You are on page 1of 2

Fail: NUR / AUR & TEBING / Okt 03 Sofiyah Rasin Jiwa Tauhid penjana personaliti magnet Bagaimana besi

tertarik kepada magnet, begitulah daya penarik yang ada pada personaliti magnet. Bukan itu sahaja, malah besi sendiri mendapat sedikit kuasa magnet apabila bersentuhan. Personaliti menarik yang dijana oleh jiwa tauhid sejati menjadi aset yang cukup kukuh untuk membentuk persekitaran kerja yang cekap, cemerlang dan harmoni. Personaliti magnet paling penting mereka yang memegang autoriti eksekutif biasa hinggalah ketua pemimpin teratas dalam pejabat. Ada empat intipati utama jiwa tauhid yang dapat membina personaliti ini - merasa kewujudan Allah, menyedari bahawa diri kita adalah hamba Allah, memahami konsep takdir dan menghayati hikmah setiap peristiwa yang berlaku. Adunan sebati keempat-empat elemen ini menjadi pil yang menggerakkan akal, emosi, jiwa dan seluruh anggota sehingga lahirlah personaliti magnet dalam bentuk ketua yang di ditaati, dihormati, disayangi serta menjadi tempat rujuk dan tempat bergantung. Mari kita tinjau mekanisma pil ini beroperasi 1. Sentiasa di hadapan dalam segala hal Orang yang berjiwa tauhid tidak akan puas sekadar menjadi pemerhati yang pasif, tetapi menagmbil bahagian aktif dalam bidangnya. Atas dorongan perasaan bahawa Tuhan sentiasa melihatnya, maka dia berusaha mencapai potensi tertinggi. Dia berbuat sesuatu kerana Allah, maka wajarkah mempersembahkan sesuatu yang sekadar melepaskan batu di tangga kepada Dia yang Maha Agung? Mereka mengawal keadaan, bukan dikawal oleh tekanan persekitaran. Apabila datang masalah, mereka yakin ada Dia yang akan menolong. Sebab itulah mereka sentiasa di hadapan. 2. Boleh dijadikan tempat bergantung Tekanan, rintangan, masalah semua ini tidak melemahkan semangatnya kerana dia yakin Allah adalah tempat bergantung yang Maha Gagah. Mereka kelihatan gagah perkasa di tengah arus pancaroba kehidupan. Peribadi seperti ini menyebabkan orang sekeliling mereka menjadikan mereka tempat bergantung dan tempat mencari kekuatan apabila menghadapai masalah. Rasa keterbergantungannya kepada Allah terpalit juga kepada orang-orang yang bergantung harap kepadanya. 3. Peribadi mulia dan dihormati Pil jiwa tauhid mampu menggerakkan akal yang bijak lagi kreatif, emosi yang stabil sehingga fizikal penuh tenaga. Kebijaksanaan akal tanpa kesombongan, kreativiti menangani masalah, emosi stabil dan penuh bertenaga adalah ciri-ciri utama pembentuk karisma seorang pemimpin yang dihormati dan disayangi. Seorang yang berkarisma sentiasa menjadi perhatian dan tumpuan. 4. Menjadi Sumber inpirasi Ketenangan dalam menghadapi masalah, kreativiti menghasilkan sesuatu yang baru, sifat tidak pernah putus asa menjadikannya menjadi sumber inspirasi orang-orang di sekeliling. Melihatnya hati resah jadi tenang dan semangat lemah mnejadi kuat. Motivasi diri yang

tinggi dapat dipindahkan kepada orang lain. Kakitangan yang buntu dalam tugasan mendapat idea dan penyelesaian hanya kerana melihat caranya bekerja!

5. Tidak mengkhianati sesiapa Orang berjiwa tauhid tidak akan mengkhianati sesiapa malah mereka juga tidak akan mengkhianati makhluk lain. Dia memberikan hak kepada yang berhak atas perintah Allah. Autoriti yang dipegangnya adalah amanah yang dijaga dengan penuh rasa tanggungjawab. Rahsia dan aib orang lain disimpan penuh amanah. Dalam pemilihan pemilihan pekerja, kenaikan pangkat, kenaikan gaji, meluluskan permohonan, dan seumpamanya, keadilan sentiasa dijaga. 6. Sentiasa membantu dan bekerjasama Atas dorongan rasa bahawa manusia hanyalah hamba Allah yang lemah dan penuh kekurangan, mereka sentiasa bersedia untuk membantu, memberi bantuan serta bekerjasama dalam menjalankan tanggungjawab dan tugasan. Jika ada kelebihan atau keistimewaan berbanding dengan orang lain, dia tidak bersikap sombong kerana sedar semua itu milik Tuhan yang boleh diambil bila-bila masa jika dikehendaki-Nya. Jika rasa diri tidak pandai atau banyak kelemahan, dia tidak malu untuk bertanya kerana menerima hakikat bahawa sebagai hamba Allah memang dirinya lemah. Namun dengan bergantung kepada kekuatan Allah dia yakin untuk terus melangkah bahu membahu, yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing sesama sendiri. Sesungguhn perhubungan yang diikat atas ikatan tauhid akan kukuh selamanya! Bayangkan jika ikatan begini menjadi asas dalam pejabat. 7. Digeruni pihak lawan Keteguhan prinsip, keberanian dalam kebenaran, tidak termakan dengan sogokan yang ada dalam diri peribadi magnet digeruni oleh pihak lawan. Pihak lawan atau saingan pastinya akan berfikir banyak kali untuk menjatuhkan mereka. Malah tidak mustahil jika mereka yang duduk di kerusi lawan akan berubah fikiran untuk bergabung tenaga membina kecemerlangan bersama dalam satu bentuk perkongsian pintar. Peribadi magnet yang dijana oleh jiwa tauhid akan membawa orang-orang yang di bawah pimpinannya ke arah keselamatan bersama. Ketaatan, penghormatan dan tunduknya orang lain kepadanya tidak dipergunakan mengikut kepentingan peribadinya. Semuanya dibawa ke arah keredhaan Tuhan. Peraturan syariat menjadi panduan. Berusahalah membina peribadi kita dengan pil jiwa tauhid agar kita akan lebih cemerlang di dunia dan akhirat. Allah meredhai, makhluk di bumi dan langit mengkagumi. Alangkah damai, makmur dan harmoni dunia ini jika pil jiwa tauhid menjadi penjana setiap peribadi.

You might also like