You are on page 1of 4

Penerangan Lanjut Fungsi komponen pada kamera

Penerangan Lanjut Fungsi komponen pada kamera Shutter Shutter dalam Bahasa Malaysia bermaksud tetingkap.Ianya terdiri dari beberapa siri bilah yang tersusun rapat antara satu sama lain dan bertindak sebagai tingkap.Shutter mengawal jumlah kemasukan cahaya melaluinya dengan pengawalan masa,sebelum cahaya itu diimbas pada sensor. Penggunaan shutter ini berubah mengikut kreativiti kita.Tidak ada peraturan atau penetapan dalam penggunaanya.Jika kita nak mengambil gambar air terjun contohnya,dan kita hendak menunjukan air itu seperti sedang bergerak,kita bolehlah menurunkan kelajuan shutter kepada waktu yang panjang.Ini bermaksud,proses dari shutter terbuka dan membenarkan cahaya melaluinya sehingga ianya ditutup kembali mengambil masa yang telah kita tetapkan.Gambar air terjun itu seolah olah kelihatan sedang bergerak dengan laju.Begitulah sebaliknya, jika kita hendak mengambil gambar orang yang sedang berlari,kita boleh menetapkan masa shutter dari terbuka hinggalah tertutup pada waktu yang amat singkat. Aperture Aperture dalam Bahasa Malaysia bermaksud bukaan.Aperture ini berbentuk bulat yang terdiri dari beberapa bilah besi yang disusun seperti cincin.Masih ingat montaj filem James Bond? Ianya bertindak seperti kelopak mata kita. Cuba kita kecilkan mata tetapi jangan sampai tertutup. Apa yang kita nampak? Sama? Tidak.Nak tahu mengapa orang rabun mengecilkan matanya apabila cermin mata tidak digunakan setiap kali untuk memerhatikan sesuatu? Ye.untuk melihat dengan lebih jelas.Fungsinya sama Cuma bahasa sains yang berlainan. -Fungsi Aperture ini ialah mengawal jumlah cahaya yang masuk melalui lensa dengan menghadkanya melalui saiz bukaan lubang yang berbeza -Ia tidak sama seperti Shutter,kerana shutter terletak sebelum sensor dan aperture terletak sebelum shutter. -Shutter terdiri dari beberapa siri bilah besi yang disusun berbaris manakala aperture disusun seakan akan cincin. -Shutter lebih pada pengawalan cahaya dan masa manakala aperture lebih pada pengawalan cahaya sahaja. Pernah lihat gambar yang belakangnya kabur dan subjeknya terang? Haa..inilah dimana pengawalan Aperture dimainkan.Saiz aperture amatlah besar ketika ini. Tetapi macamana pula kalau kita taknak gambar itu jadi macam tu? Kita setkan saiz aperture menjadi kecil dan hasilnya gambar itu akan kelihatan jelas dari belakang hingga ke subjek.Tiada lagi imej yang kabur. Nah,faham tak sekarang ini? Aperture ialah saiz bukaan lensa dimana cahaya masuk melaluinya.Beberapa siri bilah yang boleh diubah-ubah melalui gegelang yang terdapat pada lensa.Pada umumnya sekarang aperture boleh diubang dengan hanya memusing dial atau butang yang terdapat pada kamera .aperture diubah mengikut skala didalam unit f-numbers. Pemilihan aperture bukanlah semata mata hanya untuk mendapatkan pencahayaan yang baik malah ia juga untuk memastikan imej yang terhasil itu dalam keadaan yg jelas. aperture sentiasa dalam keadaan terbuka sehingga kita menekan butang shutter.ini untuk

memastikan kita dapat melihat imej itu dengan terang. apabila kita mengubah aperture samada kecil atau besar, Selain kesan terhadap pendedahan,ia juga memberi kesan kepada tahap kejelasan imej.Ini juga dikenali sebagai DEPTH OF FIELD, ia terbahagi kepada ruang hadapan dan ruang belakang subjek. Faktor factor yang mempengaruhi depth of field Kita singkatkan ia kepada DOP. DOP tidak kekal,sebaliknya ia berubah mengikut factor factor yang akan diterangkan dibawah ini. 1.Aperture Semakin kecil bukaan semakin besar DOP.Sebagai contoh,f2(bukaan yang luas) akan lebih menghasilkan gambar yang lebih cetek berbanding f16(bukaan yang sempit) 2.Jarak Fokal lensa. Lensa jenis jarak jauh menghasilkan imej yang lebih cetek berbanding lensa jenis jarak luas. 3.Jarak Fokus antara subjek Lebih jauh lensa kita berada diantara subjek lebih cetek la imej itu dan lebih hebat DOP Yang terhasil.Maka subjek yang difokus pada jarak 1meter dari lensa akan menghasilkan imej yang cetek berbanding subjek yang difokus pada jarak 3meter dari lensa Lensa Tujuan Lensa adalah untuk memfokus imej dihadapan kamera terus kepada sensor.Fungsi macam teropong .kalau kita nak ambil gambar burung yang jauh diatas pokok,kenalah kita menggunakan lensa yang mempunyai jarak yang jauh seperti contoh 100mm ke atas.Tetapi kamera digital kompak sebegini tidak mempunyai keupayaan seperti itu.Ia hanya mempunyai keupayaan digital zoom sahaja.Digital zoom ini bukanlah zoom yang sebenarnya,Ia hanya membesarkan gambar itu sendiri.Dalam erti kata lain digital zoom mengambil sebahagian dari imej itu dan menggandakan saiznya.Kualiti imej akan terjejas jika kita menggunakan digital zoom.Sekarang kita sudah faham,mengapa apabila kita mengambil gambar dengan menggunakan digital zoom,kualiti gambar kita tidak berapa baik. Tetapi adakah digital zoom ini tidak bagus sepenuhnya? Tidak sepenuhnya.Malahan ciri-ciri ini yang kita perlukan pada sebuah kamera digital(kadang kadang ianya tidak dapat dielakan,kerana ciri-ciri ini telah ditetapkan pada seuah kamera digital).Terutamanya jika kita tidak mahir menggunakan perisian olahan gambar seperti Adobe Photoshop dan sebagainya.Ciri-ciri ini telah menyelamatkan kita. ISO Iso ialah pengiraan dimana berapa sensitifnya sensor kamera pada kehadiran cahaya I. Semakin tinggi nilainya semakin sensitifnya sensor pada cahaya dan langsung memberikan keupayaan merakam gambar didalam keadaan yang kurang cahaya II. Iso mempengaruhi shutter dan aperture dimana kita boleh mendapatkan kualiti gambar yang baik III. Seperti contoh,Kita ingin merakam gambar siti nurhalisam yang tengah membuat persembahan diatas pentas.Kita tak boleh guna flash,sebab mereka memang tak benarkan.Jadi apa yang kita perlu buat?Kita hanya perlu meningkatkan sikit nilai ISO itu

supaya gambar dapat dirakam dengan jayanya.Ini jika kita dapat menggunakan mode manual pada kamera kita.Dalam mode ini kita sendiri yang mentukan nilai shutter dan aperture. IV. Bagaimanapula jika kita ingin mengambil gambar siti nurhalisam diatas pentas yang sedang menari cha cha?Kita ambil contoh seperti ini; kita menggunakan mode manual.Kita hanya mampu setkan kelajuan shutter sehingga 1/20..Tangan manusia seperti kita yang baru berjinak dengan dunia fotografi ini hanya mampu memegang kamera pada kelajuan serendah 1/60 saat.Jika kurang dari itu,sudah tentu siti nurhalisam akan kabur.Walaupun kita telah setkan aperture yang besar.(ingat kegunaan aperture dan shutter).Jadi,disinilah peranan ISO amat amat dihargai.Kita Cuma perlu menaikan nilai ISO dan dengan itu bolehlah kita mengubah nilai shutter pada 1/60.Gambar yang terhasil akan elok dan tidaklah siti nurhalisam kelihatan seperti nenek kebayan. V. Kita nak ambil gambar proton saga baru yang berada di atas jalan di tengah matahari terik.(Kita masih lagi menggunakan mode manual untuk kebebasan mengatur nilai shutter dan aperture).sekian minit kita berdiri tengah panas memikirkan mengapa gambar proton saga ini terang sangat sehingga terpaksa kita memakai cermin mata,yelah.Terang sangat!!.Jadi tidaklah sesusah mana pun,Cuma turunkan sahaja nilai ISO ini serendah yang boleh dan setkan nilai aperture dan Shutter kita pada nilai yang sesuai.Kan mudah cerita.Terima kasih Pada ISO White Balance I. Mengapa gambar yang kita ambil bewarna kuning dalam bilik yang menggunakan lampu mentol bulat dan bewarna biru didalm bilik yang menggunakan lampu kalimantang? Ini disebabkan oleh setiap cahaya mempunyai suhu warna. II. Suhu warna rendah akan menukarkan cahaya kepada kemerah merahan manakala suhu warna yang tinggi akan menukarkan cahaya kepada kebiru biruan III. Dengan menggunakan Penuras atau penapis(bukan penapis santan)kita boleh menyerap cahaya merah dan biru tadi untuk menstabilkan cahaya. Exposure Value compensation/EV I. Sistem Ukuran cahaya dalam kamera (metering system) kadangkala tidak betul,ia menipu juga macam manusia.Jadi kalau system ukuran cahaya ini tidak betul,bagaimana kita boleh mendapatkan gambar yang betul pendedahan cahayanya?Dalam erti kata gambar itu tak terlalu terang dan tak terlalu gelap.Bagaimana?Jangan risau,keadaan ini boleh diperbetulkan dengan mengubah nilai EV. II. EV ini boleh didapati pada setiap kamera digital sekarang ini,biasanya nilai EV ini dari lingkungan 2.0EV hingga +2.0EV dengan pembolehubah 0.3 atau 0.5. Sesetengah Kamera digital SLR mempunyai nilai EV dalam lingkungan 5.0EV hingga +5.0EV. III. Amat penting untuk kita faham kegunaan EV ini,Seperti contoh kamera digital kita telah menetapkan bahawa kita sepatutnya menggunakan aperture f8 dan shutter speed 1/125 pada ISO 100 dan gambar yang terhasil itu GELAP!! Dengan meningkatkan nilai EV kita sebanyak +1.0EV ia akan menyebabkan kamera mengubah aperture kepada f5.6 dan shutter 1/60 untuk membenarkan lebih cahaya masuk. Nilai aperture dan shutter telah berubah satu langkah dari sebelumnya. IV. Apabila kita sudah faham dengan system ukuran cahaya (metering system),kita boleh terus mengaplikasikan EV compensation sebelum setiap kali kita ingin mengambil gambar,seperti contoh;ketika kita ingin mengambil gambar langit yang begitu cerah kita seharusnya mengubah nilai EV kepada 0.3 atau 0.7.. V. Ingat ye.Nilai EV positif bermaksud terang dan nilai EV negative bermaksud gelap

Auto Focus Setting I. Semua kamera digital sekarang ini mempunyai system lensa Auto focus (AF) II. Dalam View finder kita boleh lihat samada satu titik atau lebih focusing area(kawasan memfokus) III. Untuk memastikan kamera dapat memfokus,sila pastikan subjek itu berada di titik ini. IV. Kita Cuma perlu tekan separuh butang shutter realease,kemudian kamera akan memfokus subjek yang berada di titik ini dan apabila kita tekan sepenuhnya butang shutter release; shutter akan menjalankan tugasnya untuk mengambil imej subjek itu. V. Kebanyakan kamera,meletakan titik fokus ini di tengah view finder berlainan dengan kamera digital professional VI. Ada dua jenis asas Auto Focus,yang pertama ialah single mode.diamana apabila butang shutter release ditekan separuh kamera akan memfokus pada subjek utama. VII. Yang kedua ialah Consant atau continuous focus.dimana apabila butang shutter release ditekan separuh,kamera akan memfokus pada subjek utama.Dan jika subjek itu bergerak,kamera akan sendirinya mengubah titik fokus itu mengikut arah subjek utama pergi. VIII. Single mode sesuai untuk subjek yang kurang pergerakan dan continuous sesuai untuk subjek yang bergerak secara rawak

You might also like