You are on page 1of 4

BAHASA MELAYU PENULISAN UPSR

32

SET 2 Bahagian A [ Masa dicadangkan :15 minit ] [ 10 markah Gambar di bawah menunjukkan sikap tidak berhati-hati semasa di jalan raya. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah ini.

1. 2. 3.

MODUL HIKMAH 2008

BAHASA MELAYU PENULISAN UPSR

33

4. .. 5. Bahagian B [Masa dicadangkan : 40 minit] [30 markah]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Kamu menyertai Perkhemahan Unit Beruniform yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum sekolah kamu. Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan pengalaman kamu itu kepadanya.

ATAU 2. Pasukan hoki sekolah kamu telah menjadi johan dalam pertandingan peringkat negeri. Sebagai ketua pasukan, kamu diminta menyampaikan ucapan dalam majlis meraikan kejayaan tersebut. Tulis teks ucapan kamu selengkapnya.

ATAU 3. Tulis sebuah karangan yang berakhir dengan dengan ayat berikut.
MODUL HIKMAH 2008

BAHASA MELAYU PENULISAN UPSR

34

... walaupun peristiwa itu telah dua tahun berlalu, namun ia masih segar dalam ingatan.

Bahagian C [Masa yang dicadangkan: 20 minit] [20 markah]

Tulis lima nilai murni yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan.

Cikgu Kariman sudah lama bersara dalam pendidikan tetapi orang kampung tetap memanggilnya cikgu. Setiap hari beliau akan memenuhi masa senggang dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Beliau sangat aktif dalam kegiatan sukarela di tempatnya. Beliau mengambil berat akan kebajikan anak-anak miskin yang masih bersekolah. Pada sebelah petang beliau suka berkebun. Pelbagai tanaman ditanam seperti sayur-sayuran dan pokok buah-buahan. Hasil tanaman itu bukan sahaja untuk dimakan malahan dijual dan disedekahkan kepada jiran tetangga. Pada hujung minggu, beliau mengadakan kelas Bahasa Inggeris di balai raya. Beliau sanggup mengajar secara percuma. Ramai anak-anak orang kampung yang tidak berkemampuan belajar dengannya. Murid-murid yang tidak mampu mengikuti kelas tuisyen berbayar dapat belajar Bahasa Inggeris dengan Cikgu Kariman. Prestasi murid-

MODUL HIKMAH 2008

BAHASA MELAYU PENULISAN UPSR

35

murid semakin meningkat. Bagi diri Cikgu Kariman, inilah bakti mulia selagi hayat dikandung badan.

MODUL HIKMAH 2008

You might also like