You are on page 1of 9

Perdana Menteri Perlantikan Perdana Menteri sebagai ketua Kabinet yang dilantik oleh YDP Agong dan Perdana

a Menteri dipilih daripada kalangan Ahli Dewan Rakyat yang dipercayai mendapat sokongan majoriti ahli2 dewan PERDANA MENTERI MALAYSIA PERTAMA Nama : Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
GELARAN : Bapa kemerdekaan JASA Tunku Abdul Rahman yang tidak boleh dilupakan apabila beliau berjaya membawa kemerdekaan kepada negara tanpa sebarang pertumpahan darah. Beliau menjadi pemimpin Umno Malaya Pertama. TEMPOH BERKHIDMAT : 31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970
Tarikh lahir: 08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda). 06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara berkabung atas pemergian Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas wasiat Almarhum, jenazah disemadikan di Makam Di Raja Langgar.

Nama : Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein Lahir :11 Mac 1922, di Kampung Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Gelaran : Bapa Pembangunan

Menyedari ketegangan kaum berpunca daripada masalah kemiskinan orang Melayu dan perpaduan kaum yang rapuh, beliau melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rukun Negara. Falsafah pembangunan DEB yang dilancarkan pada 1970 menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi. Abdul Razak juga mewujudkan pelan pembangunan sistematik melalui Rancangan Pembangunan Malaysia selama lima tahun; bermula Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua sebagai pemangkin DEB. Beliau mencetuskan idea penubuhan Barisan Nasional selepas menyaksikan tragedi berdarah 13 Mei 1969 dengan mengembangkan Parti Perikatan yang memerintah ketika itu kepada Umno, MCA dan MIC.
Tempoh berkhidmat : 22 September 1970 hingga 14 Januari 1976 14 Januari 1976, Tun Abdul Razak telah kembali ke rahmatullah di London ketika masih

memegang jawatan Perdana Menteri kerana penyakit leukemia dan digantikan oleh Tun Hussein Onn..
Jenazahnya dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.

Nama : Tun Hussein bin Dato Onn Lahir : 12 Februari 1922, di Johor Bahru. Gelaran : Bapa Perpaduan

TUN HUSSEIN mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketiga pada jam 9.30 pagi 5 Januari 1976, sehari selepas Tun Abdul Razak meninggal dunia, dengan agenda utamanya: Meneruskan pembangunan negara. Walaupun tempoh beliau menjadi Perdana Menteri agak pendek, tetapi Hussein dikenali sebagai pemimpin konsisten dan tidak banyak menimbulkan kontroversi. Beliau dikenang kerana jasanya menegakkan keadilan dan kejayaannya menarik kedatangan pelabur luar yang menjadi penggerak kepada perkembangan ekonomi negara.
Tempoh berkhidmat : 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981 29 Mei 1990, Tun Hussein Bin Dato Onn kembali kerahmatullah di rmahnya, di Kuala Lumpur. Terkenal seorang yang berhemah tinggi, merendah diri, jujur dan amat disegani. Disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.

Nama : Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Lahir : 20 Disember 1925, di Alor Setar, Kedah. Gelaran : Bapa Pemodenan

Hasrat melihat Malaysia menjadi negara maju dan mempunyai rakyat yang mampu bersaing di peringkat dunia dilahirkan melalui Wawasan 2020. Sejak itu pelbagai pembangunan dilihat, termasuk pelancaran Dasar Perindustrian Negara yang menaikkan nama negara apabila berjaya menghasilkan kenderaan nasional Proton Saga dan motosikal Kriss, selain pembinaan litar Formula 1, Transit Aliran Ringan (LRT), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya dan Cyberjaya.

Tempoh berkhidmat : 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003

Nama: Yang Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Lahir:26 November 1939, di Bayan Lepas, Pulau Pinang
Gelaran :

BAPA PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Kesetiaan Pak Lah kepada Umno tidak berbelah bagi kerana ketika Umno diisytiharkan sebagai tidak sah pada 1988 dan rakan seperjuangannya menubuhkan Semangat 46, beliau tetap teguh menyokong Dr Mahathir dalam mengembalikan kegemilangan Umno. Sepanjang perkhidmatannya, beliau menyeliakan pelaksanaan dasar KeIslaman sejajar dengan aliran semasa dan Dasar Pandang Ke Timur yang bertujuan menyemai etika kerja yang baik di kalangan tenaga kerja Malaysia. Beliau memainkan fungsi penting dalam program Dr Mahathir, termasuk kempen Kepimpinan Melalui Teladan, Persyarikatan Malaysia, Dasar Penswastaan dan memperbaiki perkhidmatan kaunter agensi kerajaan, selain memperkenalkan konsep pusat sehenti untuk orang awam berurusan dengan kerajaan.

Tempoh berkhidmat : 31 oktober 2003 hingga 3 april 2009

Nama: YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak Lahir: 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang Gelaran : Bapa Transformasi

1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi. Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.[1]

Tempoh berkhidmat : 3 april 2009-kini

You might also like