You are on page 1of 32

i PENGHARGAAN

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu bagi menghasilkan Buku Rawatan Alternatif ini. Mudah-mudahan Allah sahaja yang dapat membalasnya. Firman Allah mafhumnya : Jika kamu menturuti perintah Allah, maka Allah membantu kamu... Firman Allah lagi mafhumnya : Bantumembantulah atas kebaikan..

ii
KANDUNGAN MUKA SURAT

1. 2. 3. 4. 5.

6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.

Penghargaan Kandungan Muqaddimah Peringatan Rawatan penyakit ketumbuhan, barah dan batu karang menggunakan herba & membaca Al-Quran Hati ayam dibuat sup Air kelapa muda (mumbang atau tiada isi) : Penawar & khasiatnya Asmaul Husna Bacaan rawatan ke-1 Gambar herba Bacaan rawatan ke-2 Bacaan rawatan ke-3 Bahan maklumat/rujukan

i ii iii 1 2

4 6 7 9 12 17 21 23

iii Rawatan Penyakit Ketumbuhan, Barah dan Batu Karang Menggunakan Herba dan Membaca Al-Quran

Muqaddimah Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya saya dapat meneruskan semula siri ke-3 yang mengkhususkan penyakit ketumbuhan, batu karang dan barah dengan menggunakan herba, bacaan Al-Quran dan doa. Siri ketiga ini diharapkan kita semua mendapat faedah daripadanya dan merawatnya mengikut ajaran Islam tanpa mencampuradukkan amalan dan rawatan yang bercanggah dan bertentangan dengan Islam. Rawatan yang berdasarkan kaedah ini telah menerima dan mendapat maklum balas dan reaksi yang positif daripada orang ramai serta menarik minat yang begitu mendalam terhadap perubatan ini. Namun begitu, ada juga sesetengah pihak beranggapan bahawa kaedah ini tidak sesuai, ketinggalan zaman, mereka lebih bergantung kepada hospital bagi mengubati penyakit mereka, tetapi cara tersebut kadangkadang mencapai kegagalan, walaupun mereka terpaksa membelanjakan wang yang banyak tapi akhirnya kecewa. Penyakit bertambah merebak, pesakit menderita malah ada yang telah menemui ajal. Naudzubillah. Sesungguhnya ketumbuhan atau barah jika dibedah ia akan tumbuh semula, akarnya menjalar panjang, menyebabkan kemungkinan besar ia tumbuh kembali dengan cepat jika pesakit tidak mengawal dan menjaga makan dan minum. Akhirnya penggunaan kemoterapi (chemotherapy) dilakukan kepada pesakit berulang kali. Sebenarnya cara ini tidak juga berapa berkesan, hanya pesakit mengalami penderitaan yang amat sangat. Tuhan sahaja yang mengetahui seterusnya ajal menggamit mereka.

iv
Perlu disebut sesungguhnya rawatan menggunakan herba dan bacaan AlQuran ini adalah perubatan alternatif yang telah melalui kajian, pemantauan dan ujian herba kepada pesakit dalam masa yang agak panjang dan pemakanan yang layak dan sesuai kepada pesakit. Hasil kajian yang mendalam ini dan ditokok tambah dengan petua orang tua maka ia didapati suatu penemuan yang tidak ternilai harganya dan amat berguna untuk dijadikan bahan ubat-ubatan alternatif yang mana mendapati ramai yang memilih cara ini sembuh dari penyakit tersebut. Alhamdulillah. Firman Allah SWT : Mafhumnya : (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Surah Ar-Rad :28 Alhamdulillah sehingga kini terdapat ramai dalam kalangan masyarakat memilih kaedah ini sebagai pengubatan mereka, walaupun dihasut oleh sesetengah pihak. Kesudahannya, mereka akur dan setuju, bahawa inilah kaedah rawatan yang terbaik dan sesuai untuk penyakit seperti ini. Penyakit ketumbuhan, barah dan batu karang ini jika penyakit berada pada peringkat awal, insyaallah mudah untuk sembuh andainya mendapat rawatan alternatif ini, tetapi kalaulah pesakit sudah melakukan pembedahan dan kemoterapi adalah sukar ia hendak sembuh kerana sudah merebak. Penyakit ketumbuhan, barah dan batu karang adalah antara penyakit yang dibimbangi dan ditakuti oleh insan, kerana penyakit ini seseorang mengalami penderitaan sakit yang agak lama atau berpanjangan, malah boleh membawa kepada kehilangan nyawa seseorang itu.

v
Oleh yang demikian bagi segala penyakit ada ubatnya. Tuhan jadikan penyakit, Tuhan juga ciptakan ubatnya. Sabda Nabi Muhammad SAW mafhumnya: Setiap penyakit ada ubat. Bagaimana ubat itu dapat menyembuhkan penyakit, maka bagi pesakit mestilah mengikut adab dan peraturan rawatan yang ditentukan. Dinasihatkan jangan makan benda yang ditegah. Ia melambatkan proses penyembuhan, mungkin juga tidak akan sembuh malah memudaratkan pesakit. Harus diingat jika kita berpantang benda yang dilarang, sesungguhnya penyakit akan sembuh tetapi jika kita tidak makan langsung, bukan saja penyakit yang hilang tapi nyawa pun akan turut hilang. Bagi penyakit sebegini, Insya Allah memang boleh dicegah dan dirawati untuk mengelak dari penyakit merebak dan berlarutan. Dengan menggunakan kaedah rawatan herba-herba, bacaan Al-Quran serta doa-doa munajat yang bersungguh-sungguh akan dapat menyembuhkan penyakitpenyakit tersebut, kerana ayat-ayat Al-Quran yang dibaca itu menjadi penawar atau ubat dan mendapat rahmat dari Allah yang mencipta kita. Yang penting kita perlu kuatkan semangat dan jangan berputus asa selagi maut belum tiba. Firman Allah SWT mafhumnya: Jangan putus asa dengan rahmat Tuhan.. Akhir kata, diharapkan buku ini dapat memberi sedikit harapan, sumbangan dan bantuan kepada masyarakat baik yang beragama Islam mahupun bukan Islam. Sekian, wassalam.

Ustaz Ku Othman Ku Ali

Ustaz ku Othman

1
Peringatan 1. Sesungguhnya pesakit diingatkan berpantang makan, yang dibolehkan makan hanya nasi dengan sayur (sawi/peria), air putih (tanpa susu), buah limau dan belimbing sahaja selama 3 bulan. Jika pesakit melanggar pantang, adalah sukar untuk sembuh dan penyakit akan tumbuh membesar serta akarnya menjalar panjang. Jika akarnya merebak sampai ke hati, perut pesakit akan kembung membengkak keras dan ketika itu penyakit sukar dikawal apatah lagi untuk merawatnya. Oleh itu, sakit adalah ujian Tuhan kepada hamba-Nya. Tuhan uji dengan makanan kerana penyakit berpunca daripada makanan yang kita ambil. Makan penting untuk kita meneruskan kehidupan lebih-lebih lagi ia menyihatkan tubuh badan. Pada masa yang sama ia juga menjadi penyakit dan makanan juga boleh membawa kepada kematian seseorang. Makanan dan minuman menghasilkan zat, kalsium, vitamin dan menambahkan tenaga kepada kita supaya menjadi lebih membesar sihat dan cergas. Tetapi ia juga boleh menyebabkan badan menjadi lemah, sakit menderita sepanjang hidup serta boleh menghilangkan nyawa seseorang secara perlahan-lahan. Oleh itu, pengambilan makanan secara seimbang adalah penting di samping beriadah. Bersenam perlu bagi mengekalkan kesihatan kita di samping melancarkan peredaran darah. Ia juga dapat mencegah dan mengelak daripada penyakit yang tidak diingini itu. Perlu kita ingat bahawa sihat, senang, kemewahan hidup dan berilmu disukai ramai. Tetapi bila kita sakit yang berpanjangan, susah, jahil ilmu amat tidak disukai ramai, melainkan insan yang beriman, bertaqwa, mempunyai sifat kasih dan simpati kepada pesakit. Mereka sedia membantu dan memberi nasihat serta merawatnya. Oleh itu berhati-hatilah jika mengambil makanan dan minuman, ambillah yang tidak memudaratkan kita semua.

2.

3. 4.

5.

6.

2
Rawatan Penyakit Ketumbuhan, Barah dan Batu Karang Menggunakan Herba dan Membaca Al-Quran

Cara menggunakannya : 1. 2. 3. Limau nipis Satu biji limau nipis diperah dalam segelas air panas dan diminum selepas makan tengahari dan makan malam. Jintan putih Satu sudu makan dicampur dalam segelas air panas dan diminum pada setiap hari. Kunyit Kunyit 3 ulas sebesar ibu jari yang telah dibersihkan, ditumbuk dan dicampur dengan segelas air panas dan diminum pada waktu malam (jam 7pm). Daun pokok dukung anak Ambil 10 batang bersama akarnya, dicuci bersih dan dicampur dalam segelas air panas dan diminum pada waktu malam jam 8 pm. Bawang putih 3 ulas bawang putih dibakar dan bila rasa panas dihiris kecil-kecil dan ditelan dengan air pada waktu pagi, petang dan malam. Daun sirih Ambil 3 helai daun sirih dan dihiris-hiris kecil, dicampur dengan segelas air panas dan diminum pada waktu selepas solat subuh. Manjakani Direbus 2 biji kecil (atau 1 biji jika saiz besar) dengan 1 gelas air dan biar sehingga mendidih dan diminum airnya pada waktu malam jam 8pm. Bunga kantan Direbus 1 bunga kantan bersamaan dengan segelas air dan biar sehingga mendidih dan diminum airnya pada waktu malam jam 9pm. Pucuk kesum 5 pucuk kesum dicampur dengan segelas air panas dan diminum pada waktu petang jam 6pm. Pucuk mengkudu 1 pucuk dihiris-hiris daunnya dan dicampur dengan segelas air panas dan diminum airnya. Buah mengkudu 3 biji buah mengkudu dibuat jus dengan segelas air dan diminum pada waktu petang jam 5pm. Pegaga 14 daun pegaga bersama akarnya dicampur dengan segelas air untuk dikisar dan diminum jusnya pada waktu petang jam 4pm. Pucuk jambu batu- 3 pucuk daun jambu batu dicampur segelas air untuk dikisar dan diminum pada waktu pagi jam 6am.

4.

5.

6.

7.

8.

9. 10. 11. 12. 13.

3
14. Jintan manis 1 sudu makan jintan dicampur dengan segelas air panas dan diminum pada waktu pagi jam 7am. 15. Jintan hitam 1 sudu jintan hitam dicampur dengan segelas air panas diminum pada waktu pagi jam 8am. 16. Halia ubat (merah) 1 inci halia merah ditumbuk dan dicampur dengan segelas air panas, diminum airnya pada waktu subuh jam 5am. 17. Batang semalu Setelah dipotong halus, akar dan batang semalu diambil 1 sudu makan dicampur dengan air panas dan diminum pada waktu pagi jam 9am. 18. Tapai ubi kayu 3 potong tapai ubi kayu dimakan, sepotong setiap waktu (pagi, petang,malam). Jangan ambil lebih.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang. (Hadis Riwayat Abu Dawud) Menurut Tarmizi, Imam Ahmad, Ibn Majah dan an-Nasai, Nabi Muhammad telah bersabda, maksudnya: Tidak ada bekas yang diisikan oleh anak Adam yang lebih keji daripada perut. Cukuplah bagi anak Adam dengan beberapa suapan yang membetulkan tulang belakangnya. Dan sekiranya ia terpaksa melakukannya juga maka satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk nafasnya. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Orang mukmin itu makan menggunakan sebuah perut; sedangkan orang kafir itu makan dengan menggunakan tujuh buah perut. (Hadis Riwayat Bukhari)

4
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: jangan kamu matikan hati dengan banyak makan dan minum , kerana sesunguhnya hati itu adalah seperti tanaman yang akan mati jika disiram terlalu banyak air Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Tiap-tiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.. Makanan yang sesuai dimakan oleh pesakit barah, kencing manis dan batu karang untuk menambah darah bagi pesakit yang berpantang makan dan minum Hati ayam dibuat sup 6 ketul hati ayam kampung direbus dengan 3 gelas air yang dicampur bersama 1 biji limau nipis, 1 inci halia merah (ditumbuk), 2 batang serai (ditumbuk), 14 biji lada hitam (ditumbuk), 1 biji cili api, 7 ulas bawang putih, 1 batang kunyit, 1 helai daun limau purut, 3 biji buah pelaga, 3 biji bunga lawang, 5 biji bunga cengkih, sudu jintan putih, sudu jintan manis, inci kulit kayu manis dan 3 batang daun sup (bubuh ketika api dipadamkan). Direbus hingga mendidih segala bahan-bahan tersebut (herba) kemudian dimasukkan hati ayam, masukkan sedikit gula dan sedikit garam. Hati ayam dan bawang putih dimakan selama 1 minggu serta supnya. Masakan itu tanpa menggunakan minyak. Ayam itu hendaklah masih hidup, tidak berpenyakit, sihat (tidak cacat), bebas (tidak dikurung), disembelih, ambil hatinya, niat untuk berubat. Insya Allah hati tersebut boleh dijadikan penawar dan ubat.

5
Berdoa, zikir dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran adalah suatu rawatan yang penting dalam kaedah rawatan. Ia dilakukan berulang kali pada setiap malam sebagai amalan rutin supaya pesakit mendapat ketenangan jiwa, senang hati. Maka memudahkan pesakit cepat sembuh. Perlu diingat ayat-ayat Al-Quran itu adalah ubat dan rahmat bagi orang yang beriman.

Firman AllahSWT maksudnya : Dan Kami turunkan Al-Quran menjadi ubat dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.. Dibaca pada air yang bersih, bukan yang sudah dimasak (rebus), sebaikbaiknya air semula jadi kerana badan kita memerlukan air yang mencukupi di samping menjadi ubat kepada mereka yang membacanya. Air itu sesuatu yang hidup lebih-lebih lagi ditambah doa serta bacaan ayat-ayat Al-Quran padanya. Bertambah penawar, ubat serta menjadi rahmat dari Allah kepada hamba-Nya yang membaca. Firman Allah yang bermaksud : Air itu hidup

6
Air kelapa muda (mumbang atau tiada isi) : Penawar dan khasiatnya Sesungguhnya, air kelapa muda mempunyai banyak khasiatnya, walaupun air kelapa itu sejuk. Ia tidak sesuai bagi orang yang mempunyai penyakit angin, dugal dan bengkak urat. Air kelapa juga merupakan minuman yang sedap, segar dan enak bagi mereka yang tidak berpenyakit. Selain itu, air kelapa menjadi ubat dan penawar bagi penyakit seperti sakit kepala, darah tinggi, kolestrol tinggi, melawaskan pembuangan air kecil dan besar, mencuci dan membuang minyak serta lemak yang terdapat di bahagian usus, melancarkan peredaran darah dan mengeluarkan racun yang terdapat di dalam badan. Caranya ialah dengan mengambil satu biji kelapa muda lalu dimasukkan 7 biji lada hitam dan 1 inci halia merah bersama kulitnya (kedua-duanya sudah ditumbuk). Kemudian kelapa tadi direbus sehingga mendidih. Seterusnya perah limau nipis ke dalam air kelapa yang sedang mendidih tersebut. Apabila air kelapa tadi telah sejuk (suam), minumlah airnya pada waktu petang. Insya Allah, mereka yang berpenyakit sepertimana yang tertera di atas, dapat disembuhkan. Amalkanlah meminumnya selalu. Sabda Nabi Muhammad SAW mafhumnya : Sebaik-baik amalan itu adalah kekal berterusan, asalkan orang yang mengidap penyakit tersebut dapat mengawal dan menjaga pemakanan. Ikutlah pantang larangnya. Nabi berpesan mafhumnya, Tiada penyakit yang tiada ubatnya melainkan mati. Ingatlah penyakit itu berpunca daripada pengambilan makanan yang tidak seimbang. Beriadah dan bersukanlah, nescaya badan kita cergas lagi sihat. Ada kalanya penyakit itu berpunca daripada syaitan, sepertimana yang berlaku kepada Nabi Ayyub AS. Firman Allah mafhumnya, Sesungguhnya aku (ayyub) diganggu syaitan dengan penderitaan dan bencana, surah Saad : 41. Oleh itu, perbanyakkanlah membaca AlQuran kerana membaca Al-Quran itu adalah penawar bagi penyakit yang diganggu syaitan yang dilaknat oleh Allah Azza Wajalla.

7
Asmaul Husna

Firman Allah yang bermaksud, Berdoalah kamu dengan nama-nama Allah.. Sesungguhnya berzikir dengan nama-nama Allah mempunyai banyak kelebihan, bukan sahaja boleh menenangkan jiwa malah mendapat ganjaran yang banyak dari Allah. Nama-nama Allah juga boleh menjadi penawar dan ubat kepada pesakit. Selepas kita berzikir dengan nama Allah kita disuruh berdoa dengan-Nya. Insya Allah bila kita berzikir dengan meletakkan tangan pada tempat sakit, sebutlah nama-nama Allah berulang kali pada tiap-tiap malam, kemudian berdoalah, kerana sakit itu datangnya daripada Allah, Dia sahaja yang dapat menyembuhkan. Firman Allah yang bermaksud, Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan pendirian kamu Surah Muhammad:7. Pesakit diingatkan jangan sengaja meninggalkan ibadah solat dan banyakkan bersabar, firman Allah mafhumnya, Solat dan sabar dapat menolong kita. Solat juga boleh membantu kita daripada kesakitan. Bukan sahaja dapat mencegah kita daripada kemungkaran malah dapat menyembuhkan penyakit yang kita alami. Syaratnya, lakukan dengan khusyuk dan kita perlu bersabar kerana ia penting bagi menghadapi ujian dari Allah sepertimana yang berlaku pada Nabi Ayyub AS yang derita sakit berpanjangan, sakit yang tidak dapat dirasai oleh manusia biasa. Firman Allah mafhumnya, Sesungguhnya aku ditimpa derita sakit yang dahsyat. Dengan mengerjakan ibadah solat dan disertai dengan sifap sabar, sebarang musibah yang melanda kita dapat dihadapi dengan penuh keredhaan kepada-Nya. Seterusnya, setiap ujian itu ada seribu hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Sebagai contoh, lihat sahaja kesabaran yang Rasulullah saw amalkan, kita akan dapat merasa nikmat iman yang sebenar di sisi Allah SWT, Insya Allah.

8
Fardhu puasa juga diwajibkan, dan begitu juga amalan-amalan sunat turut digalakkan kerana sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, Puasa itu adalah perisai. Tidak dapat dinafikan ramai pakar perubatan berpendapat dan menyatakan bahawa puasa adalah sangat baik bagi menjaga dan mengekalkan kesihatan kita. Ini disebabkan penyakit itu berpunca daripada faktor pemakanan, maka puasa itu boleh menyekat dan mencegahnya berlaku kepada kita. Malahan boleh menghilangkannya dan menyekat penyakit tersebut daripada membesar dan merebak ke organ dalaman dan bahagianbahagian yang lain. Oleh itu, solat dan puasa merupakan ibadah yang banyak memberi manfaat kepada kita. Firman Allah mafhumnya, Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya,serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk) Surah al-Ala:14-15. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat."

9
Bacaan Rawatan ke-1
a) Baca Surah An-Namlu (Ayat 18):

b) Baca Surah An-Namlu (Ayat 30):

10

11

:)24 p) Bacaan Surah Shaad (Ayat


:)03 q) Bacaan Surah Al- Anbiya (Ayat


:)84 r) Bacaan Surah Hud (Ayat


:)38 s) Bacaan Surah Al-Anbiya (Ayat

12

13

14

15

16

17
Bacaan Rawatan ke-2-Asmaul Husna

18

19

20

12
Bacaan Rawatan ke-3-Surah Al-Hasyr

() () () () () () () () () ()

22

() () () () () () () )( () () () )( () )(

23
BAHAN MAKLUMAT/RUJUKAN

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Al-Quran Hadis Nabawi Petua Orang Tua-tua Kitab Tib An-Nabawi Laman Sesawang Internet Pengamal-pengamal Perubatan Tradisional

7. 8.

Para Doktor Para Pesakit

"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu."

Dilahirkan di negeri Kedah. Berkelulusan BA Syariah Wal Qanun pada tahun 1982 di Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan. Pada tahun 1986, beliau sekali lagi mendapat BA Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar, Mesir dan diikuti pula dengan Diploma Pendidikan Agama di Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu. Beliau bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Inanam, Kota Kinabalu, Sabah (kini SMKA Tun Ahmadshah) dan bertugas sebagai guru mata pelajaran Bahasa Arab, Syariah Islamiah dan Pendidikan Islam. Sebagai seorang guru agama, beliau dikenali dalam kalangan masyarakat sebagai seorang pendakwah dan pada masa yang sama beliau telah memperkenalkan kaedah rawatan alternatif menurut Al-Quran.

You might also like