You are on page 1of 6

Berdasarkan kepada kategori permainan kanak-kanak model Bunker & Thorpe 1982, anda dan rakan-rakan anda boleh

merancang dan mereka cipta permainan yang menarik dan menyeronokkan. Namakan empat jenis permainan ciptaan anda serta perkara-perkara yang perlu diberi perhatian terhadap pengurusan dan pengelolaan permainan-permainan tersebut.

Nama Permainan Alatan Organisasi

: : :

Pundi Terapung Pundi kacang dan skital

1. Perlawanan tujuh lawan tujuh. 2. Tentukan kawasan permainan. 3. Dua minit masa bagi setiap permainan.

Pundi kacang

Arahan Keselamatan

1. Memastikan murid melakukan aktiviti dalam kawasan masing-masing. 2. Memastikan kawasan aktiviti selamat. 3. Memastikan murid melakukan aktiviti yang diarahkan oleh guru sahaja.

Cara Bermain

1. Pundi kacang yang berjaya dihantar kepada setiap ahli pasukan dikira satu mata. 2. Pasukan lawan perlu menghalang agar mata tidak dapat dikutip. 3. Pundi kacang yang jatuh dikira bola mati dan pihak lawan mendapat satu mata. 4. Pasukan yang mendapat mata terbanyak adalah pemenang.

Nama Permainan Alatan Organisasi

: : :

Masuk Rumah Bola besar, skital, gelung rotan dan tali.

1. Tali direntang ditengah-tengah kawasan permainan. 2. Gelung rotan diletakkan di dalam kawasan permainan. 3. Hanya tiga orang peserta berada di dalam kawasan permainan pada permulaan setiap permainan . 4. Wisel dibunyikan sebagai isyarat mula bermain. 5. Semua pemain ditukarkan setiap kali mata berjaya diperoleh.

Gelung rotan Bola Tali direntang

Arahan Keselamatan

1. Memastikan murid melakukan aktiviti dalam keadaan terkawal dan dalam kawasan yang disediakan. 2. Memastikan murid melakukan aktiviti tanpa bergurau senda. 3. Memastikan murid melakukan aktiviti yang diarahkan oleh guru. 4. Kawasan aktiviti selamat

Cara Bermain

: cuba

1. Peserta menghantar bola melepasi tali yang direntang dan menghalakan bola supaya mendarat di dalam gelung pihak lawan. 2. Ketiga-tiga peserta pihak lawan cuba menghalang. 3. Ketiga-tiga peserta yang menghantar serentak ke arah pasukan lawan. 4. Satu mata diberikan bagi setiap bola yang mendarat di dalam gelung. 5. Bola bertukar tangan pada pasukan lawan pula yang menghatar bola.

Nama Permainan Alatan

: :

Lari Dan Elak Bola kecil, gelung, tali dan skital

Organisasi

1. Tempat selamat di dalam gelung di penjuru kawasan permainan. 2. Empat atau lima orang murid berada di tengah-tengah kawasan permainan dalam bulatan tali sebagai pembaling. 3. Murid lain sebagai pelari

Bola

Gelung

Tali

Arahan Keselamatan

1. Murid melakukan aktiviti dalam keadaan terkawal. 2. Murid melakukan aktiviti dalam kawasan yang telah disediakan. 3. Murid mengikut arahan guru semasa melakukan aktiviti. 4. Kawasan aktiviti yang selamat.

Cara Bermain

1. Pelari bergerak dari satu kawasan selamat ke satu kawasan selamat lain tanpa terkena bola yang dibaling oleh pembaling yang berada di tengah. 2. Pelari bergerak mengikut arah pusingan jam. 3. Pelari dibenarkan berada di kawasan selamat tidak lebih daripada lima saat. 4. Pelari yang terkena bola berada di luar kawasan permainan mengutip bola dan menggolekkan kepada pembaling di tengah.

Nama Permainan Alatan

: :

Bina Perkataan Kad abjad, skital, gelung rotan, kayu panjang dan bangku panjang

Organisasi

1. Empat pasukan dibentuk. 2. Peralatan diletakkan pada kawasan permainan.

Arahan Keselamatan

1. Kawasan persekitaran selamat untuk beraktiviti. 2. Pastikan alatan dalam keadaan baik dan selamat digunakan. 3. Mengenal pasti kemahiran murid semasa melakukan aktiviti. 4. Murid mengikut arahan dan melakukan aktiviti secara sistematik.

Cara Bermain

1. Murid melakukan aktiviti dengan pergerakan merangkak beruang, lompat ketingting diikuti dengan lompat zig-zag atas bangku panjang dan lompat dua kaki serentak melepasi palang. 2. Setiap murid mengambil satu huruf sahaja diakhir kawasan permainan. 3. Murid-murid akan menyusun huruf-huruf membentuk perkataan yang diberitahu guru dengan masa yang pantas dan betul dikira pemenang.

You might also like