You are on page 1of 24

KEK COKLAT KUKUS BAHAN-BAHAN: 1 cawan serbuk coklat 1 cawan gula pasir 1 cawan marjerin cair 1 cawan susu

cair 1/2 cawan susu pekat 1 1/4 cawan tepung gandum 1 sudu kecil serbuk penaik 1 sudu kecil soda bikarbonat 3 biji telur (pukul) CARA MENYEDIAKAN: 1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin. 2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!) 3. Angkat dan sejukkan. 4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan ayak. 5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata. 6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi. 7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati. 8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam. PESAN SAJI: Adunan akan naik dua kali ganda. Oleh itu gunakan loyang yang tinggi dan besar. KEK COKLAT(OVEN)
bahan A 4 biji telur 2 cawan minyak masak 1 tin susu cair 1 camca teh esen vanila (campurkan semua bahan dan gaul rata) bahan B 4 cawan tepung gandum 2 camca teh soda bicarbonat 2 camca teh baking powder 2 cawan coco powder 1 camca teh garam halus 3 cawan gula halus (campurkan semua bahan dan ayak kecuali gula) bahan C 2 cawan air mendidih cara: campurkan bahan B kepada bahan A...gaul rata...tuangkan air mendidih dan gaul sebati.... tuangkan kedalam cake pan yang telah di gris dan di alas....bakar pada suhu 180C selama lebih kurang sejam...

KEK BATIK COKLAT


1 packet milo (packet yg plg kecil) 1 tin susu cair (biase guna susu carnation evaporated) 1 buku buttercup 1 cawan gula halus 1 biji telur ayam serbuk koko (dlm 1 sudu besar) 1 1/2 packet biskut marie (lbh sedap kalau gne biskut marie biase bkn yg perisa koko)

Cara-cara 1. 2. 3. 4. 5. 6. masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie) cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil kacau bahan-bahan tu smpi pekat (dlm 15 min) bila da pekat, tutup api dan masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati then, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan pastu, masukkan dlm peti sejuk untuk keraskan. kalau dah keras bru sedap dimakan...selamat mencuba

Kek Kukus Velvet Hawflakes


Bahan-bahan ( loyang 10x7 )

5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais) 225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata) 220 g tepung gandum*(2 cwn rata) 1 sk rata baking powder* 1 sb ovalette 150 ml susu cair 1/2 sk garam 100 ml minyak jagung/masak 1 sk esen vanilla pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka secukup hawflakes (akak gunakan yg sebesar syiling 50 sen)

Cara-cara
1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna. 2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.

3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.

4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.

5. ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...

6. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.

1. Inilah hawflakes yang sebesar syiling 50 sen...

2. Untuk membuat kek lapis perisa choc dan choc chip...adunan dibahagi dua dan bubuh 2 sb serbuk koko yang dicampur air atau 2 sk choc paste pada 1 bahagian adunan.Tabur choc chip pd lapisan putih ketika mengukus.

3. kek lapis choc kukus...

APAM BERAS Bahan-bahan ( 5 org )

2 cwn nasi 2 cwn tepung gandum 2 cwn tepung beras 1 cwn brown sugar 3/4 cwn gula 2 1/2 cwn air 1 sudu kecil yis (mauripan)


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

kelapa parut dgn sedikit garam Cara-cara blend nasi dan air sehingga hancur. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati. perap selama 3 jam. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!

AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan ( 4 orang )

1/2 ekor ayam sedikit garam kunyit ## Bahan-bahan kisar ## 4-5 biji cili kering 1 cm halia 2 ulas bawang putih 1 labu bawang besar 1 biji tomato-potong dadu 1/2 cawan sos tomato ## Bahan Hias ## 1/2 biji bawang besar- potong bulat kacang hijau secukupnya

Cara-cara
1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak 2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak. 3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan. 4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

KEK MENTEGA ELITE Bahan-bahan ( 1 biji )



Bahan A: 250g self raising flour 40g susu tepung 200g mentega Bahan B: 5 biji telur 200g gula kastor (160g gula pasir) 1 camt. esen vanilla

Cara-cara
1. Bahan A dipukul sehingga sebati. 2. Bahan B dipukul sehingga sebati. 3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul sebati. 4. Bakar dalam loyang yang telah dilenser mentega/minyak selama 35 minit, suhu 180C. Pastikan adunan diisi separuh loyang.

KEK SPAN
Bahan-bahan ( saiz 18 cm )

3 biji telur 1 cawan tepung gandum (100g) 1 cawan gula (110g) - kalau nak kurang manis kurangkan gula 2 sudu kecil susu segar 15g butter - panaskan susu dan cairkan butter di dalamnya esen vanila

Cara-cara

1. panaskan oven ke suhu 180 darjah. asingkan telur putih dan kuning. pukul kuning telur dan 1/3 gula sehingga telur menjadi keputihan

2. dalam bekas lain pukul putih telur bersama baki gula tadi sehingga kembang dan bertanduk. 3. masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata 4. masukkan kuning teluar yg telah dipukul tadi ke dalam adunan. 5. masukkan campuran susu dan butter dan sedikit esen vanila. pukul hingga sebati. 6. masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25-30 minit.

Nasi Pulut Ayam (Lor Mai Kai)

Bahan-bahan ( 6 orang ) 3 cawan beras pulut 300gm Ayam tanpa tulang (dihiris nipis) 1 gengam tangan udang kering (dicuci) 4-5 cendawan shiitake kering(direndam dan dihiris nipis2) =Bahan-bahan A= *2cm halia (*dikisar) *1 ulas bawang putih 1 sudu kecil gula halus 1 sudu kecil minyak bijan sudu besar sos tiram sudu kecil garam 1 sudu kecil tepung jagung (yg berwarna putih) =Bahan-bahan B= 2 sudu besar minyak masak 2 biji bawang merah kecil (dihiris) 2 ulas bawang putih (dicincang) *1 sudu besar kicap hitam *1 sudu besar sos tiram * sudu kecil garam (atau secukup rasa) * sudu besar minyak bijan *Serbuk lada putih secukupnya

Cara-cara 1. Persediaan Awal:Pulut direndam dalam air selama 3-4 jam. Ayam dihiris dan diperap degan bahanbahan A sekurang-kurangnya jam (simpan dalam peti sejuk). 2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang, masukkan udang kering dan cendawan. Goreng sampai nampak kering. 3. Masukkan pulut (tanpa air) dan goreng utk 1-2 minit. Masukkan semua bahan-bahan B* dan kacau sehingga rata. Matikan api. 4. Lapis 6 mangkuk kecil dengan 4-5 hirisan ayam yg diperap, isikan nasi pulut tadi 3/4 penuh. Kalau nak kukus dalam 1 loyang besar pun boleh tapi masa kukus lama sikit. 5. Kukus selama 30 minit atau sampai masak. Padamkan api dan biar nasi dalam kuali ke steamer utk 5-10 minit. Kalau terus keluarkan lepas kukus, permukaannya akan jadi kering. 6. Terbalikan nasi pulut ke atas pinggan dan hiaskan degan hirisan chili jika suka. Sedap juga dimakan dgn chili sos yg pedas.

PAN MEE

Bahan-bahan ( 4 orang )

2 cawan tepung gandum 1 biji telur kecil Secubit garam 1/2 cawan air 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

1. Masukkan tepung dalam mangkuk besar dan buat satu lubang kat tengah. Masukkan garam dan telur.

2. Masukkan minyak dan air. Uli sehingga jadi doh yang agak licin, lebih kurang 5 minit. Kalau guna telur yg besar, air boleh dikurangkan sikit. Doh ni lebih keras berbanding dgn doh untuk roti.

3. Bahagikan doh kepada 4 bola kecil supaya senang nak ambil nanti. Tutup degan plastic wrap dan diketepikan. Sementara itu, sediakan sup. Selalu I masak ni degan Sup Salad. Jagan masukkan sayur awal2, lepas masuk mee baru masukkan sayur.

4. Bila sup dah didih, kecilkan api. Ambil satu biji doh dan tarik macam dalam gambar. Ketebalan bergantung kepada citarasa masing2. Untuk pertama kali masak ni, cubalah buat yg tebal dan nipis... rasa dulu baru tau mana satu yg suka.

5. Buat kepingan kecil dan terus masukkan ke dalam sup. Ulang sampai habis. Lepas tu, masukkan sayur dan fishball atau bahan2 lain. Bila mee dah masak akan timbul kat permukaan sup. 6. Bila dihidangkan, taburkan sedikit ikan bilis goreng dan bawang goreng kat atas. Makan dgn cili padi dan kicap cair... boleh juga bubuh sedikit bawang putih dalam kicap cair.

Sup Salad

Bahan-bahan ( 2-4 Org )



1 ulas bwg putih 1 labu bwg merah sedikit ikan bilis 1 ketul kuib ayam 2 cwn air 1/4 biji salad (lettuce) Garam secukup rasa 1 1/2 sb minyak masak (utk menumis)

Cara-cara
1. Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan. 2. Cincang bwg putih,merah dan tumis sehingga wangi 3. Masukkan air bersama kuib ayam renehkan sup sampai mendidih 4. Sup yg memdidih tadi ditambah sedikit garam kacau dan tutup api 5. Masukkan salad biar layu seketika & boleh dihidang bersama ikan bilis goreng tadi

Sup Isi Ketam

Bahan-bahan ( Seisi keluarga ) 2 liter air (agak-agak je) 1 bungkus 'crab stick' (potong ikut suka) 1 biji telor (kalau nak cantik ambil putihnya je) 1/2 tin jagung manis (sweet corn)

Sedikit tepung jagung (dibancuh) Sedikit tepung kanji (dibancuh) 2 sudu besar sos tiram Garam dan gula secukup rasa Serbuk perasa (optional) Cara-cara Renihkan air, masukkan 'crab stick' dan jagung biarkan hingga mendidih. Masukkan sos tiram, garam, gula dan perasa. Pukul telur dan tuang perlahan-lahan sambil kacau (biarkan telur bertali). Tuang bancuhan tepung jagung dan tepung kanji perlahan-lahan sambil terus kacau sehingga pekat (lagi pekat lagi bagus). Kalau tak cukup pekat tambah lagi tepung jagung. Biarkan seketika hingga menggelegak sebelum sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!!!

Kek Coklat Lembab POWER

Bahan-bahan ( 5 - 10 orang )

Bahan A 2 Biji Telur 1 Cawan Air 1 Cawan minyak masak 1 Cawan susu pekat manis 1 Cawan gula Bahan B 2 Cawan tepung gandum 1 Cawan serbuk coklat 1 Sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara
1. Bahan A : Di Blander selama 3 hingga 5 minit ( sampai gula hancur ). 2. Bahan B : Di ayak 3. Tuangkan Bahan A ke dalam mangkuk 4. Kemudian masukkan Bahan B sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk Bahan A tadi dan kacau sehingga sebati. 5. Bila semuanya dah sebati,tuangkan adunan tadi ke dalam loyang @ acuan kek yang telah di sapu sedikit marjerin. Dan boleh di kukus..

SPAGHETTI BOLOGNESE BEEF

Bahan-bahan ( 5 biji )

100 gram pasta spaghetti 150 gram daging/ayam di potong kecil 2 biji tomato di dadukan kecil.. 1 btg carrot di dadukan kecil 1 botol kecil sos prego 4 sudu besar sos tomato life 4 sudu besar sos cili life kepingan chese sedikit garam dan gula 2 ulas bawng putih (dihancurkan) 1 biji bawang besar di hiris memanjang ( bwg kuning) sedikit minyak

Cara-cara
1. rebus spaghetti dlm air yang mendidih selama 3 minit bersama sedikit garam dan minyak,supaya spaghetti yang direbus tak melekat.bila spaghetti dah lembut angkat dan toskan. 2. panaskan minyak dlm kuali,masukkan bwg putih dan bwg besar tumis sehingga naik bau. 3. masukkan daging yang telah dipotong kecil2 sampai separuh masak. 4. masukkan carrot dan tomato yang telah dadukan sehingga masak layu. 5. masukkan sos prego,sos cili,sos tomato dan sedikit air bersih, kacau sebentar sehingga mendidih. 6. masukkan garam dan gula mengikut rasa masing2. 7. hidangkan spaghetti dgn sos bolognese yang sudah siap,letakkan sekeping chese diatas..siap untuk menjamu selera ( sedap di hidang semasa panas )

KUIH KASUI

Bahan-bahan ( 44 biji )

2 cawan tepung gandum 2 cawan tepung beras 3/4 cawan gula 2 sudu tepung jagung 1 cawan gula merah 3 sudu air kapur 5 cawan air

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam bekas dan bancuh. 2. Selepas itu, kisar kesemua bahan tadi untuk menghaluskan bahan-bahan tersebut. 3. Kemudian, panaskan pengukus selama 5 minit. 4. Akhir sekali, kuih kasui bolehlah dikukus selama 10 minit.

AIR SOYA

Bahan-bahan ( 2 jag )

1 cawan kacang soya 2 jug air 5 helai daun pandan- dibelah & disimpul gula secukup rasa & 1/2 sudu teh garam blender & penapis teh (kain)

Cara-cara

1. basuh & rendam kacang soya 4,5 jam @ hingga kembang. cmni rupanya bila dh kembang. 2. kisar 2 senduk kacang tu bersama bersama 4 cawan air hingga halus. buat hingga habis.

3. tapis bahan kisar dgn penapis santan. kumpulkan hampas yg masih basah dlm mangkuk besar. buat hingga habis.

4. tapis air soya sekali lg menggunakn penapis teh utk mengasingkn serdak halus. 5. akk buat tauhu lembut ambil air soya yg ini. 6. campurkan 1/2 jag air lagi ke dlm hampas soya, ulang proses penapisan dua kali. buatlah hingga hampas soya dah x keluarkan jus putih.

7. masukkan air soya dlm periuk bersama daun pandan & garam. masak sambil dikacau hingga mndidih.awas... ia mudah pecah santan.. eh pecah soya..hehe.biar mendidih dlm bebertapa minit lalu tutup api. 8. boleh campur sekali gula semasa memasak tadi & boleh juga dibubuh kemudian, 9. akk buat puding karamel ambil dari bahagian ini. 10. Klik untuk isi cara-cara di sini

KEK PELANGI
BAHAN-BAHAN : 250 gm butter 200 gm gula castor 5 biji telur 1 sudu kecil esen vanila 6 sudu besar fresh milk 210 gm tepung naik sendiri-diayak Cara Membuatnya:

-Panaskan oven kepada suhu 180C .Pukul butter dan gula hingga sebati dan adunan jadi kembang serta bertukar warna jadi cerah sikit .Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil dipukul sebati diantaranya. - Masukkan esen vanila dan dipukul hingga adunan sebati dan gebu.Masukkan tepung yang telah diayak sedikit-sedikit berselang seli dengan susu , sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati ( saya pukul balik adunan sehingga adunan menjadi sebati ) 6. Bahagikan adunan kek kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna ikut pada selera kita . Kemudian kacau bagi warna sama rata . Sendukkan adunan masuk ke bahagian tengah acuan yang telah dilenserkan tadi berselang seli , mula-mula masukkan warna oren lepas tu warna merah lepas tu warna purple ,ulang sampai habis semua adunan kek ni kemudian goyang goyangkan sikit acuan kek supaya adunan kek sama rata . Bakar kek selama 50 - 45 minit mengikut kepanasan oven masing-masing . Saya masak kek ni selama 45 minit suhu 180'C dan saya cucuk dulu bahagian tengah dgn lidi bila ditarik keluar lidi tu bersih saja maknanya dah masak la.. 7. Setelah kek masak,sejukkan seketika kemudian keluarkan dari acuan dan biar kek sejuk sepenuhnya.
Kek carrot

nure@myresipi.com

gabungan rasa karot,cinnamon dan creamcheese

Created on : 09-10-2006 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan

251 Share

Bahan-bahan ( 8~10 org )



4 biji telur (dibiarkan pada suhu bilik dan diasingkan putih dan kuning) 1 1/2 cawan corn oil atau vegetable oil (kalau tiada minyak masak pun boleh) 120g gula castor 100g brown sugar 1 1/2 cawan carrot (diparut) bahan diayak: 250g tepung gandum, 1 sudu teh serbuk cinnamon, 1 1/2 sudu teh baking soda 100g walnut (dicincang sedikit) 1 sudu teh garam utk topping(penyedap kek): 120g butter, 250g creamcheese,120g icing sugar

Cara-cara

1. Pukul kuning telur, kemudian masukkan minyak, gula (kedua- dua jenis) dan carrot. kacau sebati, masukkan walnut

2. masukkan bahan yang diayak.Kacau perlahan guna senduk kayu. Masukkan garam..

3. dlm mangkuk yg lain, pukul putih telur sampai betul2 kembang(soft peak form)step ni penting! dan masukkan dlm adunan kek tadi

4. bakar pada suhu 170C selama 50 min

5. tips: bila dah masak, cucuk dgn lidi. Kadang2 bila cucuk tak melekat lagi tapi ada nampak berminyak lagi means belum masak betul.Kurangkan suhu ke 150C~160C dan bakar lagi selama beberapa minit sehingga kek benar2 masak 6. utk topping, pukul semua bahan2 hingga sebati & ringan.Hias atas kek yg telah disejukkn pd suhu bilik kemudian tabur dgn hirisan almond atau kelapa kering yg digoreng tanpa minyak sekejap terlebih dahulu(optional)

KEK KAROT KUKUS Bahan 250 g butter 150 g gula halus 3 biji telur 1 s/k esen vanilla 200 g carrot [parut dan celur - toskan kering] 100g prune cincang 50 g kismis 230 g tepung gandum ] 1 s/k baking powder ] ayakkan 1 s/k serbuk kulit kayu manis ] Cara. 1. Panasakan kukusan 2. Butter dan gula dipukul sehinga gebu. 3. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata. 4. Masukkan esen vanila dan kacau lagi. 5. Masukkan tepung gandum yg telah diayakkan bersama baking powder dan serbuk kayu manis. 6. Masukkan carrot, kismis dan prune. 7. Gaul rata dan masukkan dalam acuan yg dilapikkan kertas 8. Kukuskan dalam kukusan selama 50 minit 9. Bila telah masak, sejukkan dan sapukan cream keju. Cream Keju Bahan 250 g cream keju 50 g gula halus 50 g fresh cream 1 cawan yogurt perisa buahan Cara. 1. Pukul semua bahn sehingga gebu dan sapukan pada kek lobak yg telah sejuk

Kek Pelangi Simple

surayu@myresipi.com

Resepi yang mudah bagi minum petang. Menambahkan koleksi resipi kek pelangi.

Created on : 15-03-2009 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan

1034 Share

Bahan-bahan ( saiz kek 20cm )



1 cawan tepung gandum 2 cawan tepung jagung 1 cawan mentega 1 cawan gula halus 3 biji telur 1 tsp baking powder 1 tsp esen vanila 2 tsp serbuk koko sedikit pewarna hijau dan merah

Cara-cara
1. Pukul gula halus dan mentega hingga kembang. 2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. 3. Masukkan esen vanila dan baking powder dan kacau hingga sebati. 4. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. 5. Asingkan kepada 4 bahagian. Biarkan satu bahagian dan tambah pewarna hijau, merah dan serbuk koko kepada 3 bahagian masing-masing.

6. Tuang setiap bahagian berselang seli ke dalam loyang pembakar berdiameter 20cm yang telah dilenser dengan mentega. 7. Bakar pada suhu 150-180 darjah celcius mengikut kesesuaian oven masing selama 35 minit atau hingga masak.

Kek butter pelangi

BAHAN-BAHAN : 250 gm butter 200 gm gula castor 5 biji telur 1 sudu kecil esen vanila 6 sudu besar fresh milk 210 gm tepung naik sendiri-diayak Cara Membuatnya: -Panaskan oven kepada suhu 180C .Pukul butter dan gula hingga sebati dan adunan jadi kembang serta bertukar warna jadi cerah sikit .Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil dipukul sebati diantaranya. - Masukkan esen vanila dan dipukul hingga adunan sebati dan gebu.Masukkan tepung yang telah diayak sedikit-sedikit berselang seli dengan susu , sambil dikaup balikkan

dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati ( saya pukul balik adunan sehingga adunan menjadi sebati ) 6. Bahagikan adunan kek kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna ikut pada selera kita . Kemudian kacau bagi warna sama rata . Sendukkan adunan masuk ke bahagian tengah acuan yang telah dilenserkan tadi berselang seli , mula-mula masukkan warna oren lepas tu warna merah lepas tu warna purple ,ulang sampai habis semua adunan kek ni kemudian goyang goyangkan sikit acuan kek supaya adunan kek sama rata . Bakar kek selama 50 - 45 minit mengikut kepanasan oven masing-masing . Saya masak kek ni selama 45 minit suhu 180'C dan saya cucuk dulu bahagian tengah dgn lidi bila ditarik keluar lidi tu bersih saja maknanya dah masak la.. 7. Setelah kek masak,sejukkan seketika kemudian keluarkan dari acuan dan biar kek sejuk sepenuhnya.

jom semak resepinya k.... resepi asal: azizah ariffin copy dari: izanman fotopages tp ada gak la aku edit2 skit ikut kesesuaian tekak ku

200 g carrot diparut (lebih kurang 2 btg carrot) 250 g tepung gandum 200 g gula perang (yg jenis lembut dan halus) 200 g minyak jagung 70 g walnut- bakar dan cincang- utk sesapa yg suka, aku x boh pun 70 g kismis hitam, dicincang- just kerat 2 cam tu la.. 4 biji telur gred A 150 g nenas dlm tin- x kisah jenis keping atau kiub- pastu cincang2 sehalus yg boleh 2 sudu teh baking powder 1 sudu teh soda bikarbonat secubit serbuk kulit kayu manis- kalau suka- aku x boh Cara2 :ayak tepung, baking powder dan soda- ketepikan pukul gula + telur- sampai kembang masukkan minyak jagung & pukul lagi hingga sebati. perlahankan mixer & masukkan bahan kering tadi.-(tepung) kaup masuk lobak merah, nenas, & kismis. (dan walnut kalau letak) bakar pada suhu 180c selama 50-60 minit atau hingga masak - aku bakar sejam sejukkan atas redai kek sebelum dihias ikut citarasa.

antara bahan2... aku guna nenas ayam brand walnut aku x cincang sbb nk buat hiasan kt atas je..

pukul gula + telur pas kembang, masuk tepung dan semua bhn lain

dh siap bakar... pukul cream cheese.. hias suka ati

bahan cream cheese: 250 g cream cheese 100 g mentega 100 gm gula aising

pukul semua bahan hinga kembang pastu leh la hias..(aku letak pewarna skit nk bg cantik, dh jd mcm butter cream lak kan..huhu)

You might also like