You are on page 1of 17

SEJARAH MALAYSIA 1. Huraikan secara ringkas DUA daripada perkara-perkara berikut: a) b) c) Jawapan: a) i. ii. iii. iv. v.

Suruhanjaya Cobbold Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan pada tahun 1962 Tujuan Suruhanjaya ini dibentuk untuk meninjau pendapat dan pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai cadangan penubuhan Malaysia Suruhanjaya telah meninjau pandangan berbagai kumpulan dan lapisan masyarakat selama tiga bulan dari bulan Febuari 1962 hingga April 1962 Dalam rangka tinjauannya, Suruhanjaya telah mengadakan peninjauan yang meluas dan telah menerima 2,200 memorandum Suruhanjaya telah mengemukakan laporan kepada Kerajaan British di mana 80% daripada rakyat Sabah dan Sarawak telah menyokong rancangan penubuhan Malaysia, sementara 20% lagi tidak bersetuju dengan rancangan tersebut. Suruhanjaya Reid i. Dipengerusikan oleh Lord Reid dari U.K. Ahli-ahli lain terdiri daripada Sir Ivor Jennings(U.K), Sir William Mc. Kell(Australia), B.Malik (India) dan Halim Abdul Hamid (Pakistan) Suruhanjaya ini ditugaskan meyelia, dan megesyorkan satu perlembagaan bagi Tanah Melayu berdasarkan pemerintahan demokrasi berparlimen. Suruhanjaya telah menerima 131 memorandum daripada berbagai pertubuhan dan orang perseorangan Suruhanjaya telah mengadakan sebanyak 118 persidangan mulai Jun hingga Oktober 1956 Rang Perlembagaan yang dipinda diluluskan oleh Majlis Persekutuan pada 15 Ogos 1957 dan diluluskan pada 27 Ogos 1957 Sistem Ahli Suruhanjaya Cobbold Suruhanjaya Reid Sistem Ahli

b)

ii. iii. iv. v.

c)

i. ii. iii. iv.

v.

Dimulakan dalam tahun 1951 di peringkat Persekutuan. Ianya lebih kurang sama dengan Kabinet yang wujud sekarang Ianya hanya merupakan suatu cara untuk memberi latihan kepada pemimpin-pemimpin Persekutuan Tanah Melayu dalam hal-ehwal pentadbiran. Ahli-ahlinya dilantik dan tidak diberi kuasa sepenuhnya untuk menentukan dasar kerajaan Dengan wujudnya system ini maka perjalanan pentadbiran tidak lagi tertumpu kepada Ketua Setiausaha Kerajaan. Beliau kini bertindak sebagai penyelaras sahaja. Diwujudkan beberapa jabatan dan sesetengahnya diketuai oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan Persekutuan.

2.

Campurtangan penjajah British dalam pentadbiran di negeri-negeri Melayu Bersekutu pada akhir abad ke-19 telah membawa perubahan dalam system politik dan ekonomi. Huraikan perubahan-perubahan tersebut. Jawapan: POLITIK i. Wujudnya system residen Sistem ini bermula apabila ditandatangani Perjanjian Pangkor 1874 oleh Sir Andrew Clarke, Gabenor Inggeris bagi Negeri-negeri Selat denganRaja Abdullah, bakal Sultan Perak. Campurtangan Inggeris Campurtangan yang lebih aktif dalam menentukan dasardasar yang berkaitan dengan pengutipan hasil, undangundang tanah dan guna tenaga. Penentangan orang Melayu Kehilangan kuasa ,hak pungutan cukai,pelanggaran adat resam Melayu oleh Inggeris. Perubahan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Semenjak tahun 1896 pihak Inggeris telah berusaha untuk menyekutukan negeri-negri Selangor,Pahang, Perak dan Negeri Sembilan. Pelaksanaan dasar ini mengambil masa 10 tahun untuk dijayakan. Tujuan penyekutuan ini ialah untuk menyelesaikan masalah-masalah asas seperti penyelarasan

ii.

III.

iii.

dasar dan system untuk pengambilan buruh imigran,memperimbangkan kemajuan perhubungan infrastruktur dan pelaksanaan satu dasar dan system tanah yang seragam di negeri-negeri tersebut. Hasil dari persekutuan ini ialah: Kemajuan system jalanraya dan keretapi di pantai barat Semenanjung Pembangunan lading-ladang pertanian secara besarbesaran oleh sector swasta Mengukuhkan lagi dasar pecah dan perintah Inggeris. EKONOMI i. Ekonomi penjajah yang bercorak selektif Iaitu hanya memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan yang memberi hasil sahaja Wujud konsep Old Malaya dan New Malaya Old Malaya dimana kegiatan ekonominya tertumpu pada pertanian secara kecil-kecilan dan penangkapan ikan. New Malaya-kegiatan ekonomi tertumpu kepada kegiatan perlombongan,pertanian lading,perkilangan serta perdagangan. Aktiviti ekonomi bersifat export oriented di negeri-negeri pantai barat Aktiviti sara diri dan ekonomi dualisme- di negeri-negeri pantai timur. Perkembangan perusahaan bijih timah Semakain berkembang pesat semasa pemerintahan Inggeris di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Ini disebabkan permintaan yang besar ke atas bahan tersebut khususnya daripada Great Britain sendiri. vi. Kegiatan pertanian komersial Sumber pendapatan tambahan. Gambir dan lada hitam diusahakan oleh orang Cina di Johor, ubi kayu di Negeri Sembilan, tebu di Perak dan kopi di Perak dan Selangor. Perhubungan / infrastruktur Petempatan semula (Bandar baru,kampong dan estet) Kemasukan imigran/ masyarakat majmuk.

ii.

iii. iv. v.

vii. viii. ix.

3.

Akibat daripada keganasan yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Kerajaan Inggeris telah mengistiharkan darurat pada tahun 1948. Nyatakan lima (5) langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Inggeris bagi membenteras kegiatan PKM di antara tahun 1948 hingga 1960.

Jawapan: i. Memperkenalkan Rancangan Briggs iaitu menempatkan semula setinggan Cina di kawasankawasan terpencil ke kampong-kampung baru yang dikawal. Tujuannya menyekat bekalan makanan,ubatubatan dan kelengkapan senjata dari jatuh ke tangan komunis. Sistem ini dikenali sebagai Min Yuen Menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa kerja perang Menjalankan operasi-operasi ketenteraan memeriksa kawasan penempatan Cina dan rondaan ke kawasankawasan hutan yang dianggap tempat perlindungan dan penyembunyian komunis Menubuhkan sukarelawan untuk serta menentang komunis. Contohnya pasukan home guard Melancarkan perang saraf/psikologi , terutama untuk menarik sokongan Melayu melalui penyebaran risalah,memberi pengampunan,memberi kemudahan kerakyatan,pemilikan tanah dan jawatan-jawatan pentadbiran. Komitmen British memberikan kemerdekaan kepada PTM-melalui kerjasama dan gabungan antara parti-parti yang mewakili kaum di Tanah Melayu Rundingan Baling diadakan antara pemimpin kerajaan dan komunis sebagai langkah penamatan tuntutan komunis dan pengapunan ahli komunis yang menyerah diri. Mengadakan kad pengenalan diri

ii. iii.

iv. v.

vi. vii.

viii.

4.

Penjajahan British di Tanah Melayu telah mengakibatkan masalah perpaduan di antara kaum di Tanah Melayu. Jelaskan factor-faktor yang telah menyumbangkan kepada masalah perpaduan tersebut.

Jawapan:

i.

Pemisahan tempat tinggal atau petempatan British mengamalkan dasar pecah dan perintah; jarak social serta segregasi antara kumpulan-kumpulan etnik sengaja diwujudkan dan dikekalkan. Menetapkan status dan peranan yang berlaianan bagi kaum Melayu,Cina dan India. Perbezaan tumpuan sector ekonomi Orang-orang Melayu,Cina ,India menjalankan aktiviti ekonomi yang berlainan.Wujudnya jurang pendapatan yang tidak seimbang antara kaum. Ini menimbulkan persaingan ekonomi dan ketidakpuasan di kalangan kaum tertentu. Pengasingan system Pendidikan Tiada terdapat satu system Pendidikan nasional di Tanah Melayu. Wujud empat aliran system Pendidikan yang berlaianan. Murid-murid tidak berpeluang bercampur gaul dengan murid dari kumpulan etnik lain. Fahaman dan pengaruh politik Wujudnya berbagai-bagai persatuan politik,social dan ekonomi yang berasaskan kumpulan etnik telah juga memperkuatkan lagi identity etnik dan syak wasangka Masalah ekonomi Orang-orang Melayu menguasai bidang yang mundur dan sector primer, orang Cina menguasai sector yang lebih maju. Ketidakseimbangan pendapatan menyebabkan setiap kaum saling mencemburui. Penggunaan akhbar yang berbeza-beza Akhbar berperanan penting dalam menyemarakkan semangat perkauman di kalangan masyarakat berbilang kaum. Setiap akhbar mengikut bahasa masing-masing memberikan perhatian secara menyeluruh kepada golongan tertentu sahaja. Fenomena ini memperkuatkan semangat kecintaan pada tanah air dan kaum masing-masing sahaja dan menyulitkan mereka untuk memahami bahasa, budaya dan sensitivity kaum-kaum lain. penentangan orang Melayu terhadap

ii.

iii.

iv.

v.

vi.

5.

Terangkan factor-faktor Malayan Union. Jawapan:

a)

Pemberian Taraf kerakyatan secara Jus Soli Pemberian taraf kerakyatan secara jus soli kepada kaum bukan Melayu terutamanya Cina, merupakan factor paling penting yang menimbulkan bantahan. Menurut perlembagaan Malayan Union, orang bukan Melayu akan diberikan taraf kerakyatan tanpa syarat. Tindakan ini akan menyebabkan kaum bukan Melayu mempunyai hak yang sama dengan kaum Melayu, sedangkan taat setia mereka kepada Tanah Melayu belum dapat dipastikan lagi. Selain itu, orang Melayu akan ketinggalan dari segi ekonomi berbanding kaum Cina dan ini sudah tentu menjadi ancaman yang amat berbahaya kepada ketuanan politik Melayu. Pemimpin-pemimpin Melayu mempunyai kewajaran untuk berasa khuatir kerana tindakan Malayan Union itu akan hanya menimbulkan sentiment perkauman yang membara di kalangan kaum Melayu dan bukan Melayu. Ancaman kepada kuasa dan kedaulatan Sultan Melayu Melalui rancangan Malayan Union, kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu terhapus sepenuhnya. Kuasa sultan hanyalah dalam aspek agama dan adapt resam sahaja, itu pun dengan kebenaran Gabenor Inggeris yang turut menjadi Pengerusi Majlis Agama Islam dan adapt istiadat Melayu. Tindakan ini amat memalukan orang Melayu Dengan penghapusan kuasa sultan, lambing keagungan politik tradisional Melayu terhapus dan dengan sendirinya Tanah Melayu berstatus Tanah Jajahan Inggeris. Orang Melayu turut membantu tindakan Inggeris menghapuskan hak-hak keistimewaan ke atas orang Melayu. Tindakan penipuan Harold Mac Michael Tindakan Mac Michael mengugut sultan untuk mempersetujui rancangan Malayan Union telah disepakati oleh sarjana sejarah sebagai factor kemarahan orang Melayu termasuklah juga daripada raja-raja Melayu secara tidak langsung Menurut JM Gullick, seorang sarjana sejarah politik, tindakan kurang bijak Harold telah menggagalkan dasar Malayan Union akibat tentangan hebat daripada orang-orang Melayu Sokongan bekas pegawai British di Tanah Melayu Bekas pegawai Inggeris yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Frank Swettenhem, George Maxwell,R.O Winstead dan Sir Cecil Clementi Smith telah memberikan pandangan mereka yang disiarkan dalam akhbar Times ke seluruh England.

b)

c)

d)

Mereka berpendapat bahawa rancangan Malayan Union merupakan tindakan buruk kerajaan Parti Buruh terhadap Tanah Melayu kerana tidak langsung menghormati kedaulatan dan keistimewaan peribumi asal yang telah dijajah oleh Inggeris sejak sekian lama. Sokongan ini telah menaikkan semangat perjuangan orang Melayu untuk menentang perlaksanaan dasar Malayan Union.

6.

Pada 27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman mengemukakan idea penubuhan Malaysia dalam satu perjumpaan Correspondents Association of Southeast Asia di Singapura. Beliau mencadangkan kerjasama politik dan ekonomi yang lebih erat antara Tanah Melayu ,Singapura,Sabah ,Sarawak dan Brunei. Terangkan sebab-sebab asas mengapa beliau mencadangkan penubuhan Malaysia. Jawapan: 1. Ancaman Komunis a) Perkembangan pengaruh komunis di Asia Tenggara terutamanya di Singapura telah membinbangkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman b) Tunku Abdul Rahman khuatir Singapura akan jatuh ke tangan komunis dan seterusnya mengancam keselamatan Persekutuan Tanah Melayu c) Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa penubuhan Malaysia dapat menyekat perkembangan pengaruh komunis di Singapura dan Sarawak. Keseimbangan Kaum a) Percantuman Singapura sahaja dengan Persekutuan Tanah Melayu akan mengancam kedudukan orang Melayu dari segi bilangan penduduk b) Lebih kurang 80% penduduk Singapura terdiri daripada orang bukan Melayu c) Sabah,Sarawak dan Brunei perlu digabungkan dalam Malaysia bagi memastikan keseimbangan antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera. d) Jumlah penduduk bumiputera di negeri-negeri Borneo adalah kira-kira tiga kali ganda lebih dari jumlah orang Cina.

2.

3.

Kemerdekaan segera bagi Singapura,Sabah dan Sarawak a) Singapura,Sabah dan Sarawak dapat mencapai kemerdekaan dengan lebih segera lagi menerusi penubuhan Malaysia. b) Kerajaan British tidak begitu berminat untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura dan wilayah-wilayah Borneo secara persendirian memandangkan keselamatan negeri-negeri tersebut mungkin terancam. Perkembangan ekonomi a) Singapura mempunyai pertalian ekonomi,geografi dan sejarah yang erat dengan Semenanjung Tanah Melayu b) Percantuman akan mendatangkan faedah-faedah ekonomi bagi kedua-dua Negara c) Ekonomi Sabah dan Sarawak dapat dimajukan melalui penyertaan dalam Malaysia. d) Sabah dan Sarawak diberi jaminan bahawa Kerajaan Pusat akan membiayai pelbagai projek pembangunan di negeri-negeri tersebut. Sokongan kerajaan British a) Sokongan kerajaan British juga penting dalam mempengaruhi pembentukan Malaysia b) Kerajaan British menyokong penubuhan Malaysia memandangkan ia akan menyekat perkembangan pengaruh komunis di Singapura dan Sarawak serta dapat melindungi pelaburan British di kawasan-kawasan berkenaan. Peristiwa tuntutan Filipina,Indonesia dan Brunei terhadap Sabah

4.

5.

6.

7.

Terangkan secara ringkas perkembangan politik dan perlembagaan di Sabah dan Sarawak sebelum pembentukan Malaysia 1963.

Jawapan : 1. 2. Dari tahun 1881 hingga tahun 1946, Borneo Utara (sabah) diperintah oleh Syarikat Borneo Utara British Pada bulan Julai 1946, syarikat tersebut menyerahkan segala haknya ke atas Sabah kepada Kerajaan British

3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23.

Pada tahun 1950 Kerajaan British memperkenalkan sebuah perlembagaan baru bagi Sabah Struktur kerajaan terdiri daripada seorang Gabenor British, sebuah Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan Sabah Sabah dibahagikan kepada empat Residensi yang seterusnya dibahagikan kepada daerah Pilihanraya yang pertama bagi peringkat daerah sahaja telah diadakan pada bulan Disember 1962- Mei 1963. Ahli Majlis Daerah melantik ahli Majlis Resedensi dan mereka pula melantik ahli ke Majlis Perundangan Sabah Pilihanraya tersebut dimenangi oleh Parti Perikatan Sabah dengan majority yang besar. Donald Stephens (kemudiannya dikenali sebagai Tun Fuad Stephens) dilantik sebagai Ketua Menteri yang pertama pada bulan Ogos 1963. Sarawak pula diperintah oleh Keluarga Brooke antara tahun 1841-1946 Kerajaan British mengambil alih pemerintahan Sarawak pada bulan Julai 1946 Sarawaak mendapat sebuah perlembagaan baru pada tahun 1956. Struktur kerajaan terdiri daripada Gabenor British, Majlis Mesyuarat Negeri(badan perundangan) dan Majlis Tertinggi(badan eksekutif) Dari segi pentadbiran, Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian dan setiap bahagian pula dibahagikan kepada daerah. Pilihanraya pertama untuk Majlis Daerah sahaja telah diadakan pada tahun 1959. Ahli-ahli Majlis Daerah memilih wakil-wakil ke Majlis Bahagian dan mereka pula memilih wakil-wakil ke Majlis Mesyuarat Negeri. Pilihanraya 1963 dimenangi oleh Parti Perikatan Sarawak Datuk Stephen Kalong Ningkan dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak yang pertama. Politik berdasarkan kaum / puak setempat Ada ancaman komunis di Sabah dan Sarawak Wujudnya parti politik yang tersusun dan berorganisasi Sebelum kedatangan syarikat Borneo Utara Sabah di bawah jajahan Sulu Sebelum kerajaan Brooke Sarawak di bawah Kerajaan Brunei

24. 8.

Suruhanjaya Cobbold untuk mendapatkan pandangan rakyat Sabah dan Sarawak untuk mewakili Malaysia

Pada 16 September 1963, Sabah dan Sarawak meyertai Malaysia. Huraikan dengan jelas factor-faktor yang mendorong penyertaan kedua-dua negeri tersebut ke dalam Malaysia.

Jawapan: a. Pentadbiran dan keselamatan i. ii. iii. membolehkan Sabah dan Sarawak mendapatkan kemerdekaan lebih awal memperkuat dan memperkukuhkan pertahanan serantau Asia Tenggara menghadapi ancaman daripada kuasa-kuasa luar. Melalui penyertaan dalam Malaysia , satu Negara yang lebih kuat dan kukuh akan dapat diwujudkan. Ini akan dapat menyekat pengaruh kuasa-kuasa luar dan menjamin keselamatan serantau. Bekerjasama dan mengurangkan ancaman komunis dalam negeri.Pengalaman dan cara-cara Tanah Melayu menghadapi ancaman komunis dapat digunakan bagi tujuan yang sama di Sabah dan Sarawak Latarbelakang pentadbiran yang sama di bawah British memudahkan penyatuan Sabah dan Sarawak dengan Tanah Melayu. Membolehkan wakil-wakil Sabah dan Sarawak dalam cabinet menteri

iv.

v. vi. b.

Ekonomi i. Sabah dan Sarawak mempunyai sumber-sumber ekonomi yang sama dengan Tanah Melayu seperti hasil pertanian, kayu balak dan galian. Oleh itu, tenaga pakar yang sama dapat digunakan untuk meningkatkan pengeluaran di kedua-dua negeri itu.Dengan itu projek-projek pembangunan dapat dipesatkan. Kegiatan ekonomi di Sabah dan Sarawak dan antara Sabah,Sarawaak dan Semenanjung akan lebih berkembang. Eksport dan import akan meningkat.

ii.

c.

Sosial

i. ii. iii. iv.

pada amnya rakyat Sabah dan Sarawak adalah daripada satu rumpun yang sama dengan orang-orang di Tanah Melayu. Mereka bertutur bahasa dan mengamalkan kebudayaan yang hamper sama dengan penduduk di Tanah Melayu. Ini memudahkan integrasi nasional. Bimbang akan perluasan kuasa Indonesia untuk membentuk Indonesia Raya Kepentingan dan keistimewaan bumiputera Sabah dan Sarawak akan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

9.

Jelaskan factor-faktor yang menyebabkan perjuangan PKM gagal mendapatkan sokongan masyarakat dalam tempoh 1948-1960.

Jawapan : ideology komunis bertentangan dengan agama Islam keanggotaan Parti Komunis Malaya dikuasai oleh orang Cina keadaan ekonomi Persekutuan Tanah Melayu yang stabil dan memuaskan matlamat dan perlembagaan Parti Komunis Malaya tidak jelas dan meragukan tindakan keras British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu tindakan ketenteraan penempatan semula penduduk pinggir hutan ke kampong baru pengistiharaan darurat pengasingan daripada komintang taktik Parti Komunis Malaya gagal Melancarkan perang saraf / psikologi Komitmen Inggeris memberi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

10.

Cadangan pembentukan Malaysia telah mendapat tentangan daripada pelbagai pihak. Nyatakan tiga (3) pihak tersebut dan sebab-sebab penentangan mereka.

Jawapan : Pihak yang menentang dan sebab-sebab penentangan: a. Barisan Sosialis Singapura Barisan sosialis serta parti-parti pembangkang yang lain menentang gagasan tersebut kerana mahukan Singapura kekal sebagai negeri yang berasingan

Mereka bercadang untuk menjadikannya sebagai satu pusat komunis di Asia Tenggara. BSS menganggap ini adalah satu rancangan British untuk mengekalkan pengaruh British b. Parti Rakyat Brunei AZ Azhari, pemimpin Parti Rakyat Brunei ingin supaya satu gagasan politik yang dikenali sebagai Kerajaan Borneo Utara ditubuhkan. Azahari ingin menubuhkan sebuah kerajaan Kalimantan Utara yang diketuai oleh Sultan Brunei c. Indonesia Walaupun pada mulanya tidak menunjukkan sebarang bantahan namun kemudiannya menentang dengan alas an gagasan tersebut berunsur penjajahan. Malaysia bercadang untuk mengambilalih Sumatera Malaysia akan menjadi lemah dan akan jatuh ke tangan orang Cina dan kemudian diperintah komunis Borneo Utara dan Sarawak telah dipaksa untuk bersatu dengan Malaysia. Filipina Kerajaaan Filipina di bawah Macapagal menuntut supaya Borneo Utara (Sabah) dikembalikan kepadnya. Menurut mereka, Sabah adalah sebahagian daripada Kerajaan Sulu. Memandangkan Kerajaan Sulu adalah sebahagian daripada Filipina maka Sabah perlu dikembalikan kepada mereka. 11. Huraikan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan selepas peristiwa 13 Mei untuk mengembalikan semula perpaduan kaum di Malaysia. Jawapan: Tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan ialah: i. ii. Pembentukan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) kerajaan telah mewujudkan Majlis Muhibah Negara dan Jabatan Perpaduan Negara untuk menyusun dan melaksanankan dasar serta aktiviti yang dapat memupuk perpaduan kaum. Kerajaan juga menubuhkan Majlis Perundingan Negara. Majlis ini menimbangkan apa-apa perkara berkenaan

d.

iii.

iv.

v.

dengan perpaduan Negara yang difikirkan oleh Pengarah Gerakan patut dirujukkan kepada Majlis Gerakan Negara. Pembentukan Rukun Negara di mana prinsip-prinsipnya mengajak rakyat Malaysia menyokong cita-cita berikut: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat Memelihara cara hidup demokratik Mencipta satu masyarakat yang adil dan kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama Menjamin satu cara yang lebih liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak. Pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan objektifnya untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

12.

Nyatakan perkara-perkara penting yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia yang telah ditubuhkan di Singapura pada Julai 1961 Jawapan: Perlembagaan Tanah Melayu 1957 dijadikan asas kepada Perlembagaan Malaysia Pembahagian kuasa antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dipersetujui. Negeri Sabah dan Sarawak diberi kuasa istimewa termasuk dalam bidang imigresen Islam dijadikan agama rasmi Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi Kedudukan istimewa bumiputra Sabah dan Sarawak dikekalkan Satu Suruhanjaya dibentuk bagi meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah mengenai cadangan penubuhan Malaysia.

13.

Huraikan cirri-ciri Perlembagaan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu dalam tahun 1946. Jawapan: Ciri-ciri utama Perlembagaan Malayan Union i. Semua Negeri Melayu(termasuk Pulau Pinang dan Melaka) disatukan di bawah satu pemerintahan pusat.

ii. iii. iv.

v. vi.

vii.

viii. ix. 14.

Malayan Union diperintah(diketuai) oleh seorang Gabenor British dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan. Singapura tidak dimasukkan dalam Malayan Union tetapi dijadikan Tanah Jajahan Mahkota British yang berasingan di bawah kuasa seorang Gabenor British. Kedaulatan Raja-raja Melayu dihapuskan dan hanya berkuasa dalam soal-soal agama Islam. Mereka Cuma menjadi Raja Kehormat sahaja dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu Majlis-majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan bagi menguruskan hal ehwal Kerajaan Tempatan dan majlsimajlis ini diletakkan di bawah kawalan pemerintahan pusat. Perlembagaan Malayan Union memberi hak kewarganegaraan yang sama rata bagi semua orang tanpa mengira bangsa dan asal keturunan. Hak-hak ini termasuk kemasukan ke dalam perkhidmatan kerajaan dan satu undi dalam pilihanraya umum. Kewarganegaraan diberikan kepada semua orang asing yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura serta mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di sana untuk selama 10 daripada 15 tahun sebelum 15 Febuari 1942 Hak kerakyatan bagi bukana melayu menerusi prinsip jus soli. Orang melayu akan hilang hak dan keistimewaan mereka sebagai bumiputra.

Selepas Kerajaan British memberikan komitmen kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu (PTM) beberapa peristiwa telah berlaku. Jelaskan peristiwa-peristiwa yang dianggap penting yang berlaku menjelang kemerdekaan tersebut. Jawapan: i. ii. Sistem Ahli 1951 9 tokoh tempatan dilantik menjadi ahli Majlis Perundangan Persekutuan, antaranya ialah Dato Onn Jaafar,Datuk Thuraisingam dan Tun H.S Lee bertaraf menteri Tujuannya mendedahkan pemimpin tempatan dalam selokbelok pentadbiran Negara Semua ahli bertanggungjawab kepada pentadbiran Inggeris bukan kepada Majlis Pilihanraya Majlis-majlis Tempatan 1951 -52

iii.

Di Pulau Pinang,(1 Disember 1951) Prti Radikal menang majority, iaitu 6 daripada 9, Parti Buruh dan UMNO ikut bertanding. Di Kuala Lumpur(16 Febuari 1952), Perikatan UMNO-MCA menang majority (9 daripada 12). 1 lagi; masing-masing oleh Parti Negara dan Bebas. Di Johor Bahru, Muar dan Melaka dimenangi oleh Perikatan,UMNO dan MCA. Pilihanraya Persekutuan (Pertama) 1955 Pada 27 Julai 1955 Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) menang majority (51 daripada 52). 1 lagi dimenangi oleh PAS. Ikut bertanding Parti Negara(IMP), Parti Buruh dan Parti Progresif Rakyat. Rombongan Merdeka 1956 ke London 8 wakil Persekutuan Tanah Melayu hadir, iaitu 4 wakil Rajaraja Melayu dan 4 lagi Perikatan. Diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Rundingan pada 18 Januari hingga 8 Febuari 1956. Keputusannya: a. British setuju beri kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 b. Mengarahkan ditubuh Suruhanjaya Reid untuk merangka perlembagaan PTM

iv.

v. 15.

Suruhanjaya Reid Pengerusi Lord Reid. Bersidang sebanyak 118 kali dan menerima 131 memorandum bertulis daripada pertubuhan dan individu. Tugas, merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Rang perlembagaan diluluskan oleh Majlis Perundangan pada 15 Ogos 1957 dan berkuatkuasa 27 Ogos 1957.

Pada tahun 1962, atas cadangan Tunku Abdul Rahman Kerajaan British bersetuju membebaskan Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak dengan syarat negeri-negeri tersebut bergabung dengan Persekutuan Malaya untuk membentuk Malaysia. Tiap-tiap pihak di atas mendapati konsep Malaysia menarik dengan alas analasan tersendiri. Huraikan dengan jelas alas an-alasan yang telah mendorong penerimaan konsep Malaysia oleh Persekutuan Malaya, Sinagpura, Sabah dan Sarawak. Jawapan:

Setiap pihak mendapati konsep Malaysia menarik dengan alas analasan tersendiri. Persekutuan Malaya menerima konsep Malaysia kerana i. ii. iii. kemasukan Singapura ke dalam Persekutuan Malaysia akan dapat membendung perkembangan komunis di sekitarnya kemasukan Sabah dan Sarawak ke Malaysia akan dapat mengimbangkan penduduk Cina yang lebih besar di Singapura dengan penduduk yang kurang di Borneo. Percantuman dengan negeri-negeri baru itu akan menghasilkan faedah-faedah ekonomi tertentu

Singapura menerima konsep Malaysia kerana i. ii. negeri itu akan dapat mencapai kemerdekaannya lebih awal negeri itu akan dapat membendung ancaman komunis yang berkembang di pulau itu.

Sabah dan Sarawak menerima konsep Malaysia kerana i. ii. yakin akan dapat mencapai kemerdekaan masing-masing menerusi Malaysia negeri-negeri itu belum boleh lagi merdeka dengan sendirinya apabila pihak British berundur pada tahun 1962. ditubuhkan dengan

Secara umumnya Malaysia telah mengambilkira factor-faktor berikut: i. ii. iii. iv. v. vi.

ancaman komunis di Singapura dan Persekutuan Malaya ketidakseimbangan penduduk Cina dan Melayu antara Singapura dan Persekutuan Malaya ketidak seimbangan antara golongan pribumi dengan orang Melayu di Sabah dan Sarawak ketidakseimbangan antara penduduk pribumi di Sabah, Sarawak dan Malaya kemerdekaan dapat dipercepatkan bagi Si ngapura, Sabah,Sarawak dan Malaya menerusi satu persekutuan yang lebih besar. Sokongan kerajaan British terhadap pembentukan Malaysia untuk melindungi dan memperkukuhkan pelaburan British di bekas tanah jajahan.

You might also like