You are on page 1of 11

FAKULTI PENGAJIAN DAN PENDIDIKAN

SEMESTER 5

HBMT 1203

TEACHING OF PRE-SCHOOL MATHEMATICS

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

720801115138001 720801115138 013-3397089 yatiembong@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PETALING JAYA

PENGENALAN Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan perubahan. Ia berevolusi dari pembilangan, pengiraan, pengukuran dan kajian sistematik terhadap bentuk dan pergerakan objek fizikal (Wikipedia, 2012). Kepentingannya dalam kehidupan seharihari telah menjadikannya sebagai salah satu perkara yang harus dikuasai demi menjamin kualiti hidup yang lebih baik. Sehubungan itu, kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkannya pada peringkat awal pendidikan lagi iaitu prasekolah. Kanak-kanak prasekolah sepertimana yang kita tahu terdiri daripada kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun. Menurut Kart E. Garrison dalam Siri Pendidikan Guru Murid dan Alam Belajar, mereka yang di usia ini mengalami perubahan dari segi kualitatif biologi dan psikologi pada antara waktu kelahiran hingga akhir masa remaja (zaman kanak-kanak). Perubahan ini tidak boleh diukur tetapi jelas berlaku. Ia dapat dilihat dengan jelas melalui cara pertuturan dan kematangan. Banyak kajian dan teori yang telah membincangkan berkenaan pembelajaran matematik kanak-kanak prasekolah bagi meningkatkan potensi diri mereka sedari awal usia lagi. Salah satunya ialah pengalaman pra nombor. Pengalaman pra nombor ialah pembelajaran yang memberi penekanan terhadap konsep nombor sebagai persediaan kepada murid untuk mengenali nombor dengan lebih mendalam lagi. Antara konsep nombor yang terdapat di dalam pengalaman pra nombor ini ialah menyuaipadan (matching), mengelas (sorting), membanding beza (comparing), menyusun atur (ordering) dan pengecaman bentuk (subitizing) (Mark Carter, 2010). Peranan teori-teori yang membincangkan perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran pra nombor di kalangan kanak-kanak prasekolah ini seperti Teori Kognitif Piaget dan Teori Psikologi Kognitif Jerome S. Bruner dilihat sebagai sesuatu yang penting bagi memastikan kesediaan kanak-kanak tersebut mendalami konsep-konsep nombor yang lebih kompleks di peringkat yang seterusnya.

KONSEP PRA NOMBOR DAN CONTOH Menurut Pugalee (2001), satu konsep matematik boleh ditakrifkan sebagai corak asas yang menghubungkaitkan set-set objek atau tindakan-tindakan antara satu sama lain. Pengajaran matematik dilihat sebagai suatu usaha yang kompleks di mana menurut Pugalee

setiap murid itu mempunyai set pengalaman dan kebolehan yang unik. Guru memainkan peranan yang penting dalam perancangan pengajaran yang berkesan untuk membantu murid membina dan mengembangkan pengetahuan mereka. Guru perlu meneliti setiap perkembangan murid-murid bagi memilih strategi pembelajaran yang sesuai dengan karekteristik murid-murid yang terlibat dalam proses pembelajaran. Sepertimana yang dinyatakan di awal pengenalan tadi, konsep pra nombor terdiri daripada kebolehan menyuaipadan, mengklasifikasi, membanding beza, menyusun dan mengecam bentuk yang diulang-ulang. Dua daripada konsep tersebut yang dilihat sangat signifikan dalam asas pembinaan konsep nombor dan kemahiran pembelajaran yang seterusnya ialah

mengklasifikasi dan membandingbeza. i) Mengklasifikasi Mengklasifikasi berupaya membantu memahami konsep pertalian antara satu dengan satu yang lain. Ini dapat dilihat apabila seorang kanak-kanak menyuaipadan melalui perbandingan dari segi kuantiti antara dua set objek. Kemahiran ini menyediakan kanakkanak tersebut kepada asas nombor. Ini adalah kerana apabila kanak-kanak berkebolehan dalam mencipta persamaan antara dua objek, mereka juga sebenarnya berkebolehan untuk menyuaipadan antara dua objek. Kemahiran ini dilihat sebagai kemahiran asas yang perlu ada untuk membanding beza (Karen Boreman, 2008). Ini dapat dilihat dalam salah satu topik dalam silibus pengajaran matematik prasekolah iaitu Bentuk. Dalam topik ini murid biasanya diminta untuk memilih dan membulatkan objek atau benda yang berbentuk sama yang diletakkan di dalam satu kumpulan objek yang pelbagai. Berikut adalah contoh bagi konsep ini.

Warnakan bentuk segiempat di ruang di bawah ini.

ii)

Membandingbeza Membanding beza adalah konsep matematik yang menuntut murid untuk

membanding dan membezakan objek yang mempunyai sifat yang bertentangan antara satu sama lain contohnya besar dan kecil, sejuk dan panas, pendek dan panjang dan sebagainya. Ini dilihat Piaget sebagai satu perkembangan di mana menurutnya tanpa penguasaan kemahiran ini, operasi penambahan matematik tidak akan dapat difahami kanak-kanak. Sepertimana yang kita ketahui, penambahan merupakan operasi pertama dalam matematik. Operasi ini memerlukan murid untuk benar-benar memahami konsep nombor. Tanpa penguasaan asas pra nombor, seseorang murid itu mungkin mengalami masalah untuk menguasai konsep matematik yang lebih kompleks. Bulatkan benda yang berlawanan sifat di dalam rajah yang berikut.

CADANGAN PENGAJARAN Kementerian Pelajaran Malaysia sangat peka terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Banyak usaha telah dijalankan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran matematik ini. Justeru, pelbagai pendekatan yang kreatif dan inovatif dialu-alukan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kebolehan murid dalam menguasai matematik. Antara pendekatan yang boleh digunakan dalam pengajaran di dalam kelas ialah Pendekatan Induktif, Pendekatan Deduktif, Pendekatan Eklektik dan Pendekatan Tematik (Noriati, B P Ying dan Sh. Fakhirah, 2009).

i)

Pendekatan Induktif Pendekatan indektif bermula daripada spesifik kepada umum, iaitu dimulakan dengan

satu sebab atau contoh dan menuju kearah sesuatu generalisasi (J.M Kierzek dan W. Gibson, 1960). Menurut B. Seaton (1982), pembelajaran melalui induktif adalah satu proses mental yang memerlukan murid melihat peristiwa tertentu untuk memperoleh sesuatu generalisasi. Contoh pengajaran yang menggunakan kaedah ini ialah apabila seseorang guru itu bertanyakan tentang pengalaman bercuti murid sebagai set induksi sebelum mengajar bentuk dan saiz kepada mereka. Ini akan membantu murid untuk membentuk perkaitan dan seterusnya pemahaman tentang sesuatu perkara yang baru dipelajari dengan sesuatu yang pernah dialami. ii) Pendekatan Deduktif Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik dan pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajarandi mana murid bermula dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu (Brian Seaton, 1982). Dalam pendekatan ini, murid perlu menaakul untuk mendapatkan fakta atau contoh yang tertentu daripada peraturan umum (Noriati, B P Ying dan Sh. Fakhirah, 2009). Contoh aktiviti interaktif yang boleh diadaptasikan dalam pengajaran guru di dalam kelas ialah menerusi topik pengajaran numbor bulat. Seseorang guru dalam pengajaranya menyediakan lima bongkah yang berwarna biru dan lima bongkah yang berwarna merah. Guru tersebut menerangkan bahawa terdapat sebaris bongkah biru dan sebaris bongkah merah di atas mejanya. Dia memberi dua bentuk arahan kepada murid-muridnya. Bagi arahan yang pertama, dia mengarahkan muridnya untuk mengangkat tangan sekiranya muridmuridnya merasakan bahawa salah satu deretan bongkah tersebut melebihi deretan bongkah yang lain. Manakala bagi arahan yang kedua, dia mengarahkan murid-muridnya untuk mengangkat tangan sekiranya mereka merasakan bahawa deretan kedua-dua warna bongkah itu adalah sama. Apabila murid-murid berkebolehan memberi respon yang betul, guru tersebut menyelerakkan salah satu deretan bongkah tersebut dan bertanyakan soalan yang sama. Menerusi pengalaman di awal aktiviti tadi, murid-murid tadi lebih mudah untuk membina kefahaman terhadap konsep membandingbeza. Contoh ini disokong oleh teori kognitif Piaget di mana menurut beliau, kanak-kanak yang berusia antara 3 hingga 6 tahun

sedang melalui peringkat praoperasi. Piaget percaya bahawa pada peingkat ini, kanak-kanak akan lebih memahami tentang sesuatu perkara sekiranya mereka berupaya untuk membina makna. iii) Pendekatan Eklektik

Pendekatan ini menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala cirri baik daripada pendekatan yang telah dinyatakan sebelum ini dan mengaplikasikannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini sesuai untuk diaplikasikan pada kelas yang mempunyai murid yang pelbagai kebolehan (Noriati, B P Ying dan Sh. Fakhirah, 2009). Contohnya, guru memulakan pengajaran dengan memberikan contoh dan diikuti dengan generalisasi. Guru juga mengakhiri dengan memberikan contoh untuk mengukuhkan peraturan atau generalisasi (Noriati, B P Ying dan Sh. Fakhirah, 2009). iv) Pendekatan Tematik Pengajaran menggunakan tema merupakan pengajaran yang disampaikan melalui konsep atau idea yang besar. Satu-satu tema itu kemudiannya dipecahkan kepada beberapa komponen kecil (Noriati, B P Ying dan Sh. Fakhirah, 2009). Pendekatan ini membolehkan murid menganalisis, membuat generalisasi dan mengaplikasi pengetahuan. Penggabungan pelbagai idea yang berkaitan membolehkan murid menyatukan pelbagai fakta (Noriati, B P Ying dan Sh. Fakhirah, 2009). Pendekatan ini akan lebih berkesan sekiranya disertai dengan relia dalam menerangkan pengajaran yang bertumpu kepada konsep dan struktur. Jerome S. Bruner terkenal dengan pembelajaran konsep melalui proses

pengkategorian (Noriati A. Rashid, B P Ying dan Sharifah Fakhirah, 2009). Beliau dalam teorinya mengatakan bahawa pembelajaran matematik akan lebih berkesan sekiranya proses pengajaran bertumpu kepada konsep-konsep dan strktur-struktur. Melalui konsep dan struktur tersebut, murid-murid akan lebih memahami konsep yang cuba disampaikan itu. Selain daripada itu, Bruner juga menegaskan bahawa seseorang murid itu perlu diberi ruang untuk memanipulasi alatan untuk menguasai konsep yang diajar. Ini adalah kerana melalui alatan tersebut, murid akan dapat melihat dengan lebih jelas akan konsep yang diajar. Bagaimanapun, tidak seperti Piaget, Bruner tidak menetapkan umur atau tahap perkembangan sebagai teras perkembangan mental manusia. Beliau hanya menekankan tiga tahap atau peringkat pembelajaran yang harus dilalui murid. Peringkat-peringkat tersebut adalah

Peringkat Enaktif, Peringkat Ikonik dan Peringkat Simbolik. Contoh pengajaran yang mempunyai unsur teori ini ialah melalui pengajaran konsep membandingbeza. Dalam konsep ini, guru boleh membawa relia ke dalam pengajarannya supaya murid dapat melihat perbezaan karekteristik objek- objek konkrit melalui kemahiran membanding mereka. Strategi ini memenuhi peringkat pembelajaran Bruner yang pertama iaitu Peringkat Enaktif di mana beliau percaya bahawa pengetahuan dapat dipelajari dengan aktif menerusi relia yang digunakan guru dalam pengajaran mereka. Apabila murid sudah berupaya menguasai peringkat ini, guru boleh melangkah ke peringkat seterusnya iaitu Peringkat Ikonik di mana guru boleh menggambarkan sesuatu yang konkrit itu dalam bentuk bayangan visual. Contohnya dalam pengajaran bentuk. Guru boleh menggambarkan perbezaan saiz objek kecil, besar, pendek, panjang dan sebagainya yang terdapat pada sebuah kereta melalui penerangannya. Apabila murid telah menguasai kedua-dua tahap tadi, maka mereka juga telah bersedia untuk menerima tahap pembelajaran yang lebih kompleks iaitu melalui Peringkat Simbolik. Peringkat ini adalah peringkat di mana pengetahuan direpresentasikan dalam bentuk simbol-simbol abstrak contohnya huruf, simbol matematik dan lambang abstrak. Contoh pengajaran yang berkaitan dengan peringkat ini ialah operasi penambahan. Dalam operasi ini, murid-murid terdedah dengan beberapa simbol seperti + dan =. Penguasaan peringkat-peringkat pembelajaran sebelum ini memudahkan mereka untuk menguasai konsep nombor yang lebih kompleks.

KESAN TEORI PEMBELAJARAN Kedua-dua teori yang dikemukakan di awal perbincangan tadi memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran nombor bulat dan bentuk. Ini adalah kerana kedua-duanya mempunyai justifikasi yang tersendiri. Bagaimanapun, kedua-dua teori ini bertepatan dalam memenuhi prinsip-prinsip sebagaimana yang termaktub dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) antaranya, menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah. Teori Perkembangan Kognitif Piaget Mengikut implikasi pengajaran dan pembelajaran oleh Jean Piaget pula guru boleh menggunakan bahan yang konkrit bagi mengilustrasikan konsep yang lebih kompleks.

Penggunaan bahan berbentuk 3D, rajah, carta dan pengalaman murid itu memberi peluang murid bersedia ke arah pembelajaran yang lebih kompleks. Menerusi beberapa siri tinjauan dan temuramah telah dijalankan bersama guru prasekolah bagi mendapatkan pandangan terhadap pendekatan yang digunakannya di dalam bilik darjah dalam memberi pendedahan konsep nombor kepada murid, dia menyatakan bahawa pembelajaran menjadi lebih lancar dan berkesan sekiranya dia menggunakan alatan atau bahan yang terlibat dengan pengajaran ke dalam pengajaran. Murid kelihatan lebih bersemangat dan aktif dalam proses perbincangan dan aktiviti sumbang saran. Ini jelas menunjukkan bahawa pemanipulasian bahan membawa kebaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, aktiviti seperti memberi peluang kepada murid mencari alternatif dalam menyelesaikan masalah dan membuat hipotesis sendiri. Sebagai contoh, dalam kelas matematik guru boleh memberikan peluang kepada murid untuk menyelesaikan masalah matematik dengan menggunakan teknik yang difikir sendiri oleh murid.

Teori Psikologi Kognitif Bruner. Bruner dalam peringkat pembelajaran yang diperkenalkannya memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di mana ia menggalakkan interaksi antara guru dengan murid, dan antara murid dengan murid. Di sini jelas dapat dilihat bahawa diri murid itu sendiri memainkan peranan yang sangat besar dalam pembelajaran mereka. Mereka perlu aktif dalam membina pemahaman sedari peringkat pertama pembelajaran iaitu Peringkat Ikonik hinggalah ke Peringkat Simbolik. Peranan guru hanyalah terhad sebagai sumber rujukan murid sekiranya murid menghadapi masalah dalam memahami pembelajaran dan penyedia bahan pelajaran untuk murid dalam pembelajaran mereka. Walaubagaimanapun, pengaplikasian teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlu dilaksanakan dengan mengikut keperluan murid. Bahan pengajaran haruslah sesuatu yang mengarah kepada penyelesaian masalah yang aktif. Ini adalah untuk menggalakkan daya eksplorasi murid dalam menyusun hipotesis dan mencari konsep matematik yang mendasari masalah itu.

Tiga peringkat pembelajaran Bruner iaitu pendekatan enaktif, ikonik dan simbolik harus diberi penelitian dalam menyediakan pengajaran. Pemilihan mestilah bersesuaian dengan tahap kognitif atau kebolehan murid. Ini adalah bagi memastikan keberkesanan pendekatan yang digunakan terhadap murid.

PENILAIAN Proses pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran melalui aktiviti penyelesaian masalah. Kefahaman yang jelas dan tepat terhadap sesuatu konsep akan membolehkan seseorang murid itu menguasai tajuk berkenaan dengan baik dan seterusnya membantu mereka menyelesaikan masalah matematik sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah (Nik Azis, 1996). Bagi menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran matematik di kalangan murid pra, guru disaran menjadi lebih proaktif dalam mempelbagaikan pendekatan pengajaran mereka. Menurut Teori Pembelajaran Kognitif Piaget, isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat kepada jauh, daripada pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru, dan daripada kasar kepada halus mengikut perkembangan fizikal individu. Dalam pengajaran bentuk dan dimensi, guru disarankan untuk menggunakan objek konkrit seperti bongkah-bongkah bentuk untuk ditunjukkan dalam pengajaran mereka. Ini membantu murid membina kefahaman dan seterusnya menyediakan mereka untuk pengalaman pembelajaran abru yang lebih halus dan kompleks. Piaget juga menyatakan dalam buku Mok Soon Sang (2009) bahawa pembelajaran merupakan perubahan bentuk tingkah laku. Pembelajaran yang baru dan kompleks

hendaklah menggunakan proses akomodasi untuk mengubah struktur kognitifnya agar mengadaptasikan keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Oleh kerana proses akomodasi bergantung kepada motivasi intrinsik individu, guru hendaklah menggalakan mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Mengikut Joyce dan Weil, dan Slavin (ahli-ahli mazhab neokognitif: konstruktivisme) dalam buku Mok Soon Sang (2009) menyarankan dan mengaturkan langkah-langkah pengajaran yang berdasarkan implikasi Teori Pembelajaran Kognitif Piaget.

Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh guru berdasarkan kajian mereka ialah merancang sesuatu situasi pembelajaran yang mencabar untuk murid. Langkah kedua ialah menimbulkan dan menggerakkan tindak balas murid, dan sengaja memberi idea yang bertentangan untuk memerhati tindak balasnya. Langkah seterusnya ialah dengan memberi kerja tugas yang berkaitan bagi pemindahan pembelajaran supaya mereka dapat mengaplikasikan apa yang diajar kedalam penyelesaian masalah. Langkah terakhir ialah dengan membentuk kumpulan yang mengandungi murid yang hampir sama peringkat perkembangan kognitif mereka, agar membolehkan murid yang berada di peringkat perkembangan kognitif lebih tinggi mengajar murid di bawah perkembangan kognitif yang rendah.

KESIMPULAN Kesimpulannya, teori pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak sangat penting untuk dipelajari dan di terokai oleh setiap guru dan bakal guru agar mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran mereka yang lebih menarik dan mudah difahami. Selain daripada itu, segala aktiviti yang dirancangkan itu mestilah berpusatkan murid. Ini adalah kerana Bruner dalam teorinya menegaskan bahawa seseorang murid itu perlu diberi ruang untuk memanipulasi alatan untuk menguasai konsep yang diajar. Pemanipulasian alatan ini akan membolehkan murid melihat dengan lebih jelas akan konsep yang diajar. Kaedah, alat bantu mengajar dan aktiviti pembelajaran mestilah bersesuaian dengan peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. Memandangkan murid dan persekitarannya sangat berkait rapat, alat bantu mengajar mestilah datang dari persekitaran murid juga. Guru sebagai fasilitator searusnya memahami segalanya yang berkaitan dengan murid mereka dan membantu dalam memperkembangkan potensi dan intelektual mereka seiring dengan objektif Kurikulum Standard Prasekolah Kebnagsaan (KSPK) yang beriltizam menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dari segi jasmani, emosi, sosial, intelek dan rohani. Ini adalah kerana kanak-kanak mempunyai keupayaan yang pelbagai yang memerlukan perhatian dan pemahaman. Kefahaman yang mendalam dalam teori-teori pembelajaran ini membantu mengelak guru daripada mengajar sesuatu yang belum sedia diterima oleh mental kanakkanak prasekolah. Ini adalah keranan sepertimana yang kita ketahui, pembelajaran matematik

yang asas memerlukan pemahaman yang benar-benar jitu bagi menjamin keberkesanan pembelajaran yang lebih kompleks di masa yang akan datang. Kebelumsediaan mental murid dalam menerima pembelajaran akan menjejaskan bukan sahaja menjejaskan pembelajaran, tetapi juga pandangan murid terhadap matematik itu sendiri.

RUJUKAN

Flavell JH (1963). The developmental Psychology of Jean Piaget. New York: Van Nostrand. Piaget J (1994). Cognitive Development in children: Piaget Development and Learning, J. Res. in Sci. Teaching, 1964, 2: 176-186. Enose M. W. Simatwa (2010). Educational Research and Reviews Vol. 5(7), pp. 366-371, Kenya. http://sksahomkampar.blogspot.com/2011/04/kurikulum-standard-prasekolah.html. Retrieved on 15th June 2012. http://www.academicjournals.org/err/PDF/Pdf%202010/July/Simatwa.pdf. Retrieved on 15th June 2012. http://static0.shopify.com/s/files/1/0001/5601/files/NAEYC.keynote.pdf. Retrieved on 15th June 2012. http://assets.wwf.org.uk/downloads/we_all_count.pdf. Retrieved on 15th June 2012. http://math.about.com/od/earlynumeracy/Early_Numeracy_and_PreSchool_Math.htm. Retrieved on 15th June 2012. http://pismpmathc5ipgkba.blogspot.com/2010/04/kerja-kursus-pendek-perkembangankanak.html. Retrieved on 18th June 2012. http://hannypoeh.wordpress.com/2011/12/18/teori-piaget-dan-penerapannya/. Retrieved on 18th June 2012.

You might also like