You are on page 1of 1

UTM.06.07.01/13.16/JKMKRP/12/BKP/SUTRA /04 En. Mohd Fauzi Bin Abd.

Rais Unit Kebudayaan Universiti Teknologi Malaysia 81310, Skudai Johor Darul Takzim Assalamualaikum W.B.T Tuan,

26 April 2012

MEMOHON KEBENARAN UNTUK MEMINJAM PIANO BERSEMPENA PROGRAM MALAM ANUGERAH & ALUMNI SINARAN KEUNGGULAN RAHMAN PUTRA 2012 (SUTRA 12) Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM), Kolej Rahman Putra akan menganjurkan Malam Anugerah & Alumni Sinaran Keunggulan Rahman Putra 2012 (SUTRA 12) pada 19 Mei 2012 bertempat di Dewan Sultan Iskandar,UTM. Bagi menjayakan program ini pihak kami berhasrat untuk meminjam sebuah piano daripada pihak Tuan sebelum program dan semasa program ini berlangsung. Bersempena dengan program ini, pihak kami akan menggunakan piano berkenaan untuk membuat persembahan pada malam tersebut dan membuat latihan sebelum berlangsungnya program. Sehubungan dengan itu, pihak kami berhasrat untuk meminjam seminggu lebih awal sebelum program iaitu pada 12 Mei 2012 sehingga malam program ini berlangsung. Pihak kami juga memohon jasa baik pihak Tuan untuk menghantar piano berkenaan kepada pihak kami di KRP. Pihak kami amat berharap permohonan ini dipertimbangkan seterusnya diluluskan oleh pihak Tuan. Kerjasama dan jasa baik pihak Tuan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian, terima kasih. MENJANA MINDA KREATIF DAN INOVATIF Yang benar,

NOORSAFIKA FAEZAN BINTI AZAHARI Pengarah Program SUTRA 12 Kolej Rahman Putra Universiti Teknologi Malaysia. +013-7418151 s.k - Fail Program

You might also like