You are on page 1of 2

3.1 Pengenalan Merancang ialah aktiviti yang penting dalam proses melaksanakan kajian tindakan untuk mencapai objektif.

Dalam konteks kajian tindakan, penyelidik yang hendak menjalankan kajian tindakan seharusnya membuat perancangan yang komprehensif agar tindakan yang diambil benar-benar berkesan dalam mengatasi permasalahan yang telah dikenal pasti. 3.2 Proses merancang dan melaksanakan kajian Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, proses ini melibatkan langkahlangkah yang berikut: 1. Melakukan proses refleksi terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran. 2. Mengenal pasti fokus kajian. 3. Mengenal pasti objektif kajian. 4. Menentukan kumpulan sasaran. 5. Merancang dan melaksanakan tindakan bagi mengatasi permasalahan.

LANGKAH 1: MEREFLEK (Reflect) Mereflek merupakan tindakan mencerminkan diri bagi melihat kekuatan dan kelemahan amalan kendiri di dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia merupakan aktiviti penting di mana seseorang individu perlu mengingat kembali pengalaman yang telah dilalui dan mempertimbangkan serta membuat penilaian. Melalui amalan refleksi ini, tema, masalah, isu atau keprihatinan bagi kajian tindakan yang hendak dijalankan dapat dikenal pasti. Refleksi boleh dilakukan ke atas pengalaman atau aktiviti yang dilalui oleh diri sendiri, murid, kemahiran, persekitaran, isi kandungan mata pelajaran, bahan pengajaran, komunikasi, disiplin dan pengajaran dan pembelajaran.27 Contoh 1: Saya telah memeriksa satu lembaran kerja yang telah saya berikan kepada murid-murid kelas 3E. Saya dapati hampir 60% murid membuat banyak kesilapan semasa membina ayatayat mudah daripada rajah tukar ganti. Mereka juga merupakan murid-murid yang rendah

prestasi akademik setelah streaming. Secara keseluruhannya, mereka amat lemah dalam keseluruhan mata pelajaran. Mereka tidak berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris selain bahasa ibunda. Mereka juga kurang berkomunikasi dengan saya semasa pengajaran dan pembelajaran mahupun di luar bilik darjah. Contoh 2: Pertama sekali saya ingin nyatakan perasaan yang begitu kesal dan tidak berpuas hati terhadap diri sendiri kerana tidak memberikan tunjuk ajar yang betul kepada anak-anak didik saya. Sering kali terdengar perkataan.tak faham. ia teacher..macam mana nak buat. begitu sinonim sekali setiap kali pembelajaran Bahasa Inggeris. Bagi saya mereka terlalu bergantung kepada guru untuk memberi jawapan, mereka tidak ingin mencuba membuat sendiri. Tetapi saya tidak boleh menyalahkan mereka seratus peratus kerana latar belakang keluarga yang miskin, kurangnya perhatian daripada ibu bapa serta tidak ada kemudahan seperti Perpustakaan Awam juga membatasi pembelajaran mereka. Saya pula selalu menjawab .Apalah awak ni yang tu pun.. tak boleh buat. senang aje do it yourself tanpa memberi tunjuk ajar yang betul serta tidak prihatin kepada masalah yang dihadapi oleh murid-murid. LANGKAH 2:

You might also like