You are on page 1of 3

Amalan jahiliah masa kini

Jahiliah merupakan perkataan yang berasal dari perkataan arab iaitu jahala iaini bodoh atau tidak mengetahui apa-apa. Dari segi bahasa, jahiliah bermaksud sebuah masyarakat yang jahil, pagan, tidak berakhlak, tidak mempunyai ilmu pengetahuan, rosak sistem sosial, runtuh institusi ekonomi dan politik Negara nya. Manakala dari segi istilah, jahiliah bermaksud menolak petunjuk Allah SWT, tidak mahu menerima, tidak mahu patuh dan tidak mahu tunduk kepada hukum-hukum Allah. Amat mengecewakan bagi umat islam pada zaman kini, walaupun Negara-negara islam sudah merdeka namun mereka masih lagi tidak dapat memerdekan diri mereka dari segi gaya pemikiran, undang-undang dan cara kehidupan. Mereka masih dibelenggu oleh bayangan penjajah barat. Setiap system pentadbiran Negara di pengaruhi dengan sisitem pentadbiran yang di tinggalkan oleh penjajah. Akibatnya pemerintah tidak menegakkan undang undang syariah malah mereka mengamalkan undang-undang kafir yang teleh di tinggalkan oleh para penjajah. Kesannya terdapat banyak amalan jahiliah yang dilakukan oleh umat islam. Antara amalan jahiliah yang di lakukan umat islam zaman kini, ialah keruntuhan akhlak dan sosial, melakukan pelbagai jenis jeayah, berlaku pergolakan dan peperangan, muncul golongan-golongan yang memesongkan agama, amalan syirik dan lain-lain. Keruntuhan akhlak dan sosial. Antara perbuatan keruntuhan akhlak yang umat manusia lakukan masa kini adalah seks bebas, pembuangan anak luar nikah, amalan couple, anak buang ibubapa dan lain-lain. Perbuatan- perbuatan ini terjadi kerana tiadanya undang-undang syariah, kurangnya didikan agama dan terpengaruh dengan cara dan budaya hidup Negara barat. Pelbagai jenis jenayah. Pada zaman kini, terdapat banyak jenis jenayah yang dilakukan oleh manusia. Hal ini seperti mengundang kembali jenayah-jenayah yang dilakukan oleh masyarakat jahiliah dahulu kala. Antara jenayah jahiliah dahulu yang dilakukan zaman kini adalah amalan riba, rasuah, rogol, bunuh, perjudian, minum arak dan sebagainya. Berlaku peperangan dan pergolakan. Lihatlah pada zaman kini, masih terdapat lagi Negara yang bertelagah dan berperang. Peperangan yang tercetus disebabkan perasaan ingin meluaskan kuasa dan keinginan hawa nafsu. Peperangan yang mereka lakukan itu tidak ubah seperti peperangan jahiliah dahulu. contoh peperangan yang berlaku sekarang adalah peperangan amerika dan

Iraq. Amerika melakukan peperangan dengan Iraq kerana keinginan hawa nafsu untuk menghancurkan dan memundurkan Negara islam.

Golongan memesongkan agama. Terdapat banyak golongan memesongkan agama yang wujud pada zaman moden ini. Ini dapat dilihat melalui wujud nye banyak nabi dan para rasul yang palsu. Contoh yang paling dekat boleh di ambil adalah ajaran Kahar. Ajaran ini menyatakan bahawa pengasas nya adalah para rasul. Kahar dianggap sebagai rasul melayu. Setiap umat melayu di dunia ini adalah umat nya. Dia bertanggungjawab untuk memimpin setiap masyarakat melayu yang ada di dunia. Namun pada hakikat nya tiada nabi selepas kewafatan Rasullulah SAW. Allah SWT telah menjelaskan bahawa nabi Muhammad SAW sahaja nabi terakhir yang akan memimpin umat di akhir zaman. Tiada nabi selain Muhammad. Kemunculan ajaran kahar hanyalah semata-mata ingin memesongkan akidah masyarakat melayu. Golongan munafik, pada zaman ini terdapat ramai golongan munafik. Hal ini kerana ramai yang mengaku diri mereka itu Islam namun cara dan budaya kehidupanya jauh dari Islam. contoh,ramai umat islam terutama remaja mengambil mudah mengenai solat lima waktu. Kebanyakan mereka meninggalkan solat atas alasan-alasan yang tidak munasabah. Ada diantara mereka yang langsung tidak melakukan solat sehingga tempoh yang lama. Mereka menganggap sekadar mengerjakan solat sunat jumaat dan berpuasa di bulan ramadhan membuktikan mereka itu islam. Tanggapan sebegitu adalah salah sama sekali. Kerana ianya seakan-akan mempermainkan rukun islam. Amalan syirik. Walaupun zaman kini dikenali sebagai zaman millennium dan teknologi namun ada juga manusia yang masih mengamalkan amalan syirik ini. Sebagai contoh, amalan memuja tempat keramat, percaya bomoh atau dukun, penggunaan tangkal dan azimat, menyembah kemewahan dunia dan material, dan bermacam lagi. Hal ini terjadi disebabkan oleh kurang nya keyakinan umat islam terhadap Allah. Jadi bagi mencegah amalan jahiliah, kita perlulah menyediakan langkahlangkah yang mampan bagi mengatasinya. Antara nya adalah kembali beriman kepada Allah, mengamalkan kesederhanaan dalam kehidupan, mengamalkan sifat ehsan dalam diri dan mengharamkan pusat hiburan. Sekiranya langkah-langkah ini di amalkan nescaya amalan jahiliah ini dapat dikurangkan. Kesimpulannya amalan jahiliah bukan la sekadar amalan namun ianya adalah satu ancaman yang telah dirancang oleh syaitan sejak sekian lama. Mereka akan memesongkan akidah kita dan mempengaruhi kita untuk mendengar perintah mereka selain Allah. Bagi menghalang kita daripada terpedaya atau tersebar nya pengaruh syaitan ini, pemerintah Negara perlulah kembali memerintah Negara

mengikut acuan islam. sebagai contoh kerajaan Madhinah ketika pemerintahan Rasulullah SAW. Negara madhinah telah mengecapi kemajuan dari kedua-dua sudut iaitu dari segi lahiriah dan rohaniah. Kemajuan ini hanya dapat dapat di kecapi dengan adanya undang syariah di tegakkan dan Al-Quran dan Al-Hadis menjadi pegangan.

You might also like