You are on page 1of 4

III.

KEDUDUKAN TERAKHIR TUGAS-TUGAS YANG BELUM SELESAI


TUGAS-TUGAS BELUM SELESAI KEDUDUKAN SEKARANG TINDAKAN SUSULAN YANG DIPERLUKAN Menyiapkan dokumendokumen yang sesuai khasnya Pelan Taktikal & Pelan Operasi keseluruhan untuk UPSR 2012. RUJUKAN FAIL , PEGAWAI / JABATAN YANG BERKAITAN 1)En Mohd Nasir b Mohd Noor (GPK 1) 2)En Mahime b Mat Isa 3)Pn Arni Suriati bt Anuar CATATAN

1. PROGRAM PENINGKATAN UPSR

Dokumen-dokumen lengkap untuk dirujuk belum disiapkan sepenuh nya.Akan menjadi dokumen utama untuk dirujuk oleh pemantau dari JPNPs & Jemaah Nazir.

* Telah minta Penyelaras , S/U dan Penolong S/U Peperiksaan sediakan.Sila rujuk untuk pengesahan.

2. TUISYEN BAHASA INGGERIS & TUISYEN MATEMATIK UPSR /MURID POTENSI CEMERLANG

Mendapat tajaan dari Hamba Allah.Tenaga pengajar Pn Mazlin & En Abd Razak dari SK Lubuk Sireh.

Sila rujuk Pn Rusnah (GPK HEM) untuk maklumat terkini.Sila pantau program ini khasnya pembayaran wang setiap kali guru hadir 4 kali ke kelas tuisyen ini.

Puan Rusnah bt Shaari (Wang diserahkan oleh saya kepadanya untuk mengurus.Tidak diserahkan kepada GPK 1 kerana bimbang tidak diuruskan dengan amanah sebab melibatkan guru luar.)

3. SISTEM FAIL SEKOLAH

Sistem Fail sekolah yang standard untuk Unit Pentadbiran , Kurikulum , HEM & kokurikulum baru disiapkan.Unit Kurikulum & HEM hampir lengkap diisi.Unit Kokurikum sedang dalam proses.Hanya Unit Pentadbiran tidak diisi sebab baru disiapkan.Semua fail berada di Bilik Gerakan di bawah jagaan GPK

Sila pastikan isi fail diisi oleh guru-guru yang diberi tanggungjawab.

Rujuk semua GPK dan Setiausaha setiap unit.

*Terdapat fail pentadbiran yang tidak boleh didedahkan umum.Nasihat saya ,fail-fail Unit Pentadbiran eloklah berada di Bilik GB.

berkenaan.

4. WANG SAGUHATI 10% HASIL JUALAN BUKU KERJA DARI PUSTAKA AMAN

Semua bayaran untuk buku kerja diselesaikan . 10 % saguhati kepada sekolah akan diberi kepada Guru Besar untuk dimasukkan samada ke akaun PIBG atau akaun SUWA.Wang ini boleh digunakan untuk pelbagai hal di sekolah.

Rujuk En Habib dari Pustaka Aman untuk makluman lengkap sekitar 30 Julai 2012.

Semua urusan jualan adalah di bawah PIBG.Guru yang dapat dirujuk berkenaan penyata jualan ialah En Saidin (Bendahari PIBG) dan Pn Rohaya (Guru BMK)

5. PERTUKARAN TANDA TANGAN CEK PIBG

1) Tanda tangan Pengerusi dan Setiausaha tidak pernah dibuat baru. Masih pakai tanda tangan Pengerusi lama iaitu Puan Rison dan Setiausaha En Mohd Radzi. 2)Saya hanya sempat uruskan agar akaun kembali aktif setelah dibekukan oleh bank kerana tiada urusniaga sejak 2007.

1) Sila uruskan agar En Mat isa b Saad(Pengerusi PIBG) dan Pn Zainiti ( SU PIBG) dapat isi borang pertukaran penandatangan baru dan hadir ke bank untuk tindakan lanjutan.

En Saidin bin Abdullah ( Bendahari PIBG)

Urusan cuba diselesaikan oleh saya tetapi gagal kerana kurang kerjasama .

6. MEMBETULKAN URUSAN KEWANGAN PIBG

1)Sejak 2007 , wang yuran PIBG dan dana-dana tidak dibankkan. Wang dipegang tunai kerana tidak tahu bahawa hal ini salah serta mudah diurus. 2) Untuk tahun 2011 , wang yuran tidak dibankkan kerana akaun beku.Saya telah uruskan agar akaun kembali aktif .Akaun

I) Sila pastikan Bendahari 1)En Saidin b Abdullah menjalankan urusan kewangan dengan betul iaitu memasukkan wang ke bank setiapkali ada urusniaga.Wang tunai tidak melebihi RM 200.00 di tangan. 2) Pastikan Bendahari mendapat kelulusan AJK

kembali aktif mulai Disember 2011 setelah melalui beberapa proses yang agak lama dari pihak CIMB. 3) Saya telah arahkan agar En Saidin memasukkan wang Yuran & Dana-dana ke akaun PIBG mulai 2012.Permulaan kutipan yuran ialah Mac iaitu selepas Mesyuarat Agung PIBG & kelulusan Pendaftar.

untuk membelanjakan wang PIBG melebihi RM 200.00 Amalan sebelum ini Bendahari berkuasa penuh membelanja -kan wang PIBG tanpa had & kelulusan AJK.

7. HUTANG KEDAI KAYU

I) Pihak sekolah telah berhutang membeli peralatan-peralatan seperti pasir , bata , paku dll untuk urusan naik taraf dan penyeleng -garaan sekolah semasa En Madzlan b Sharif menjadi Guru Besar. Pihak kedai tidak membuat invoice untuk sekolah selesaikan bayaran. 2) Saya cuba selesaikan bayaran apabila dimaklumkan hal ini oleh Puan Norma bt Bakar (mantan GPK 1) dan En Saidin b Abdullah. Walaubagaimanapun pihak kedai tidak dapat siapkan invoice dengan alasan tiada masa.

1) Pihak sekolah hanya tunggu invoice disiapkan oleh pihak kedai.Jika tiada , maka pihak sekolah tidak bertanggung -jawab membayar.Jika ada sila berbincang dengan Pembantu Tadbir untuk tindakan lanjut.

1) En Saidin b Abdullah 2) Pn Azizan bt Mohd Noor ( PT )

8. STATUS WANG SUMBANGAN CIMB UNTUK PROJEK KECEMERLANGAN UPSR

1) Pihak saya pernah menulis surat kepada Pintar Foundations yang mengurus dana-dana dari Syarikatsyarikat korporat sekitar bulan Januari lalu.Hasilnya sekolah telah mendapat tajaan CIMB yang bernilai RM 20 000.00 untuk tujuan kecemerlangan UPSR. 2) Wang tersebut telah diserahkan tunai oleh En Abdul Razak b Kholim kepada En Mohd Nasir( GPK 1) semasa beliau memangku GB kerana saya telah bersara.

1)Sila dapatkan maklumat lanjut status wang dan perlaksanaan program . 2)Wang mesti diakaunkan ke akaun SUWA sekolah ataupun akaun PIBG. 3)En Mohd Nasir(GPK 1) masih kurang arif tentang kewangan dan mungkin tidak bertindak sewajarnya.

1)En Mohd Nasir bin Mohd Noor( GPK 1) 2)En Abdul Razak b Kholim (Bekas Penyelia BI) yang bertugas secara sambilan dengan CIMB untuk kecemerlangan UPSR Perlis.

You might also like