You are on page 1of 22

TEMA 2

TRENDA DAN ISU-ISU PENDIDIKAN TAJUK1: PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN


AHMAD FAKHRURRAZI BIN CHE DAUD NIK AMBARE BIN NIK ABDULLAH MOHAMMAD FIRDAUS BIN JUSUF MOHAMMAD AZMI BIN OTHMAN

TRENDA DAN ISU-ISU PENDIDIKAN


Perkembangan ICT Kurikulum Kebajikan guru Disiplin Kualiti pendidikan Visi Misi Dasar pendidikan Penglibatan masyarakat

PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN
Konsep demokrasi dalam sistem keehidupan manusia bukan hanya terbatas kepada proses pemilihan kerajaan tetapi merupakan satu bentuk amalan dan cara hidup bermasyarakat. Demokrasi dikenalpasti sebagai satu proses yang berterusan. Sehubungan dengan itu untuk memastikan proses demokrasi wujud dalam kehidupan, setiap orang perlu diberi hakdanpeluang untuk menemukakan pandagan yang melibatkan kepentingan mereka( Deway, 1916,1958,1966;Beane&Apple, 1995;OHair, 2000)

Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di bawah pengelolaan UNDP(United Nations Development Programme) menggariskan program pembangunan manusia merupakan poses penyediaan peluang dari aspek: Politik Ekonomi Sosial Kepada setiap individu untuk mendapatkan peluang pendidikan, menjadi produktif, kreatif, dan dihormati sebagai manusia serta mempunyai peluang untuk membuat pilihan iaitu secara demokrasi (a process of englarging peoples choices)UNDP,1990.

Pelaksanaan dasar-dasar negara untuk mencaa dan memenuhi matlamat demokrasi dalam semua bidang merupakan tugas paling penting dan kritikal dihadapi oleh samada negara maju atau sedang membangun. Kebanyakan negara membangun berdepan dengan masalah kepelbagaian (diversity) dan perbezaan latar belakang masyarakat, status sosioekonomi, sosiebudaya dan pendidikan (OHair dll,2000)

Konsep pendokrasian Pendidikan


Mengikut kamus dewan pendemokrasian peluang, tindakan atau proses manakala pendidikan bermaksud mendidik dengan ilmu pengetahuan. Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi kanak-kanak mendapat hak yang sama terhadap peluang-peluang pendidikan. Pendemokrasian pendidikan itu ditegakkan atas beberapa prinsip-dan antaranya secara bebas, tanpa sebarang sekatan yang tertentu atau setidak-tidaknya pada peringkat asas dan peringkat dasar.

Salah satu aspek pendemokrasian pendidikan di Malaysia ialah memberikan peluang seluasnya kepada murid untuk mendapat pendidikan tanpa mengira kelas sosial, kaum, sosioekonomi dan juga gender. Pendemokrasian pendidikan merupakan salah satu strategi unuk mencapai misi pendidikan negara, telah mendedehkan masyarakat Malaysia kepada peluang yang luas bagi memperoleh pendidikan pada semua peringkat.

Di Malaysia, pendemokrasian pendidikan tidak berlaku semasa zaman penjajahan. Anggotaangota masyarakat tidak mempunyai peluang yang sama apabila sekolah-sekolah dibezakan mengikut kaum, kelas atau status, kurikulum dan lokaliti. Yuran yang dikenakan pada ketika itu juga menyulitkan lagi penduduk miskin. Oleh itugolongan miskin atau sebahagian besar penduduk Malaysia pada ketika itu talah dinafikan hak untuk mendapatkan pendidikan.

Desakan antarabangsa dalam semua segi kerana perkembangan dalam pengguanaan teknologi komunikasi, memaksa kerajaan merombak sistem pendidikan dei melahirkan tenga kerja yang sesuai dengan keperluan semasa dan bersifat global. Perkembangan ekonomi dan industri yang berlaku dengan pesatnya tidak bermakna jika tidak diseimbangkan dengan kesejahteraan sosial, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dan kebudayaan yang terpelihara. Semua ini boleh direalisasikan dengan adanya pendemokrasian dalam sistem pendidikan negara.

Dalam bidang endidikan, setiap orang perlu diberikan hak dan peluang untuk mendapatkan peluang pendidikan mengikut keupayaan dan keupayaan dankebolehan masing-masing bagi memenuhi keperluan di dalam kehidupan mereka(UNESCO, 1991). Walau bagaimanapun masalah pembangunan infrastruktur dan penyediaan peluang pendidikan serta pengagihan peruntukkan pembangunan yang tidak seimbang antara bandar di negara-negara sedang membangun khususnya, merumitkan keadaan untuk melaksanakan konsep pendemokrasian yang terbaik. Keadaan ini membawa kepada penerusan jurang perbezaan kemajuan yang dicapai antara masyarakat luar bandar berbanding masyarakat bandar.(World Bank, 2000)

Jurang yang wujud antara masyarakat bandar dan luar bandar dalam pelbagai bidang adalah berpunca daripada deprivasi yang dihadapi oleh masyarakat luar bandar untuk mendapat pendidikan yang berkualiti(Deepa, 2000).Darling-Hammond (1997) di dalam OHair,(Faundations of Democratic Education) menjelaskan pendidikan yang berkualiti yang berkualiti untuk semua sangat perlu dilaksanakan di dalam masyarat yang mengamalkan konsep demokrasi.

Konsep asas pendemokrasian adalah penyediaan peluang pendidikan untuk semua tanpa mengira etnik, latar belakang, status sosioekonomi dan geografi. Pendomokrasian pendidikan juga merujuk kepada penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan dalam pendidikan danmenjadikan pendidikan sebagai agen untuk meningkatkan kejayaan dan kualiti hidup mereka(Deway, 1996)

Darling-Hammond (1997) pula menjelaskan sekolah sebagai institusi pendidikan perlu menyediakan murid untuk menjadi warganegara yang demokratik dan mengamalkan nilai unggul dalam demokrasi. Justeru institusi sekolah tidak wajar diwujudkan secara berasingan mengikut kelas sosioal, kaum, budaya dan lokaliti.kegagalan untuk mendapatkan peluang pendidikan yang berkualititelah membataskan peluang masyarakat tidak beruntung(disadvantaged) di luar bandar untuk maju dalam bidang ekonomi dan sosial.

Kedudukan ini jika tidak diatasi dengan intervensi dan pelaksanaan dasar yang berkesan akan melahirkan fenomena kitaran sosial(social reproduction). Fenomena ini melebarkan jurang ketidak beruntungan anatara masyarakat bandar dan luar bandar. Untuk memecahkan kebuntuan ini, pendidikanmerupakan mekanisme berkesan untuk mengubah status sosioekonomi dan mobaliti sosial masyarakat yang boleh membawa kepada perubahan danpemodenan(Inkeles, 1974; Abd. Rahim, 2002)

Dari segi perubahan dan kemajuan, banyak kajian telah menunjukkan bahawa pendidikan yang diperoleh menerusi instituti persekolahan boleh membawa kepada perubahan sesebuah negara daripada kurang maju kepada keadaan lebih moden. Inkeles(1974), umpanya, telah mengkaji modenisasi dari perspektif sosiologi pembagunan dan merumuskan bahawa terdapat hubungan secara langsug antara institusi, nilai, sikap, dan masyarakat ke arah pembagunan ekonomi.

Dalam kehidupan bermasyarakat di negara kita, pendidikan adalah salah satu institusi yang sangat penting untuk kemajuan masyarakat dan pembagunan insan yang menganggotainua. Melalui pendidikan, kita boleh mewariskan serta mengebangkan nilai dan ilmu serta memajukan teknologi dan peradaban dari generasi ke generasi. Begitu juga, memlaui pendidikan kita boleh menambahkemahiran serta kebolehan insan, memperbaiki kedudukan sosioekonominya, mempertajam fikiran yang kritikal serta kritis dan mempertingkatkan nilai ahklak . Pendidikan adalah merupakansatu kekuatan nasional yang boleh menjamin mas depan rakyat dan juga kecemerlangan negara. Oleh yang demikian, peluang pendidikan haruslah diberikan kepada semua individu tanpa mengira taraf sosioekonomi mereka.

Hussein Haji Ahmad (1993) telah menyenaraikan beberapa fungsi umum pendidikan iaitu seperti sebagai penyalur budaya dan ilmu, penyalur kemahiran dan ketrampilan, penyalur kepercayaan dan sistem , persedian untuk alam pekerjaan, penawasan belia, remaja dan kanakkanak dan perhubungan rakan sebaya. Beliau juga membuat kesimpulan bahawa peranan sisitem pendidikan sehingga akhir tahun 1980-an bermotif tiga perkara utama iaitu seperti berikut: Untuk menyediakan tenaga kerja negara Pendidikan sebagai asas perpaduan kaum Untuk pembinaan disiplin dalam kalangan rakyat berbilang kaum

Berdasarkan tiga perkara utama tersebut, maka pihak kerajaan melalui KPM perlu melaksanakan sepenuhnya pendemokrasian pendidikan. Sebagi sebuah negara sedang membangun, Malaysia sedang giat memperluaskan gagasan pendemokrasian pelbagai peringkat pendidikan dengan menjadikannya sebahagian daripada dasar nasional. Selari dengan matlamat dasar pendemokrasian pendidikan, pelbagai program pempagunan pendidikan menerusi Rancangan Lima Tahun dan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRPJ) telah dan akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Pelbagai projek penyedian infrastruktur pendidikan telah dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke Lapan, 2001-2005 (RMKe-8) dan Rancangan Jangka Panjang Ke Tiga, 2001-2010 (RRJP3) untuk meningkatkan aksesibeliti, ekuiti dan kualiti pendidikan yang menjurus ke arah pelaksanaan dasar pendemokrasian pendidikan (Kementerian Pendidikan Malaysia, Kpm, 2001)

Di samping itu konsep pendemokrasian dalam pendidikan di negara ini merangkumi dasar-dasar penting seperti pelaksanaan pendidikan wajib peringkat asas, dasar sekolah jenis vernakular pendidikan 13 tahun,(P-12), sekolah agama, ekolah swasta, kenaikan secara automatik ke empat peringkat menengah, pendidikan jarak jauh peringkat tinggi, pendidikan sepanjang hayat (life-long learning), pendidikan untuk semua ( education for all) dan tidak ketinggalan mewujudkan sekolah-sekolah bersaiz kecil di kawasan pedalaman.

Walau bagaimanapun hasrat untuk melaksanakan konsep pendemokrasian secara menyeluruh dalam bidang pendidikan menjadi sukar kerana negara masih berdepan dengan faktor kepelbagaian latar belakang kaum, status sosioekonomi, demografi, geografi dan saiz populasi masyarakat. Masalah ini menjadi lebih sukar dengan wujudnya perbezaan kategori, saiz dan jenis sekolah, kepelbagaian etnik, identiti masyarakat, hak autonomi dalam pengurusan sekolah dan kepentingan politik kaum-kaum tertentu di dalam pendidikan.

Persoalan yang sering timbul dalam proses perangcangan, penggubalan dasar dan peruntukan belanjawannegara untuk institusi sekolah adalah bagaimana cara yang paling strategi dari aspek pendidikan, sosial dan ekonomi untuk memastikan peluang pendidikan asas yang berkualiti dapat diterima oleh setiap murid tanpa mengira lokas sekolah, jenis sekolah, kategori sekolah dan status sosioekonomi murid( World Bank, 1980)

You might also like