You are on page 1of 3

Punca-punca rakyat Malaysia makin malas sembahyang :

1) Mak bapak tak prihatin

- salah satu sebab, yang mana mak bapak tak mengambil berat tentang perihal solat anak-anak di waktu kecil. Anak-anak cuma tahu pasal hal-hal agama melalui pelajaran di sekolah. Sehinggalah bila tiba usia matang, solat bagaikan satu perkara asing dan susah hendak dibuat.

2) Terpengaruh dengan kawan

- salah pilih member. Yang tu satu masalah , yang menjadi lagi bermasalah bila perangai member yang malas solat pun diikuti. Yela, dah sama-sama keluar lepak, shoping sakan, solat tinggal jelah.

3) Trend

- ikut perkembangan masa. Kononnya sekarang ni trend orang tak solat, kita pun sama ikut tak solat. Ada ke?

4) Muslim pada nama

- menjadi seorang muslim kerana keturunan. Yela, sebab atok-nenek dahulunya Islam. Bangganya menjadi seorang muslim, tetapi ciri-ciri Islam langsung tiada.

5) Penat bekerja

- sakan bekerja, tetapi solat ditinggalkan. Terlalu melebihkan dunia sehingga lupakan ukhrawi. OT 5jam sehari, solat 5minit pun tak mampu.

6) Sikap pemimpin

- pemimpin yang terlalu mengejar keduniaan, rakyat disuap kemewahan, sehingga lupa untuk berbicara tentang soal akhirat.Cuba kira berapa kali hal solat disentuh oleh pemimpin dunia?

7) Hiburan yang melampau

- kemajuan teknologi. Pelbagai benda dicipta untuk keseronokan dunia. Panggung Wayang, Theme Park,TV dan lain-lain lagi. Solat menjadi perkara ke-100 dalam perkara yang hendak dibuat di dalam sehari.

8) Makan

- hidup untuk makan. Terlalu banyak makan sehingga menimbulkan malas solat. Lebih-lebih lagi sekarang ni puasa. Masuk je waktu berbuka, 18 jenis makanan dari 18 bazar ramadhan berbeza terhidang. Maghrib? Tidurlah gamaknya.

9) Tidur

- tidur dah macam beruang koala berhibernasi. Kalau dah tidur 18jam sehari, solat melambung ke sana sini lah jawabnya.

10) Tak takut mati

- tak tahu bila mati. Tu yang kadangkala jadi sebab malas solat. Kalau tahu esok mati, agak-agak malam ni tak tidur malam kaver solat yang terlepas campur dengan solat sunat.

You might also like