You are on page 1of 6

a) Ejaan yang mengikut pola keselarasan

2.2.1 Pola Keselarasan Huruf Vokal (i) Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar. (ii) Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup. (iii) Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja. BIL 1 2 SUKU KATA PRAAKHIR a e(pepet) SUKU KATA AKHIR TERTUTUP a a CONTOH PENGGUNAAN dalam jelas

b) Penggolongan kata
Golongan Kata Nama Kata nama merupakan kata yang menjadi inti dalam ayat. Digunakan untuk merujuk orang, benda, dan tempat yang bersifat konkrit dan abstrak. Misalnya, guru, kasut, kedai, mimpi, dan sebagainya. Berasaskan makna kata-kata berkenaan, kata nama dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu: A. Kata Nama Khas Kata nama khas ialah kata yang khusus menamakan sesuatu dan dalam tulisan pangkal kata nama berkenaan ditulis dengan huruf besar baik di permulaan ayat mahupun di tengah ayat. Kata nama khas boleh menamakan benda yang hidup sama ada manusia atau bukan manusia dan benda yang tidak hidup. Kata Nama Khas Banggunan Jenis Tak hidup Contoh Universiti Marmara Ayat Contoh Di Universiti Marmara, beliau aktif dalam Kesatuan Pelajar Kebangsaan Turki yang anti-komunis.

B. Kata Adjektif Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. Contoh : Namun keputusan pilihan raya itu merupakan paling cemerlang bagi mana-mana parti politik dalam sejarah Turki.

c) Pembentukan ayat
1) akronim - Pembentukan kata melalui proses akronim adalah dengan cara memendekkan atau meringkaskan perkataan yang kebanyakannya terdiri daripada kata nama supaya mudah ditulis dan dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Contoh : Milli Selamat Partisi (MSP) 2) Peminjaman kata- pembentukan kata melalui proses ini sangat luas digunakan dan ia berlaku dalam sesuatu bahasa kerana bahasa tersebut tidak terdapat perkataan atau istilah sedemikian. Contoh : liberalis(Latin) liberal

d) Frasa
Frasa ialah binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi untuk menjadi unit yang lebih besar ataupun sederetan perkataan. Frasa Nama Boleh terletak pada bahagian subjek atau predikat. Kata nama adalah sebagai kata intinya dan boleh hadir dengan penerang atau tidak. Binaan FN boleh terdiri daripada: a) Inti + Penerang i. Inti + Penerang Nama Contoh: AKP meraih 49.9% undi yang merupakan prestasi terbaiknya dan menjadikannya satu-satunya parti Turki yang memenangi 3 kali pilihan raya berturutturut disamping memperbaiki kedudukannya sejak ia berkuasa pada tahun 2002

Frasa Kerja Berfungsi sebagai predikat. Kata kerja sebagai kata intinya. Bersifat transitif (dengan objek) dan tak transitif (tanpa objek). a) Objek yang menjadi penyambut langsung dipanggil objek tepat (objek yang pertama). Objek yang menjadi penyambut tak langsung dipanggil objek sipi (objek yang kedua). FK Tanpa Objek i. FK tanpa objek dengan keterangan (boleh digugurkan) Contoh: Bagaimanapun beliau hanya boleh menjadi perdana menteri (setahun kemudian)

e) Ayat
Ayat ialah perkataan perkataan yang mempunyai susunan tertentu dan makna yang lengkap. Ayat yang lengkap mempunyai subjek dan predikat. 1) Jenis ayat Ayat Tanya Ayat Tanya Dengan Kata Tanya Ayat Penyata Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk membuat satu pernyataan. Contoh : Erdogan menyertai parti Refah dan memenangi kerusi di parlimen pada tahun 1991 tetapi dihalang oleh pihak tentera. Contoh : Adakah cara Turki ini lebih berjaya berbanding Iran?

2) Bentuk ayat
Bentuk ayat bahasa Melayu terbahagi kepada dua seperti berikut;

1. Ayat tunggal; ayat tunggal ialah ayat ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis. Contoh : Ratusan kilometer paip baru dipasang. Subjek = Ratusan kilometer paip Predikat = baru dipasang

2. Bentuk yang kedua ialah ayat majmuk.

a. Ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya berurutan. Ayat majmuk gabungan jenis ini menggunakan kata hubung dan, lalu, lagi, serta, sambil, dan malahan. Contoh : Erdogan pula dipenjarakan atas dakwaan membaca Puisi Islamis dan diharamkan aktif sehingga tahun 1999. 3) Ragam ayat Ayat yang menggunakan kata kerja transitif aktif mengandungi subjek dan predikt yang mengandungi objek. Dengan menggunakan imbuhan pasif di- atau kata bantu pasif kena, ayat transitif aktif dapat ditukar ragamnya menjadi ayat pasif

a. Ayat aktif Contoh : Erbakan berjaya menjadi Perdana Menteri pada tahun 1997 melalui Parti Refah. b. Ayat pasif Contoh : Tetapi beliau dipaksa melepaskan jawatan setahun kemudian.

f) Proses penerbitan ayat


KONSEP AYAT TERBITAN 1. Struktur permukaan berpunca daripada suatu ayat yang lain kecuali menyerupai ayat dasar.Wujud pada peringkat struktur dalaman dan wujud dalam bentuk yang serupa. 2. Proses gramatis melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah struktur memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. 3. Proses transformasi mengakibatkan pengguguran,penyusunan dan perluasan PROSES PELUASAN 1. Penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu disebut peluasan ayat. Peluasan Frasa Nama sebagai subjek Diluaskan melalui pemancangan ayat relatif. Peluasan dengan kata hubung. Proses pengabungan ayat melibatkan 2 konstituen yang sama. Menggunakan kata hubung seperti dan,tetapi,kerana, jika dan walaupun, menghasilkan ayat terbitan bersifat peluasan. Contoh : i) Untuk rakyatnya, penekanan adalah kepada perkhidmatan kesihatan ii) Untuk rakyatnya, penekanan adalah kepada keselamatan sosial. = Untuk rakyatnya, penekanan adalah kepada perkhidmatan kesihatan dan keselamatan sosial. PROSES PENYUSUNAN SEMULA 1. Ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu. 2. Mengakibatkan perubahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan. 3. Tidak membawa perubahan pada makna ayat. 4. Penyusunan semula. (i) Berlaku melalui proses transformasi pasif. Contoh: Perlembagaan baru yang diperjuangkan AKP bersifat liberal. = AKP memperjuangkan perlembagaan baru yang bersifat liberal.

g) Makna perkataan berdasarkan konteks


Makna konteks: makna sesuatu perkataan @ ayat apabila diucapkan dalam konteks situasi pertuturan yang tertentu. Makna Awalan Me(N) Me(N)- dengan kata kerja: Contoh ayat : Maka beliau akan mendedahkan kepada dunia tembelang Barat. Makna aktif 1 giat bekerja atau berusaha 2 kuat; bertenaga Contoh : Di Universiti Marmara, beliau aktif dalam Kesatuan Pelajar Kebangsaan Turki yang antikomunis. mendedahkan = membuat pendedahan

h) Penanda wacana
Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi merangkai ayat untuk melanjutkan sesuatu maklumat. Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Perbandingan/ Perbezaan Contoh ayat: Walaupun Erdogen serta banyak pemimpin dan pendokongnya memulakan penglibatan mereka dalam parti politik sebagai aktivis Islam tetapi beliau mengisytiharkan bahawa AKP tidak berteraskan pada agama. Kata penghubung EU menolak Turki bukan kerana negara itu tidak demokratik seperti yang sering dijadikan alasan, tetapi negara itu disifatkan sebagai sebahagian daripada dunia Islam yang tidak menepati dengan jati diri Eropah.

Rujukan

1) Siti Hajar Abdul Aziz (2009) Bahasa Melayu II. Oxford Fajar Sdn.Bhd. 2) Kamus Pelajar Edisi Kedua 3) Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood (2002) Tatabahasa Dewan. Aspirasi Teras Sdn.Bhd. 4) http://ms.wikipedia.org/wiki/Frasa 5) http://www.slideshare.net/Wiyah/ayat-3188789 6) http://www.tatabahasastpm.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=116 1&Itemid=494 7) http://ms.wikipedia.org/wiki/Penanda_wacana 8) http://www.tutor.com.my/stpm/ragam_ayat/ragam_ayat.htm

You might also like