You are on page 1of 7

Bahagian AInuyashaThe Final Act Tugasan Individu Komponen I (Perintah Am)

Soalan 1B

Encik Sapawi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG48 diarah mengikuti kursus pendek 14 hari di Bangkok, Thailand atas kepentingan perkhidmatan. Jelaskan jenis elaun yang layak dituntut seperti yang termaktub dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 tahun 2005 dan Perintah Am Bab B.

Jawapan

Encik Sapawi boleh menuntut elaun yang di bawah kategori Bayaran Elaun-elaun Kerana Menghadiri Kursus/Seminar Luar Negeri. Berikut adalah huraian butiran yang boleh membantu Encik Sapawi dalam menuntut elaunnya.

PERINTAH AM BAB B ELAUN ELAUN SEMASA BERKURSUS Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2005

TAFSIRAN

KURSUS Sebarang kursus atau latihan yang berupa akademik atau praktik, lawatan sambil belajar, seminar & bengkel, yang bercorak latihan KURSUS PANJANG Sebarang kursus sepenuh masa yang tempohnya adalah melebihi 3 bulan dan termasuk hari-hari hujung minggu dan kelepasan am KURSUS PENDEK Sebarang kursus sepenuh masa yang tempohnya 3 bulan atau kurang termasuk harihari hujung minggu dan kelepasan am KURSUS SAMBILAN Sebarang kursus yang dijalankan secara sambilan selepas waktu pejabat PENGANJUR Badan yang membiayai sebahagian besar perbelanjaan kursus KAJIAN LUAR Sebarang aktiviti yang diarahkan oleh Pusat Pengajian tinggi semasa berkursus di luar pusat pengajian sama ada untuk membuat sesuatu penyelidikan ataupun disangkutkan di sesuatu Jabatan termasuk lawatan yang diadakan dalam tempoh berkursus PUSAT PENGAJIAN Tempat yang sebahagian besar sesuatu kursus itu dijalankan dan bagi tempoh kursus itu, pusat Pengajian adalah ditakrifkan sebagai Ibu Pejabat

BAYARAN ELAUN-ELAUN KERANA MENGHADIRI KURSUS/SEMINAR LUAR NEGERI

Pemakaian peraturan berkenaan bayaran elaun-elaun kepada staf kerana menghadiri kursus/seminar adalah berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2005.

Luar Negeri i. Seseorang staf yang berkursus pendek di luar negara adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran mengikut syarat dan kadar seperti Jadual 6 dan Jadual 7. Gred Utama/khas A dan ke atas atau Yang Setaraf Utama/khas B dan ke C atau Yang Setaraf 53 dan 45 atau Yang Setaraf 45 hingga 52 atau Yang Setaraf Pegawai yang selain daripada di atas atau Yang Setaraf Jadual 6 Kadar Sehari (RM) 300.00 270.00 240.00 200.00 Seperti di Jadual 7

ii. Had maksimum kadar Bayaran Sewa Hotel/Elaun kursus yang layak dituntut bagi sepanjang tempoh kursus sekiranya kemudahan penginapan tidak disediakan adalah seperti berikut:

Kumpulan Pengurusan Tertinggi atau Yang Setara: Bilik Biasa Staf selain daripada yang di atas atau Yang Setaraf: Seperti di Jadual 7

Kategori

Elaun Makan RM

Sewa Hotel RM 200 300 400 500 600

Elaun Lojing RM 100 120 140 160 180

Kategori I Kategori II Kategori III Kategori IV Kategori V

100 120 140 160 180

Kategori I Afghanistan Bangladesh Bolivia Cambodia Chile Colombia Ecuador Fiji India Korea Utara Nepal Myanmar Portugal Vietnam

Kategori II Angola Argentina Hungary Greece Indonesia Maghribi Malawi Madagascar New Zealand Taiwan Thailand Uganda Uruguay Zimbabwe

Kategori III Albania Algeria Australia Austria Bahrain Brunei China Egypt Iraq Jordan Lebanon Libya Norway Qatar

Kategori IV Arab Saudi Belgium Brazil Canada Denmark Jerman Nigeria Perancis Singapura Surinam Switzerland Syria Yemen Venezuela

Kategori V Barbados Finland Hong Kong Iran Itali Jepun Korea Selatan Macau Mexico Oman Turki USA UK UAE

Jadual 7

iii. Bayaran perkhidmatan, cukai perkhidmatan atau bayaran lain yang diwajibkan ke atas sewa hotel tersebut adalah layak dituntut dan dikira sebagai sebahagian dari kadar Bayaran Sewa Hotel itu;

iv. sekiranya salah satu kemudahan sahaja yang disediakan, maka hanya unsur yang tidak disediakan itu layak dituntut. Sekiranya hanya sebahagian daripada kemudahan makan disediakan pegawai layak menuntut bahagian makan yang tidak disediakan itu tertakluk kepada kadar seperti berikut:-

Sarapan Pagi: Makan Tengah Hari: Makan Malam:

20% daripada Elaun Makan 40% daripada Elaun Makan 40% daripada Elaun Makan

v. Bayaran Sewa Hotel yang disokong dengan resit mengikut had maksimum kelayakannya atau Elaun Lojing dan Elaun Makan bagi tempoh dua hari iaitu sehari sebelum kursus dan sehari selepas tamat kursus mengikut kadar dan syarat sepertimana yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan. Bayaran Perkhidmatan, cukai perkhidmatan atau bayaran lain yang diwajibkan ke atas sewa hotel tersebut adalah layak dituntut dan dikira sebagai sebahagian daripada kadar Bayaran Sewa Hotel itu;

vi. Elaun Pakaian Panas mengikut kadar dan syarat sepertimana yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan;

vii. Bayaran passport antarabangsa dan visa yang disokong dengan resit;

viii. Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam seperti berikut:

a. perjalanan pergi balik dari tempat kediaman ke lapangan terbang, sekali sahaja;

b. perjalanan pergi balik dari lapangan terbang ke perjalanan penginapan, sekali sahaja;

c. perjalanan pergi balik dari tempat penginapan ke Pusat Pengajian sekali sahaja. Sekiranya tempat penginapan tidak disediakan atau tiada keperluan untuk bermalam, jumlah perjalanan pergi balik dari rumah kediaman ke Pusat Pengajian sekali sehari tidak melebihi 6 hari;

d. seorang staf yang disangkut ke sesuatu pejabat dan diarahkan oleh Ketua Jabatan bagi menjalankan tugas rasmi layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam mengikut kadar dan syarat sepertimana yang diperuntukkan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan;

e. seorang pegawai yang menggunakan perkhidmatan awam adalah layak menuntut Tambang Pengangkutan Awam seperti berikut:

Kereta Api

Penggunaan

perkhidmatan

kereta

api

adalah

dibenarkan mengikut kelayakan sepertimana yang dinyatakan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan. Kapal Terbang -Penggunaan perkhidmatan kapal terbang adalah dibenarkan mengikut kelayakan sepertimana yang dinyatakan di dalam Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan. -Tertakluk kepada peraturan kelayakan menaiki kapal terbang yang digunapakai iaitu: Gred 53 dan ke atas: Kelas Business Gred 27 hingga 52: Kelas Ekonomi -Cukai Lapangan Terbang layak dituntut.

Lain-lain

Penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam selain daripada yang dinyatakan di atas adalah dibenarkan dan tuntutan dibuat berasaskan tambang lazim bagi satu perjalanan pergi dan balik sekali sahaja.

Walau apapun peruntukan di atas, seseorang staf yang mengikuti kursus di luar negara selama 14 hari atau kurang secara berterusan yang dikira berdasarkan hari berkursus, layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran di bawah Pekeliling Bertugas Rasmi yang berkaitan.

Seorang staf yang mengikuti kursus panjang sama ada yang diiktiraf atau tidak sebagai kursus peringkat Diploma/Ijazah Pertama/Ijazah Lanjutan adalah tertakluk kepada peraturan yang berasingan yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan Persekutuan.

You might also like