You are on page 1of 10

KOMPONEN SISTEM KOMPUTER

1. Komputer ialah mesin yang boleh diprogramkan untuk menerima data (input), memproses data ke bentuk maklumat yang berguna kepada manusia (output) dan menyimpan data dalam storan sekunder untuk simpanan atau kegunaan akan datang. 2. Sistem komputer terdiri daripada tiga komponen utama iaitu perkakasan(hardware), perisian(software), dan akhir sekali pengguna(user).

PERKAKASAN
Perkakasan ialah semua peralatan yang berkaitan dengan komputer. Peranti yang disambung terus ke komputer dikenali sebagai peranti periferal. Ia termasuklah peranti input, output, dan storan sekunder. Terdapat empat unit perkakasan komputer PERKAKASAN KOMPUTER a) unit input b) unit output c)unit pemproses d) unit storan

PERISIAN
Perisian ialah set arahan yang mengarahkan komputer apa yang perlu dilaksanakannya. Ia juga dikenali sebagai program iaitu set arahan yang mengarahkan komputer langkah demi langkah melaksanakan tugas dan menghasilkan keputusan. Terdapat dua kategori perisian. KATEGORI PERISIAN a) Perisian Sistem (System Software) b) Perisian Aplikasi (Application) CONTOH Dos, Unix, OS Ms-Word, Ms-Excel

PERISIAN SISTEM

Perisian Sistem ialah perisian yang direka bentuk untuk melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan pengawalan terus dan penggunaan perkakasan komputer. Contohnya ialah seperti diatas iaitu DOS, UNIX, Operating System dan sebagainya.

PERISIAN APLIKASI Perisian Aplikasi ialah perisian yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau tugas pengguna. Contoh kita boleh nyatakan banyak seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft PowerPoint, Microsoft Access, Notepad, Frontpage Express, Neoplanet, Adobe Photoshop, Macromedia Dreamweaver, dan banyak lagi. Terdapat lima kategori perisian aplikasi. KATEGORI PERISIAN APLIKASI a) Pemproses Perkataan (Word Processing) b) Lembaran Elektronik (Electronic Spreadsheet) c) Pengurusan Pangkalan Data (Database Management) d) Grafik (Graphics) e) Komunikasi (Communication) CONTOH Microsoft Word Microsoft Excel Microsoft Access Microsoft Power Point, Adobe Photoshop Netscape, Neoplanet, Internet Explorer

PENGGUNA Pekerja yang diperlukan untuk melaksanakan sistem komputer. a. Operator Kemasukan Data - menyelesaikan data untuk pemprosesan. b. Operator Komputer - mengawasi komputer, mengkaji prosedur dan memastikan peralatan periferal sentiasa berfungsi. c. Pustakawan - menkatelog dan menyimpan cakera serta pita. d. Pengatur Cara Komputer - mereka bentuk, menulis, menguji, dan melaksanakan program komputer. e. Juruanalisa Sistem - berpengetahuan dalam pengaturcaraan, mereka, merancang dan mereka bentuk sistem komputer . f. Pengurus - pengurus perlu memahami matlamat dan operasi organisasi serta teknologi komputer . g. Pengurus Rangkaian - melaksanakan dan meyelenggara rangkaian.

Komputer Diuji Dari Segi : i. ii. iii. kelajuan kebolehpercayaan ingatan storan

Kategori Komputer a) komputer dapat dibahagikan kepada empat iaitu : KATEGORI KOMPUTER Komputer Mikro - dikenali sebagai komputer peribadi. Contohnya ialah Notebook, Desktop, Laptop Komputer Mini - ia lebih berkuasa dari komputer mikro dan dapat menyokong ramai pengguna pada satu masa untuk kerja yang berbeza. Kerangka Utama - ia merupakan sistem yang besar dan dapat mengawal ratusan pengguna pada satu-satu masa. Komputer Super - ia merupakan komputer yang paling berkuasa dan melibatkan transaksi jarak jauh dan pangkalan data terpusat(integrated database).

UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)


1. Unit Pemprosesan Pusat (Central Processing Unit atau lebih dikenali sebagai CPU) a. bahagian komputer yang menterjemah dan melaksanakan arahan-arahan program b. unit pemprosesan pusat terdiri daripada dua bahagian utama iaitu uint kawalan dan unit arithmetik dan logik.

a) UNIT KAWALAN -unit ini mengarahkan keseluruhan sistem komputer untuk membawa, melaksana dan menyimpan arahan program. Ia mengarahkan pergerakan isyarat elektronik di antara memori dan unit arithmetik dan logik. Ia juga mengarah isyarat kawalan di antara CPU dengan peranti input dan output. b) UNIT ARITHMETIK DAN LOGIK -unit ini melaksanakan dua jenis operasi iaitu operasi arithmetik (tambah, tolak, darab, bahagi) dan logik (<,>,=,<>,>=,<=). Operasi logik ini dikenali juga sebagai perbandingan. Simbol-simbol untuk operasi perbandingan dikenali sebagai (operator perhubungan).

MEMORI (RAM, PRIMARY STORAGE, MAIN STORAGE, INTERNAL


STORAGE, MAIN MEMORY)

1. Memori ialah bahagian komputer yang menyimpan : a. Data untuk pemprosesan b. Arahan-arahan atau program untuk pemprosesan data c. Maklumat iaitu data telah diproses 2. Data dan arahan disimpan dalam memori secara sementara sahaja. Ini adalah kerana : a. Kebaikan jenis memori menyimpan data secara sementara. b. Jika terdapat lebih dari satu program dilaksanakan dalam satu masa yang sama, sesuatu aturcara tidak boleh berada dalam memori secara eksklusif. c. Tiada ruang dalam memori untuk menyimpan data yang telah diproses. 3. Terdapat dua jenis memori iaitu: a. RAM (Random Access Memory) capaian memori jenis ini menyimpan data dan arahan yang akan dilaksanakan secara sementara. Ia bersifat meruap (volatile) iaitu kandungan ingatannya akan terhapus sekiranya tiada arus elektrik. RAM terdiri daripada dua jenis iaitu Statik RAM (SRAM) dan Dynamic Ram (DRAM). Ukuran muatan bergantung kepada jumlah bait yang boleh disimpan. Contohnya 8MB, 16MB, 32MB, 64MB, 128MB dan sebagainya. b. ROM (Read Only Memory) iaitu memori jenis ini menyimpan program dan data secara kekal. Kandungan memori iaitu program dan data hanya boleh dibaca dan digunakan tetapi boleh diubahsuai oleh pengguna. Ia bersifat tidak meruap iaitu (non-volatile) kandungan memori tidak akan terhapus sekiranya tiada bekalan arus elektrik.

DAFTAR
1.Daftar ialah storan sementara bagi sesuatu arahan dan data yang sedang dilaksanakan oleh CPU. Ia bukan sebahagian daripada memori tetapi ia merupakan storan tambahan yang mempunyai kelebihan dari segi kepantasan. Daftar dikawal oleh unit kawalan untuk menerima, menyimpan dan menghantar arahan dan data. Ia membenarkan perbandingan arithmetik dan logik dilakukan dengan pantas. Daftar ini dikenali sebagai Daftar Storan Berkelajuan Tinggi. 2. Terdapat beberapa jenis daftar iaitu: a. b. c. d. Daftar Penghimpun (accumulator) - untuk simpan hasil pengiraan Daftar Alamat - simpan alamat lokasi dalam memori Daftar Storan - simpan data yang akan dihantar atau diambil dari memori Daftar Am (general purpose) - berguna untuk pelbagai fungsi seperti operasi arithmetik

KUASA DAN KELAJUAN KOMPUTER

Kelajuan komputer dinyatakan dalam unit-unit berikut :i. ii. iii. Megahertz - MTTZ (Millions Of Machine Cycle Persecond) MIPS (Million Instructions Persecond) Megaflop (one million floating-point operation persecond)

- mengukur kebolehan komputer untuk melaksanakan operasi matematik yang kompleks. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kelajuan komputer. a. Kelajuan Pemproses Mikro - kepantasan pemproses mikro diukur dalam megahertz. Kelajuan pemproses mikro dipengaruhi oleh bilangan komponen didalamnya. Lebih banyak komponen lebih tinggi keupayaan pemprosesnya. b. Saiz Laluan (bus line) - bus line ialah satu laluan elektronik untuk membawa data dari satu tempat ke tempat yang lain dalam sistem komputer. Jumlah data yang boleh dibawa dalam satu masa dikenali sebagai lebar bus (bus width). Secara umumnya lebih besar bus lebih banyak data dapat dibawa dalam satu masa. c. Cache Memory - cache memory ialah memori yang berkelajuan tinggi yang menyimpan data dan arahan yang sedang dilaksanakan. Ia dapat memperbaiki kelajuan pemprosesan data. Data dan arahan yang disimpan didalamnya ialah data yang kerap digunakan.

INPUT

1. Input ialah data yang dimasukkan ke dalam komputer untuk di proses di mana data akan ditukar ke bentuk isyarat digital supaya boleh difahami oleh komputer (bahasa mesin)[0-1]. 2. Cara kemasukkan data:a. Pemasukkan secara transkriktif - data pada mulanya dimasukkan ke dalam dokumen seperti mengisi borang dan kemudian di masukkan ke dalam komputer oleh manusia. Contoh : papan kekunci (keyboard) b. Pemasukkan secara data sumber - data dimasukkan menggunakan peranti input yang boleh membaca secara terus sumber data tersebut. Contoh, data dalam bentuk kod bar pada barangan akan dibaca menggunakan peranti input bar code reader. 3. Peranti Input - peranti yang digunakan untuk memasukkan data yang hendak diproses dimana input akan ditukar ke bentuk isyarat digital yang difahami oleh komputer. 4. Kategori Peranti Input :a. b. c. d. e. f. g. h. i. Peranti Input Papan Kekunci Peranti Penunjuk - tetikus, joystick, trackball, skrin sentuh, pena cahaya Peranti Pengesanan - bar code reader, scanner, peranti OMR, MICR inscriber Mesin Pembaca Magnetic Stripe Card, Smart cards, dan Optikal Cards - kad kredit, ATM, kad pintar (kad telefon) Peranti Pengesanan Input Suara - peranti ini dapat menerima percakapan melalui mikrofon dan menukar percakapan manusia ke kod digital untuk diproses oleh komputer. Peranti Input Audio - merekod bunyi dalam bentuk analog dan menukar ke isyarat digital Peranti Input Video - ia akan menukar isyarat analog dari VCR cakera video ke bentuk isyarat digital. Contoh, VCD dan CD. Peranti Input Kamera - mengambil gambar dalam bentuk elektronik untuk tayangan terus kepada monitor Peranti Input Pengesanan - peranti input akan mengesan data tertentu secara terus dari persekitaran dan menghantarnya ke komputer. Data yang dapat dikesan seperti kelajuan, berat, tekanan, suhu angin dan cahaya.

OUTPUT

1. Output ialah maklumat yang berguna yang akan dikeluarkan oleh komputer hasil dari pemprosesan data yang dikeluarkan dalam bentuk yang difahami oleh manusia, komputer atau peranti lain. 2. Bentuk output a. Salinan Keras (Hard Copy) - iaitu output yang dihasilkan secara kekal dan boleh disimpan. Contoh : cetakan diatas kertas oleh pencetak. b. Salinan Lembut (Soft Copy) - ialah output yang dihasilkan secara sementara iaitu ia tidak dapat dikeluarkan jika tiada bekalan elektrik. Contoh : Paparan pada monitor dan output suara. 3. Peranti output ialah perkakasan yang digunakan untuk mengeluarkan output di mana output dalam bentuk yang komputer fahami akan ditukar ke bentuk yang boleh difahami oleh manusia atau peranti lain. Contoh : monitor, pencetak, COM (computer outputmicroform), peranti output suara, peranti output muzik, pemplot.

STORAN SEKUNDER
Storan sekunder merupakan peranti untuk menyimpan arahan dan data secara kekal (nonvolatile). Di mana arahan dan data yang di simpan tidak akan terhapus apabila suis dimatikan tetapi storan sekunder dikatakan bersifat semipermanent kerana dengan memberi arahan tertentu, arahan dan data di dalamnya boleh dihapuskan. Contoh : Delete. Storan sekunder digunakan untuk menyimpan arahan dan data yang banyak bagi kegunaan akan datang. Oleh sebab itu, storan sekunder diperlukan walaupun komputer sudah mempunyai memori untuk menyimpan data dan arahan. KEBAIKAN STORAN SEKUNDER 1. Menjimatkan ruang - data dari fail dan buku yang banyak boleh disimpan dalam ruang storan yang bersaiz kecil dan tidak memerlukan ruang seperti rak yang besar. 2. Kebolehpercayaan (reliable) -data yang disimpan selamat dari pengguna yang tidak mengetahui tentang komputer atau pengguna yang tidak bertanggungjawab mahupun pengguna yang tidak diberi hak penggunaan. 3. Mudah dicapai (convenience) - data dan arahan yang disimpan didalam storan boleh dicapai dengan mudah dan cepat pada bila-bila masa. 4. Ekonomi - kos storan sekunder lebih jimat berbanding kos untuk membeli rak (kabinet). Storan sekunder lebih ekonomi jika dibandingkan dengan kebaikan iaitu boleh menyimpan dengan muatan yang banyak, keselamatan data yang di simpan dan kemudahan untuk mendapatkan kembali data yang disimpan.

JENIS-JENIS STORAN

CONTOH

SEKUNDER Cakera Magnetik Pita Magnetik Cakera Optikal

Hard disk, cakera liut Katrij, Kaset CD-ROM (Compact Disk Read Only Memory), Worm

HIRARKI ORGANISASI DATA


1. BIT - ia adalah digit-digit binari yang diwakili dengan 0 dan 1. 2. BAIT - ia adalah gabungan beberapa bit bagi mewakili sesuatu aksara. Satu bait mewakili 8 bit. Satu aksara sama ada huruf, digit, atau aksara khas (+, &, $, %). 3. MEDAN - terdiri daripada beberapa aksara yang berkaitan. Contoh : nama, no. pelajar, kelas. 4. REKOD - merupakan koleksi medan-medan yang berkaitan. Contoh : [nama (Ali), tarikh lahir (1/02/1983),kelas(5E)] 5. FAIL - fail ialah koleksi rekod-rekod yang berkaitan. 6. PANGKALAN DATA - ia adalah koleksi fail-fail yang berkaitan dan boleh dihubungkait antara satu sama lain.Contoh : Fail Pelajar [nama, no. pelajar, i/c ] dan Fail Markah [nama, no. pelajar, i/c ]

PENJAGAAN PERKAKASAN KOMPUTER


1. Sistem komputer menggunakan kuasa elektrik. Oleh itu, jagaannya sama seperti barangan elektrik yang lain. 2. Ia harus dielakkan daripada terkena air. 3. Jaga supaya komputer tidak terjatuh atau dihempaskan. 4. Musuh utama komputer adalah debu. Pastikan keadaan sekeliling bersih. 5. Semasa lampu pemacu cakera(disk-drive)semasa menyala, jangan masuk atau keluarkan cakera liut(disket). Ini akan merosakkan pemacu ataupun kandungan cakera liut. 6. Pastikan keadaan sekeliling komputer tidak terlalu panas dan lembap. Ini akan merosakkan komputer. 7. Data di dalam ingatan komputer akan hilang sekiranya berlaku gangguan elektrik. Terdapat dua jenis gangguan elektrik iaitu : CARA MENGATASI Pasangkan sebuah penstabil(AVR) untuk a) Bekalan elektrik mungkin tidak stabil. memastikan bekalan elektrik sentiasa stabil. b) Bekalan elektrik mungkin terputus. Gunakan alat pembekal kuasa tanpa JENIS GANGGUAN ELEKTRIK

gangguan (UPS)-Uninterupted Power Supply. UPS ini akan membekalkan kuasa elektrik yang dijana dari kuasa bateri apabila kuasa elektrik terputus. Dengan ini, pengguna sempat menyimpan datanya dan meneruskan tugasnya setelah bekalan elektrik pulih semula. PENJAGAAN CAKERA LIUT(DISKET) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Jangan usik permukaan cakera liut yang senang tercemar. Jangan gunakan alkohol atau cecair lain untuk membersihkan cakera liut. Jangan letakkan cakera liut berdekatan dengan medan magnet. Jangan bengkokkan atau lipatkan cakera liut. Jangan letakkan objek yang berat di atas cakera liut. Jangan gunakan pemadam getah di atas cakera liut. Simpan cakera dalam sampulnya semasa tidak digunakan dan kesemua cakera liut hendaklah disimpan di dalam kotak yang dikhaskan. 8. Jaga supaya cakera liut tidak terjatuh lebih-lebih lagi ke permukaan yang kotor. 9. Jangan dedahkan cakera liut kepada cahaya atau keadaan panas terik. 10. Lekatkan label pada tempat yang sesuai di atas cakera liut. 11. Pastikan anda membuat salinan bagi setiap cakera liut yang anda gunakan. Jika sebuah cakera liut termusnah sekurang-kurangnya simpanannya masih ada. 12. Masukkan cakera liut perlahan-lahan serta lurus ke dalam pemacu cakera.

You might also like