You are on page 1of 2

Perkembangan Teknologi Maklumat begitu dinamik termasuk juga di bidangpendidikan.

Sebagai seorang pendidik, kita perlu menguasai kemahiranTeknologi Maklumat dalam menyempurnakan tugas proses pengajaran danpembelajaran. Era teknologi maklumat di zaman ini merupakan satu pembaharuan yangtelah memberikan kesan yang mempengaruhi perkembangan sesebuahorganisasi yang bergantung kepada teknologi ini. Informasi memberikan maksuddata yang telah diproses menjadi panduan dan juga landasan bagi membuatsesuatu keputusan seperti yang dinyatakan oleh Davis dan Olson a data thathas been processed into a form that is meaningful to the recipient and is of realperceived value in current or perspective decisions.

Maklumat (Information) ialah data yang telah disusun supaya iamempunyai maksud dan nilai kepada penerima. Penerima mentafsir maksudserta membuat kesimpulan dan implikasinya. Data yang diproses oleh sesuatuprogram aplikasi menggambarkan kegunaannya yang lebih spesifik danmempunyai nilai tambah berbanding capaian ringkas daripada sesebuahpangkalan data. Maklumat juga boleh didefinisikan sebagai satu data yang bolehdigunapakai dan dieksploitasi untuk mencari maklumat baru sehingga berjayamengubah ataupun menambah sesuatu keputusan yang telah dibuat. Maklumat juga boleh mengurangkan keraguan dan juga kekeliruan berkaitan sesuatuperkara, kenyataan dan juga kejadian yang berlaku.

Teknologi pula boleh difahami sebagai satu mekanisme atau kaedah barudalam melakukan atau menghasilkan sesuatu yang mana ianya melibatkan ilmupengetahuan dan juga kepakaran yang pelbagai. Teknologi membawa kepadaperubahan yang besar dengan kualiti dan kuantiti sesebuah produk dihasilkanbersama. Teknologi maklumat pula bermaksud kepakaran dalam bidangpengurusan dan bermula daripada penghasilan sehinggalah penyampaian ke pengguna terakhir dan ianya berkesinambungan dan berterusan sehinggalahobjektif tercapai.

Teknologi maklumat (IT) sangat relevan dan penting kepada sesebuahorganisasi yang ingin syarikatnya berkembang dan berdaya saing di peringkatantarabangsa. Dewasa ini, di Malaysia khususnya, banyak syarikat telahberlumba-lumba untuk menggunakan teknologi maklumat ini secara maksimadan ianya amat jelas diaplikasikan pada syarikat yang berskala besar.

Ia juga tidak terkecuali di dalam bidang pendidikan. Sedar atau tidak, iatelah menjadi satu gelombang yang telah mempengaruhi pendidikan di negarakita dari segi penyediaan infrastruktur juga kepada pengajaran danpembelajaran. Pihak Kementerian Pelajaran mula memberikan penekanankepada aspek ini dan dengan itu, wujudnya sekolah bestari di Malaysia, makmalkomputer di sekolah sekolah dan penggubalan kurikulum pelajaran yangberasaskan teknologi maklumat

You might also like