You are on page 1of 3

Pemerkasaan dan Pemartabatan Bahasa Melayu

Pendahuluan: Hari ini orang Melayu sudah diputuskan daripada tradisi yang agung itu. Mereka bercakap tentang martabat bahasa Melayu setelah mereka memusnahkan martabat itu. Masalah-masalah yang dihadapi dalam memertabatkan bahasa Melayu Ketidakprihatinan pihak berkuasa terhadap penggunaan bahasa Melayu Pegawai kerajaan yang diamanahkan dan bertanggungjawab memperkasakan atau memertabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi kerajaan, tidak menjalankan tugas mereka dengan berwibawa. Apabila muncul bantahan, kritikan, dan teguran daripada pelbagai pihak, maka pihak yang berkuasa terhadap Dasar Bahasa Kebangsaan melakukan tindakan segera, tetapi tidak menyelesaikan masalah. Sikap Perdana Menteri mahupun menteri kabinet yang tidak tegas terhadap Dasar Bahasa Kebangsaan yang ada selama ini. Orang awam yang bercakap tentang soal memperkasakan bahasa Melayu itu terdiri daripada mereka yang bertanggungjawab memperkosa bahasa Melayu Mereka mengabaikan mutu penggunaan bahasa Melayu (Misalnya, menggunakan bahasa rojak Melayu-Inggeris). Mereka juga tidak yakin dengan Dasar Bahasa Kebangsaan yang digubal Mereka menganggap bahawa taraf bahasa Melayu yang diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa urusan rasmi kerajaan selepas 1957 ialah dasar baharu. Dasar ini juga dianggap oleh orang lain sebagai dasar yang diadakan oleh pera nasionalis bahasa Melayu dalam UMNO untuk mengangkat bangsa Melayu sebagai tuan di Megara ini selepas kemerdekaan. Kegoyahan kepercayaan orang Melayu terhadap bahasa mereka sebagai bahasa ilmu Sains dan Teknologi Melaksanakan Dasar Pembelajaran dan Pengajaran Mata Pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003. Sejarah tamadun bahasa Melayu tidak diajarkan di sekolah, tidak diketahui oleh penguasa kerajaan, tidak dipelajari oleh orang melayu yang diberikan tanggungjawab untuk memperkukuhkan martabat itu selepas kemerdekaan.

Kepentingan bahasa Melayu Dari segi Malaysia, Bahasa Kebangsaan Bahasa urusan rasmi kerajaan Bahasa ilmu Dalam kes Indonesia, Bahasa Melayu-Indonesia telah memainkan peranan penting sebagai alat kemajuan dan alat pembinaan identiti negara dan bangsa Indonesia yang unik. Menjadi bahasa lingua franca di seluruh Indonesia pada suatu ketika dahulu sehingga menjadi bahasa nasionaldan bahasa rasmi Indonesia pada tahun 1945. Dari segi dunia, Bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang kelima terbesar di dunia. Bahasa Islam yang terbesar di dunia (Misalnya, khatib membacakan khubah setiap hari Jumaat, di beribu-ribu buah masjid di rantau ini dalam bahasa Melayu).

Langkah-langkah yang diambil dalam memartabatkan bahasa Melayu Mengadakan seminar. Menubuhkan pelbagai jawatankuasa untuk memperkasakan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi kerajaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1968. Keprihatinan terhadap penggunaan bahasa Melayu Penjajah baharu dalam kalangan orang Melayu telah muncul dan menuntut supaya sistem pelajaran zaman British dahulu dikembalikan, iaitu sekolah kebangsaan yang meneruskan tradisi sekolah Melayu zaman British itu. Tegas dalam melaksanakan dasar kerajaan yang sedia ada (pihak kerajaan) Dasar seperti Dasar Bahasa Kebangsaan yang diputuskan melalui proses demokrasi dan diluluskan melalui Akta Parlimen haruslah dilaksanakan dengan tegas dan berani. Hal ini demikian supaya dasar itu tidak boleh diubah-ubah mengikut desakan dan tuntutan segelintir manusia atau sebuah NGO kecil yang berkepentingan. Tidak membuang masa dan membazirkan wang rakyat dalam menggubal dasar yang baru.

Penutup: Sejarah bahasa Melayu haruslah dikaji dan diperincikan dalam proses pengajaran di sekolah supaya rakyat Malaysia dapat menghargai bahasa kebangsaan ini. Pihak berkuasa haruslah menggembleng tenaga dalam menjalankan dasar kerajaan dengan tegas supaya dasar tersebut tidak mudah dipengaruhi oleh desakan segelintir golongan masyarakat.

You might also like