You are on page 1of 3

Warna-warna dalam cahaya matahari

Cahaya putih matahari terdiri daripada tujuh warna iaitu: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Merah Jingga Kuning Hijau Biru Biru nila (indigo) Ungu

Rajah spektrum cahaya Posted by lee kim siew at 05:31 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Pembiasan
Pembiasan ialah pertukaran arah seuatu gelombang, lazimnya cahaya, disebabkan pertukaran kelajuannya. Cahaya dibelokkan apabila bergerak secara serong melalui medium yang berbeza seperti melalui udara melalui kaca melalui air. Cahaya bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui air. Cahaya juga bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui kaca. Oleh itu cahaya yang bergerak secara serong dipesongkan apabila melalui dua medium yang berbeza. Cahaya yang bergerak lurus melalui medium yang berbeza tidak dibiaskan. Pembiasan cahaya menyebabkan penyedut minuman kelihatan bengkok dan lebih besar di dalam air, dan juga dasar kolam kelihatan lebih cetek dari kedalaman sebenarnya.

Pembiasan dalam blok Perspex

Imej Jambatan Golden Gate dibiaskan dan dibelokkan oleh banyak titisan air tiga dimensi berbeza Posted by lee kim siew at 05:22 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Cahaya
Cahaya merupakan tenaga berbentuk gelombang dan membantu kita melihat. Cahaya juga merupakan asas kepada ukuran meter dimana 1 meter bersamaan dengan jarak dilalui cahaya melalui vakum pada 1/299,792,458 saat. Kelajuan cahaya ditakrifkan pada kelajuan 299,792,458 meter sesaat. Cahaya diperlukan dalam kehidupan seharian. Matahari adalah sumber cahaya yang utama. Tumbuhan hijau memerlukan cahaya untuk membuat makanan. Tumbuhan hijau ini akan menjadi makanan kepada haiwan lain yang akan menjadi makanan kepada haiwan lain pula. Ini membentuk rantaian makanan. Haiwan yang makan tumbuhan sahaja dikenali sebagai haiwan maun. Haiwan yang makan daging sahaja dikenali sebagai haiwan maging. Haiwan yang makan tumbuhan dan daging dikenali sebagai haiwan maserba. Sifat-sifat cahaya ialah, cahaya bergerak lurus ke semua arah. Buktinya adalah kita dapat melihat sebuah mentol yang menyala dari sebarang penjuru dalam sebuah bilik gelap. Apabila cahaya terhalang, bayang akan terhasil disebabkan cahaya yang bergerak lurus tidak dapat melencong. Bagaimanapun, cahaya dapat dipantulkan. Keadaan ini disebut sebagai pantulan cahaya. Cahaya dipesongkan apabila bergerak secara serong melalui medium yang berbeza seperti melalui udara melalui kaca melalui air. Keadaan ini disebut sebagai pembiasan cahaya. Cahaya bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui air. Cahaya juga bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui kaca. Oleh itu cahaya yang bergerak secara serong dipesongkan apabila melalui dua medium yang berbeza. Cahaya yang bergerak lurus melalui medium yang berbeza tidak dibiaskan. Posted by lee kim siew at 05:18 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Friday, 13 April 2012


Lembaran Kerja

Selepas menonton Pengajaran Makro ini, sila cuba buat lembaran kerja ini. http://www.scribd.com/doc/89328359/Lembaran-Kerja Posted by lee kim siew at 22:22 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Pengajaran Makro Sains Tahun 5 : Cahaya


Klip link ini untuk menonton pengajaran makro saya. ^^ http://www.youtube.com/watch?v=D58F8BS-hPY

You might also like