You are on page 1of 3

1 (a)gelombang AU mempunyai beberapa jenis bentuk. Nyatakan empat jenis gelombang yang biasanya digunakan. a)..................................................................................................................................... b)...................................................................................................................................... c)...................................................................................................................................

d)................................................................................................................................

faktor2 yg mempengaruhi aruhan


Faktor-faktor mempengaruhi kearuhan Faktor-faktor mempengaruhi kearuhan sebenarnya adalah komponen-komponen yang menyumbang kepada persamaan aruhan. Kekuatan arus teraruh (induced current) bergantung kepada ; a) b) c) d) e) f) g) 8) Bilangan lilitan (N) (winding) dalam gelung. Ketelapan bandingan (jenis teras) (r) Luas muka keratan rentas (A) Panjang laluan fluks magnet () Arus yang mengalir (I) Jumlah fluks. Kekuatan magnet Kecepatan magnet itu ditujah ke dalam gelung

JENIS-JENIS PEARUH Pearuh boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pearuh tetap dan pearuh bolehubah.

(a)

Pearuh Tetap Pearuh tetap digunakan bagi litar yang memerlukan nilai kearuhanyang tidak berubah.

Empat jenis pearuh tetap ialah teras udara, teras besi, teras besi serbuk dan teras ferit.

Simbol bagi pearuh tetap (i) Pearuh teras udara

Simbol bagi pearus teras udara Pearuh teras udara biasanya mempunyai nilai aruhan mikro henryatau kurang.Oleh kerana nilai kearuhannya rendah, ia biasanyadigunakan pada frekuensi yang tinggi.Contohnya, pearuh inidigunakan sebagai pencekik frekuensi radio bagi menghalang arusfrekuensi radio (frekuensi tinggi) daripada melalui laluan tertentudalam litar.

(ii)

Pearuh teras besi

Simbol bagi pemuat teras besi Teras besi yang digunakan ialah teras besi berlapis yang bersalut penebat nipis. Nilai kearuhan pearuh teras besi adalah daripada beberapa mili henry hingga beberapa henry. Pearuh teras besi digunakan sebagai penapis frekuensi rendah dalam litar bekalan kuasa. Ia juga digunakan sebagai pencekik dalam litar lampu pendaflour

(iii)

Pearuh teras serbuk besi dan teras ferit.

Simbol bagi pemuat teras serbuk besi/teras ferit Teras serbuk besi dihasilkan dengan menampakkan serbuk besi yang diselaputi oleh penebat.Teras ferit pula dibuat daripadabahan magnet bukan pengalir.Dengan menggunakan teras serbuk besi atau teras besi ferit, nilai kearuhan akan lebih tinggi dansaiz pearuh dapat dikecilkan.Pearuh teras besi serbuk dan terasferit mempunyai tiga bentuk iaitu solenoid, toroid dan teras pot.Jenis solenoid mempunyai nilai kearuhan 1mikro henry ataukurang manakala toroid dan teras pot pula mempunyai nilaikearuhan di antara beberapa mikro henry hingga beberapa milihenry. Pearuh teras besi serbuk dan teras ferit biasanya digunakandi dalam litar talaan radio

(b)

Pearuh Boleh Ubah

Simbol bagi pemuat boleh ubah Kearuhan bagi pearuh bolehubah akan bertambah apabila teras digerakkan ke dalam belitan dan akan berkurangan apabila digerakkan keluar belitan. Teras yang biasa digunakan ialah teras ferit dan teras besi serbuk. Terdapat beberapa bentuk pearuh boleh ubah iaitu antaranya ialah pearuh yang menggunakan skru logam(tembaga) bagi melaraskan kedudukan teras itu sendiri mempunyai bebenang untuk pelarasan teras. Bagi pearuh boleh ubah berperisai, ia dipasangkan pada papan litar bercetak. Kelebihannya ialah perisai logam dapat mengelakkan komponen berhampiran daripada gangguan yang dihasilkan oleh pearuh.

You might also like