You are on page 1of 26

Frasa

Frasa ialah binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi untuk menjadi unit yang lebih besar ataupun sederetan perkataan.

Contohnya: Buku tebal itu / sudah hilang.

Binaan Frasa
Terbahagi kepada 4 jenis: Frasa Nama (FN) Frasa Kerja (FK) Frasa Adjektif (FA) Frasa Sendi Nama (FS)

Frasa Nama
Boleh terletak pada bahagian subjek atau predikat. Kata nama adalah sebagai kata intinya dan boleh hadir dengan penerang atau tidak. Binaan FN boleh terdiri daripada: Inti + Penerang
Inti + Penerang Nama

Contoh: askarMelayu, budakperempuan, gelang kaki, bilik mesyuarat


Inti + Penerang Bukan Nama

Contoh: seekor burung, kasut baharu, rumah di kampung Inti + Inti Contoh: datuk nenek, kampung halaman, pinggan mangkuk, teruna dara

Frasa Kerja
Berfungsi sebagai predikat. Kata kerja sebagai kata intinya. Bersifat transitif (dengan objek) dan tak transitif (tanpa objek). Objek yang menjadi penyambut langsung dipanggil objek tepat (objek yang pertama). Objek yang menjadi penyambut tak langsung dipanggil objek sipi (objek yang kedua).

Frasa Kerja Tanpa Objek Frasa Kerja tanpa objek dengan keterangan (boleh digugurkan) Contoh: Datuk sedang mandi (di sungai itu) Emak sudah pergi (ke pasar) Frasa Kerja tanpa objek dengan keterangan yang (tidak boleh dgugurkan) Contoh: Ali berada di dalam rumahnya Sarimah menjadi penyanyi

Frasa Kerja Dengan Objek


Frasa Kerja dengan satu objek Contoh: Saya menjawab surat itu Penumpang itu menaiki feri Frasa Kerja dengan dua objek Contoh: Tuhan mengurniakan rahmat kepada makhluk-Nya. Kakak memasak makanan untuk kami.

Frasa Adjektif
Kata adjektif sebagai kata intinya. Berfungsi sebagai: 1) Frasa Adjektif sebagai predikat Contoh: Suara penyanyi itu merdu Warna bajunya kemerah-merahan 2) Frasa Adjektif sebagai unsur keterangan (KK) Contoh: Mereka pulang segera Kereta bergerak terlalu laju

3) Frasa Adjektif sebagai penerang KN dalam predikat Contoh: Nasi lemak masakan popular Usman Awanag Pensyair Agung Mempunyai unsur penguat yang terbahagi kepada 3 jenis: Penguat Hadapan : paling, terlalu Contoh: Suasana di stesen bas itu terlalu bising

Penguat Belakang : sekali, benar, nian Contoh: Buah durian yang dipamerkan itu besar sekali
Penguat Bebas : amat, sungguh Contoh: Tentera kita sungguh berani / Tentera kita berani sungguh

Frasa Sendi Nama


Tidak ada kata inti.

Terdiri daripada satu kata sendi nama dan diikuti Frasa Nama. Antara binaan Frasa Sendi: Sendi Nama + Frasa Nama Contoh: ke sekolah rendah daripada kayu jati Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama Contoh: ke luar jendela dari dalam hatinya

Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Ayat Komplemen Contoh: ke dalam medan pertempuran untuk mempertahankan negara Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan Contoh: (1)di atas pangkuan ibu setiap malam (2)ke utara Semenanjung Malaysia pada tahun hadapan

Nota Tambahan

Frasa Nama
Ingat, frasa boleh terdiri daripada satu perkataan atau atau beberapa perkataan. Jika terdiri daripada beberapa perkataan maka inti frasa hendaklah kata nama.
Contoh: Bas awam Basikal adik Basikal Raleigh Contoh di atas, inti frasa ialah bas dan basikal. Kata yang menyusul ialah penerang frasa.

Rumus Frasa Nama (FN)


Kata yang diterangkan, atau inti frasa, hadir dahulu dan kata yang menerangkan, atau penerang hadir kemudian.
Dalam bahasa Melayu, peraturan ini dipanggil hukum D-M, yakni hukum Diterangkan Menerangkan. Contohnya - pisang goreng Sungguhpun begitu, umumnya susunan unsur frasa nama menurut hukum D-M terdapat beberapa kekecualian dalam beberapa keadaan frasa nama yang mempunyai penerangan mengenai nama jawatan atau gelaran dan bilangan bukan ordinal.

Perhatikan contoh-contoh kekecualian berikut:

Selain susunan unsur mengikut hukum D-M, penerang adjektif yang menerangkan inti frasa hendaklah hadir sesudah inti frasa dn diikuti oleh penerang lain dan diakhiri oleh penentu belakang. Contoh:

Frasa Kerja (FK)


1. Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja sebagai intinya. 2. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat. 3. Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif. 4. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja (lihat nota kata kerja)

Pembahagian jenis-jenis frasa kerja boleh diringkaskan seperti di bawah:

Frasa Adjektif
Frasa Adjektif sebagai frasa endosentrik berintipati kata adjektif. Frasa adjektif boleh menjadi predikat. Sebagai unsur keterangan, FA hadir setelah kata kerja atau FK, manakala sebagai unsur penerang FA hadir setelah kata nama atau FN.

Frasa sendi nama


Frasa sendi nama wujud bersama frasa nama dan mungkin diikuti oleh kata arah sebelum frasa nama. Frasa ini boleh didahului oleh kata bantu.

Oleh kerana sifatnya eksosentrik, wujud bersama frasa nama.

ia hanya

Rujukan: http://tatabahasastpm.com/v2/index.php?opt ion=com_content&view=article&id=1147&Ite mid=480

You might also like