You are on page 1of 3

Soalan:Dalam situasi dunia yang sedang bergolak, kemajuan dalam bidang sukan penting bagi mewujudkan perpaduan sejagat

dan meningkatkan imej sesebuah negara. Ulaskan pernyataan ini. Pendahuluan -bidang sukan merupakan salah satu aset terpenting dalam memacu kemajuan sesebuah negara. -Bidang sukan mempunyai banyak kepentingan khususnya bagi mewujudkan perpaduan sejagat dan mementingkan imej negara. Isi Pertama AT :mengeratkan silaturrahim antara atlet negara dan luar negara. AH : AC : AP : Tegaslah bahawa kemajuan sukan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara negara. Semasa sukan Olimpik dan sukan Komanwel atlet-atlet dapat berkumpul dan beramah mesra. Persefahaman dapat dijalankan. Apabila atlet luar negara dan dalam negara berkumpul sama, hubungan ukhwah dapat dieratkan. Sekaligus persengketaan dapat dilupakan dan keamanan sejagat dapat diwujudkan.

UM :bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Isi Kedua AT :-dapat membentuk semangat cinta akan tanah air. AH : AC : Apabila menyertai pertandingan, seseorang pemain akan menunjukkan semangat juang yang jitu untuk mencapai kemenangan. AP : -nyatalah bahawa kemajuan sukan dapat membentuk semangat cinta akan negara. Persaingan yang sihat dan sengit antara pemain untuk merebut kejuaraan dapat diwujudkan. Menyemai semangat untuk berjuang demi negara tercinta.

UM :biar putih tulang jangan putih mata. Isi Ketiga AT :dapat berkongsi idea dan teknologi dalam bidang berkaitan sukan. AH : Dapat berkongsi idea dan pendapat. Dapat berkongsi kepakaran dalam sesuatu permainan.

Berpeluang memerhati dan mengaplikasi teknologi yang digunakan oleh negara maju dalam bidang sukan. AC : -negara mengimport tenaga pengajar contohnya dalam sukan badminton dan pasukan bola sepak negara. AP : -tegaslah di sini bahawa kemajuan sukan membolehkan kita berkongsi idea dan teknologi dalam bidang sukan. UM :yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Isi Keempat AT :dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum. AH : Masyarakat yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India dapat berkumpul dan beramah mesra. Permuafakatan dan persefahaman dapat dijalinkan.

Dapat mengelakkan sifat mementingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. AC : Dalam sesuatu pertandingan, masyarakat dapat beramah mesra dan mengenali jiran mereka dengan lebih rapat. AP : Tuntaslah bahawa kemajuan sukan dapat mewujudkan perpaduan antara pelbagai etnik.

Isi Kelima AT :memperkenalkan Malaysia di mata dunia. AH : Dalam sesuatu pertandingan, rakyat Malaysia berpeluang membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa. Kejuaraan atlet dalam sesuatu pertandingan akan mengharumkan nama negara dan seterusnya membawa kepada kemajuan dalam sektor pelancongan. AC : Nicol Ann David mengharumkan nama negara dengan menjadi pemain nombor satu dunia dalam sukan squash. AP : Jelaslah di sini bahawa kemajuan sukan dapat memperkenalkan Malaysia di mata dunia.

UM :hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Penutup : Kesimpulannya, kemajuan sukan dapat mewujudkan perpaduan sejagat di samping meningkatkan imej negara. Oleh itu, semua pihak haruslah bersatu menggembeling tenaga memajukan sukan supaya Malaysia mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju yang lain dalam bidang sukan. Majulah sukan untuk negara.

You might also like