tanggapi.

Ciri Masalah Bacaan 1. Peringkat mengenal nama-nama huruf yang hampir sama

Keliru dengan nama huruf yang sama bentuk. Contohnya, y dengan g Keliru dengan orientasi kedudukan bentuk huruf. Contohnya, b dengan d, m dengan w Keliru dengan huruf yang hampir-hampir sama frekuensi. Contohnya, b dengan d,p,t Keliru dengan orientasi kedudukan huruf besar yang hampir sama bentuk. Contohnya, W dengan M, Z dengan N Tidak dapat mengadun bunyi-bunyi huruf yang bergabung seperti diftong dan diagraf. Contoh, ai, au, ny, sy, kh Menyebut nama-nama huruf mengikut telor bahasa ibunda. Contohnya, o disebut wo, l disebut yel, m disebut yem, r disebut yar, z disebut jed

2. Peringkat mengadun bunyi-bunyi dan membatang suku kata.


Kesukaran untuk mengadun dan membatang suku kata : i. terbuka + tertutup. Contoh : buah, unta, pintu, arnab, tingkap. ii. Tertutup + terbuka. Contoh : ba-suh, i-tik, ting-gi, an-jing Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan huruf e-taling dan e-pepet. Contoh, sepak dengan sepak Sukar membatangkan perkataan yang lebih daripada dua suku kata. Contoh : sekolah, berbunga, sempadan, ambulan, bangunan, peristiwa and so on Sukar membatang perkataan yang mengandungi diagraf dan diftong. Contoh, main, buih, surau, balai, nyamuk, singa, syarat, tengah, Sukar membatang perkataan yang bermula dengan imbuhan me. Contohnya, memakai, menyala, membeli, mengambil

3. Peringkat membaca ayat.

Gantian atau mengubah atau menggantikan bunyi suku kata atau perkataan. Contoh, dapatpadat, sekolah-selokah, asrama-asmara, simpan-sampai, seluar-selalu Tertinggal atau meninggalkan.Contoh, ayat sebenar = Ahmad suka makan ayam goreng. Dibaca sebagai Ahmad makan ayam goreng. Pembalikan perkataan. Contoh, suka-saku, besar-beras Berulang-ulang Merangkak-rangkak. Contoh, membaca selepas mengeja dan ketidaksesuaian teks atau bahan Membaca mengikut loghat atau dialek. Contoh, kucing suka makan ikan dibaca sebagai kucin suka makang ikang. Dia lari kerana hujan dibaca sebagai dia lali kelana hulan. Emak dia pergi sembahyang dibaca sebagai emak dia pigi sembahyang

Masalah Dalam Kemahiran Menulis


1. Cara yang digunakan untuk membantu kanak-kanak yang menulis dengan mencampur-adukkan huruf besar dan huruf kecil?

Latih tubi menyalin ayat atau tulisan. Terapkan konsep tatabahasa dalam ayat. Arahkan murid menyalin ayat dalam huruf kecil sahaja. Kemudian terangkan kepada murid di mana fungsi huruf besar dalam ayat yang di salin. Salin latihan ayat dalam buku garis tiga Sediakan lembaran kerja tulisan. Praktis tatabahasa-salin Kata Nama Am dan Kata Nama Khas Galakkan murid menulis perkataan berdasarkan gambar. Menggunakan keratan akhbar, minta pelajar menyalin ayat yang mengandungi Kata Nama Am dan Kata Nama Khas yang diperoleh daripada keratan akhbar. Permainan bahasa. Lain-lain cara tetapi tidak mengelirukan pelajar.

2. Jarak huruf tidak seragam


Menyalin perkataan dalam kotak. Menyusun huruf yang digunting daripada keratan akhbar. Menyambung titik huruf

3. Meninggalkan huruf semasa menyalin ayat


Elakkan perkataan berganda. Jangan beri latihan yang terlalu panjang. Kurangkan perkataan imbuhan. Semak baris demi baris.

4. Jarak antara perkataan adalah tidak sesuai.


Letakkan satu jari atau pen diantara setiap perkataan sebagai penanda jarak. Sambung titik. Kertas surih bentuk ayat (murid salin semula mengikut potongan kertas surih)

5. Menonjolkan pembalikan huruf


Guru buat latihan menulis huruf yang pelajar keliru secara berulang-ulang. Mengecam huruf menggunkan kad-kad huruf Menggunakan kad tebuk sentuh dan rasa Lembaran kerja pengamatan (mengatasi masalah pengamatan) Latihan menulis (sambung titik) Memilih dan mencari himpunan huruf. Menulis huruf di pasir atau udara.

Latihan menyalin ayat pendek yang lengkap.

Menampal huruf yang telah disediakan oleh guru.

You might also like