You are on page 1of 1

LAPORAN PROGRAM PENINGKATAN SAHSIAH PELAJAR CINA

Tarikh : 15 Oktober 2010 Hari : Jumaat Masa : 7.30 pagi 8.30 pagi Tempat : Bilik Audio Visual Fasilitator : (1) Pn. Chee Pei Yoh (2) Cik See Soo Bee (3) Cik Tan Li Ling Tajuk : Semangat Bekerjasama Sasaran Pelajar : Pelajar Cina Tingkatan 1 ( 41 orang ) Jumlah Pelajar Yang Hadir : 37 orang 1. Pn. Chee Pei Yoh memulakan program dengan memperkenalkan fasilitator yang sedia membantu dan matlamat / objektif Program Peningkatan Sahsiah Pelajar Cina diadakan. 2. Seterusnya, Cik See Soo Bee menerangkan tentang kepentingan semangat bekerjasama antara rakan-rakan bagi mewujudkan perpaduan tanpa mengira jantina, kaum dan bangsa. 3. Para pelajar diminta mengemukakan beberapa ciri-ciri penting yang harus ada pada setiap pelajar untuk memupuk sikap saling tolong-menolong antara satu sama lain. (a) Tidak mempunyai perasaan hasad dengki terhadap pelajar lain (b) Sedia membantu tanpa mengharapkan balasan (c) Mempunyai kepekaan terhadap keperluan orang lain (d) Sentiasa berkongsi kegembiraan dan kesusahan bersama-sama dengan rakan-rakan 4. Program ini diteruskan dengan sesi nyanyian lagu yang mempunyai mesej penting berkaitan dengan tema semangat bekerjasama iaitu : [ Tema : Fen Xiang - Sharing oleh penyanyi Taiwan, Sky Wu ] 5. Pelajar-pelajar menunjukkan inisiatif yang baik dalam menghayati lirik lagu dan mesej yang cuba disampaikan. 6. Pn. Chee Pei Yoh berharap agar para pelajar dapat memahami dan mengamalkan sahsiah terpuji dalam memupuk semangat bekerjasama.

Fasilitator Guru

Pelajar-pelajar Cina Ting. 1

Disediakan Oleh : Cik Tan Li Ling

You might also like