You are on page 1of 1

Muhamad Zuhairi Firdaus bin Zakarin Km1, Jalan Kampung Padang Keria Sanglang 02800 Kangar Perlis En Nasrudin

Abdul Shukor Pengarah (F52) Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT Universiti Malaysia Perlis 8 Ogos 2010 Tuan/Puan, PERMOHONAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI Saya yang bernama seperti di atas ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan agar dapat memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan industri di syarikat tuan/puan selama 5 bulan bermula dari 19 Disember 2011 sehingga 18 Mei 2012. 2. Untuk makluman pihak tuan/puan, saya merupakan seorang pelajar jurusan Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis. Saya sedang mengikuti pengajian semester tiga di mana salah satu syarat bergraduat adalah mengikuti program latihan industri dengan mana-mana syarikat swasta mahupun badan-badan kerajaan. 3. Hasil pemerhatian saya mendapati syarikat tuan/puan menepati ciri ciri organisasi yang mampu menyediakan latihan yang berkualiti dalam bidang Teknologi Maklumat. Saya juga yakin saya mampu memberi sumbangan untuk kemajuan dan pembangunan syarikat tuan/puan ke arah yang lebih cemerlang. 4. Bersama-sama ini disertakan resume untuk penilaian pihak tuan/puan. Diharapkan permohonan ini akan mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan/puan dan segala kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar, (Muhamad Zuhairi Firdaus bin Zakarin)

You might also like