You are on page 1of 11

b)

Berikan sekurang-kurangnya enam ciri-ciri insan yang bermoral. Bincangkan cirri-ciri tersebut dari perspektif pemikiran barat, timur dan Islam. Berikan contoh yang relevan dengan situasi kehidupan.

1) Menghormati autoriti Huraian dan contoh Insan yang bermoral ialah insan yang mempunyai sifat hormat menghormati antara satu sama lain. Menghormati autoriti merangkumi ahli keluarga, saudara mara, rakan dan masyarakat perlu menjadi asas bagi mencapai ciri insan yang bermoral . Menghormati orang yang lebih tua terutamanya ibu bapa adalah sangat penting bagi mencapai kesejahteraan dan mendapat keberkatan dalam hidup. Menderhaka kepada ibu bapa merupakan satu dosa besar dan mendapat kelaknatan daripada Pencipta. Sekiranya kita ingin dihormati oleh orang lain, kita perlulah menghormati orang lain terlebih dahulu.

Contohnya, seorang guru sentiasa dihormati oleh masyarakat kerana tugasnya yang begitu besar mendidik anak bangsa dan guru juga mempunyai etikanya tersendiri iaitu menghormati autoriti. kitab Old Testament terdapat Perspektif pemikiran Dalam sepuluh commandmentperaturan yang telah diwahyukan Barat kepada Jesus Christ dan salah satu daripadanya ialah hormatilah ibu ayahnya. Perspektif pemikiran Pengajaran di dalam ajaran Confucius menekankan Timur kepentingan kehidupan bermasyarakat dan institusi keluarga. Lima jenis perhubungan baik di dalam ajaran Confucius menetapkan peranan individu dalam masyarakat iaitu pemerintah kepada rakyat, ibu bapa dan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan. Beliau menegaskan bahawa seseorang anak harus menghormati ibu bapa mereka dan juga harus menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua. Terdapat dalam salah satu teori Dharma (etika hindu) iaitu menghormati orang yang lebih tua. Perspektif pemikiran Ajaran Islam mewajibkan setiap penganutnya menghormati Islam orang lain terutamanya ibu bapa yang telah melahirkan kita

ke dunia ini. Saranan ini diperkukuhkan lagi dengan hadishadis Rasulullah SAW yang menjanjika syurga kepada mereka yang taat kepada ibu bapanya.

2) Berbudi pekerti mulia Huraian dan contoh Berbudi pekerti mulia dan merangkumi pelbagai aspek sama ada dari segi percakapan atau pertuturan yang berbudi bahasa dan tingakah laku atau perbuatan yang sopan. Seseorang yang berbudi pekerti mulia kebiasaannya mudah disenangi oleh masyarakat disekelilingnya dan sentiasa dihormati serta disayangi oleh orang lain. Bagi mencapai ciri berbudi pekerti mulia ini, setiap insan perlulah menghiasi diri mereka dengan sikap, percakapan dan perbuatan yang baik dan disenangi sama ada hubungan dengan Pencipta, ibu bapa, ahli keluarga, saudara mara, rakan dan masyarakat. Sebagai contoh, setiap muslim akan menjadikan junjungan

besar Nabi Muhammad SAW sebagai inspirasi dan tauladan atas sifatnya yang berbudi pekerti mulia. Perspektif pemikiran Wallace, J.D. (1978) yang banyak membincangkan tentang akhlak mulia (virtues) dan kelakuan jahat (vices). Beliau Barat juga telah banyak memberikan bukti bahawa keperibadian mulia adalah satu sifat yang amat penting untuk seseorang manusia serta ketenteraman hidup di sesebuah masyarakat. Feng, Z (1993) dalam laporannya tentang pelaksanaan Pendidikan Moral di sekolah-sekolah negara barat, telah mengemukakan kenyataan bahawa perkembangan akhlak yang mulia pada diri seseorang pelajar semasa pembelajaran di sekolah merupakan kurikulum yang utama dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Perspektif pemikiran Pandangan timur iaitu Aristotle, berpendapat keperibadian Timur mulia termasuklah kemurahan hati. Keperibadian mulia yang bersifat moral menekankan kepada tuntutan berkelakuan baik seperti kemurahan hati. Beliau juga menjelaskan bahawa keperibadian mulia adalah kecenderungan untuk melakukan sesuatu dengan tujuan dan memerlukan latihan dan mengamalkanya sehingga ia menjadi kebiasaan pada diri seseorang itu. Perspektif pemikiran Potongan ayat suci Al-Quran: `Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri Islam teladan yang baik bagi mu iaitu bagi orang yang mengharapkan(rahmat) Allah dan (kedatangan) hari akhirat dan dia banyak menyebut Allah (Surah Al-Ahzab, 21)

3) Tetap pendirian Huraian dan contoh Insan yang bermoral ialah insan yang tetap dengan pendiriannya dan tidak goyah jika ditimpa sebarang musibah atau disogok dengan sebarang kesenangan. Insan yang tetap pendirian akan tegas dengan prinsipnya dan tidak akan sesekali menggadaikan prinsipnya untuk memenuhi kehendak nafsu atau untuk kepentingan dirinya dan orang lain.

Contohnya, insan yang tetap pendirian tidak akan sesekali berbohong untuk mencapai kesenangan dengan mudah seperti ketika menghadapi peperiksaan. Malah, insan seperti ini akan sentiasa menjaga amanah dan tidak akan menipu dengan meniru semasa peperiksaan. Kejayaan yang diperoleh adalah berlandaskan usahanya sendiri dan bukan dengan menipu di dalam peperiksaan kerana insan tersebut mempunyai prinsipnya yang teguh dan tetap. Perspektif pemikiran Brandt (1979) menyatakan seseorang individu mesti Barat mempercayai justifikasi bagi motivasi, perasaan berdosa, sikap bersetuju, perasaan menyanjungi, dan lain-lain yang ada padanya. Satu contoh justifikasi tersebut adalah mengenai agama, menganggap bahawa prinsip-prinsip moralnya ialah kehendak Tuhan, maka dia akan berpuas hati dengan kemoralannya dan berasa rasional untuk melakukan sesuatu yang mungkin bertentangan dengan kebajikannya sendiri dalam jangka masa panjang. Perspektif pemikiran Ditunjukkan oleh semangat juang Mahatma Ghandi yang Timur mempunyai filosofi hidup yang dianut dan dijalaninya dengan teguh, berikut merupakan petikan daripada katakata beliau yang teguh dan tetap pendiriannya bagi memperjuangkan kemerdekaan India, Kamu dapat merantaiku, kamu dapat menyiksaku, bahkan kamu dapat menghancurkan tubuh ini, tetapi kamu

tidak akan dapat memenjarakan pikiranku. Perspektif pemikiran Dijelaskan melalui kisah sumayyah binti Khayyat yang Islam tetap pendiriannya dalam menyatakan agamanya ialah agama Islam. Pelbagai dugaan telah dilaluinya termasuk terpaksa mengorbankan ahli keluarganya demi menyatakan bahawa Allah SWT adalah Tuhannya dan Islam adalah agamanya. Kisahnya sering menjadi pedoman sebagai inspirasi bagi meneguhkan dan menetapkan iman kepada Allah bagi setiap muslim.

4) Berdisiplin Huraian dan contoh Berdisiplin merupakan satu ciri insan bermoral yang perlu ada dalam diri setiap manusia. Berdisiplin boleh didefiniskan dengan pelbagai makna seperti patuh kepada peraturan, menepati masa dan banyak lagi. Patuh kepada peraturan khususnya kepada peraturan atau undang-undang yang ditetapkan oleh sesebuah institusi adalah perlu, begitu juga juga dengan ajaran yang ditetapkan oleh sesebuah agama. Contohnya, jika melakukan perkara yang dilarang dan ditegah oleh ajaran agama seperti menyertai aktiviti yang tidak berfaedah dan memudaratkan seperti black

metal, skin head dan banyak lagi adalah satu tindakan yang tidak berdisiplin dan akan menyebabkan pelaku mendapat dosa disamping merosakkan sahsiahnya. Insan yang berdisiplin akan sentiasa menepati masa dan tidak melengah-lengahkannya. Menepati masa adalah sangat penting kerana masa akan berlalu pergi dan tidak akan sesekali kembali. Oleh itu, tidak menepati masa merupakan satu kerugian yang besar kepada seseorang Perspektif pemikiran Emmet, d. (1987) memberikan penjelasan tentang Barat tujuan manusia mengadakan peraturan, iaitu manusia lebih cenderung dalam mematuhi beberapa peraturan dan mengikut adat resam serta kelaziman hidup dalam menghadapi perhubungan dengan orang lain. Perspektif pemikiran Ajaran Confucius menekankan kepatuhan kepada Timur peraturan sosial seperti dalam keluarga dan negara. Etika hindu yang menggalakkan penganutnya mematuhi disiplin dengan melaksanakan ajaran agama Hindu dan melaksanakan upacara ibadat kepada tuhan mereka. Perspektif pemikiran Menurut agama Islam, menepati masa adalah sangat Islam penting sehingga terdapat satu surah di dalam Al-Quran yang dikenali sebagai Al-Asryang menekankan kepentingan menghargai masa dan kerugian melalaikan masa.

5) Mesra dan ramah Huraian dan contoh Bersifat mesra dan ramah adalah sangat penting dalam mengekalkan ukhuwah dan silaturrahim sesama manusia. Insan bermoral yang mesra dan ramah adalah insan yang sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap keadaan sekeliling serta tidak meninggi diri.

Contoh insan yang mempunyai ciri bermoral seperti ini tidak lokek dengan senyuman, sentiasa memberi salam dan senyuman dan tidak jemu bertanya khabar. Mempunyai sikap mesra dan ramah akan mendatangkan keselesaan kepada orang lain untuk mendampingi kita dan sentiasa disayangi oleh masyarakat sekeliling. Perspektif pemikiran Nagel, Thomas (1970) dalam buku The possibility of altruism menjelaskan perkataan altruisme sebagai Barat Sesuatu sikap atau perbuatan yang menyenangkan orang lain, memanfaatkan dan prihatin terhadap orang lain. Perspektif pemikiran Confucianisme berasaskan ajaran Confucius dapat Timur dirumuskan dalam konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. Apabila Confucius disoal pengikutnya tentang makna perikemanusiaan, dia menjawab "kebolehan mengamalkan lima kebaikan di merata dunia adalah kemanusiaan. Kebaikan itu ialah budi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan sifat baik." Perspektif pemikiran Islam merupakan agama yang menggalakkan Islam penganutnya bersikap mesra dan ramah mengikut sifatsifat Ibadurrahman sebagai firman Allah SWT Sifat Ibadurrahman yang kedua adalah sifat Murah Hati saat bergaul dengan manusia, terutama dengan orang-

orang yang jahil dan bodoh dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, maka mereka mengucapkan kata-kata yang baik (yang mengandung keselamatan, (Q.S. Al Furqan: 63)

6) Pemaaf Huraian dan contoh Sikap saling maaf memaafi perlu dipupuk untuk mengecapi hati yang bersih dan jiwa yang tenang. Insan yang bersifat pemaaf akan sentiasa berada dalam keadaan yang ceria kerana sentiasa berfikiran positif, tidak terburu-buru dalam melakukan pertimbangan dan tidak menanggung dendam yang akan membawa kemudaratan. Pemarah merupakan lawan kepada sifat pemaaf, insan yang pemarah akan sentiasa berasa tertekan dan mudah melakukan tindakan yang melulu seperti meninggikan suara dan memukul. Malah, sikap

pemarah juga akan menyebabkan perasaan benci kepada sesuatu perkara timbul dengan mudah disamping menjadikan fikiran sentiasa pesimis dan paranoid. Contohnya, insan yang pemaaf akan mudah meleraikan pergaduhan dan memperbaiki hubungan dalam sesebuah ikatan persahabatan. Sekiranya tiada sifat pemaaf dalam diri seseorang individu, pertengkaran yang berlaku akan berlanjutan tanpa sebarang peleraian. Perspektif pemikiran Warnock, G.J. (1976) menitikberatkan keadilan, Barat kasih sayang, dan keengganan menyakiti orang lain secara fizikal atau mental. Ashmore,R, (1987) memberikan penjelasan yang terperinci tentang keperibadian mulia (virtues) yang diperoleh dan dikaitkan dengan tabiat (habits) yang dibentuk kemudian. Perspektif pemikiran Dalam kitab suci Sikh terdapat unsur-unsur kemoralan (Sikh Missionary Centre, 1990) mementingkan komponen Timur perhubugan antara manusia dengan mengikis lima perkara yang tidak baik secara moral iaitu dorongan hawa nafsu, tamak, keghairahan dengan kehidupan duniawi, kemarahan dan keangkuhan. Perspektif pemikiran Islam menggalakkan sikap pemaaf ini dipupuk Islam berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan. (Surah Ali Imran, ayat 132). Nabi Muhammad bersabda: Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah. (Hadis riwayat Bukhari).

7) Berkepimpinan Huraian dan contoh Insan yang bermoral perlulah mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dalam dirinya. Kepimpinan yang dimaksudkan ialah mampu membuat keputusan yang tepat dengan mengambil kira faktor-faktor lain dengan sendirinya dan mampu menjadi ketua atau pemimpin kepada orang lain. Sifat kepimpinan yang ada perlulah seiring dengan sahsiah dirinya yang mampu menjadi contoh kepada orang lain atau anak buahnya. Kebiasaannya, seorang pemimpin akan menjadi contoh atau role model kepada orang lain.

Contohnya, seorang bapa yang bertindak sebagai ketua dan pemimpin dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Isteri dan anak-anak akan menjadikan suami atau bapa sebagai contoh dan bapa perlulah menyerlahkan sifat kepimpinan dalam dirinya dan menunjukkan sahsiah diri yang mahmudah disamping bertindak sebagai ketua keluarga yang berkaliber. Perspektif pemikiran Menurut Grassian,V. (1981), untuk menyelesaikan Barat masalah dilema moral, selain daripada menggunakan kebijaksanaan atau intelektualnya (keperibadian mulia) dan merujuk peraturan-peraturan masyarakat, seseorang individu juga perlu memberikan pertimbangan kepada prinsip-prinsip moral yang sentiasa digunakan olehnya secara konsisten. Perspektif pemikiran Confucius percaya bahawa pemimpin mestilah menjadi Timur contoh teladan yang baik kepada anak-anaknya. Keluarga yang baik akan menjadi tunggak dalam membentuk masyarakat yang baik dan murah hati. Contohnya, orang

yang berkuasa mestilah menjadi murah hati dan baik terhadap sesiapa tanpa mengira siapa oang itu, dari mana dia datang dan asal keturunannya. Perspektif pemikiran Menurut pandangan Islam, Nabi Muhammad SAW Islam merupakan satu contoh insan yang mempunyai sifat kepimpinan yang dihormati dan disegani. Setiap bait perkataan yang dikeluarkan oleh Baginda akan dituruti dan dijadikan pedoman. Begitu juga dengan kepimpinan khulafaur Rasyidin seperti berikut; Abu Bakar ash-Shiddiq ra (tahun 11-13 H/632-634 M), 'Umar bin khaththab ra (tahun 13-23 H/634-644 M), 'Utsman bin 'Affan ra (tahun 23-35 H/644-656 M), Ali bin Abi Thalib ra (tahun 35-40 H/656-661 M) dan Al-Hasan bin Ali ra (tahun 40 H/661 M).

You might also like