You are on page 1of 1

1.

Sinopsis cerpen yang dipilih Cerpen Tuntutan Kasih karya Amil Jaya merupakan sebuah cerpen yang

berkisarkan tentang jagat insan remaja. Cerpen ini memaparkan konflik yang dialami oleh Munira seorang gadis yang lincah, aktif dan pintar dalam bidang sukan khasnya acara berenang dan permainan badminton. Namun, Munira memiliki kelebihankelebihan tersebut, dia menghadapi tekanan jiwa akibat tidak memperoleh kasih sayang daripada kedua-dua orang tuanya. Ayahnya, Rozlan, sibuk dengan urusan perniagaan setiap hari; sementara kasih sayang daripada ibunya yang juga sibuk sebagai seorang pensyarah tidak tepu, kurang memadai. Akibatnya, Munira memilih cara bunuh diri iaitu menelan pil tidur sebagai jalan keluar untuk mengurangkan tekanan jiwanya yang kronik. Nasib baik kes bunuh diri ini tidak terjadinya tragedi yang tidak diingini kerana adik Munira, Yuniza terjumpa kejadian ini. Nyawa Munira terselamat kerana dia dihantar ke hospital untuk rawatan segera. Setelah Munira jaga diri selepas pembedahan, emosinya masih tidak tenteram. Perbualan doktor pakar dengan ibu bapa Munira menyebabkan kedua-dua orang tua menyedarkan kepentingan menjadi ibu bapa yang mampu memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak mereka yang sudah lama kehausan kasih sayang. Cerpen ini membawa unsure psikologi dan dijalinkan sacara cukup kemas. Ia merupakan antara karya Amil Jaya yang baik dan berkesan. Untuk memahami cerpen ini dengan lebih lanjut, sila baca cerpen ini di ruangan lampiran.

You might also like